TEMAN

Ahad, 19 April 2009

Tiada yang terlewat. Usaha, berdoa dan tawakal = Berjaya





Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa² kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa² lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar² mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di
tgh² bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar² membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing² padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa² belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak², carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar² mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus² bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai ALLAH SWT dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia²nya.

Berkahwinlah anda demi ALLAH SWT dan Nabi-NYA, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong²nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "

Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang² ALLAH sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa²nya.. ALLAH nak hadiahkan kita pelangi.." "


"Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada..."





Kuasa cinta pandang pertama

Oleh Farihad Shalla Mahmud
farihad@bharian.com.my Corie tidak ambil masa lama untuk memperisterikan Fazima selepas berkenalan dalam masa singkat

Dari mana punai melayang

Dari sawah turun ke kali Dari mana datangnya sayang

Dari mata turun ke hati

KUASA cinta pandang pertama memang tiada siapa mampu dapat menafikannya. Sekali panahan asmara menusuk ke dada, jiwa tambah bergelora lantas meyakinkan diriuntuk menjadikan si dia, sebagai teman hidup hingga ke akhir hayat.

Itulah juga yang dirasai pereka tari serta pelakon, Adam Corrie Lee Abdullah saat dirinya dipertemukan dengan isterinya, Fazima Mohamed Fuad, Ramadan lalu. Hasil sebuah perkenalan yang diatur rakan, disulami dengan pertemuan demi pertemuan untuk majlis berbuka dan bersahur, lantas membenihkan perasaan cinta sehingga Corrie tidak perlu menunggu terlalu lama untuk melamar Fazima menjadi suri hidupnya.

Bukan saja cantik dan sempurna di mata Corrie, malah sifat penyayang yang dimiliki pereka grafik ini berjaya membuka pintu hati Corrie untuk menamatkan zaman bujangnya.

"Alhamdulillah saya bersyukur kerana akhirnya saya kini bergelar suami. InsyaAllah, saya akan berusaha menjadi suami yang baik dan sempurna buat Fazima. Walaupun usia perkenalan kami agak singkat namun saya akur pada ketentuan jodoh. Ada juga pasangan yang bertahun-tahun menjalinkan hubungan namun tidak juga berkahwin. “Jadi saya reda dengan apa yang ditakdirkan untuk kami. Apa yang membuatkan saya tertarik untuk menjadikan Fazima isteri adalah dia seorang yang amat memahami kerjaya saya. Tidak penah rasa cemburu.

“Walaupun ada kala saya sibuk di lokasi sehingga lewat pagi, dia tak pernah mengganggu saya dengan menelefon atau menghantar SMS. Malah, dia juga tidak pernah menyoal saya dengan siapa saya berlakon atau bila saya akan habis shooting.

"Itupun, apabila shooting habis lewat, saya yang hantar SMS padanya untuk memberitahu situasi ketika itu. Dia membalas mesej itu dengan menyuruh saya berehat kerana dia sedia maklum, saya pasti penat untuk diajak berbual. Tindakannya itulah yang cukup menyentuh hati saya," kata Corrie yang masih berada di Alor Star, ketika dihubungi Hip semalam.

Tambah Corrie, pertemuan itu terjadi barangkali kerana tuhan ‘menjawab’ doa yang dimohonnya di Raudah sewaktu menunaikan umrah tidak lama dulu.

"Selepas berdoa, saya bermimpi dipertemukan jodoh dan tidak lama kemudian, saya diperkenalkan dengan Fazima. Itulah kuasa tuhan," ceritanya lagi.

Biarpun kini bergelar suami serta bakal menjadi ketua keluarga namun bagi Corrie, dia tidak mahu menjadi suami yang tipikal yang mengharapkan si isteri melakukan semua tugas rumah tangga.

"Saya memilih dia sebagai isteri kerana keperibadian yang dimilikinya bukan kerana dia pandai masak atau sebagainya. Saya lebih senang berkongsi melakukan

tugas rumah tangga bersama isteri. Gelaran suami bukan bererti saya hanya pandai memerintah, mengarahkan isteri melakukan itu, ini untuk saya.

“Itu bukan cara saya. Saya lebih pentingkan persefahaman, perbincangan dalam melayari alam rumah tangga," kata bekas pereka tari program realiti Akademi Fantasia ini.

Corrie yang memeluk Islam pada 13 Julai 2007, sah menjadi suami Fazema dengan akad nikah disempurnakan Imam Masjid Zahir, Shafie Ibrahim, kira-kira jam 5 petang,

Jumaat lalu dengan mas kahwin RM80 beserta wang hantaran RM7,000.

Pihak lelaki juga turut memberikan tujuh dulang hantaran yang dibalas lima dulang.

Mengenai perancangan berbulan madu, Corrie berkata perkara itu masih belum dapat diputuskan lagi.

"Bagaimanapun kami merancang menunaikan umrah jika ada rezeki Selepas itu baru kami akan memikirkan destinasi untuk berbulan madu," ujar Corrie yang turut mengharapkan dikurniakan sepasang cahaya mata secepat mungkin.

Memandangkan majlis pihak perempuan diadakan di Alor Star, maka menurut Corrie tidak ramai rakan artis yang hadir untuk memeriahkannya.

"Yang datang pun cuma krew drama Katsarin yang saya turut berlakon di dalamnya sebagai second lead. Itupun kebetulan mereka ada shooting di Chaglun serta bekas pelajar saya, Farhan yang datang bersama keluarganya. Manakala majlis di sebelah saya pula akan diadakan di Dewan Komuniti AU 2 pada hari Ahad depan, 30 November.

“Masa itu nanti saya akan undang semua rakan artis dan pihak media," cerita Corrie dalam nada teruja.

Sementara itu, Fazima ketika ditanya sebelum ini apakah yang membuatkan dirinya terpikat pada Corrie menjelaskan dia tertarik dengan sifat suaminya itu termasuk pengetahuan mendalamnya terhadap Islam.

"Saya lihat dia memang berminat mendalami Islam serta banyak mempraktikkan ilmu yang dipelajarinya dalam kehidupan hariannya. Antaranya berdoa sebelum makan selain banyak menceritakan pengalaman yang diperoleh sekembali daripada mengerjakan umrah,"cerita Fazima.



p/s: tersenyum bila teringat semuanya.... :)


2 ulasan:

  1. Semoga rumahtangga Zimo Cinta di berkati Allah dan di kurniakan zuriat yang ramai. Amin.

    BalasPadam
  2. Terima kasih Ainur. Insya'allah

    BalasPadam

link

Related Posts with Thumbnails