TEMAN

Rabu, 22 Julai 2009

PETUA UNTUK MENGANDUNG DAN NAK ANAK CEPAT. ... :)

Hari ini kami telah membaca satu petua yang sangat bagus untuk kami dan anda semua. Kami telah melayari laman web -----> http://pakarhowto.com . Informasinya amat menarik kami suami isteri.

Banyak artikel yang bermanfaat untuk kita semua. Salah satunya artikel PETUA CEPAT DAPAT ANAK. Haaaa... hehehe. Jadi hari ini saya telah ambil artikel ini COPY & PASTE di blog kami.


terima kasih pakarhowto.com dan selamat mencuba kepada mereka yang ingin mendapatkan anak. Semoga lahirlah seorang HAMBA ALLAH yg soleh / solehah.


Petua Cepat Dapat Ana



Bagi yang susah nak dapat anak(mengandung) mungkin anda boleh cuba petua ini. Petua ni saya dapat melalui email daripada salah seorang sahabat saya. Katanya petua ini alhamdulillah memang terbukti setakat ini.

Begini petuanya :

  1. Ambil segenggam kacang hijau.
  2. Rendam kacang hijau itu selama 2 hari (sampai tumbuh ekor anak tauge kira-kira panjang ekor itu menjadi 2 kali panjangnye kepala tauge). Air rendaman tu hendaklah sama aras dengan kacang hijau (bagi kacang tu tenggelam dalam air).
  3. Tutup bekas tu (kalau nak mudah, rendam guna periuk)
  4. Bila dah jadi anak tauge, cuci dan buang kulit hijau yang ada (kulit kacang hijau)
  5. Rebus tauge itu dengan 2 gelas air kira-kira dalam 15 minit dengan api sederhana.
  6. Apabila air rebusan itu dah tinggal jadi separuh. Tapis & ambil air rebusan yang tinggal (kira-kira dalam segelas).
  7. Minum air rebusan itu tiap-tiap pagi bermula dari 1st period sampai waktu subur.

Menurut pengamal petua ini, mereka cuma mengamalkan petua ini sebulan saja. Lepas sebulan amal, dengan izin Allah dia mengandung, katanya. Menurutnya lagi, kawan-kawan nya yang lain yang mengamalkan petua ini juga, Alhamdulillah berjaya mengandung.

Kepada mereka yang inginkan anak, cubalah amalkan petua ini. Cuba amalkan dan tawakal pada Allah. Doa banyak-banyak. Semoga dipercepat menimang cahaya mata. Sekian.


-----------------------------------------------------------------------------------------------


Kepada mereka yang sukar untuk mengandung walaupun telah lama kahwin. Sila baca ‘post’ kali ini. Post kali ini menerangkan punca dan sebab-sebab mengapa anda sukar untuk mengandung. Ia juga memberikan beberapa nasihat yang patut anda amalkan dalam usaha untuk mendapatkan anak. Juga disertakan satu petua yang sangat baik untuk diamalkan.


Semoga arwah guru saya sentiasa dicucuri rahmatNya. Ilmu yang ingin saya kongsikan kali ini dipanjangkan untuk tatapan sekelian yang saya perolehi dahulu sewaktu arwah masih hidup.

Zaman moden kini ramai para isteri yang bekerja menambah pendapatan keluarga. Kewangan keluarga semakin meningkat namun seiring dengannya pula ialah peningkatan kesukaran untuk mendapatkan zuriat dalam bahasa mudah ialah susah untuk mengandung.

Bila timbul masalah ini, doktor pakar sakit puan sangat beruntung kerana mendapati bilangan mereka yang ingin berurusan begitu ramai sekali. Kos rawatan yang dikenakan pula ada yang melibatkan puluhan ribu ringgit dan itu pun belum pasti akan mengandung.
Jadilah wanita tersebut sebagai bahan ujikaji yang diberikan ubat ini dan itu serta
pelbagai rawatan kesuburan lainnya.

Masalah menemui doktor sakit puan ini tidak begitu memudharatkan, ia hanya sekadar memudharatkan kewangan. Yang akan saya ceritakan ini lebih memudharatkan lagi. Bagi yang putus asa dengan rawatan doktor dan alternatif yang lebih mudah dan murah, ramai di antara mereka yang mengalami masalah ini menemui bomoh, dukun dan tukang urut sebagai usaha untuk mendapatkan anak. Inilah yang lebih parah kerana menemui dukun dan bomoh ini sebenarnya adalah permulaan kepada azab yang lebih besar dari Allah kerana telah mensyirikkanNya.

Salah seorang jiran saya sejak kebelakangan ini hampir setiap tahun menerima menantu. Sehingga kini 3 orang anaknya telah selamat melangsungkan perkahwinan mereka. Namun apa yang menyedihkan sekali ialah sehingga kini jiran saya ini belum mendapat pangkat datok kerana anak dan menantu mereka ini masih belum mengandung.

Di tempat kerja saya pula ramai pasangan yang lebih sepuluh tahun kahwin masih belum mendapat anak dan beberapa orang lain pula sudah lima tahun berkahwin juga masih belum mendapat anak. Ada seorang hamba Allah tu apabila saya nasihatkan agar semoga mudah mengandung begitu sombong sekali menolak nasihat saya dengan mencebikkan muka namun hakikatnya ialah sehingga saat ini beliau masih belum mengandung.

Pada hari raya aidilfitri lalu saya telah dikunjungi pasangan suami isteri rakan setugas saya. Dalam pertemuan tersebut sempatlah mereka mengadukan masalah mereka iaitu walaupun sudah lebih setahun berkahwin, isterinya masih belum mengandung. Kira-kira sebulan lepas
iaitu kira-kira tiga bulan selepas kunjungan di aidilfitri sewaktu berselisih ditempat kerja, dengan begitu gembira suami pasangan ini mengucap kesyukuran dan terima kasih kerana isterinya baru disahkan mengandung. Alhamdulillah setelah kira-kira 3 bulan mengamalkan
nasihat yang diberikan, isterinya telah mengandung.

Satu ketika sewaktu saya membeli belah dipasar raya Extra, saya merasa begitu sedih melihatkan seorang perempuan yang saya jangka seorang isteri sedang memasukkan jeruk anggur ke dalam bekas plastik. Saya merasa sedih kerana ini bakal menyusahkan perempuan ini untuk mengandung.

Saya memberanikan diri untuk mendekati wanita ini dan mula bertanya “suka makan jeruk?”
“Memang kegemaran saya” jawab wanita ini.
“Sudah berkahwin?” saya menambah.
“Sudah 3 tahun” wanita ini menjawab.

Tepat seperti jangkaan saya bahawa wanita ini sudah berkahwin.
“Berapa orang anak?” saya menyoal untuk mendapatkan kepastian hipotesis awal saya.

Seperti yang saya jangkakan wanita ini menjawab ” belum dapat anak lagi”. Selepas mendapat fakta yang dikehendaki saya pun memulakan sesi nasihat semoga kelak beliau mendapat anugerah anak termasuklah memberhentikan tabiaat memakan jeruk yang baru sahaja dibeli. Semoga Allah memberikan wanita ini zuriat dari anak yang soleh. Amin.

Kepada anda yang ingin mengandung dan mendapatkan anak, saya sarankan agar anda mengamalkan nasihat berikut:

Elakkan:

  • Minum coca cola, pepsi cola, minuman bergas
  • Makan junk food
  • Segala jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah seperti jeruk mangga dan ceremai
  • Makan makanan fast food seperti KFC, Mc Donald dan piza
  • Makan burger dan nugget
  • Makan jambu batu

Suami pula dikehendaki meminum susu kambing/susu lembu tepung fullcream atau susu segar. Kalau merokok perlu berhentikan tabiaat ini. Si isteri juga kena minum susu lembu sama ada dalam bentuk tepung fullcream atau susu segar.

Dan adalah sangat digalakkan agar anda dapat mengamalkan amalan seperti tertulis dibawah ;

Banyakkan menyebut nama ALLAH (al-Musowwir).





Photobucket

66 ulasan:

  1. saya nak cuba lah..insy'Allah tlg doakan kami cepat dapt anak yea..thanks a lot...

    BalasPadam
  2. ada soalan : adakah kita perlu minum air rebusan yang segelas tadi setiap hari? minum sedikit2? atau ulang buat rebusan?dan minum segelas sehari..

    BalasPadam
  3. Rasanya kita boleh cuba minum setiap hari :)

    BalasPadam
  4. thanks.. akn dicuba ;)

    BalasPadam
  5. Terima kasih...Saya rasa nk cuba la... Tapi Berapa sukatannyer perlu diminum setiap pagi?

    BalasPadam
  6. TERIMA KASIH......TP.. SAYA X FAHAM....AIR REBUSAN TU KENA BUAT TIAP2 HARI ATAU AIR REBUSAN YANG SEGELAS TU MINUM SEDIKIT DEMI SEDIKIT DARI 1ST PERIOD SAMPAI WAKTU SUBUR?

    BalasPadam
  7. Slm, Sendayu Tinggi D’folio & Lucimax untuk menguatkan rahim, hentikan pengambilan produk jika ingin hamil. Petuanya lepas period minum air kelapa muda 1 gelas pagi & petang, malam bersama suami. Sekiranya bulan tersebut tidak hamil, cuba petua tersebut untuk bulan seterusnya.

    BalasPadam
  8. Sebelum ni saya keguguran 3x, untuk menguatkan rahim saya mkn produk Sendayu Tinggi D'folio & Lucimax. Skg saya mempunyai 2 org anak setelah saya amalkan petua minum air kelapa muda.Slmt mencuba.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tak pernah keguguran. Jadi sekarang saya kena kenal pasti masalah kenapa tak dpt zuriat. Apabila dah tahu masalahnya, baru saya beli produk yang berkaitan dengan masalah saya.

      Padam
  9. Sendayu tinggi. Saya tak pernah cuba lagi. Insya'allah saya akan cuba produk tersebut. Terima kasih Elly

    BalasPadam
    Balasan
    1. sya pn nak cuba jugak petua2 yg ad..tq sama2 kte b"doa kt ALLAH..semoga d kurnia cahaya mata,,

      Padam
    2. nak tany suami len minum sekali ker...sy dah 4bulan kawin masih lom dapat ank lagi..tolong bagi pendapat ...

      sham_mbo86@yahoo.com

      Padam
  10. Insahallah sye nak cuba juga lah..

    BalasPadam
  11. terima kasih kongsi petua di atas...mulai skrg nk cube sgguh2 lh.dh letih duk jelos dgn kwn2 yg bru kwin dh mgndung.heheee.doakn saya dn suami yer,smoga cpt dpat ank.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama Yatt


      http://www.adamfazi.com/2012/02/mengatasi-masalah-ketidaksuburan.html

      boleh baca artikel ini untuk mengenal pasti masalah kita

      Padam
  12. saya akan mencubanya termakasih, saya amat berharap ianya berkesan kepada saya.

    BalasPadam
  13. Kuatkan rahim dulu sebab orang sekarang mudah keguguran.Lepas tu baru amalkan petua minum air kelapa muda. Makcik urut kat Ampang yang bagi petua ni, saya dan kawan2 telah berjaya mendapatkan zuriat dengan petua ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul... Insya'allah saya akan cuba :)

      Padam
  14. salam...saya dah berkahwin selama setahun..dan masih tidak dikurniakan cahaya mata lagi...sebulan lepas saya ada berjumpa dengan seorang doktor..dia kata berat badan saya dah lebih...sya mempunya tinggi 155cm dan berat badan 79kg..doktor ada memberi saya vitamin.saya dah minum dah hampir sebulan..xde kesan..apa yg jadi period saya dtg lambat..dlm masa yg sama sya juga mengambil minuman biodex..tapi sekalli saja beli sebab x mampu...mungkin punca sya juga sebb masalah berat badan..dn untuk pengetahun cik elly suami sya juga seorang yg perokok...apa nasihat cik elly untuk saya dan suami..terima kasi

    BalasPadam
    Balasan
    1. MENGATASI MASALAH KETIDAKSUBURAN

      Saudari boleh baca dilink saya ni
      http://www.adamfazi.com/2012/02/mengatasi-masalah-ketidaksuburan.html.

      Saya ada buat kajian sikit. Ada maklumat lengkap mengenai ketidakansuburan untuk kita pasangan suami isteri. selamat Menbaca

      Padam
  15. kebetulan ade beli kacang hijau, malam ni jugak akan rendam..TQ

    http:\\saladiwiyana.blogspot.com

    BalasPadam
  16. segengam kacang 2 u satu hari je ke?...jd kene buat hari2?macam 2?

    BalasPadam
    Balasan
    1. mana2 pon boleh. hari2 lagi baguskan.

      Padam
  17. nak cuba jugaklah, wlaupun baru je kawin, tp org asyik bertanya je dah ada isi ke.. minum air rebusan kacang hijau tu, mcmna? waktu pagi ke, semggu sekali ke? rutin nk minum air tu mcmna..

    BalasPadam
  18. slm sy nak tanye saya sudah ada 1 orang anak selepas 5 tahun saya berkahwin saya inginkan seorang lagi anak apakah petua yg harus saya lakukan =tq=

    BalasPadam
  19. Sy dah penah cuba petua kcg tu, tp xde apapun. Tp air klapse xpenah cuba. Stressla.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Usaha tangga kejayaan. tak menjadi petua ini, kita boleh guna petua yang lain. ikut keserasian dan rezeki masaing-masing.

      yang penting kita usaha.

      Padam
  20. Sy makan spirulina Sendayu tinggi alhamdulillah mengandung setelah 3 bulan...adakah ianya kebetulan shj atau mmg sbb makan spirulina boleh preggy

    BalasPadam
  21. saya tak paham tentang minum air rebusan tu hari2 sampai waktu subur. tak abis ke air tu. atau cukup ke air segelas tu jer. mohon penjelasan yerk. STK.

    BalasPadam
  22. saya pn x fhm pasal air rebusan kcg hijau ni

    BalasPadam
  23. saya dah cuba...sama je tak jadi,,,

    BalasPadam
  24. saya juga 6 thn kawin,tp msh blum dikurniakan rezeki utk dpt zuriat.saya akan cuba petua ini pula.tlg doakan sy dan suami..thanks

    BalasPadam
  25. USAHA, USAHA, USAHA, TANPA HENTI
    DOA JUGA TANPA HENTI
    TAWAKKAL SELEPAS ITU

    SEKIRANYA KIRA USAHA, DOA DAN TAWAKKAL.... DAN MASIH TIADA REZEKI. IA BERMAKNA ALLAH TAHU BILA MASA YANG SESUAI UNTUK KITA DAPAT ZURIAT.

    MUNGKIN DENGAN TIADA ZURIAT, ADLAH LEBIH BAIK UNTUK KITA DARI ADA ZURIAT ... ITU SEMUA RAHSIA ALLAH......
    CUBA BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH........ KALAU KITA ADA ZURIAT NANTI MUNGKIN KITA TIADA MASA UNTUK MENJAGA DAN MENDIDIK MEREKA MENAJDI ANAK YANG SOLEH DAN SOLEHAH SEPERTI MANA YANG KITA SELALU DOA PADA-NYA. INGINKAN ANAK YANG SOLEH, SOLEHAH, CANTIK, CERDIK DAN AKAN MENYEDARKAN AGAMA ISLAM DENGAN HATI YANG TULUS.

    FIKIR POSITIF SEMUANYA ADA HIKMAH!

    WASSALAM

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kerana memberi nasihat.betul kadang2 Allah bagi kita anak cepat atau lambat semuanya bersebab dan sentiasa bersangka baik dgn Allah..MINTA,MINTA,MINTA,MINTA DARI ALLAH..=)

      Padam
  26. Assalam.. Nak tny, air rebusan tu kiranya sekali rebus utk sekali minum ka? Then besok kna rebus kcg ijau yg lain @ rebus balik anak taugeh tu.. Tq

    BalasPadam
  27. saya nk cuba jgk la

    BalasPadam
  28. assalamualaikum,terima kasih kongsi petua....

    BalasPadam
  29. air rebusan kacang tu siapa yg minum laki2 ke perempuan? dan di minum 1 kali rebusan je ke? ke kena hri2 rendam kacang tu?

    BalasPadam
  30. trima kasih....nk amalkan jgk,tp bleh x sesape yg tahu makanan apa lagi yg x sesuai untuk wanita nak hamil?

    BalasPadam
  31. mudah mudahan ALLAH makbulkan impian setiap insan yg inginkan cahaya mata... amin...

    BalasPadam
  32. cuba Manuka Honey setiap hari.. saya ada membelinya melalui sahabat yg menjual madu tersebut melalui FB. sekarang dia buka page mengenai madu Manuka tersebut.. sahabat saya yg menjual madu Manuka tu baru disahkan mengandung setelah mengamalkan madu Manuka. dia ingin berkongsi tip pemakanan madu dan lain2 diet untuk pregnant. tp harganya boleh tahan.. hehe RM150 sebotol. suami isteri kena makan.

    BalasPadam
  33. nama page tu Hamil Bersama Manuka Honey

    BalasPadam
  34. Cuba makan setbuk debunga kurma n minum air rebus buah hawa.kirim kat sapa2 nak p mekah.insyaallah berjaya.ramai yg dah bjaya wpun bertahun3 x preggy

    BalasPadam
  35. petua diatas ada yang dah menjadi .. mcm kawan saya .. tapi saya pun tengah mencuba ..mudah-mudah menjadilah .. selain nya berserah pada ALLaH

    BalasPadam
  36. RM1/pcs strip ujian ovulation OPK (kesuburan)/pregnancy UPT (kehamilan).


    blogshop: http://kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com

    sms: 0122429082 (puan nor)
    email: lovidoobidoo@gmail.com

    BalasPadam
  37. saya hendak adik tetapi emak saya tak bole mengandung nanti saya sruh mak saya amal kan air rebusan harap harap mak saya boleh mengandung doa kan ye

    BalasPadam
  38. saya dulu pon lambat hamil..saya cuba urut dan makan ubat herba dari bidan..ada rezeki saya mengandung..anak saya 3bulan sekarang. kalo sesiapa nk cuba makan ubat herba tu boleh hubungi saya di 0133788985.

    BalasPadam
  39. Tlg la jelaskan ttg bgmana cara mnum air kcg hjau 2? Samada perlu rebus sgengam per setiap hr atau mnum sj air rebusan yg sm spnjg waktu subur? Rmai yg plukan pnjelasan.....

    BalasPadam
  40. tq. tp x paham... air rebusan tu nk mnum camne? yg s'gelas tu nk mnum ckit2 smpi waktu subur ke atau nk kene rebus hari2... tlg jelaskan... pls..

    BalasPadam
  41. yang penting jangan putus asa..cubalah pelbagai usaha..dan tawakal pada Allah..

    http://www.vitasihatcantik.blogspot.com/2012/10/tips-hamil-dengan-gla-complex-shaklee.html

    BalasPadam
  42. Assalamualaikum semua..memang impian pasangan yg berkahwin inginkan anak. Tapi jika belum ada rezeki, usah la berseidh. Yang penting, kita disuruh berusaha untuk dptkan apa yg kita nak.

    Kata Dr, kurang vitamin salah satu punca baby susah nk lekat.
    Adakalanya kerana sbg perempuan, kita kekurangan cecair utk sperma hidup lama di dalam rahim...ataupun kerana sperm itu sendiri yang tak lama hidup...

    untuk penjelasan lanjut, boleh baca di sini...

    http://jomsihatjomgojes.blogspot.com/search/label/TIPS%20CEPAT%20HAMIL

    BalasPadam
  43. salam semua,

    saya belum berkahwin tetapi mengalami ketakutan xboleh pregnant kerana kakak sy 6tahun baru boleh pregnant..
    adakah sy patot amalkn petua2 kesuburan dari sekarang kerana sy merancang kahwin pada pertengahan 2014..
    tq...

    BalasPadam
  44. Saye akn cube doa kn utk kami ye aminn

    BalasPadam
  45. saya dh setahun 4 bulan kawin.tp masih belum kurniakan anak.bila jumpa bidan kata peanakan saya dibawah..jumpa doktor,doktor cakap saya ada isi tumbuh.kena amik buat ulangkaji.sampai skrg sya blom g hospital..saya xpasti betol atau tidak..sampai sekarang saya dan suami teringinkan ank..

    BalasPadam
  46. salam.... cuba explain sikit... air rebusan tu diminum sikit2 atau segelas terus setiap kali minum... dan tauge tu cmner... nk rebus segenggam sehari atau bleh rebus 2-3 kali baru tukar tauge lain..
    klu bleh pm la saya... julajuli_bintangtiga@yahoo.com
    please.... i need a baby

    BalasPadam
  47. menarik entri ini... izinkan saya kongsikan dengan rakan-rakan yang lain

    BalasPadam
  48. insyaALLAH akan dipraktikkan,..
    tp hari ni dh 4hari period,...boleh buat ke petua ni lps period??

    BalasPadam
  49. Salam,

    Buah Zuriat Adam Hawa ini datangnya dari tanah arab terutama dari mekah, ia sebagai petua iktiar untuk hamil,sebagai ubat untuk merawat kesuburan. bukan sebagai penentu untuk dapat anak atau tidak, namun tidak salah mencuba, dan ramai juga yang telah berjaya hamil dengan usaha kecil ini dan dengan izin Allah, Allah nak beri itu dengan bermacam cara. selain utk kehamilan, ia juga bagus merawat piriod yang tak teratur, melawaskan ovum dan membantu kesuburan lelaki juga. kaedah penggunaannya berbeza2 namun semuanya boleh digunapakai

    bagi sesiapa yang mencari buah zuriat adam hawa ini, tidak perlu lagi susah hati, kerana saya juga ada memasarkan dari tanah arab, ada berbagai jenis, ada yang dah siap kapsulkan, ada yang sudah dijadikan pati jus, ada yang sudah dihancurkan dan masih belum proses pun ada.

    bagi semua yang sedang mengusahakan mendapatkan zuriat, saya sarankan sangat untuk mengamalkan bersama2 debunga kurma, debunga kurma ini adalah debu dari pohon kurma, bagus utk menguatkan rahim, mengurangkan risioko keguguran, merawat sperma yang rosak dan memekatkan air mani

    cara penggunaan setiap produk akan diberikan bersama barangan

    anda boleh SMS 0194344930 untuk mendapatkan harga, juga boleh click link dibawah ini utk testimoni

    https://www.facebook.com/photo.php?fbid=204053036393923&set=a.204052783060615.53496.145535915578969&type=3&theater

    BalasPadam
  50. Semuanya kena usaha..baru ALLAH akan beri..boleh cuba GLA dan Zync dari Shakelee..mana tahu boleh membantu..

    BalasPadam
  51. Dekat blog saya www.nakhamil.com ada jual buah zuriat. tapi bukan dlm bentuk raw. tak payah belah n rebus dan sebagainya. buah zuriat kami ialah 'Kapsul Buah Zuriat Rezeki Ilahi', dlm bentuk kapsul, sng nak makan n amal bersama suami :) selain tu sesiapa yg tengah usaha nak hamil boleh amalkan bersama serbuk debunga kurma, pati delima, zinc (pekatkan air mani suami, tambah sperma), b complex (sbg asid folik) ovulation test kit (check waktu subur) n pregnancy test kit. Sesiapa yang tengah cuba untuk hamil boleh sms/wasup sy 013-3699505 (Puan Ila) :)

    BalasPadam

link

Related Posts with Thumbnails