TEMAN

Khamis, 29 Januari 2009

Selamat Tahun Baru Cina

Keratan akhbar The Star, 28 Januari 2009


Suami dan Fazi bersama mak dan ayah mertua


Antara ahli keluarga yang sambut bersama di Taiping sempana Tahun Baru Cina

Tahun ni adalah tahun pertama Fazi menyambut Tahun Baru Cina. Sambutan ini disambut adalah kerana suami Fazi berbangsa Cina. Ini adalah pengalaman baru untuk diri Fazi. Perayaan yang biasa bagi kita di Malaysia tetapi merasainya dari dekat menerima ang pow dari mak mertua dan bapa mertua dan merayainya bersama adalah pengalaman yang manis dan tak dapat dilupakan. Memakai baju merah, sepanjang hari perayaan, berbual panjang bersama ahli keluarga. sepanjang hari menonton rancangan Cina yang kita sendiri tak faham apa yang diperkatakan. Tapi itu semua bukanlah masalah bagi Fazi. Memahami dan mempelajari kebudayaan bangsa lain adalah satu ilmu yang amat berharga. Mengenai makanan, Fazi tidak makan dirumah mak mertua, Fazi bersama suami makan di luar kerana kita sebagai penganut islam perlu mematuhi ajaran dan larangan yag ditetapkan. Keluarga suami faham dan tidak berkecil hati Fazi dan suami makan diluar. Di rumah keluarga suami, Fazi hanya meminum air kotak yang disediakan oleh mak mertua.

------------------------------------------------------------------------------------------------

Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan.
Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.
Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.
Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao (Hmong China) yang dipengaruhi oleh China dari segi kebudayaan dan keagamaan, maka turut memakai kalendar qamari Cina.

---------------------------------------------------------------------------------------------


Jumaat, 23 Januari 2009

Makin tembam huhuhu


Terjumpa gambar ni kat Jomstar.com

Kami telah di jemput untuk menghadiri majlis perkahwinan MAWI & EKIN .
Selamat Pengantin Baru MAWI & EKIN

POrt 2


Biasalakan... orang baru kahwin..... masih dalam di alam awal berkenalan dan percintaan.... Jangan tak faham lak ye hehehe

Bercanda ditepian pantai.. hehehe



Alamak silap tarikh la plak... bkn 20hb. tapi 19hb..... hehe

Ahad, 18 Januari 2009

Selesa Hillshome




Pada Khamis dan jumaat baru-baru ni, saya telah menemani suami tercinta shooting drama Gerak Khas Episod Transaksi di Selesa Hillshome, Bukit Tinggi. Penat betul rupanya walaupunn cuma meneman sahaja. .

tak pe laa kerana suami tercinta teman juga laa.... hehehe :)

Jumaat, 16 Januari 2009

Tagged - Magmypic -


Mak Amni.... Ni Majalah Baru dari Zimo Cinta.... Comel tak Zimo ketika zaman dulu.... heheh kalau tak silap mase ni berusia dalam lingkung 3 bulan.... :)

1001 Malam - Emmmmm



11 Januari 2009- Ptg tu Zimo dan suami pergi makan di Bangsar Village... Iaitu Nando's... Boleh laa rasenya .. kira sedap jugak la... Makan punya makan tgk jam dah pukul 5.00 ptg.. Alamak dah lambat ni... ermmmm... hadiah tak beli lagi untuk pengantin mlm ni .

Bergegas la kami mencari hadiah. Akhirnya dapat jugak beli.. Smpi rumah dah pukul 6.45ptg.
Siap punya siap... bertolak dari rumah pukul 7.40 ptg.



Heheh dalam kad undangan ade tulis 7;45 ptg ketibaan tetamu... jadi sempat laaa.... Kami sampai di majlis pukul 8.00mlm... Yeahhh.... sempat... Meriah majlis nya... nak snap gambar pengantin pon tak sempat .. sbb kami pon kena flash sana sini.. jadi terpaksa simpanlah digital camera kami.... ni je gambar yang sempat diambil...



Kami trpaksa pulang awal... kerana suami ade shooting di Dataran Shah Alam pukul 11 mlm Filem Rempit V3 arahan Farid Kamil..

Selamat Pengantin Baru Mawi n Ekin, semoga berbahagia hingga ke akhir hayat dan di akhirat kelak.

Khamis, 15 Januari 2009

Selamat Berkhatan Luqman & Irfan



15 Disember 2008, Adalah har bersejarah untuk anak lelaki abang ku berdua iaitu Luqman & Irfan. Hari tersebut adalah hari yang paling menakutkan bagi mereka dan yang paling tak dapat dilupakan oleh mereka kerana berkhaan pada hari tersebut. Zimo dapat rasakan betapa gementarnya mereka pada hari itu. Pagi-pagi lagi mereka dah bangun pagi bersiap-siap ke hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar .

Pulang dari Hospital, Luqman dan Irfan kepenatan dan yang sebenarnya menahan kesakitan.... uwaaaa takotnya....

Apa-apa pon 'Mak Yang' bangga dgn Luqman dan Irfan berani pergi berkhatan.. Selamat Menempuh Alam Baru




Jumaat, 9 Januari 2009

Wajah Ketika Bertunang..

Rabu, 7 Januari 2009

Salam Asyura - 10 Muharram

Amalan-amalan sunat 10 Muharram

1. Menyapu kepala anak yatim
2. Bersedekah kepada Fakir Miskin
3. Bercelak mata di waktu malam
4. Meluaskan perbelanjaan keluarga
5. SunatPuasa




KISAH & PERISTIWA PENTING BULAN MUHARRAM


Muharram adalah bulan pertama untuk tahun Hijrah dan ia adalah bulan yang mulia dalam takwim islam disisi Allah s.w.t .

1 Muharram

  • Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).

10 Muharram

  • 10 Muharram - Dinamakan juga Hari Asyura. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
  • Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  • Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  • Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  • Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  • Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  • Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  • Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  • Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  • Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  • Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  • Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  • Hari pertama Allah menciptakan alam.
  • Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  • Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  • Allah menjadikan 'Arasy.
  • Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  • Allah menjadikan alam.
  • Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  • Nabi Isa diangkat ke langit

Selasa, 6 Januari 2009

Boikot Produk Israel

Senarai produk yang menyokong Israel yang perlu kita boikot!

Ingatlah setiap sen yang kita keluarkan kerana membeli produk-produk ini akan menyumbang ke arah penitisan darah dan kesengsaraan rakyat Palestin.


Kelab Bolasepak Arsenal adalah antara senarai produk Israel terbaru yang perlu diboikot. Ini kerana skuad Arsenal adalah menyokong dasar Israel dalam keganasan terhadap Palestin.

Lain-lain produk yang wajib kita boikot ialah seperti di bawah. Untuk melihat penglibatan dan kaitan mereka dengan Israel, klik link.

AOL Time Warner

Apax Partners & Co Ltd

Coca-Cola

Danone
Delta Galil Disney
Estée Lauder IBM
Johnson & Johnson Kimberly-Clark
Lewis Trust Group Ltd L'Oreal
Marks & Spencer Nestle
News Corporation Nokia
Revlon Sara Lee
Selfridges The Limited Inc
Home Depot Intel
Starbucks Timberland
McDonald's Arsenal FC


Sebarkan kepada semua Muslimin kerana setakat ini yang kita termampu berjihad melawan kafir Israel!

Jumaat, 2 Januari 2009

Subhanallah. .. Sayangnya Allah & Malaikat kepada Hambanya

Assalamualaikum wr wb,

Rasulullah s.a.w. ada bersabda, katanya, "Setiap anak Adam akan dijaga oleh dua malaikat. Malaikat yang di sebelah kanan lebih berkuasa dari yang sebelah kiri. Sekiranya seseorang anak Adam melakukan dosa maka malaikat yang di sebelah kiri akan bertanya pada malaikat di sebelah kanan katanya, "Apakah yang harus aku catit?"

Kata malaikat di sebelah kanan, "Jangan kamu catit dahulu dosanya sehingga ia melakukan 5 kesalahan. Malaikat yang di kiri bertanya lagi,"Kalau ia telah melakukan 5 kesalahan, apa yang harus aku catitkan?"

Jawab malaikat kanan, "Biarkannya, sehingga ia membuat kebaikan kerana kami telah diberitahu oleh Allah s.w..t bahawa satu kebaikan akan mendapat 10 pahala. Oleh itu hapuskanlah 5 kesalahannya yang lalu sebagai tebusan dan kami masih simpankan untuknya 5 pahala lagi."

Tercenganglah syaitan mendengarkannya lalu berkata,"Kalau macam ini sampai bilakah aku dapat merosakkan anak Adam..."

Demikianlah rahmat Allah pada hambanya, kasih sayangNya melimpah ruah tiada terbatas hanya hambanya saja yang lalai dan leka dengan keseronokkan serta kemewahan dunia.

Khamis, 1 Januari 2009

Bahagianya Kami






link

Related Posts with Thumbnails