TEMAN

Ahad, 28 Jun 2009

Rancangan kesihatan ANTIDOT





Pengalaman yang menarik apabila dijemput menjadi arits jemputan dalam rancangan ini. Senang bekerja dengan produksi ini. Tak sampai 2 jam rakaman sudah selesai dijalankan.

Diharap saya dapat dijemput untuk rancangan seperti ini di lain kali. :)
Photobucket

Sabtu, 27 Jun 2009

PROGRAM 'RAYA MAWI' MACAM NE BOLEH TERJEBAK NI??

Minggu lepas kami dijemput Mawi datang ke rumahnya di Bangi sempena program khas Hari Raya Aidilfitri akan akan datang. Wow meriah ... Jom kita lihat foto-foto yang kami sempat ambil.
















Photobucket

Jumaat, 26 Jun 2009

Michael Jackson meninggal dunia




26/06/2009 10:07am

LOS ANGELES 26 Jun - Michael Jackson disahkan meninggal dunia pada pukul 2.26 petang waktu tempatan (2.26 pagi Jumaat waktu Malaysia) selepas jantungnya gagal berfungsi, demikian menurut para pegawai di sini.

Kematian Raja Pop itu mengejutkan dunia dan dianggap sebagai satu kehilangan besar kepada para peminat dan dunia hiburan antarabangsa.

Pegawai Koroner Long Angeles, Leftenan Fred Corral memberitahu CNN bahawa Jackson, 50, disahkan meninggal dunia dua jam selepas pasukan perubatan menerima panggilan dari rumah bintang tersebut.

"Saya hanya boleh memberitahu buat masa ini kami telah dimaklumkan oleh penyiasat dari Jabatan Polis Los Angeles Barat bahawa Jackson telah dibawa ke hospital dan ketika tiba di sana, beliau tidak sedarkan diri dan kemudian disahkan meninggal dunia pada pukul 2.26 petang,'' kata Corral kepada CNN.

Katanya, bedah siasat kemungkinan akan dilakukan esok tetapi tidak menyebutkan punca kematian. - AFP





Photobucket

Khamis, 25 Jun 2009

Menjadi Isteri Yang Memuliakan Suami.



Apabila seseorang wanita itu berkahwin, pastilah dia amat mengharapkan kebahagiaan dan kasih sayang yang berkekalan daripada suaminya. Jika ada wanita yang menafikan hal tersebut, itu hanyalah menunjukkan kesombongan dan sifat hipokritnya. Ingin menyayangi dan disayangi hakikatnya adalah fitrah yang telah ditetapkan oleh Allah ke atas hamba-hamba Nya.

Malangnya pada hari ini, keinginan fitrah tersebut adakalanya begitu sukar dipenuhi. Banyak pasangan suami isteri yang renggang hati, tipis kasih sayang dan selalu timbul perselisihan antara mereka. Malah perceraian menjadi lumrah kehidupan.




Ertinya ramai isteri yang sedang menderita pada masa ini. Kenapa isteri gagal menjadikan suami sangat menyintainya hingga tidak mahu berpisah dengannya?

Lelaki sanggup membelanjakan wang yang banyak semata-mata untuk membina sebuah perkahwinan. Ini kerana mereka ingin memenuhi tuntutan fitrah yang ingin dibelai dan dilayan oleh seorang wanita bergelar isteri. Mereka juga mengharapkan sebuah keluarga yang dikelilingi dengan tawa tangis anak-anak, yang semuanya dapat mententeramkan jiwa dan perasaan mereka.

Sekiranya tuntutan fitrah ini tidak diisi, maka akan kosonglah jiwa mereka. Sekiranya isteri tidak memberi layanan yang sebaiknya sehingga rumah tangga menjadi hambar, maka tiadalah lagi makna sebuah perkahwinan. Suami tidak akan bahagia, hatinya tidak akan tenang meskipun rumahnya besar dan wangnya bertimbun.

Beberapa persoalan di bawah mungkin dapat membantu anda muhasabahkan diri, seterusnya memberi jawapan dan jalan penyelesaian ke arah membina rumah tangga agar harmoni, ceria dan sentiasa diredhai Allah.

  1. Setiap masa ketika suami di rumah, adakah anda melayan keperluan dan kemahuannya serta memberi sepenuh perhatian dalam urusan?
  2. Setiap kali ketika suami pulang ke rumah dan anda berada di rumah ketika itu, adakah anda menantinya dan menyiapkan untuknya apa sahaja yang diperlukan?
  3. Rumahtangga dan anak-anak, sudahkah anda berusaha dengan kemampuan dan masa yang ada, menjaganya agar teratur dan kemas hingga tiada satu sudut di dalamnya yang boleh mencacatkan hati suami apabila memandangnya?
  4. Sikap anda, percakapan anda, kasih sayang dan gerak geri anda, adakah semuanya menampakkan pada suami bahawa anda benar-benar merelakan dan menyerahkan sepenuh ketaatan dan kesetiaan hanya padanya?

Kalaulah anda gagal untuk mengiakan semua yang telah dinyatakan diatas, bermakna anda seorang isteri yang sedang atau telah gagal. Sesungguhnya tiada seorang suami pun di dunia ini yang gembira hati kalau isteri tidak melayani kehendaknya. Tidak ada seorang suami pun yang suka hati apabila didapati isteri yang sepatutnya berada di rumah, tiada di rumah ketika dia pulang dari kerja atau sebarang aktiviti luar.

Tidak akan terhibur hati suami kalau rumah tangga dan anak-pinak berkecamuk dan tidak terurus. Tidak akan bahagia suami yang berdepan dengan sikap dan cakap-cakap isteri yang tidak menumpukan sepenuh kasih sayang padanya. Bertambah-tambah tidak bahagia lagilah bagi seorang suami itu apabila isterinya lebih menjaga kepentingan diri sendiri daripada memenuhi kehendak dan kemahuan suami.

Dalam keadaan apa sekalipun, seorang isteri mesti memuliakan suami dan menghormatinya, di samping merasakan diri sendiri "memerlukan" suami dan rela untuk berkhidmat serta taat sepenuh padanya. Pandangan dan sikap begini amat penting kerana darinya akan lahir sikap tolak ansur, kerjasama dan kasih sayang antara suami isteri.

Sebaliknya jika isteri beranggapan suami setaraf dengannya, tiada keistimewaan apa-apa, tidak perlu dimuliakan dan dipandang tinggi, apalagi untuk diberi perkhidmatan dan ketaatan sepenuh masa. Maka itulah punca utama terjadinya ketegangan dalam rumah tangga.

Apabila isteri mahu bertindak sama seperti suami atau mahu mengambil alih peranan suami tanpa disedari, terjadilah cerita dalam satu kapal mempunyai dua orang nakhoda, saling tarik-menarik dan akhirnya pecah lalu karam. Mustahil seorang suami rela dikawal oleh isteri. Bukan hati lelaki namanya kalau suami suka diarah dan diperintah oleh isteri.

Sedangkan seorang wanita yang hatinya bersih daripada nafsu, memang rela berkhidmat dan menyerahkan seluruh jiwa raga pada suami.

Letak Diri Sebagai Hak Suami

Satu-satunya jalan bagi seorang isteri untuk mendapatkan kasih sayang suami dan kebahagiaan rumahtangga, ialah dengan meletakkan dirinya sebagai "hak" suami dan rela untuk berkhidmat pada bila-bila masa. Adakalanya seorang isteri perlu mengorbankan kepentingan diri sendiri demi memenuhi hak suami yang perlu ditunaikan. Antara perkara yang wajar dilakukan oleh isteri termasuk:

  1. Memasak sendiri dirumah, dengan masakan yang boleh memuaskan hati suami.
  2. Menjaga anak-anak dengan pendidikan yang sebaik-baiknya.
  3. Menjaga kesihatan diri, kemudaan dan kebersihan badan supaya sentiasa diminati suami
  4. Membina akhlak yang mulia agar suami terhibur.
Pendek kata, isteri mempunyai peranan yang cukup besar dalam membina rumah tangga bahagia. Isteri yang bijak, kreatif dan sentiasa menambah ilmu dalam usaha membentuk kebahagiaan, mereka pasti akan berjaya.

Walaupun begitu perlu diingatkan bahawa kasih sayang dan ketenangan hati suami isteri adalah kurniaan Allah SWT. Ia tidak boleh dibuat-buat direka dan dirancang-rancang. Oleh itu, untuk mencetuskan kasih sayang dan ketenangan dalam rumah tangga, faktor-faktor hubungan dengan Allah wajib dititikberatkan. Tanpa iman, adalah sukar bagi pasangan itu untuk memperolehi ketenangan dan kasih sayang.



Photobucket

Ahad, 21 Jun 2009

Tanda Sayang untuk Semua


Assalamualaikum ... Hanya Ingin Mengingatkan .... 
Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ..

1. Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar .
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyaklah bacaan
'Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah', supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

L ima Jenis Racun dan Lima Penawarnya .....

1. Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun, zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya..


Nabi Muhammad S.A.W bersabda:


Ada 4 di pandang sebagai ibu, iaitu :

1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN .
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.


Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.

Beberapa kata renungan dari Qur'an :

Orang Yang Tidak Melakukan Solat:


Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya

Wassalam.








Photobucket

SELAMAT HARI ABAH


SELAMAT HARI BAPA, ABAH....
I LOVE YOU!!!




Photobucket

KENAPA ALLAH MEMBERI KESAKITAN DAN PENDERITAAN (BACA SAMPAI HABIS)


SEPERTI YG TELAH KITA LIHAT:

ADA SEORANG LELAKI PERGI KE KEDAI GUNTING RAMBUT UTK MENGGUNTING RAMBUT
DAN JANGGUTNYA. APABILA BARBER ITU MEMULAKAN TUGASNYA, MEREKA PUN
BERBORAK DAN BERCAKAP MENGENAI BYK PERKARA.TAPI BILA MEREKA MULA
BERBICARA MENGENAI ALLAH, BARBER ITU PUN BERKATA,'' SAYA TAK PERCAYA
ALLAH ITU WUJUD.''

''KENAPA KAMU KATA BEGITU?'' TANYA SI LELAKI TADI.

'' CUBA KAMU KELUAR DI TGH JLN ITU DAN TUNJUKKAN PD SAYA BAHAWA ALLAH
ITU WUJUD. KALAU BETUL ALLAH WUJUD, KENAPA RAMAI SGT ORG SAKIT KAT LUAR
TU?KENAPA MASIH ADA KANAK2 YG TERBIAR? KALAU BETUL ALLAH WUJUD, DAH
TENTU TIADA KESAKITAN DAN KEPERITAN HIDUP DLM DUNIA NI. SAYA X DPT
BAYANGKAN ALLAH YG MAHA PENYAYANG BOLEH MEMBENARKAN SEMUA INI BERLAKU''.

SI LELAKI ITU PUN BERFIKIR SEJENAK. TAPI DIA TIDAK MEMBERI SEBARANG
JAWAPAN KERANA TIDAK MAHU MEMULAKAN PERTENGKARAN. SELEPAS BARBER ITU
MENGHABISKAN TUGASNYA, SI LELAKI TADI PUN PERGI.

SELEPAS BEBERAPA LANGKAH,SI LELAKI TADI TERNAMPAK SEORG LELAKI BERAMBUT
PANJANG, SELEKEH, KOTOR DAN JANGGUT TIDAK TERURUS. SI LELAKI TADI PUN
BERPATAH BALIK DAN PERGI SEMULA KE KEDAI GUNTING RAMBUT TADI DAN
BERKATA,'' KAMU TAHU TAK YG SBNRNYE BARBER JGK TIDAK WUJUD?''

''KENAPA KAMU KATA MCM TU? SEDANGKAN SAYA BARU SAJE GUNTING RAMBUT KAMU
TADI''..KATA BARBER.

''TIDAK!'' KATA SI LELAKI TADI.''KALAU BARBER WUJUD, DAH TENTU TIDAK
ADA ORG YG BERAMBUT PANJANG TIDAK TERURUS DAN KOTOR SERTA JANGGUT YG
PANJANG DAN KOTOR MCM LELAKI DI TEPI JALAN ITU''..

''AH! BARBER MMG WUJUD! LELAKI TU JADI MCM TU SBB DIA TIDAK DTG PADA
SAYA UTK MENGGUNTING RAMBUTNYE!'' KATA BARBER.

''TEPAT SEKALI!''. KATA SI LELAKI TADI.

''THAT'S THE POINT!. ALLAH JGK WUJUD. ITULAH YG TERJADI (KEPERITAN &
PENDERITAAN) JIKA MANUSIA TIDAK MENGINGATINYA DAN KEMBALI PADANYA UTK MEMOHON PERTOLONGAN. ''




Photobucket

Jumaat, 19 Jun 2009

Jin Notti lah Sangat









Photobucket

Isnin, 15 Jun 2009

Raja Noraini + Dr boisaidi = DAH KAHWIN








SELAMAT PENGANTIN BARU
WAHAI SAHABAT KU RAJA NORAINI DAN DR BOISAIDI







Photobucket

Khamis, 4 Jun 2009

Ulat merawat luka kronik

ARKIB : 03/06/2009

Ulat merawat luka kronik


ULAT yang melakukan 'rawatan.'


ungkin ulat-ulat ini dapat menyelamatkan kaki mak cik daripada dipotong," itulah kata-kata semangat seorang perawat kepada seorang penghidap kudis kronik di kaki akibat diabetis yang teruk.

"Jangan bimbang mak cik, ulat-ulat ini cuma makan luka dan kulit yang mati sahaja, yang elok langsung dia tak usik," kata perawat itu lagi.

Itulah kata-kata seorang perawat yang mengamalkan Maggot Debridement Therapy bagi pesakit diabetis yang mempunyai luka atau kudis yang kronik dan sukar untuk sembuh.

Menurut pengurus Edaran Arif Medik Sdn. Bhd., Mohd. Ashraf Kamarul Zaman, yang juga pengurus projek Maggot Debridement Therapy, penggunaan 'ulat lalat' di Malaysia untuk tujuan perubatan adalah yang pertama setakat ini.

"Kajian mengenai kaedah ini telah dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR)," katanya kepada Bernama, baru-baru ini.

Menurut Mohd Ashraf, spesies ulat lalat yang digunakan itu adalah dari jenis Lucilia Cuprina iaitu lalat tempatan, manakala di negara-negara Barat, spesies yang digunakan dikenali sebagai Lucilia Sericata.

Kedua-dua spesies ini telah dikenalpasti berkesan dalam merawat luka kronik yang sukar sembuh.

"IMR telah membuat kajian mengenai ulat lalat ini dan menemui satu spesies berlainan dengan yang terdapat di Eropah, ianya dikenali sebagai Lucilia Cuprina yang dapat memainkan peranan dalam menyembuhkan luka", kata beliau lagi.

Mohd. Ashraf berkata syarikat Medical Biotheraphy Sdn. Bhd., anak syarikat Edaran Arif Medik, telah pun mendapat hak eksklusif daripada IMR untuk memasarkan ulat-ulat tersebut bermula Disember 2008 di negara ini.

Kini ia dipasarkan di hospital, klinik dan pusat yang berdaftar.

Beliau berkata, ulat lalat ini mampu membantu merawat luka kronik yang dialami oleh manusia.

Menurut Mohd. Ashraf, ulat lalat ini merawat kulit yang ada luka terlalu kronik, contohnya pesakit diabetes apabila mempunyai luka yang kecil mudah merebak, membesar dan payah untuk sembuh.

"Kesukaran pesakit diabetes sembuh daripada luka pula adalah disebabkan terdapatnya tisu mati yang menyebabkan peredaran darah menjadi terbantut dan jangkitan senang berlaku."

Menurut beliau, ulat-ulat berkenaan berfungsi dengan memakan tisu yang sudah mati dan apabila menjumpai tisu yang hidup ulat-ulat itu akan berhenti daripada memakan bahagian tersebut.

Katanya lagi, proses untuk menyembuhkan luka pesakit bergantung kepada tahap teruk luka yang dialami.

"Kalau luka di peringkat awal, tapi ada tisu mati, kita letak lava (ulat) ini dalam 48 jam, sekali aplikasi. Maksudnya jika kita letak ulat tu hari ini, lusa baru kita akan buka (balutan).

Mohd Ashraf berkata, penggunaan ulat ini dalam penyucian luka memang bagus kerana ulat lalat ini mempunyai enzim yang mampu untuk mempercepatkan penumbuhan tisu.

"Ulat ni tak makan macam kita (manusia) makan, ulat ni bila dia nak makan dia akan rembeskan enzim dulu. Enzim tersebut akan mencairkan tisu-tisu mati dan ia pulihkan balik luka tersebut dengan mempercepatkan penumbuhan tisu," kata beliau lagi.

Beliau berkata, selain penggunaan ulat lalat ini bukan sahaja tertumpu pada pesakit kencing manis tetapi juka luka-luka lain seperti luka akibat kemalangan, kebakaran dan seumpama.

"Sebenarnya rawatan ini bukan pada pesakit kencing manis sahaja, cuma antibodi pesakit kencing manis sahaja yang agak kurang, jadi luka tu cepat merebak dan susah nak sembuh," kata beliau.

Kaedah rawatan ulat ini tidak boleh digunakan bagi mereka yang baru mengalami luka dalam kemalangan, cuma bagi pesakit yang mempunyai tisu yang mati sahaja.

Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ulat lalat ini bolehlah menghubungi Edaran Arif Medik di talian 03-61891042 ataupun melayari laman web Http://sterilarvae.com. -- BERNAMA









Photobucket

link

Related Posts with Thumbnails