TEMAN

Rabu, 25 Mac 2009

Cinta & Kawan



Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung...
Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga...

Kenapa??
Kerena CINTA itu buta...
Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga...
Kenapa??
Kerana... KAWAN akan buat apa saja demi CINTA !!
Di dalam telaga CINTA hilang...

Kenapa??
Kerana... CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari
apa lagi dalam telaga yang gelap...
Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu..

Kenapa??
Kerana... KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia...
kan ??
so, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERERTI....

Walau kita punya couple, teman still paling setia.
Walau kita punya harta banyak, teman still paling berharga.

p/s: memilih kawan biar betul. Kawan yang merosakkan patut dijauhkan :)



KAITAN CINTA DENGAN HIDUP


Mungkin tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila akhirnya kita menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana bersyukur dengan nikmat dan hikmat di sebalik pemberian tersebut.Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama sehinggakan kita tidak akan nampak pintu yang lain yang telah terbuka untuk kita.kawan yang paling baik ialah seseorang yang kita boleh duduk di dalam buaian dan kita boleh duduk bersama tanpa berkata apa-apapun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar kita tidak akan tahu apa yang kita rindukan sehinggalah kita kehilangannya dan juga bahawa kita tidak akan tahu apa yang kita rindukan sehinggalah “ia” datang kepada kita.Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan mencintai anda kembali, tapi sekiranya ia tidak pastikanlah ia terus mekar didalam hati anda.
Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu untuk menyukainya, tetapi ia mengambil masa yang panjang untukmelupakannya. Jangan pandang pada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu.Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang boleh membuatkan anda tersenyum kerana ia Cuma memerlukan sekuntum senyuman mencerahkan hati yang suram.Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramat rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dalam dalam mimpi dan memeluknya dengan sebenar.Mimpilah apa yang anda ingin mimpikan, pergilah ke mana yang anda ingin tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang anda ingin anda lakukan.
Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insane, dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia.Selalu bayangkan anda di dalam kasut seseorang jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah mungkin ia akan menyakitkan orang lain juga. Kebahagiaan seseorang juga tidak semestinya dalam mamiliki segala yang terbaik. Mereka hanya mambuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang dalam hidup mereka. Kebahagiaan terletek pada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yag telah mencari dan mereka yang mencuba.Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidupa mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam. Semasa anda dilahirkan anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah kehidupan anda supaya apabila anda mati, andalah yang akan tersenyum dan orang disekeliling anda pula akan menangis.

1 ulasan:

  1. cinta itu byk pengertiannya... ada yg pahit, suka, duka dsbnya... so salam alink dan add saya ya... hikkhikkkhikk

    BalasPadam

link

Related Posts with Thumbnails