TEMAN

Jumaat, 4 Disember 2009

DISEBALIK TIRAI BESI


Zizan Nin, Adam Corrie, Pegawai Penjara Bentong, Tuan Noradline (HQ) dan Tony Eusoff



Siapa cam wajah ini? Cuba teka. Sebagai Lion iaitu banduan dlm drama ini



bersama Kenji


Tajuk Drama bersiri : Disebalik Tirai Besi
Terbitan : MDAG


Drama ini mengisahkan kehidupan pegawai-pegawai dan banduan-banduan di Penjara Bentong, Pahang. Watak saya dlm drama ini sebagai Kpl Ah Kim. Ramai pelakon-pelakon handalan dalam cerita ini. Antaranya; Shira, Melissa Saila, Taz, Nasir Bilal Khan, Raisuddin , Zizan Nin, Tony Eusoff, Jesse Lim, Janet Khoo, dan ramai lagi la.


Insya'allah 9 hb Disember ni scene terakhir saya. Seronok shoot kat dlm penjara. Boleh tahu keadaab sebenar penjara dan bagaimana pegawai-pegawai penjara bertugas dan kehidupan banduan-banduan.

Semoga drama ini dapat memberi sedikit rasa keinsafan dalam hidup kita. Saksikannya nanti di kaca Tv. Bila tu tak tahu lagi la. Kita tunggu.

Wassaalam
Photobucket

Khamis, 12 November 2009

MENCARI AL-FALAH


DI HARI TERAKHIR PENGAMBARAN 'MENCARI AL-FALAH'






Syukur alhamdulillah telemovie MENCARI AL-FALAH selesai sudah pengambarannya. Cerita ini terbitan JELAS JUTA dan pengarahnya POPEYE. Tempoh penggambaran 3/11- 11/11/09.

Saya diberi watak AHMAD LIM seorang mualaf yg telah memeluk Islam selama 11 tahun sebagai perunding pembinaan yang secara tidak sengaja telah bergaul dgn orang kampung di tempat saya ditugaskan. AHMAH LIM terkejut dengan amalan orang kampung yang mengamalkan perbuatan syirik seperti memuja busut untuk mendapatkan nombir ekor dan beberapa lagi perkara yang kurafat. AHMAD LIM cuba menyelamatkan akidah orang kampung, tetapi dipandang sinis kerana dia seorang mualaf. Di dalam cerita ini, saya mendapat satu babak di mana saya sedang mengaji al-Quran dengan merbu dan lancar. Ia sangat mencabar kerana di alam realiti saya baru 2 thn memeluk Islam dan sedang belajar mengaji dan merangkak.

Cabaran yang kedua, saya diberi watak baik. Selama ini saya hanya di beri watak penjahat. Ia amat berlawanan dengan watak yang saya dapat sekrang.

Cabaram ketiga ialah saya dapat berlakon dengan pelakon yang amat saya segani iaitu ABU BAKAR OMAR. Berdepan dgn seorang yang hebat menjadikan saya jadi kaku kerana terasa kerdil diri ini dengan ABU BAKAR OMAR yang kita tahu kehebatan lakonannya yang bersahaja dan memberi kesan.

Dialog yang menyentuh perasaan saya ;

UNTUK PENGETAHUAN SEMUA, SAYA TIDAK PERNAH MEMINTA UNTUK DIJADIKAN CINA... BEGITU JUGA DENGAN SAUDARA-SAUDARA SEKALIAN, TIDAK PERNAH MEMINTA MELAYU. KITA DIJADIKAN BERBANGSA-BANGSA UTK BERKENAL-KENALAN, BELAJAR ANTARA SATU SAMA LAIN. BUKAN UNTUK BERMUSH. ALLAH YG MENGATUR SEGALA-GALANYA. INILAH YG DINAMAKAN TAKDIR....

Terima kasih team MENCARI AL-FALAH. Gembira dapat bekerjasama dengan anda semua.
Assalamualaikum... :)






Photobucket

Jumaat, 9 Oktober 2009

Majalah Seri Dewi & Keluarga : Oktober 2009

Tiga hari berkenalan - Corrie nekad lamar Fazima


Setiap orang ada kisah cintanya. Bagi pelakon dan penari, Adam Corrie, kisah cintanya memang menarik. Bayangkanlah, baru tiga hari berkenalan dan bersua muka, hatinya terus terdetik untuk melamar si kekasih hati, Fazima Fuad.

“Saya kenal isteri saya melalui kawan baik saya yang kebetulan rapat dengannya. Masa itu saya baru beberapa hari balik dari umrah. Waktu saya berbual dengannya, masa itulah dia kata mahu kenalkan saya dengan seorang kawan,” cerita Corrie sambil anak matanya melirik ke arah isteri yang tersenyum manis di sisi. Tambah Corrie, sebaik sahaja memperoleh nombor telefon daripada kawannya, dia terus menghubungi Fazima. Ketika itu, dia memperkenalkan dirinya sebagai Adam. Memandangkan kakak Fazima mengadakan rumah terbuka pada keesokan hari, jadi, mereka kemudian merancang untuk bertemu di sana.

“Ramai orang pada masa itu. Jadi kami borak pun tak banyak. Tapi awal-awal lagi dia dah bagi tahu saya jangan merokok di depan keluarganya. Saya hormati keputusannya. Jadi apabila saya berjumpa dengan keluarganya sampailah sekarang, saya memang tidak akan merokok. Selepas hari tu, saya ada ajak dia keluar lagi,” terang Corrie lagi sambil tersenyum. Corrie memberitahu, hatinya tergerak untuk melamar Fazima pada hari ketiga mereka berkenalan.

“Masa 3 Ramadan tu dia cakap dengan saya yang dia minatkan saya. Malam itu juga saya buat sembahyang istikharah. Selepas itu barulah saya cakap dengan mak. Dan akhirnya kami bagi tarikh untuk meminang. Semasa bertunanglah kami berkenal-kenalan,” terang Fazima mesra. Walaupun baru berkenalan, Corrie akui dia memang nekad melamar Fazima ketika itu. Menurut Corrie, dia tertarik hati dengan wanita itu kerana melihat keimanan dan ketakwaan yang ada padanya, apatah lagi ketika itu dia baru sahaja memeluk Islam.

Sembilan bulan mendirikan rumah tangga, Corrie dan Fazima tampak cukup serasi dan bahagia meskipun perkenalan mereka baru sahaja hendak mencecah usia setahun. Jelas Corrie, mereka suami isteri gemar melakukan banyak perkara bersama termasuklah mengemas dan mengecat rumah mereka sendiri. Setiap kali berada di lokasi penggambaran, Corrie juga pasti akan ditemani Fazima. “Saya bawa dia sebab saya hendak dia tahu macam mana saya bekerja. Biar dia faham,” beritahu Corrie. Sambungnya, dia tidak peduli kalau ada orang yang hendak mengatanya. Bagi Corrie, tidak ada salahnya dia membawa isterinya bersama. Setidak-tidaknya, ada juga orang yang sudi meneman dan membantunya di set penggambaran.

“Saya ikut dia 24 jam. Bila dia free, saya buat kerja saya sendiri. Memang tujuan saya hendak membantunya. Dia masih baru dalam Islam. Jadi saya boleh tegur dia kalau ada silap. Mula-mula dulu memang letih. Tapi taklah bosan. Bagi saya tidak ada ruginya kalau saya ikut. Bila saya ada, perempuan lain pun tak jadi nak ganggu dia. Kehadiran saya boleh membantu menjaga rumah tangga kami,” tokok Fazima ketawa kecil. Katanya, dia mula menemani suaminya awal tahun lalu semasa penggambaran filem Rempit. Tokoknya, tidak lama lagi Corrie akan sibuk dengan sesi penggambaran Misteri Jalan Lama yang merupakan sebuah filem fantasi.


Bersama pasangan suami isteri ini seterusnya di dalam SDK keluaran terbaru ini.



Photobucket

Selasa, 6 Oktober 2009

Dulu & Sekarang

Dulu hidup sendiri, sekarang dah berdua
Dulu bkn islam, sekarang dah menemui cahaya hidayah,
Dulu tercari-cari, sekarang berusaha mendapat keredhaan Illahi,
Dulu tiada guru, sekarang Isteri tempat rujukan Agama,
Dulu tiada siapa kisah, sekarang isteri suka lihat berisi katanya segak,
Dulu makan seorang tiada selera, sekarang makan mesti berdua,
Dulu menanggis tiada siapa yang tahu, sekarang menanggis mesti berdua,
Dulu boleh hidup sendiri, sekarang 24jam Isteri wajib ada depan mata, tiada dia hati gelisah.
Perkahwinan adalah 1/2 dari iman. Jadi separuh lagi kita perlu ikut perintah dan tinggalkan larangan-Nya.
Perkahwinan juga akan membuatkan hidup seseorang itu lebih tenang apabila kita hendak melakukan ibadat.
Wajah isteri selalu membuatkan hati tenang... Tengok isteri tersenyum dah cukup bahagia.

(p/s: cuba kita lihat kita sendiri sebelum kita menilai diri org lain. Kadang-kadang kebahagiaan kita, orang sekeliling tak suka)

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN DARI SAYA ADAM CORRIE LEE



Photobucket

Sabtu, 26 September 2009

Selamat Hari Raya.. Koleksi gambar raya pertama


Beraya rumah pertama iaitu rumah Mak Da di Kg. Paya Lintah, K uala Kangsar


Dlm rumah Mak Da... makan bihun sup.
Kanan : Fuzah (adik ipar 3rd last), Ummu (adik ipar 2nd last), Abah ( Bapa mertua tersayang Tuan Haji Mohamed Fuad), Mak ( Mak Mertuaku yg cute Kamariah Jamaluddin), saya dan isteri tercinta Fazima




Ini kat rumah Tok Din.. iaitu Tok isteri saya Fazima
di Kampung Laneh, Kuala Kangsar, Perak.









Wah sedondon kami raya ni... hanya kami ber7 je thn ni.
Yang lain-lain beraya dgn keluarga mertua.







Pengalaman pertama kali beraya dengan isteri dan keluarga mertua memang amat mengujakan saya. Yang paling sibuk ialah isteri saya... Dia yg pilih kain untuk buat baju melayu, mengemas rumah dan sebagainya.

Empat hari sebelum raya, kami telah pulang ke Alor Star. Iaitu rumah mak dan abah. Sempat la berbuka puasa bersama. Sehari sebelum raya pula kami pulang beraya di Kuala Kangsar.

Pada hari raya pertama, kami berdua sudah bangun. Setelah mandi sunat hari raya aidil fitri an solat subuh, kami jamah sedikit makanan sebelum pergi solat raya.

Seoronok dapat merasa solat raya. Ramai yang berpakaian cantik-cantik tak kira tua muda.. semua nya berwarna warni. Selesai solat raya, kami sekeluarga berkumpul bermaaf-maafan sesama kami. Lepas tu bermulalah kami berkonvoi 3 buah kereta beraya dari rumah ke rumah. Alhamdulillah semuanya selamat. Dapat berkenalan dgn sanak saudara di kampung.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI & MAAF ZAHIR BATIN DARI KAMI
Photobucket

Khamis, 24 September 2009

Tahun ini raya berdua - Harian Metro




Oleh Nor Akmar Samudin
akmar@hmetro.com.my
24 September 2009
5 Syawal

Tahun pertama Corrie memeluk Islam pada 13 Julai 2007, dia menjalani ibadah puasa dan berhari raya berseorangan. Terdengar lagu raya dan takbir pada pagi raya, dia menangis kerana tiada siapa menemaninya pada hari umat Islam meraikan detik kemenangan selepas sebulan menahan lapar dan dahaga.

"Tak tahu ke mana hendak dituju, saya pergi beraya di rumah emak angkat, Fauziah Nawi. Berkumpul bersama keluarganya gembira sedikit. Itulah rumah pertama dan terakhir saya beraya tahun lalu. Selepas itu, saya habiskan raya pertama duduk di rumah saja.

"Alhamdulillah, tahun ini saya dapat berpuasa dan berhari raya bersama isteri. Bangun sahur ada yang kejutkan dan Fazima selalu tanya saya hendak makan apa.

"Saya tidak cerewet, makan apa saja yang dimasaknya. Waktu bersahur, saya tidak mengambil makanan berat cukup sekadar makan roti cecah sup cendawan, telur separuh masak atau telur campur madu.

"Fazima pula hanya makan kurma dan minum susu. Kehidupan kami berdua sangat ringkas dan seadanya saja. Yang penting sudah ada orang yang mengambil berat dan menenangkan hati saya di kala kerunsingan," katanya.

Walaupun baru kali kedua Corrie menyambut Ramadan, dia sudah biasa berpuasa sebelum mendapat taufik dan hidayah daripada Allah SWT lagi kerana pekerjaannya sebagai anak seni sentiasa dikelilingi rakan artis beragama Islam.

Zaman kecilnya pun dia mempunyai ramai kawan Melayu dan belajar berpuasa bagi menghormati rakan Muslim yang berpuasa. Biasanya Corrie berpuasa pada hari pertama dan terakhir tetapi ada juga berpuasa pertengahan Ramadan.

"Saya berazam menjadi Muslimin yang taat kepada suruhan Allah Yang Esa. Menjadi kemestian saya bersolat jemaah dengan isteri walaupun kami berada di lokasi penggambaran. Rasa lebih tenang dapat beribadah dengan isteri.

"Syukur ibu bapa mentua (Mohamad Fuad Ngah Ibrahim dan Kamariah Jamaluddin) sangat baik dan memahami saya. Mereka juga banyak mengajar saya mendalami ajaran Islam. Kakak Fazima yang juga ustazah banyak membantu saya memahami selok-belok agama Allah ini. Mereka juga mengerti pahit getir saya sebagai anak seni," katanya yang balik beraya di kampung isterinya di Alor Star, Kedah.


Dalam kegembiraan bercerita mengenai puasa dan hari raya, Corrie sempat meluahkan rasa terkilannya dengan dunia seni yang diceburinya lebih 10 tahun lalu.


"Bukan saja bermasalah pasal bayaran tetapi produser dan pengarah juga macam tidak menghargai bakat lakonan saya. Sepuluh tahun dalam bidang seni, bayaran masih di takuk lama dan cuma diberi watak kecil. Belum pernah saya diberi watak utama atau pelakon pembantu".

"Jika ada yang sudi memberi peluang, pasti saya dapat membuktikan kemampuan diri. Saya memang tidak popular tetapi ramai yang kenal. Wartawan banyak membantu meletakkan saya dalam kedudukan yang selesa," katanya.

Corrie aktif berlakon sebelum menjadi koreografer untuk AF2 dan AF4 lagi tetapi ketika itu kurang dikenali ramai. Selepas muncul dalam AF, barulah orang tahu siapa Corrie Lee. Selepas itu, banyak juga dapat tawaran berlakon drama dan filem.

Luah Corrie, bayaran diterima tidak setimpal pengalaman yang ada. Apabila berlakon filem, bayaran yang dapat macam berlakon drama juga.

"Apa yang buat saya kecewa, adakala produser belum berbincang harga dengan saya, sudah kata mahal. Harga boleh dirunding. Jika agak mahal sekali pun, ia bersesuaian dengan kemahiran dan pengalaman saya.

"Jika diberi watak jahat, saya reka sendiri aksi pergaduhan itu, tidak perlu upah orang lain. Sepatutnya saya boleh minta bayaran berasingan untuk khidmat itu tetapi sayang sekali produser dan pengarah tidak pernah memikirkannya.

"Saya pun hendak hidup senang juga. Ada kereta mewah, rumah besar dan boleh bawa isteri mengerjakan umrah dua kali setahun. Saya teringin hendak jadi macam Rosyam Nor yang sudah kaya raya sekarang.

"Sudah berlakon berpuluh filem dan beratus drama tetapi bayaran jarang bertambah. Pelik kenapa produser terlalu berkira dengan saya.

"Stesen televisyen pun tidak ambil saya koreograf lagi dengan alasan mahal, sedangkan mereka tidak bertanya kepada saya pun berapa bayarannya. Hanya dengar cakap orang atau membuat andian sendiri. Apabila mereka dengar mahal, terus ambil orang baru," katanya.

Meskipun dihimpit duka dan kecewa tidak pernah mematahkan semangatnya kerana sayangkan kerjaya seninya itu. Apa yang dia mahukan timbang rasa dan sedikit penghargaan daripada produser serta pengarah.







Photobucket

Isnin, 14 September 2009

JIN NOTTI BEBAS RAYA PERTAMA NI..


SALAM RAMADHAN SEMUA,
FILEM TERBARU SAYA JIN NOTTI AKAN DI TAYANGKAN DI PAWAGAM PADA RAYA PERTAMA INI. IA ADALAH SEBUAH FILEM YANG MENARIK DI TONTON OLEH SEMUA GOLONGAN SEISI KELUARGA. SETELAH SEBULAN KITA BERPUASA, DI PAG RAYA KITA PERGI SOLAT AIDIL FITRI, BERMAAF-MAAFAN, MAKAN KUIH RAYA DAN JGN LUPA YE DATANG KE PAWAGAM FILEM INI.

SELAMAT MENONTON DAN SELAMAT HARI RAYA


Jin Notti
Pengarah : Azhari Mohd Zain
Syarikat Penerbit : KRU Studios Sdn. Bhd.
Bahasa : Bahasa Melayu
Klasifikasi : PG-13 - Bimbingan ibubapa atau orang dewasa disyorkan untuk kanak-kanak di bawah umur 13 tahun
Tarikh Tayangan : 20 September 2009
Durasi : 94 min
Audio : Stereo
Format : 35mm


Pengarah

Penulis:
:
(Scriptwriter)
:
(Lakon layar)
Lakonan:
:
Notti / Ruby / Eyyonne/ Shahrifah Qistina / Mimi (Pelakon Utama)
:
Aziz (Pelakon Utama)
:
Jinbara (Pelakon Utama)
:
Jin Samsu (Pelakon Utama)
:
Sofea Jin (Pelakon Utama)
:
VT JINGGAM (Pelakon Utama)
:
Nesti (Pelakon Pembantu)
:
Hisyam / Razlan (Pelakon Pembantu)
:
Boboy Gengster (Pelakon Pembantu)
:
Zulu (Pelakon Pembantu)
:
Pembantu Taiko (Pelakon Pembantu)
:
Pusher (Pelakon Pembantu)
:
Hakim (Pelakon Pembantu)
:
Pendakwaraya (Pelakon Pembantu)
:
Pemandu Teksi (Pelakon Pembantu)
:
Taiko (Pelakon Pembantu)
Krew:
:
(Pengarah Fotografi)
:
(Pereka Produksi)
:
(Pengarah Seni)
:
(Kesan Bunyi)
:
(Lagak Ngeri)
:
(Animasi 3D)
:
(Pereka Kostum)
:
(Kesan Khas)
Penerbit:
:
(Penerbit Eksekutif)
:
(Penerbit)
:
(Penerbit)
:
(Penyelaras Penerbitan)
:
(Penerbit)

Khamis, 10 September 2009

Raya nak dekat... Lagu Raya yang mana best?


Antara lagu-lagu raya...

  1. 2 By 2 & Haliza – Hari Raya
  2. Ahmad Jais – Selamat Hari Raya
  3. A Ramlie & Maria Bachok – Malam Tujuh Likur
  4. A. Ramlie – Suara Takbir
  5. Aishah – Pulanglah
  6. Aishah – Senandung Lebaran
  7. Aishah – Setitis Cahaya Di Aidilfitri
  8. Aman Shah – Kepulangan Anakmu
  9. Ajai (Maafkan) – Rindu Di Aidilfitri
  10. Al Jawaher – Selamat Hari Raya
  11. Al Mizan – Selamat Berhari Raya
  12. Ally Noor & Mastura – Jangan Main Mercun
  13. Amy Mastura – Bersama Di Hari Raya
  14. Anuar & Elina – Suasana Di Hari Raya
  15. Apek – Selamat Hari Raya
  16. Aqasha – Musafir Di Aidilfitri
  17. Artis Suria Records – Selamat Adilfitri
  18. Asha Malik – Pulang Di Hari Raya
  19. Awie – Musafir Di Aidilfitri
  20. Awie – Raya Yang Sempurna
  21. Black Dog Bone – Cahaya Aidilfitri
  22. Cenderawasih – Bersama Di Hari Raya
  23. D.J Dave – Menjelang Hari Raya
  24. Eddynor Ali – Manusia Miskin Kaya
  25. Efa Rizan – Lebaran
  26. Fazidah Joned – Selamat Hari Raya
  27. Ideal Sisters – Hari Raya Hari Bahagia
  28. Indra Shahrir – Selamat Hari Raya
  29. Jalil Hamid – Raya
  30. Jamal Abdillah – Maafkan Segala Keterlanjuran
  31. Jamal Abdillah – Salam Aidilfitri
  32. Jay Jay – Hari Raya Bahagia
  33. Jeffrydin – Musafir Di Aidilfitri
  34. Junainah – Suasana Riang ( Di Hari Raya)
  35. Khairil Johari Johar – Sepasang Kurung Biru
  36. Krisya – Suatu Hari Di Hari Raya
  37. Lagu Raya – Dari Jauh Ku Pohonkan (Sudirman)
  38. Lagu Raya – Lebaran Ini
  39. Lagu Raya – Selamat Hari Raya (Saloma)
  40. Lagu Raya – Selamat Hari Raya
  41. Lagu Raya – Suatu Hari Di hari Raya (M Nasir)
  42. Liza Hanim – Salam Kejauhan
  43. M Nasir – Satu Hari Di Hari Raya
  44. M. Shariff & Zalifah Ibrahim – Hari Raya
  45. Mamat – Ku Pohon Restu Ayah Bonda
  46. Maz – Suasana Di Hari Raya
  47. Noorkumalasari – Pulang Di Hari Raya
  48. Nakkal – Aku Cinta Aku Rindu
  49. Nakkal – Hari Raya Di Lebuhraya
  50. Nakkal – Isa Tak Balik Raya 99
  51. Nakkal – Iyoko Beraya
  52. Nakkal – Ku Cuba Puasa Feat. Yasin
  53. Nakkal – Satu Malam Di Malam Raya
  54. Nakkal – Sepakat Beraya
  55. Nakkal – Tanggal 1 Syawal
  56. Nakkal – Trektettet
  57. Nakkal – Warisan Lebaran
  58. Othman Hamzah – Gembira Bersama Di Hari Raya
  59. P. Ramlee – Dendang Perantau
  60. Rabbani – Di Ambang Syawal
  61. Rafeah Buang – Bila Takbir Bergema
  62. Rafeah Buang – Selamat Hari Raya
  63. Rahimah Rahim – Selamat Berhari Raya
  64. REM (Maafkan) – Mulianya Ramadhan
  65. S Jibeng – Menjelang Hari Raya
  66. S Jibeng – Musafir Di Hari Raya
  67. Saloma – Manusia Miskin Kaya
  68. Saloma – Selamat Hari Raya
  69. Sanisah Huri – Aidilfitri
  70. Sanisah Huri – Bersabarlah Sayang
  71. Senario – Puasa & Raya
  72. Senario – Seminggu Berhari Raya
  73. Sharifah Aini – Hai Selamat Hari Raya
  74. Sharifah Aini – Suasana Hari Raya
  75. Sheila Majid – Hari Mulia
  76. Siti Nurhaliza – Aidilfitri Di Alaf Baru
  77. Siti Nurhaliza – Bila Raya Menjelma
  78. Siti Nurhaliza – Sesuci Lebaran
  79. siti nurhaliza – Suara Takbir
  80. Spider – Rindu Raya
  81. Sudirman – Balik Kampung
  82. Sudirman – Dari Jauh Ku Pohon Maaf
  83. Sudirman – Selamat Hari Raya
  84. Sudirman & Zaleha Hamid – Inang Di Aidilfitr
  85. SURIA Record – Nikmat Hari Raya
  86. Takbir
  87. Uji Rashid & Hail Amir – Seloka Hari Raya
  88. Uji Rashid – Dengan Bismillah
  89. Various Artist – Salam Aidilfitri


Lagu kegemaran saya M Nasir – Satu Hari Di Hari Raya
manakala isteri saya ialah Sudirman – Dari Jauh Ku Pohon Maaf
anda semua punya bagaimana?
Photobucket

Ahad, 6 September 2009

Nuzul Al-Quran





Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)
Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran
Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.
Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT
Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)
Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.
Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Panduan

Dari maklumat serba sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah seperti:
1. Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran
2. Ayat pertama diturunkan ialah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan Pena dan Tulisan.
3. Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan.
Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ‘ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.
Manakala penurunan al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah ‘iqra’’ iaitu ‘baca’ di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”.

Perkara ketiga ialah hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah.

Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Dengan beribadah di sepuluh malam terakhir itu, mudah-mudahan akan dapat menemuinya sebagai bekalan kehidupan akhirat.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah. Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan. Umat Islam juga perlu mempertingkatkan amal ibadah terutamanya mengejar anugerah Tuhan yang tidak terhingga kepada umat Islam akhir zaman. Beribadah di 10 akhir Ramadhan memberikan kita peluang keemasan ganjaran pahala seolah-olah beribadah sepanjang hidup kita iaitu 1000 bulan (sekitar 83 tahun).


Photobucket
p/s: 17 ramadhan adalah tarikh yg penuh dgn keberkatan, dan saya telah mengambil keberkatan tarikh Nuzul al-Quran untuk bertunang thn lepas dgn isteri saya sekrang.

Rabu, 2 September 2009

Happy Birthday Mawaddah




Photobucket
Posted by Picasa

Ahad, 23 Ogos 2009

DOA UTAMA BULAN RAMADHAN DAN DIMALAM LAILATULQADAR




“Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni”

Ya Allah, Engkaulah Tuhan yangsangat suka mengampuni, maka ampunkanlah dosa-dosa saya

LAA ILAAHA ILLALLAH






ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu
sholat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. ..
mengadu...merintih. ..meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman

Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia ...meminta belas-NYA


wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ... namun tak pula aku sanggup ke Nerakamu ... kami lah hamba yang mengharap belas darimu "ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia" Amin.....

andai benar ini Ramadhan terakhir buat saya
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH SAYA LAKUKAN




Rabu, 12 Ogos 2009

kELUARGA ..













11/8/09

Kami ada photo shoot untuk Majalah Keluarga terbitan Karangkraf di Shah Alam smlm. Kalau tak silap keluaran bulan Oktober 09. En Adnan Jaafar adalah make up artist yg make up kami berdua. Untuk pengetahuan semua. En Adnan adalah pensyarah Fazi sama kolej dulu. Dah 10 thn tak jumpa. Akhirnya bertemu di Majalah Keluarga.
Photobucket

Sabtu, 8 Ogos 2009

Libas ala Shaolin Soccer, fantasi sepaktakraw



REGU MALAYSIA ANTARANYA BEEGO (KIRI) DAN ROSYAM NOR (KANAN) MEMPAMERKAN SENI SILAT Melayu DALAM AKSI UNIK SEPAK TAKRAW MEREKA.


ROSYAM Nor, Bola Raga Pusaka Kesultanan Melaka kurun ke-15 dan satu nama yang seperti pernah didengari di arena sepak takraw - Adnan Saladin?

Tidak cukup lagi? Pertarungan sepak takraw yang digabungkan seni bela diri, aktres jelita Scha beraksi selaku tekong dan regu Thailand yang ganas tetapi sebenarnya sekumpulan gay!

Elemen pelik tetapi kreatif ini ditampilkan dalam filem baru bertema sukan sepak takraw - Libas arahan Jurey Latiff Mohd. Rosli yang baru selesai menjalani penggambarannya pada pertengahan bulan lalu sekitar Lembah Klang dan Terengganu.

Diilhamkan daripada filem Hong Kong dibintangi Stephen Chow, Shaolin Soccer, filem pertarungan sepak takraw-seni bela diri ini bakal menyuntik semula populariti sukan gelanggang warisan ciptaan orang Melayu ini seperti pada 1985 hingga 1993 menerusi Kejohanan Sepak Takraw Dunia MAS-Utusan Malaysia-RTM.

Ia mengisahkan Adnan, Raja Libas (Rosyam) sudah tidak boleh beraksi lagi di gelanggang sepak takraw kerana kakinya telah ditempangkan oleh regu Thailand lakonan Propchai (ADAM CORRIE, bekas koreografer Akademi Fantasia), Pratapol (Yusuraiza) dan Aknangkorng (Zek Zamri Gerak Khas) serta Topap dalam satu perlawanan tahun sebelumnya.


REGU THAILAND YANG TURUT DIBARISI KOREY (BERLUTUT) DAN ZEK ZAMRI GERAK KHAS MENERAPKAN UNSUR MUAY THAI DALAM PERTARUNGAN SEPAK TAKRAW BAWAH TANAH, Libas.


Adnan yang berasa amat bersalah kerana telah berpakat dengan musuh untuk memberikan kemenangan mudah malah sehingga tekongnya mati diracun dengan bola ke dada, kini cuba membentuk regu baru dengan mengambil Megat (Beego), Kumo (Mohd. Fazli), Hamadi (Johan Raja Lawak) selain Ratna (Scha).

Mereka digambarkan sebagai tidak berbakat bermain sepak takraw, berbadan gempal serta kekurangan serba-serbi tetapi ditugaskan untuk mempertahankan bola raga pusaka itu yang turut diintai orang putih, Mr. Wilson (Johan Abdullah) - pengumpul barang antik terkenal dari Amerika Syarikat.

Malah jika regu Adnan kalah, Bola Pusaka akan menjadi milik Thailand buat selama-lamanya dan regu Gajah Putih itu berhak ditabalkan selaku pencipta sukan ini namun dalam pertarungan kemuncak itu, mereka berentap hebat hingga ke mata penghabisan demi mempertahankan maruah negara masing-masing.

Kata Jurey Latiff, "filem ini menjalani penggambaran dari 9 Jun hingga 12 Julai dengan 90 peratus di Lembah Klang dan selebihnya di Terengganu. Ia menelan kos RM1.7 juta, menggunakan teknik imej janaan komputer (CGI) dan bakal ditayangkan sebelum Mei tahun depan.

"Ia agak menyimpang daripada perlawanan sepak takraw biasa kerana perlu disuntik elemen rekaan, kesan khas dan CGI tetapi menggabungkan corak aksi, komedi, romantik dan sukan selain memiliki sindiran politik semasa dunia menerusi kehadiran regu negara lain," katanya yang mengakui mendapat restu Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM).


JEPUN ditampilkan sebagai regu ninja yang turut bersengketa politik dengan korea selatan sehingga terbawa-bawa ke gelanggang Libas.


"Turut diambil sebagai penyelaras dan penasihat aksi asas sepak takraw dalam filem ini ialah pelibas yang juga apit kanan pemenang pingat perak Sukan Asia Doha 2006, Mohd. Azlan Abd. Mubin dan bekas pemain kebangsaan, Firdaus Ghani," kata karyawan cereka TV, Hari-hari Terakhir Seorang Perempuan, Suara Dari Kubur, Ibu Ampunkan Aku dan Idris Beca ini.

"Kehadiran regu China, Korea Selatan, Jepun, India, Iraq dan Amerika Syarikat pula ditampilkan sebagai pejuang ideologi politik negara yang perlu dilunaskan dalam Libas, pertarungan sepak takraw di gelanggang bawah tanah.

"Lebih 200 pelakon utama, sokongan dan tambahan membintangi Libas. Kami turut mengagumi kesungguhan Rosyam dalam menjiwai dan menjayakan watak Adnan Saladin walaupun jadual hariannya padat selaku pengacara siri TV, Pilih Kasih dan Fenomena Seni malah sehingga tercedera bahu ketika penggambaran," katanya.

Penerbit Libas, MDAG Marketing Sdn. Bhd. juga berhasrat mengadakan satu pertandingan sepak takraw terbuka secara besar-besaran sebagai langkah mempromosi filem dan sukan ini dengan kerjasama PSM, Majlis Sukan Negara (MSN) dan kesemua penggiat dan pencintanya dari setiap zon - Timur, Utara, Tengah, Barat dan Selatan dengan berakhir di ibu kota.

Sedutan filem Libas ini juga boleh disaksikan dengan melayari www.mdag.com.my





Photobucket

Jumaat, 7 Ogos 2009

Photo Shoot untuk Filem'Evolusi KL Drift' + CHARDON







Photobucket

link

Related Posts with Thumbnails