TEMAN

Jumaat, 27 Mac 2009

TAGGED!!!

MAK AMNI TAGGED ZIMO CINTA HARI NI!!!!!!

1. apakah nama penuh anda
FAZIMA MOHAMED FUAD

2.nama yang anda harap itu nama anda
AYO.... YOOOOO...... SUSAH NAK CAKAP.... DULU PERNAH TERFIKIR NAK NAMA LAIN .. "KALAU LAAAAA AK DAPAT NAMA NI?"
TAPIKAN NAMA YANG MAK DAN ABAH BAGI ADALAH YANG TERBAIK! TERIMA KASIH MAK & ABAH

3.post 4 pictures yang tiada siapa tengok lagi di mana-mana.


Gambar ni pada November 2008, di hari perkahwinan Zimo Cinta.


ermm... gambar ni masa sibuk buat kerja amal. Duit kutipan bantuan kemanusian untuk mangsa gempa bumi di Solo, Indonesia. Zimo menjadi ahli sukarelawan bantuan kemanusiaan selama setahun ketika itu.



ni pon masa majlis perkahwinan Kasturi, hehe ZImo sibuk tunggu turn line karaoke. Umu kat belakang sibuk amek bunga telor nak bagi tetamu yang datang.


4.apakah kenangan paling berharga anda dalam hidup

SUDAH BERUBAH MENJADI SEORANG HAMBA ALLAH YANG LEBIH PEKA DAN SEDANG MENJADI HAMBA-NYA YANG TAAT

5.apakah prinsip hidup anda

SENYAP ITU INDAH

6.apakah perangai anda yang paling buruk

ERMMM RASANYA BANYAK... MALU PLAK NAK CERITA AIB SENDIRI


7. tulis diatas kertas dan postkan juga 'ucapan anda kepada saya dan tandatangan anda'

YANG NI TAK SEMPAT..... CAMERA ROSAK.... apa-apapon.... nanti Kita update....
'TERIMA KASIH 'MAK AMNI' TAGGED 'ZIMO CINTA'

Rabu, 25 Mac 2009

Cinta & Kawan



Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung...
Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga...

Kenapa??
Kerena CINTA itu buta...
Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga...
Kenapa??
Kerana... KAWAN akan buat apa saja demi CINTA !!
Di dalam telaga CINTA hilang...

Kenapa??
Kerana... CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari
apa lagi dalam telaga yang gelap...
Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu..

Kenapa??
Kerana... KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia...
kan ??
so, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERERTI....

Walau kita punya couple, teman still paling setia.
Walau kita punya harta banyak, teman still paling berharga.

p/s: memilih kawan biar betul. Kawan yang merosakkan patut dijauhkan :)



KAITAN CINTA DENGAN HIDUP


Mungkin tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila akhirnya kita menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana bersyukur dengan nikmat dan hikmat di sebalik pemberian tersebut.Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama sehinggakan kita tidak akan nampak pintu yang lain yang telah terbuka untuk kita.kawan yang paling baik ialah seseorang yang kita boleh duduk di dalam buaian dan kita boleh duduk bersama tanpa berkata apa-apapun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar kita tidak akan tahu apa yang kita rindukan sehinggalah kita kehilangannya dan juga bahawa kita tidak akan tahu apa yang kita rindukan sehinggalah “ia” datang kepada kita.Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan mencintai anda kembali, tapi sekiranya ia tidak pastikanlah ia terus mekar didalam hati anda.
Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu untuk menyukainya, tetapi ia mengambil masa yang panjang untukmelupakannya. Jangan pandang pada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu.Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang boleh membuatkan anda tersenyum kerana ia Cuma memerlukan sekuntum senyuman mencerahkan hati yang suram.Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramat rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dalam dalam mimpi dan memeluknya dengan sebenar.Mimpilah apa yang anda ingin mimpikan, pergilah ke mana yang anda ingin tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang anda ingin anda lakukan.
Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insane, dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia.Selalu bayangkan anda di dalam kasut seseorang jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah mungkin ia akan menyakitkan orang lain juga. Kebahagiaan seseorang juga tidak semestinya dalam mamiliki segala yang terbaik. Mereka hanya mambuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang dalam hidup mereka. Kebahagiaan terletek pada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yag telah mencari dan mereka yang mencuba.Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidupa mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam. Semasa anda dilahirkan anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah kehidupan anda supaya apabila anda mati, andalah yang akan tersenyum dan orang disekeliling anda pula akan menangis.

Isnin, 23 Mac 2009

Hari terakhir shooting Filem KL DRIFT


Hari terakhir suami Zimo shoot filem KL drift. Lokasi penggambaran di Putrajaya. Waktunya tengahri but. Panasnya... Ya Allah je yang tahu. Tapi tak mengapa, tak jadi maslaah bagi Zimo. Teman suami bekerja besar ganjarannya yang seorang isteri terima selain dapat pahala, hubungan suami isteri lebih rapat dan serasi.
Insya'allah dengan izin-Nya

Rabu, 18 Mac 2009

MUNAJAT CINTA



The Rock Feat Ahmad Dani - Munajat Cinta

Lirik Lagu Indonesia Terbaru

Malam ini, ku sendiri,
tak ada yang, menemani,
seperti malam-malam,
yang sudah, sudah

Hati ini, selalu sepi,
tak ada yang, menghiasi,
seperti cinta ini,
yang s’lalu, pupus

[Chorus:]
Tuhan kirimkanlah aku,
kekasih yang, baik hati,
yang mencintai aku,
apa adanya

Mawar ini, semakin layu,
tak ada yang, memiliki,
seperti, aku ini,
semakin, pupus

[Chorus]

[Interlude]

[Chorus] (x2)


Lagu ini Zimo tuju khas untuk suami tercinta.


Isnin, 9 Mac 2009

SAAT-SAAT MELIHAT NIKMAT


DOA KETIKA MELIHAT SESUATU YANG MENYENANGKAN

MA SYAA'ALLAHU LA QUWWATA ILLA BILLAH
Maksudnya: "Apa yang Allah kehendaki, tidak ada kekuatan selain dengan Allah."

ALHAMDULILLAHILLADZI BINI'MATHI TATIMMUSH-SHALIHAT
Maksudnya: "Segala puji bagi Allah yang dengan nikmat-Nyalah segala kebaikan menjadi sempurna."

DOA KETIKA MELIHAT SESUATU YANG BURUK


ALHAMDULILL 'ALA KULL HAL
Maksudnya: "Segala Puji bagi Allah dalam segala keadaan"

Sabtu, 7 Mac 2009

Maulidur Rasul 12 Rabiulawal

Maulidur Rasul yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571 merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w (Sallallahu Alaihi Wasallam). Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.

Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.

Peristiwa-Peristiwa Penting Bulan Rabiul Awal

Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;

  1. Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul.
  2. Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.
  3. Hijrah Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.
  4. Peperangan Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.
  5. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.
  6. Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.
  7. Pembukaan Iraq Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.
  8. Pembukaan Baitul Muqaddis Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.
  9. Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.
Masjid Haiga Sophia di Sepanyol yang telah ditukar menjadi muzium.

Jumaat, 6 Mac 2009

Sabak Seefood. -21/2/09 - Ke-3 bln


makan puas-puas ye..




dah 3 bulan dan... masing-masing dah kembang satu badan.... huhuh






Isnin, 2 Mac 2009

4 Rabiul Awal 1430Hijrah Opah telah dijemput Allah pulang,,,,

kenangan bersama opah tahun lepas semasa bertunang pada 17 ramadhan

4 Rabiul Awal 1430Hijrah iaitu pukul 9:30 pagi
Opah telah dijemput Allah pulang.
Selamat disemadikan selepas Asar.
Semoga Opah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.


Al - Fatihah




link

Related Posts with Thumbnails