TEMAN

Khamis, 14 Ogos 2008

Info pasal RAMBUT


Syampu
Mitos pertama mengenai rambut adalah terlampau kerap bersyampu. Ini boleh menyebabkan rambut mengalami keguguran. Sebenarnya, cara anda menggosok kepala adalah penyebab utama rambut gugur. Cara menggosok kepala yang tidak betul akan mencabut akar rambut. Rambut yang gugur 50-100 helai sehari adalah perkara normal. Ini berlaku kerana rambut juga perlukan generasi. Jika jumlah rambut gugur lebih daripada jumlah yang dihadkan, maka anda mengalami masalah rambut gugur. Masalah itu terjadi mungkin disebabkan oleh fungsi tubuh anda terganggu, stress dan kurang vitamin.

Mayonis
Ada juga di kalangan wanita mengatakan bahawa mayonis adalah perapi rambut yang baik. Ia terbukti apabila ada di kalangan personaliti barat menggunakan cara yang sama untuk mendapatkan rambut yang cantik. Malahan cara ini sering menjadi ikutan dan terus meletakkan status petua sebagai berkesan.

Jika dilihat secara asasnya mayonis diperbuat daripada campuran telur, minyak dan cuka. Memang benar bahawa bahan-bahan ini adalah perapi yang baik. Tapi anda harus ingat, tidak semua rambut serasi dengan
bahan-bahan tersebut.

Misalnya bagi rambut berminyak, sebaiknya hindari penggunaan minyak yang banyak. Rambut yang kering dan kulit kepala yang sensitif pula, hindarkan penggunaan cuka. Ingat juga, setelah menggunakan mayonis sebagai perapi, basuhlah dengan bersih kerana dikhuatiri lubang pori-pori akan tersumbat.

Air hujan
Biasanya, air tadahan hujan dikatakan baik dijadikan air mandi dan membasuh rambut. Hal ini kerana, air tadahan datang daripada sumber semulajadi. Hujan yang turun daripada langit dapat ditadah terus menerus tanpa ditambah dengan
klorin.

Perkara ini mungkin praktikal pada zaman dahulu. Anda harus sedar, udara kini kotor. Banyak pencemaran terjadi di muka bumi. Awan pula menakung air yang datang dari bumi. Justeru, air hujan tidak boleh dikatakan bersih dan baik untuk rambut. Dikhuatiri air yang ditadah adalah air hujan asid.

Syampu bayi
Syampu bayi sering dianggap sebagai bahan yang mampu menjadikan rambut wanita dewasa kembali lembut seperti rambut bayi. Sebenarnya, tekaan anda itu salah. Satu-satunya kelebihan menggunakan syampu bayi adalah mata anda tidak pedih.

pH yang terdapat dalam syampu bayi lebih rendah berbanding pH pada syampu orang dewasa. Hal ini kerana kulit kepala bayi masih lembut berbanding kulit kepala orang dewasa. Penggunaan syampu bayi orang dewasa tidak berkesan kerana syampu bayi tidak mampu bekerja secara maksimum pada kulit kepala
orang dewasa.

Rokok
Ramai orang mengatakan bahawa merokok mengakibatkan rambut akan cepat beruban. Kenyataan ini benar sekali. Perokok bakal menanggung risiko cepat beruban 4 kali lebih besar berbanding mereka yang tidak merokok.

Air limau
Ada petua yang mengatakan perahan air lemon boleh mengilatkan rambut. Petua ini mungkin ada kebenarannya namun semuanya bergantung pada warna rambut anda. Sejak dahulu kala, air perahan lemon telah digunakan sebagai bleaching semulajadi pada rambut bewarna terang.

Seperti rambut warna perang atau coklat terang. Rambut yang diusap dengan air perahan limau nampak lebih berkilat jika terkena cahaya matahari. Namun begitu bagi rambut bewarna gelap, termasuk hitam, merah tua atau coklat tua, kilat rambut tidak berkilau.

Ahad, 10 Ogos 2008

Cara atasi kemurungan

PRINSIP untuk membantu memecahkan kitaran kemurungan:

# Terima kenyataan — kemurungan adalah penyakit serius dan ubat anti kemurungan adalah komponen penting dalam rawatan

# Berbincang dengan doktor — mengenai perasaan dan kemajuan rawatan. Jangan takut untuk bertanya

# Fahami simptom kemurungan melalui rawatan — berfikiran positif dan meminta bantuan bila perlu adalah konsep penting dalam proses mengatasi kemurungan



Maklumat mengenai kemurungan dan ubat anti kemurungan:

# Kemurungan disebabkan ketidakseimbangan bahan kimia otak (serotonin dan norepinefrin) yang bertugas mengawal emosi

# Setiap orang mempunyai gerak balas rawatan yang berbeza. Sesetengah individu melihat keberkesanan rawatan selepas beberapa minggu dan ada yang akan alami kesan sampingan

# Kemurungan akan kembali jika rawatan tidak betul — Anda hanya boleh pasti kemurungan tidak kembali jika objektif menghapuskan simptom kemurungan berjaya dicapai

# Berkomunikasi adalah kunci kejayaan rawatan. Berkomunikasi secara terbuka dengan doktor boleh memaksimumkan kejayaan rawatan, manakala berbicara dengan ahli keluarga dan kawan mampu menghapuskan bayangan kemurungan dan menguatkan sistem sokongan anda

# Mengambil ubat tanpa nasihat doktor sebenarnya memperdaya diri sendiri

# Ubat anti kemurungan terbukti berkesan dan tidak menyebabkan ketagihan

# Kemurungan adalah penyakit serius tetapi boleh dirawat. Anda perlu memainkan fungsi aktif untuk mengatasinya

# Kesan sampingan ubat anti kemurungan berbeza antara individu dan biasanya ia berlaku pada awal rawatan

# Usah berhenti mengambil ubat, kecuali selepas mendapat nasihat doktor. Ubat anti kemurungan perlu diambil dalam tempoh tertentu kerana keberkesanannya hanya dapat dilihat selepas beberapa minggu dan anda akan merasai kesan positif pada perangai dan emosi. Kesan ubat berbeza antara individu dan cara terbaik untuk mendapat manfaatnya ialah mengambil ubat seperti diarah doktor

# Jangan biarkan kesan sampingan menghalang kejayaan



Apa yang keluarga dan kawan perlu tahu:

# Akui bahawa individu berkenaan menghidap penyakit serius dan memerlukan rawatan

# Ketahui bahawa gejala kemurungan boleh mengubah kelakuan seseorang

# Pesakit kemurungan selalu berfikiran negatif dan cepat berputus asa

# Mudahkan kerja harian pesakit (bantu kerja rumah)

# Fahami keluarga akan mengalami masa tegang. Jangan lupa luangkan masa untuk diri sendiri



Langkah berguna:

# Luangkan lebih masa dengan orang tersayang melakukan aktiviti berguna

# Bersentuhan dengan orang yang tersayang

# Beri perhatian untuk memperbaiki teknik mendengar (kumpulkan isi penting yang diperkatakan dan pastikan kedua-dua pihak faham)

# Cuba sebaik mungkin untuk selesaikan masalah bersama-sama

# Bina tabiat untuk menyatakan anda ambil berat dan berterima kasih terhadap keluarga. Bersedia untuk memuji keluarga dan beri perhatian kepada kelebihan mereka



Perkara yang perlu diingat:

# Jangan sisih pesakit daripada menyertai perbincangan atau hal keluarga

# Jangan salahkan pesakit atas perubahan kelakuan mereka

# Jangan berulang kali menyuruh pesakit menjadi ceria

# Jangan lakukan segala-galanya untuk pesakit kerana membantu mereka melakukan semua pekerjaan seolah-olah menafikan kebolehan mereka

# Jangan takut untuk bertanya dan minta bantuan

# Jangan biarkan pesakit membuat keputusan penting mengenai kehidupan mereka (perkahwinan, perceraian, menukar kerjaya atau berpindah rumah sehingga mereka sihat kembali)

# Jangan biarkan pesakit meneruskan tabiat buruk ketika tempoh pemulihan



Cara mudah melepaskan tekanan:

1. Rehat dan riadah

# Keluar berjalan-jalan di luar rumah

# Penuhi masa dengan hobi dan aktiviti cergas

# Membela haiwan peliharaan

# Luahkan perasaan dengan aktiviti kreatif seperti menulis atau melukis

# Jauhkan diri dari pusat beli belah

# Bersenam

# Berehat dan mendengar muzik

# Meluahkan perasaan kepada kawan atau ahli keluarga

# Mandi air suam untuk merehatkan minda dan melancarkan aliran darah



2. Diet

# Jangan hadapi tekanan dengan makan berlebihan

# Makanan seimbang dan vitamin B kompleks boleh bantu kawal kemurungan

# Lebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan

# Teh suam boleh menenangkan perasaan



3. Kerohanian

# Tukar tanggapan anda pada setiap perkara

# Minta penjelasan secara terus untuk elak keraguan

# Lupakan kekecewaan dulu dan ingat kenangan indah

# Jangan buat keputusan penting ketika murung untuk elak anda melakukan kesilapan yang boleh memburukkan keadaan

# Menangislah untuk meluahkan kesedihan dan ketawa bagi menceriakan hari anda

# Buat segera perkara yang boleh melegakan perasaan

# Perlahankan rentak hidup dan cuba berehat.

Bahaya murung


Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN
norlaila@hmetro.com.my

PERWATAKANNYA sentiasa ceria, murah senyuman dan ramah. Di pejabat dia pekerja contoh, tangkas berfikir dan kerjanya dibereskan sebelum jam enam petang.

Aktivitinya selepas waktu pejabat juga banyak, boleh dikatakan hampir setiap malam ada saja perjumpaan dengan rakan.

Namun tiba-tiba dia menghilang. Apabila seorang rakan memberitahu dia tidak datang kerja akibat kemurungan, semua orang terkejut. Tiada siapa menyangka orang sepertinya yang sentiasa kelihatan bersemangat dan ceria boleh mengalami kemurungan.

Dia bijak menyembunyikan kesedihan. Saat paling menyedihkan dan menekan perasaan adalah apabila balik ke rumah, terutama selepas berpisah dengan isterinya. Sukar baginya menerima hakikat orang tersayang sanggup meninggalkannya untuk hidup bersama rakan baiknya.




Bekerja keras, menghabiskan masa di pejabat atau bersama rakan adalah cara melindungi kesedihan. Kesedihannya terkunci dalam hati, jauh daripada pengetahuan keluarga dan teman rapat.

Selain menganggap masalah itu terlalu peribadi, dia tidak mahu dilihat sebagai lelaki lemah, apatah lagi di pejabat dia menjawat jawatan tinggi. Namun dia tidak sedar, keengganannya berkongsi masalah itu memakan diri sendiri.

Masih ramai beranggapan kemurungan berpunca daripada kelemahan jiwa. Malah, ada pengamal kesihatan menganggap kemurungan bukan isu besar kerana bagi mereka semua orang pernah mengalami perasaan sedih dan tanggapan ini menyebabkan masalah kemurungan semakin serius.

Menurut Ketua Jabatan Perubatan Psikologi, Pusat Pakar Universiti Malaya, Profesor Mohamad Hussain Habil, kemurungan disebabkan berlaku gangguan pada keseimbangan bahan kimia otak (serotonin dan norepinefrin) yang mengawal emosi kita.

Kesedihan kemurungan tidak sama dengan kesedihan biasa yang dialami kebanyakan orang. Kesedihan biasa akan hilang dalam masa dua atau tiga hari tetapi kesedihan kemurungan boleh berlarutan melebihi dua minggu, dan bagi kes serius ia menyebabkan individu murung berasa dirinya tidak berguna serta hilang keinginan untuk meneruskan hidup.

“Biasanya kemurungan disebabkan pelbagai faktor dan lebih banyak kes membabitkan wanita pada nisbah dua kes wanita kepada satu kes bagi lelaki. Gejala kemurungan menyerupai kesedihan biasa tetapi ia berpanjangan, menjadi semakin teruk dan menjejaskan fungsi harian.

“Apabila ia terjadi, seseorang itu mula kehilangan keghairahan atau semangat untuk hidup. Malah untuk melalui satu-satu hari itu juga dirasakan sukar.

“Jika anda mula mengalami gejala seperti ini atau menyedari ada ahli keluarga menunjukkan tanda kemurungan, segera dapatkan rawatan.

“Kemurungan adalah perkara serius tetapi ramai tidak bersedia membincangkannya kerana bimbang apabila membuka mulut menceritakan masalah, mereka dianggap gila atau mulai tidak siuman.

“Pesakit juga bimbang jika majikan tahu perkara itu, mereka mungkin kehilangan kerja kerana masih banyak majikan tidak faham individu murung masih boleh bekerja dengan baik jika mendapat rawatan.

“Lebih malang jika keluarga tidak boleh menerima hakikat ada ahli mereka mengalami kemurungan dan menyebabkan pesakit tidak mendapat rawatan.

“Ini mungkin disebabkan sikap tidak mengambil tahu atau bimbang dengan tanggapan masyarakat,” katanya ketika pelancaran kempen Dialog: Kesan Sokongan dan Pemulihan (SNRI) anjuran bersama Wyeth Malaysia Sdn Bhd dan Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA). Hadir sama Ketua Pegawai Perhubungan Korporat dan Awam Wyeth Malaysia, Rohaya Mamat.

Presiden MPA, Dr Yen Teck Hoe, berkata kemurungan adalah bentuk gangguan emosi paling biasa. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kemurungan adalah penyakit keempat paling serius di dunia yang boleh melumpuhkan jiwa seseorang.

Kadar kelaziman kemurungan di rantau Asia Pasifik, termasuk Malaysia, ialah antara lapan hingga 10 peratus daripada jumlah penduduk.

Yang membimbangkan, sejak akhir-akhir ini ramai pesakit adalah golongan muda, termasuk remaja. Malah WHO menganggarkan kadar kematian akibat bunuh diri di rantau Asia Pasifik lebih tinggi berbanding kehilangan nyawa disebabkan tuberkulosis.

Semakin tinggi kadar pemangkin tekanan, semakin banyak kes kemurungan dilaporkan. Kajian mendapati kira-kira sembilan peratus rakyat Malaysia mengalami kemurungan tahap serius sehingga ada keinginan membunuh diri.



Dr Yen berkata, pengesanan seseorang mengalami kemurungan hanya boleh dibuat jika pesakit mengalami sekurang-kurangnya lima tanda dalam tempoh sesingkat dua minggu. Tanda itu pula mestilah memberi kesan besar terhadap aspek sosial dan pekerjaan seseorang.

Kemurungan dialami lelaki berbeza dengan kemurungan wanita kerana tekanan hidup tidak sama. Lelaki murung biasanya bersikap pemarah, agresif dan mudah terganggu. Wanita murung pula menunjukkan emosi tidak stabil, menjadi pendiam, mengasingkan diri dan memendam perasaan.

Biasanya kemurungan disebabkan gabungan beberapa faktor. Antara faktor yang boleh menyumbang kepada kemurungan ialah faktor psikologi (tekanan daripada sesuatu peristiwa atau persekitaran) dan faktor genetik (rasa rendah diri atau menghidap penyakit fizikal yang kronik).

Namun isu lebih besar ialah kesediaan mendapat rawatan kerana kemurungan bukan saja menjejaskan fungsi seseorang, tetapi turut mempengaruhi kualiti hidup seisi keluarga. Jika wanita murung, fungsinya sebagai pekerja, isteri dan ibu terjejas.

Kaedah terbaik menangani kemurungan ialah mendapatkan rawatan secara menyeluruh melalui pengambilan ubat, kaunseling dan paling penting berkomunikasi sama ada dengan doktor, ahli keluarga atau rakan. Terapi gabungan ini dapat membantu lebih 85 peratus pesakit kembali menjalani kehidupan normal.

Pun begitu, cabaran besar ialah memastikan pesakit meneruskan rawatan. Kajian menunjukkan lebih 40 peratus pesakit berhenti mengambil ubat anti kemurungan selepas tiga bulan. Kebanyakannya berputus asa kerana kurang komunikasi efektif antara pesakit dan doktor; kurang sokongan dan pemahaman keluarga; kurang pengetahuan asas mengenai penyakit dan perubatan serta kurang keyakinan diri mengurus kesan sampingan ubat.

“Ramai anggap ubat anti kemurungan menyebabkan ketagihan. Salah faham mengenai ubat juga mengakibatkan kebanyakan pesakit berhenti mengambil ubat tanpa berbincang dengan doktor.

“Ubat anti kemurungan perlu diambil dalam satu tempoh tertentu kerana biasanya ia mengambil masa beberapa minggu untuk melihat kesannya. Bagi kemurungan peringkat awal, ubat perlu diambil selama tiga hingga enam bulan; enam bulan hingga dua tahun (kemurungan peringkat sederhana) dan lebih dua tahun jika pesakit mengalami kemurungan serius.

“Kajian membuktikan pengambilan ubat mampu mengikut jadual dapat memberi manfaat kepada pesakit. Pesakit yang berhenti mengambil ubat sebelum tamat tempoh rawatan berisiko mengalami kemurungan berulang.

“Berbincang dengan doktor jika mahu berhenti mengambil ubat kerana tidak tahan dengan kesan sampingan. Usah harap ubat berkesan 100 peratus kerana tindak balas badan setiap orang berbeza. Jika ubat tidak berkesan, jumpa balik doktor sama dan dapatkan maklumat mengenainya. Usah asyik bertukar doktor dan mengumpul ubat kerana anda akan mengalami kesan sampingan lebih banyak,” katanya.

Menurutnya, kaedah terbaik merawat kemurungan ialah mendapat rawatan seawal mungkin dan menggalakkan komunikasi antara pesakit dengan orang tersayang dan ahli keluarga kerana ia boleh mengurangkan tekanan.

Kaedah berkenaan juga mampu meningkatkan kefahaman ahli keluarga terhadap penyakit kemurungan. Kekurangan sokongan dan komunikasi meningkatkan risiko pesakit mengalami kemurungan berulang sejurus selepas rawatan atau beberapa tahun kemudian.

Untuk membantu pesakit kemurungan, Wyeth dengan kerjasama MPA melancarkan Buku Panduan Pesakit Venlafaxine dan tiga siri risalah mengenai rawatan serta pengurusan kemurungan yang boleh didapati di semua klinik dan hospital di seluruh negara.

Untuk keterangan lanjut mengenai kemurungan dan program SNRI, sila layari laman web www.psychiatry-malaysia.org.



>Tanda-tanda

> Emosi negatif dan rasa sedih berpanjangan

> Perasaan tidak menentu, sensitif, resah dan keliru

> Hilang minat dan rasa seronok

> Hilang minat terhadap hubungan seks

> Letih

> Hilang selera makan dan berat badan turun mendadak

> Mengalami gangguan tidur (sama ada sukar tidur atau terlalu banyak tidur)

> Sukar menumpukan perhatian

> Rasa kesunyian

> Ada perasaan negatif: hilang harapan, berasa tidak berguna, bersalah dan ingin bunuh diri

> Alami gejala fizikal: sakit belakang dan kepala, pening, masalah perut, dada berdebar, seluruh badan terasa sakit

Jumaat, 8 Ogos 2008

Ibuku seorang pembohong ???

Untuk renungan!!!

Ibuku seorang pembohong ???

Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang
seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi
saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian..


Cerita ini bermula ketika saya masih kecil.Saya lahir sebagai seorang anak lelaki
dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan.
Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : ""Makanlah nak ibu tak lapar." - PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." - PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa
sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak.
Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu
membuat kuih dengan beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah,esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." -PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.

Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi
ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" -PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik
yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya,
ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi
agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga.
Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki." - PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.

Setelah kakak dan abang habis belajar dan
mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan
abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di
rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah
dan bersengkang mata untuk mencari duit.
Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke
pasar setiap pagi menjual sedikit sayur
untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak
dan abang yang bekerja jauh di kota besar
sering mengirimkan wang untuk membantu
memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu
tetap berkeras tidak mahu menerima wang
tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang
itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah,
ibu ada duit." - PEMBOHONGAN IBU YANG
KEENAM.

Setelah tamat pengajian di universiti, saya
melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat
sarjana di luar Negara. Pengajian saya di
sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah
syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi
dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja
dengan syarikat yang telah membiayai
pengajian saya juga di luar negara. Dengan
gaji yang agak lumayan, saya berhajat
membawa ibu untuk menikmati penghujung
hidupnya di luar negara. Pada pandangan
saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk
kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan
penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya
ini ibu habiskan dengan keceriaan dan
keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati,
menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu
menyusahkan anaknya ini dengan berkata ;
"Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di
negara orang." - PEMBOHONGAN IBU YANG
KETUJUH.


Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua..
Suatu malam saya menerima berita ibu
diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah
secepat mungkin. Saya yang ketika itu
berada jauh diseberang samudera terus
segera pulang untuk menjenguk ibunda
tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah
di katil hospital setelah menjalani
pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua,
menatap wajah saya dengan penuh kerinduan.
Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman
biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan
sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya..
Saya dapat melihat dengan jelas betapa
seksanya penyakit itu telah memamah tubuh
ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan
kurus. Saya menatap wajah ibu sambil
berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu
kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya.
Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit
sekali melihat ibu dalam keadaan seperti
ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata
: "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." -
PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.





Setelah mengucapkan pembohongan yang
kelapan itu, ibunda tercinta menutup
matanya untuk kali terakhir kali.





Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan
ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya.
Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh
menelefonnya sekarang, dan berkata,
'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya.
Sehingga kini saya diburu rasa bersalah
yang amat sangat kerana biarpun saya
mengasihi ibu lebih dari segala-galanya,
tapi tidak pernah sekalipun saya
membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu,
sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya
yang terakhir.





Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu.

Khamis, 7 Ogos 2008

ABC Kehidupan

A : Adil pada dirimu
B : Beranikan dirimu
C : Cekalkan hatimu
D : Derma selalu
E : Elakkan pertelingkahan sesama kite
F : Fikir sebelum bertindak terburu2
G : Gembira selalu
H : hormat orang tua
I : Ingat akan tuhan
J : Jangan berdusta
K : Kasih akan daku
L : Lemah lembut amalan semua
M : Makan makanan seimbang
N : Nafsu jangan dituruti
O : Oh ! pamerkan kesempurnaan dirimu
P : Pentingkan kesihatanmu
Q : Qualiti dalam kerjaya dan tugasmu
R : Rajin berusaha
T : Tanamkan sifat bekerjasama
U : Utamakan alam sekitar
V : Variasikan pengalamanmu
W : Wajibkan amalan membaca AlQuran
X : X-ray diri sendiri
Y : Yakin pada diri sendiri
Z : Zalim jangan sekali

10 SURAH YANG MUJARAB DARI NABI MUHAMMAD S.A.W.

1. SURAH AL-FATIHAH



Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t.



Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.



2. SURAH YAASIN



Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur’an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur’an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur’an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.)



Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan “At-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban).



Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.



3. SURAH AT-DHUHAN



Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.



4. SURAH AL-WAQI’AH



Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi’ah pada tiap-tiap malam, insya’Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat Asar, insya’Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak.



Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.





5. SURAH AL-KHAUTHAR



Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya’Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.



6. SURAH AL-KHAAFIRUUN



Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur’an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi).



Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.



7. SURAH AL-MULK



Sebuah lagi Surah dari Al-Qur’an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya’Allah, akan terselamat dari azab kubur.





8. SURAH AL-IKHLAS



Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya :



“Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur’an.” Siti Aisyah lalu berkata, “Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur’an sebanyak 30 juzuk itu.” Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, “Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur’an keseluruhannya.”



Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., “Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali.



Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : “Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.”



9. SURAH AL-FALAQ



Siti Aisyah menerangkan : “Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala.



Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut.



Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.





10. SURAH AN-NAS





Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur’an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin.



Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.

(koleksi emel)

Mengapa WANITA sangat Istemewa......

Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..i letih
la..dah lewat ni, i nak tido lah...."
Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak
lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam
sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap...
susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak
tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak
nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara
tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la
gula...chec k bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik
ade lagi...ishh...ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la
kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah
ni, besok je la basuh...sidai kaian lap je lah...
tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle...

baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv
lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check...baju 2
pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu
ruam...pampers 4 keping....alamak..telupa pulak masukkan botol...basuh
botol jap...ok settle...

ternampak pulak beg g keje...emm..besok nak pakai beg polo coklat lah,
asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek
sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya
barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la
beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo
sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow
sticker, nanti lupa..ok settle...

Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak
tido.."...."..yelah nak tido la ni..nak smayang jap..."

masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak
tu...adoi..gosok gigi...smayang...pakai toner...pakai treatment
cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni...
nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu...

bukak almari...emmm...pakai baju hijau ni lah besok...gosok
kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik
belakang...
la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah
bersemut dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung
elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor
dalam tempat kotor...ok settle..

dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke
bilik...owh...pokok aku dah nak mati ni ha..lu pa dah 3 hari tak
siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci
lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat
indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar..

ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak
nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi....ok dah ...

ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni
kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers
ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25
hb ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun
tgh malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...

aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku
nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan
program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting..
ahh...boring...panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan
mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,. ..mohon
keberkatan dari mu tuhan...papa pun bangun tutup tv..."...i dah
ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola
pun takde..."...selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah
agak dah....

So?....apa yang peliknya..??

Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK
KENA BUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat tu...

Hantarkan ke 5 WANITA yang anda rasa hebat...pasti anda disayangi kerana memahami mereka...well, women understand women better... foward jugak kat lelaki-lelaki so mereka akan hargai emak, isteri, dan kawan 2 dengan lebih baik lagi...

Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah...setiap wanita adalah istemewa dengan cara mereka sendiri...

Kalau lelaki mengakui kebenaran ini....hormat dah hargailah mereka...untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari...

**** tapi tak semua wanita mcm ni.. naknya zaman sekarang.. semua harapkan maid! hik hik hik.. pastu kalo tak puas hati.. salahkanmaid..

(koleksi dari emel)

SINAR CAHAYA AYAT KURSI



Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.




Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:


1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.


2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.


3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.


4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya..


5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda,

'Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat...'




'Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia-mu, utamakan SHOLAT dan ZAKAT

untuk Akhirat-mu'




Subhanallah. ..







AMIEN.....

JANGAN MENGELUH




Kita selalu Bertanya.... ......... .......
dan Al-Quran sudah menjawabnya. .........

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12


Peringatan ini saya terima dari sahabat yang prihatin pada saya. Saya sebarkan peringatan ini kepada sahabat2 tersayang untuk ingat mengingati kepada kebenaran

Mengubati Hati yang Luka

Sebenarnya nak menghilangkan rasa sengsara, sedih dan kecewa caranya ada banyak, dan keberkesanannya terpulang pada ketahanan mental Anda, emosi Anda, kesabaran Anda. Tapi Payid boleh jamin cara yang Payid kongsikan ni, sebelum Payid menulisnya, telah diguna oleh kebanyakan orang dan telah ditulis oleh ramai pakar motivasi, penulis buku pembangunan diri dan mereka sendiri telah melakukannya dulu.


Untuk tips motivasi kali ini, Payid kongsikan 7 tips asas menggembirakan hati yang sengsara, sedih dan kecewa serta cara untuk berdepan dengan emosi tersebut, Payid gabungkan dengan cara Payid sendiri.

Kita mulakan dengan…

1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit.
Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja Anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu. Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua tu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan Anda, cita-cita Anda, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan. Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian Anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.

2. Buang Sikap Risau.
Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah tanpa Anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan Anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat Anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri Anda mengawal emosi.

3. Belajar Rajin Bersyukur.
Ucap syukur atas kesemua yang Anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap, Anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur (dan bukannya bangun terus sakit jantung mahpun sudah berada di ALAM KEDUA), Anda ada kawan rapat yang memahami Anda dan Anda mempunya hanphone kesayangan Anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri Anda. Buat banyak kali dalam sehari.

4. Belajar Menjadi Pemaaf.
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutrakan gekombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda Anda. Ketahuilah, Anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana Anda tak memaafkan kesalahan diri Anda di masa lalu ataupun Anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri Anda satu ketika dulu, ataupun… Anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri Anda, yang membuat Anda sedih, kecewa dan geram tahap dewa..belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ni lalu menarik ketenangan datang pada diri Anda.

5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa.
Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan Anda dan menjadikan Anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri Anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari "funny side" dalam setiap situasi, agar Anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa sedangkan Anda boleh ketawa? Come on…

6. Ubah Fikiran
Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada Anda, cari cara bagaimana Anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya. Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki Anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada Anda. Anda menjadi apa yang Anda selalu fikirkan. Buat apa fikir yang buruk sedangkan Anda boleh tarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat. Dalam kata yang lebih advance, itu hukum Law Of Attraction.

7. Hati Mesti 'Keras'.
Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati,kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan Anda di masa lalu. Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya.

Cuba ingat balik kejahatan kecil yang Anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau Anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan. Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya.Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.

Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda.Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.

Insyallah
by Payid

Jodoh

Tidak,
Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk
membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat.Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,
sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam
berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada
yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.
Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,
belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah
anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah
melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut
tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya
gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan
syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidak sempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana
perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba
masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka
lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "


Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "


(koleksi daripada kawan-kawan)

link

Related Posts with Thumbnails