TEMAN

Rabu, 13 Mei 2009

Honeymoon Langkasuka

Sepanjang perkahwinan kami, kami tiada masa untuk pergi berbulan madu. Dari mula-mula perkenalan hinggalah hari sebelum kami pergi berbulan madu, memang kami tiada masa untuk betul-betul duduk berborak bertanya tentang minat (walaupun kami 24 jam bersama), warna kesukaan, senang cerita perkara yang remeh temeh la untuk orang yang mula-mula bercinta.

Kami masih dalam proses mengenal hati masing-masing, macam pasangan baru bercinta (mmg pon) oleh kerana perkenalan kami yang singkat terus melangkah ke alam perkahwinan. Kami mengambil peluang 'berbulan madu' 5 hari di Pulau Langkawi.



Pada awalnya, kami tak nak pergi jauh-jauh, cuma ke nak Genting je sbb dekat dgn KL. Ya laa takut ada apa-apa hal suami nak shooting ke.. ade job ke.. boleh lari ke KL. Sebab dekat. Fazi tak kisah, kat mana pon berbulan madu. Yang penting kualiti bersama tu yang penting.

Pulau Langkawi adalah destinasi berbulan madu yang menarik. Di Langkawi kami tak banyak berjalan, kami cuma pergi makan, jalan-jalan kat tepi pantai, pergi naik Cable Car, Taman Buaya, Pantai Pasir Hitam, Underwater World dan tempat pertama yang kami lawat ialah Makam Mahsuri.

Souvenir untuk adik beradik ada sikit-sikit. Kami cuma mengharap rumah tangga bahagia dunia dan akhirat. Jauhkan dari fitnah dan api neraka. Jauhkanlah dari gangguan orang ketiga. Sekarang ni pon ada gangguan dari 'perempuan-perempuan' yang selalu mengganggu rumahtangga kami yang perasan suami Fazi ni hak milik mereka.

Mereka tak tahu kot, yang Fazi ni 24 jam berada di sebelah suami. Telefon dan wallet suami memang Fazi yang pegang sebab suami bagi amanah Fazi jaga. Rupanya dunia hiburan tak seindah yang disangka, banyak beyl sandiwara dan plastiknya. Banyak dugaan yang kami suami isteri terpaksa lalui demi mencari rezeki. Kawan-kawan suami yang tak suka dengan Fazi kerana ikut suami ke mana-mana. Mereka lebih suka suami Fazi yang dulu(sebelum memeluk agama islam) kerana lebih sosial (jumpa cium pipi, bertepuk tampar, duduk atas riba dan berpeluk). Bila Fazi ada, mereka sering menjeling, memberikan memek muka yang tak suka. Bukan senang sebagai seorang isteri yang bersuamikan saudara baru islam dan beliau juga seorang selebriti. Berat tugas dan tanggung jawab yang perlu dipikul. Sebagai seorang islam dan isteri, Fazi perlu menjaga, menegur, mengajar, memberitahu apa yang haram, apa yang halal dalam Islam. Tapi orang sekeliling tak mahu memberi kerjasama sebagai muslim sokongan moral pada saudara baru menjalani hidup seorang muslim yang sebenar. Ramai yang tak suka perubahan mendadak suami Fazi yang menjalani kehidupan sebagai muslim. Tapi ramai juga yang terkejut dan suka dengan perubahan baik suami Fazi dan juga Fazi. Kami suami isteri berkahwin dengan satu hajat, mahu mencari cara kehidupan yang diredhai Allah. Oleh itu kami berdua sama-sama berbelajar dan mahu berhijrah menjadi seorang hamba Allah yang taat disampingnya. Kami masing-masing mahu mencari nur islam.

Ramai yang cuba meruntuhkan rumahtangga kami. Ada yang mengatakan suami Fazi ada bersama mereka semalam, ada yang suruh Fazi tinggalkan suami Fazi la.. dan macam-macam lagi. Tapi Alhamdulillah Fazi tak mudah melatah sebab Fazi sentiasa berada di samping suami, jadi cerita yang mereka sampaikan semuanya tak betul.

Baru Fazi faham kenapa suami Fazi mengajak Fazi ikutnya 24jam. Kerana dia takut fitnah-fitnah yang akan timbul. Kami suami isteri setiap masa berjemaah bersama dan berdoa semoga perkahwinan kami diberkati Allah dan eratkan kasih sayang kami berdua.

AMIN




Di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Langkawi, tengah tunggu masa nak balik KL dah.


lupa la pulak nama tempat ni, kalau tak silap dekat dgn Telaga Cafe



hahaha.. boye dekatnya dgn kita... ni kat Taman Buaya


Petang tu di Dataran Lang sangat terik, tapi angin ada... sejuk sekali sekala














6 ulasan:

  1. amboi bestnyer gi honeymoon kat Langkawi....
    Jeles lah pulak...

    BalasPadam
  2. memang best..... jom pergi tahun depan satu family kita pergi famili day kat Langkawi. pergi 3 hari 2 mlm dah laa

    BalasPadam
  3. sabarla ek dear, mmg gitu kan lumrah manusia yg kdg kala menci dgn ape yg kite ade kan?keep it up girl...dlm Rt mmg trust yg penting...ima doakan agar u dgn hubby alway bahagia...

    BalasPadam
  4. insya'allah, kesabaran itu penting dalam kehidupan kita sehari harian.
    terima kasih mengdoakan kebahagiaan kami suami isteri. :)

    BalasPadam
  5. WOW ROMANTIKNYAAAA...SEMOGA KALIAN TABAH MENGHADAPI DUGAAN HIDUP DI DUNIA INI..WISH U ALWAYS HAPPY TOGETHER & FOREVER..

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama: Terima kasih :)

    BalasPadam

link

Related Posts with Thumbnails