TEMAN

Isnin, 23 Februari 2009

Why I Love You...


Di lokasi penggambaran KL Drift: Evolusi


* I can be myself when I am with you.

* Your idea of romance is dim lights, soft music, and just the two of us.

* Because you make me feel like, like, like I have never felt before.

* I can tell you anything, and you won't be shocked

* Our undying faith is what keeps the flame out of love alive

* You and me together, we can make magic.

* We're a perfect match.

* Thinking of you, fills me with a wonderful feeling.

* Your love gives me the feeling, that the best is still ahead.

* You never give up on me, and that's what keeps me going.

* You are simply irresistible

* I love you because you bring the best out of me.

* Your terrific sense of humor

* Every time I look at you, my heart misses a beat

* You're the one who holds the key to my heart

* You always say what I need to hear (You are perfect).

* You have taught me the true meaning of love.

* Love is, what you mean to me - and you mean everything.

* You are my theme for a dream.

* I have had the time of my life and I owe it all to you.

* And, of-course, your intelligence, 'cause you were smart enough to fall in love with me ;-)

Sabtu, 21 Februari 2009

Surat dari Iblis kepada Anak-anak Adam


Kelmarin Aku melihat dirimu , saat engkau memulai aktiviti harianmu.

Kau bangun tanpa sujud mengerjakan subuhmu

Bahkan kemudian, kau juga tidak mengucapkan ' Bismillah' sebelum memulai santapanmu, juga tidak sempat mengerjakan solat Isyak sebelum berangkat ke tempat tidurmu

Kau benar-benar orang yang bersyukur, Aku menyukainya

Aku tak dapat mengungkapkan betapa senangnya aku melihatmu tidak merubah cara hidupmu.

Hai Bodoh, Kamu millikku.

Ingat, kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama, dan aku masih belum benar-benar mencintaimu .

Malah aku masih membencimu, kerana aku benci Allah.

Aku hanya menggunakanmu untuk membalas dendamku kepada Allah.

Dia sudah mencampakkan aku keluar dari syurga, dan aku akan tetap memanfaatkanmu sepanjang masa untuk membalaskannya

Kau lihat, ALLAH MENYAYANGIMU dan dia masih memiliki rencana-rencana untukmu dihari depan.

Tapi kau sudah menyerahkan hidupmu padaku, dan aku akan membuat kehidupanmu seperti neraka.

Sehingga kita bisa bersama dua kali dan ini akan menyakiti hati ALLAH

Aku benar-benar berterima kasih padamu, kerana aku sudah menunjukkan kepadaNYA siapa yang menjadi pengatur dalam hidupmu dalam masa2 yang kitajalani


Kita nonton film ' porno ' bersama, memaki orang,mencuri, berbohong, munafik, makan sekenyang-kenyangya, bergosip,manghakimi orang, menikam orang dari belakang, tidak hormat padaorang tua ,


Tidak menghargai Masjid, berperilaku buruk.

TENTUNYA kau tak ingin meninggalkan ini begitu saja.


Ayuhlah, Hai Bodoh, kita terbakar bersama, selamanya.

Aku masih memiliki rencana2 hangat untuk kita.

Ini hanya merupakansurat penghargaanku untuk mu.

Aku ingin mengucapkan ' TERIMA KASIH ' kerana sudah mengizinkanku memanfaatkan hampir semua masa hidupmu.

Kamu memang sangat mudah dibodohi, aku menertawakanmu.


Saat kau tergoda berbuat dosa kamu menghadiahkan tawa.

Dosa sudah mulai mewarnai hidupmu.

Kamu sudah berusia lebih suku usiamu , dan sekarang aku perlu darah muda.

Jadi, pergi dan lanjutkanlah mengajarkan orang-orang muda bagaimana berbuat dosa.

Yang perlu kau lakukan adalah merokok, mabuk-mabukan, berbohong, berjudi, bergosip, dan hiduplah se-egois mungkin.

Lakukan semua ini didepan anak-anak dan mereka akan menirunya.


Begitulah anak-anak .

Baiklah, aku persilakan kau bergerak sekarang.

Aku akan kembali beberapa detik lagi untuk menggoda semua lagi.

Jika kau cukup cerdas, kau akan lari sembunyi, dan bertaubat atas dosa-dosamu.

Dan hidup untuk Allah dengan sisa umurmu yang tinggal sedikit.

Memperingati orang bukan tabiatku, tapi diusiamu sekarang dan tetap melakukan dosa, sepertinya memang agak aneh.

Jangan salah sangka, aku masih tetap membencimu.


Hanya saja kau harus menjadi orng tolol yang lebih baik dimata ALLAH.




Catatan : Jika kau benar2 menyayangiku , kau tak akan memberi surat ini dengan sesiapapun

Jumaat, 20 Februari 2009

GIla Donut


Teringin nak makan donut, ternampak je BiG APPLE terus beli ... nyum nyum nyum

Jumaat, 13 Februari 2009

Sushi..... ermmm boleh laa





Makan sushi di Mid Valley bersama suami memang best... tapi hakikatnya kita kureng suka makan sushi... tak la sedap sgt. Kalau sedap pon ade laa dua tiga jenis je sushi yang boleh ditelan.. Yang selainnya tak boleh. Sedap lagi makan masakan yang betul2 dimasak.

Zimo sekarang tgh sibuk , jadi jarang update blog. Semoga kita berjumpa lagi

Ahad, 8 Februari 2009

Sambutan ‘Raya Cina’ dengan adik kandung yang terpisah 36 tahun

Sambutan ‘Raya Cina’ dengan adik kandung yang terpisah 36 tahun

MENYAMBUT perayaan Tahun Baru Cina selepas memeluk Islam sejak 13 Julai 2007, tidak memberikan apa-apa perubahan kepada pelakon dan jurutari profesional Corrie Lee atau nama sebenarnya Adam Corrie Lee Abdullah, 41.

Bagi Corrie, beliau masih lagi menyambut perayaan tersebut bersama keluarganya di Taiping, Perak pada setiap tahun.

"Saya masih lagi menyambut perayaan TBC dengan keluarga pada setiap tahun. Walaupun saya seorang Muslim, tiada jauh bezanya tentang perayaan tersebut kerana saya tetap merasa gembira seperti ahli keluarga saya yang lain.

"Cuma apa yang membezakannya adalah dari segi makanan dan cara mereka menyambutnya," ulas Corrie yang telah mendirikan rumahtangga dengan Fazema Mohd Fuad, 30, pada 21 November tahun lalu.

Untuk perayaan TBC hari ini, Corrie membawa pulang isterinya ke kampung halaman bagi meraikan bersama-sama keluarganya.

CORRIE membawa pulang isteri tercinta, Fazema Mohd Fuad ke kampungnya di Taiping untuk sama-sama meraikan Tahun Baru Cina

"Tahun ini gembira sedikit kerana saya membawa isteri berjumpa dengan ibu saya. Ibu saya pun tidak sabar untuk bertemu dengan menantunya. TBC tahun ini ibu saya sudah berpesan awal-awal lagi supaya kami balik untuk meraikannya bersama-sama.

"Mungkin kami akan meluangkan masa kira-kira tiga hingga empat hari sahaja kerana banyak kerja yang kami terpaksa lakukan di Kuala Lumpur.

"Pada tahun ini, tiada banyak beza tentang sambutan perayaan ini dengan sambutan tahun lepas cuma kelebihannya pada kali ini sebab saya meraikannya bersama isteri dan saya juga teruja untuk menyambutnya sebab masing-masing tak sabar nak berjumpa antara satu sama lain.

"Adik-beradik pun ada yang turut serta dan ada yang tidak kerana giliran beraya dengan keluarga sebelah pasangan masing-masing,” ujar anak keempat daripada tujuh beradik ini.

Jumpa adik kandung selepas 36 tahun terpisah

Selain daripada itu, Corrie juga bakal berkongsi kegembiraannya dengan adik kandungnya yang terpisah sejak 36 tahun dahulu.

SAMBUTAN Tahun Baru Cina tahun ini lebih bermakna apabila Corrie menyambutnya dengan adik kandung, Shahrizah Hussein yang telah terpisah selama 36 tahun

"Pada Oktober lalu, saya telah berjumpa dengan adik kandung saya yang keenam iaitu Shahrizah Hussein, 36, kerana dia dijaga oleh keluarga Melayu.

"Sebelum ini saya tahu yang saya mempunyai seorang adik lelaki tetapi hal ini senyap begitu sahaja. Keluarga saya pun tidak berusaha untuk mencari," luah Corrie.

Corrie mengklasifikasikan jejak kasih beliau dengan adiknya itu ibarat "Lain yang dicari, lain yang didapatnya" kerana pertemuan mereka berlaku dalam keadaan tidak dirancang.

"Ikutkan saya nak mencari kawan baik saya iaitu Rahim melalui temubual di Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Astro kerana dia merupakan orang pertama yang membawa saya ke masjid.

"Di dalam temubual itu, hos waktu itu memberikan peluang kepada saya untuk memberikan kata-kata akhir jadi saya gunakan kesempatan itu untuk mencari rakan saya yang terpisah.

"Jadi, yang membuatkan saya terkejut adalah bukan kawan saya yang muncul sebaliknya adik saya.

"Adik saya ini telah dibesarkan oleh sebuah keluarga Islam," cerita Corrie yang merasakan kegembiraannya berganda apabila dapat membawa pulang isteri dan adik kandung sekaligus untuk menyambut perayaan TBC pada hari ini.

Empat jam ‘soal siasat’ adik kandung

Bercerita mengenai jejak kasih antara Corrie dan Syahrizah, beliau pada mulanya sukar untuk mempercayai yang pemuda tersebut adalah adik kandungnya kerana terdapat kekeliruan pada namanya.

"Selama empat jam juga saya berborak dengan Syahrizah dan dua hari selepas itu, saya membawa dia berjumpa dengan abang sulung dan adik-beradik yang lain.

"Semasa kenduri kahwin saya di Kuala Lumpur tahun lalu, ikutkan semua adik-beradik ‘turun padang’ termasuk Syahrizah melainkan abang ketiga saya yang bekerja sebagai polis di Bukit Aman kerana berada di Eropah," ujar Corrie yang bakal muncul dengan drama bersiri Kasarin, Gerak Khas: Transaksi dan telefilem Tuntutan Maut untuk TV3.

Khamis, 5 Februari 2009

Sementara Menunggu Suami....


e


Menemani suami ke lokasi adalah pengalaman yang menarik dan menyeronokkan. Jangka masa penggambaran selalu panjang. Kadang-kadang timbul rasa bosan kerana menunggu. Untuk tidak merasa bosan, Zimo sering membawa labtop untuk melayari internet dan menonton dvd.

Rabu, 4 Februari 2009

Tuntutan Maut TV3




Hari terakhir shooting teledrama - Tuntutan Maut terbitan GB untuk tv3. Penggambaran diambil di Melaka...... Habis sahaja penggambaran.. pecut balik ke Taiping sbb esoknya Tahun Baru Cina... :)

link

Related Posts with Thumbnails