TEMAN

Khamis, 29 Januari 2009

Selamat Tahun Baru Cina

Keratan akhbar The Star, 28 Januari 2009


Suami dan Fazi bersama mak dan ayah mertua


Antara ahli keluarga yang sambut bersama di Taiping sempana Tahun Baru Cina

Tahun ni adalah tahun pertama Fazi menyambut Tahun Baru Cina. Sambutan ini disambut adalah kerana suami Fazi berbangsa Cina. Ini adalah pengalaman baru untuk diri Fazi. Perayaan yang biasa bagi kita di Malaysia tetapi merasainya dari dekat menerima ang pow dari mak mertua dan bapa mertua dan merayainya bersama adalah pengalaman yang manis dan tak dapat dilupakan. Memakai baju merah, sepanjang hari perayaan, berbual panjang bersama ahli keluarga. sepanjang hari menonton rancangan Cina yang kita sendiri tak faham apa yang diperkatakan. Tapi itu semua bukanlah masalah bagi Fazi. Memahami dan mempelajari kebudayaan bangsa lain adalah satu ilmu yang amat berharga. Mengenai makanan, Fazi tidak makan dirumah mak mertua, Fazi bersama suami makan di luar kerana kita sebagai penganut islam perlu mematuhi ajaran dan larangan yag ditetapkan. Keluarga suami faham dan tidak berkecil hati Fazi dan suami makan diluar. Di rumah keluarga suami, Fazi hanya meminum air kotak yang disediakan oleh mak mertua.

------------------------------------------------------------------------------------------------

Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan.
Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.
Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.
Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao (Hmong China) yang dipengaruhi oleh China dari segi kebudayaan dan keagamaan, maka turut memakai kalendar qamari Cina.

---------------------------------------------------------------------------------------------


3 ulasan:

  1. kong hee fatt choi.....haiyaa...yang kau ngaper tak pakai cheongsam baru cun...nyah baru plan nak beli bantal kusyen kong hee fatt choi

    BalasPadam
  2. salam......
    hai..lama tak dengar cerita terbaru...sihat ke? sibuk ke?(atau saya yang menyibuk)update please....

    BalasPadam
  3. Wa'salam.

    Mummy: tak de baju cheongsam lagi. insya'allah tahun ini

    Ms Ct: wa'salam, ada.... cuma kadang-kadang tu jarang update blog. biasa la ada mood malas dan rajin :)

    BalasPadam

link

Related Posts with Thumbnails