TEMAN

Rabu, 26 September 2007

Lelaki Ini - Anuar Zain



Kasih, kenanganku
Ingatkah saat saat dulu
Kasih, apakah dirimu
Merasakan semua itu

Ke mana pun langkahku pergi
Ku masih melihat bayanganmu cintaku
Dan kemana pun arah anginku berlari
Hati ini masih kau miliki

Lelaki ini yang selalu mencintamu
Selalu, tanpa ragu
Lelaki ini yang selalu memuja
Hanya dirimu
Yang bertakhta dalam sanubariku
Sanubari ku
Aku yang mencintakan mu
Hanya dirimu…

Karena cintaku, tak berbatas waktu
Karena cintaku, tak mengenal jenuh hatimu
Hatimu…

Aduh mendayu-dayunya lagu ini. Alangkah bagusnya ada 'lelaki ini' yang tujukan lagu ini untuk diri ini. Dari liriknya sudah membuatkan aku bahagia sekiranya ada 'lelaki ini' yang ku sayang berkata sebegini dari hatinya.

Tapi malangnya aku tak ada lelaki seperti ini. Mungkin nukan sekarang, Allah mungkin temukan lelaki yang ikhlas dengan diriku suatu hari nanti... Mungkin bukan di atas muka bumi ini, tetapi di syurga nanti. Insya'allah..

Isnin, 24 September 2007

Life is Better




Your Life is Better Than 47% of All People



Your life is pretty average, with lots of normal ups and downs.

You're on the way to having a better life, as long as you focus on what's really important.

Remember to take the time to do the things that you like best, and let the little things slide.

No one on their deathbed ever wished that they spent more time worrying or complaining!

Suspek mungkin mahu mayat ditemui supaya ibu bapa Nurin Jazlin derita, tertekan

Suspek mungkin mahu mayat ditemui supaya ibu bapa Nurin Jazlin derita, tertekan

KUALA LUMPUR: Jenazah Nurin Jazlin Jazimin, 8, selamat dikebumikan Jumaat lalu, namun persoalan mengenai motif mangsa disimpan hampir sebulan sebelum dibunuh serta mayatnya ditinggalkan di tempat yang mudah ditemui, masih belum terjawab.

Sehingga kini, polis dikatakan sedang mengkaji beberapa faktor yang berkemungkinan menjadi motif pembunuhan kejam itu, antaranya dendam terhadap keluarga mangsa.



Menurut sumber, berdasarkan keadaan mayat Nurin Jazlin yang teruk diseksa secara seksual serta mengambil kira lokasi mangsa ditinggalkan, suspek mungkin berdendam terhadap ibu bapa kanak-kanak itu.

"Mangsa diseksa secara seksual dengan dahsyat dan ngeri. Ia mungkin bertujuan membuatkan ibu bapa mangsa berasa sangat sedih dan marah," katanya ketika dihubungi Berita Harian.

Mayat Nurin Jazlin, pelajar Tahun Dua Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Setapak, yang disumbat dalam beg pakaian, ditemui ditinggalkan di sebuah premis syarikat penerbitan di Taman Petaling Utama, Petaling Jaya dekat sini, Isnin lalu.



Mangsa yang dilaporkan hilang selepas keluar seorang diri ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1 Wangsa Maju, kira-kira jam 8 malam, 20 Ogos lalu, disahkan mati akibat jangkitan pada usus perut selepas kemaluannya ditusuk dengan terung dan timun.

Mengenai tindakan suspek menyumbat mayat mangsa ke dalam beg dan ditinggalkan di tempat awam, beliau berkata, suspek mungkin memang mahu mayat itu segera ditemui dan mendapat liputan meluas supaya ibu bapa Nurin lebih menderita dan tertekan.

"Kita juga tidak menolak kemungkinan Nurin menjadi mangsa keadaan. Suspek mungkin menghadapi masalah mental yang kronik dan tidak berpuas hati terhadap keadaan sekelilingnya.

"Suspek marah dan berdendam dengan semua yang berada di sekelilingnya. Namun dia takut untuk meluahkannya kepada orang dewasa," katanya.

Ditanya sama ada suspek mahu mencabar polis dengan meninggalkan beg mengandungi mayat mangsa di tempat terbuka, beliau menolak kemungkinan itu tetapi berkata:

"Suspek akan meninggalkan lebih banyak kesan yang akan membawa siasatan ke tahap lain. Dalam kes ini, petunjuk yang ditinggalkan adalah secara tidak sengaja."

Sementara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar, ketika dihubungi enggan mengulas motif dan perkembangan siasatan kes itu.

"Polis masih menyiasat dengan serius kes ini dan kita tidak mahu terjadi apa-apa perkara yang akan mengganggu siasatan," katanya sambil meminta semua pihak bersabar dan bekerjasama dengan polis.

Dalam pada itu, sumber memberitahu Berita Harian, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang merakamkan imej seorang wanita berada berdekatan tempat beg berkenaan diletakkan, akan dihantar kepada pakar luar negara untuk dipertingkatkan kualitinya.

link

Related Posts with Thumbnails