TEMAN

Sabtu, 26 September 2009

Selamat Hari Raya.. Koleksi gambar raya pertama


Beraya rumah pertama iaitu rumah Mak Da di Kg. Paya Lintah, K uala Kangsar


Dlm rumah Mak Da... makan bihun sup.
Kanan : Fuzah (adik ipar 3rd last), Ummu (adik ipar 2nd last), Abah ( Bapa mertua tersayang Tuan Haji Mohamed Fuad), Mak ( Mak Mertuaku yg cute Kamariah Jamaluddin), saya dan isteri tercinta Fazima




Ini kat rumah Tok Din.. iaitu Tok isteri saya Fazima
di Kampung Laneh, Kuala Kangsar, Perak.









Wah sedondon kami raya ni... hanya kami ber7 je thn ni.
Yang lain-lain beraya dgn keluarga mertua.







Pengalaman pertama kali beraya dengan isteri dan keluarga mertua memang amat mengujakan saya. Yang paling sibuk ialah isteri saya... Dia yg pilih kain untuk buat baju melayu, mengemas rumah dan sebagainya.

Empat hari sebelum raya, kami telah pulang ke Alor Star. Iaitu rumah mak dan abah. Sempat la berbuka puasa bersama. Sehari sebelum raya pula kami pulang beraya di Kuala Kangsar.

Pada hari raya pertama, kami berdua sudah bangun. Setelah mandi sunat hari raya aidil fitri an solat subuh, kami jamah sedikit makanan sebelum pergi solat raya.

Seoronok dapat merasa solat raya. Ramai yang berpakaian cantik-cantik tak kira tua muda.. semua nya berwarna warni. Selesai solat raya, kami sekeluarga berkumpul bermaaf-maafan sesama kami. Lepas tu bermulalah kami berkonvoi 3 buah kereta beraya dari rumah ke rumah. Alhamdulillah semuanya selamat. Dapat berkenalan dgn sanak saudara di kampung.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI & MAAF ZAHIR BATIN DARI KAMI
Photobucket

Khamis, 24 September 2009

Tahun ini raya berdua - Harian Metro




Oleh Nor Akmar Samudin
akmar@hmetro.com.my
24 September 2009
5 Syawal

Tahun pertama Corrie memeluk Islam pada 13 Julai 2007, dia menjalani ibadah puasa dan berhari raya berseorangan. Terdengar lagu raya dan takbir pada pagi raya, dia menangis kerana tiada siapa menemaninya pada hari umat Islam meraikan detik kemenangan selepas sebulan menahan lapar dan dahaga.

"Tak tahu ke mana hendak dituju, saya pergi beraya di rumah emak angkat, Fauziah Nawi. Berkumpul bersama keluarganya gembira sedikit. Itulah rumah pertama dan terakhir saya beraya tahun lalu. Selepas itu, saya habiskan raya pertama duduk di rumah saja.

"Alhamdulillah, tahun ini saya dapat berpuasa dan berhari raya bersama isteri. Bangun sahur ada yang kejutkan dan Fazima selalu tanya saya hendak makan apa.

"Saya tidak cerewet, makan apa saja yang dimasaknya. Waktu bersahur, saya tidak mengambil makanan berat cukup sekadar makan roti cecah sup cendawan, telur separuh masak atau telur campur madu.

"Fazima pula hanya makan kurma dan minum susu. Kehidupan kami berdua sangat ringkas dan seadanya saja. Yang penting sudah ada orang yang mengambil berat dan menenangkan hati saya di kala kerunsingan," katanya.

Walaupun baru kali kedua Corrie menyambut Ramadan, dia sudah biasa berpuasa sebelum mendapat taufik dan hidayah daripada Allah SWT lagi kerana pekerjaannya sebagai anak seni sentiasa dikelilingi rakan artis beragama Islam.

Zaman kecilnya pun dia mempunyai ramai kawan Melayu dan belajar berpuasa bagi menghormati rakan Muslim yang berpuasa. Biasanya Corrie berpuasa pada hari pertama dan terakhir tetapi ada juga berpuasa pertengahan Ramadan.

"Saya berazam menjadi Muslimin yang taat kepada suruhan Allah Yang Esa. Menjadi kemestian saya bersolat jemaah dengan isteri walaupun kami berada di lokasi penggambaran. Rasa lebih tenang dapat beribadah dengan isteri.

"Syukur ibu bapa mentua (Mohamad Fuad Ngah Ibrahim dan Kamariah Jamaluddin) sangat baik dan memahami saya. Mereka juga banyak mengajar saya mendalami ajaran Islam. Kakak Fazima yang juga ustazah banyak membantu saya memahami selok-belok agama Allah ini. Mereka juga mengerti pahit getir saya sebagai anak seni," katanya yang balik beraya di kampung isterinya di Alor Star, Kedah.


Dalam kegembiraan bercerita mengenai puasa dan hari raya, Corrie sempat meluahkan rasa terkilannya dengan dunia seni yang diceburinya lebih 10 tahun lalu.


"Bukan saja bermasalah pasal bayaran tetapi produser dan pengarah juga macam tidak menghargai bakat lakonan saya. Sepuluh tahun dalam bidang seni, bayaran masih di takuk lama dan cuma diberi watak kecil. Belum pernah saya diberi watak utama atau pelakon pembantu".

"Jika ada yang sudi memberi peluang, pasti saya dapat membuktikan kemampuan diri. Saya memang tidak popular tetapi ramai yang kenal. Wartawan banyak membantu meletakkan saya dalam kedudukan yang selesa," katanya.

Corrie aktif berlakon sebelum menjadi koreografer untuk AF2 dan AF4 lagi tetapi ketika itu kurang dikenali ramai. Selepas muncul dalam AF, barulah orang tahu siapa Corrie Lee. Selepas itu, banyak juga dapat tawaran berlakon drama dan filem.

Luah Corrie, bayaran diterima tidak setimpal pengalaman yang ada. Apabila berlakon filem, bayaran yang dapat macam berlakon drama juga.

"Apa yang buat saya kecewa, adakala produser belum berbincang harga dengan saya, sudah kata mahal. Harga boleh dirunding. Jika agak mahal sekali pun, ia bersesuaian dengan kemahiran dan pengalaman saya.

"Jika diberi watak jahat, saya reka sendiri aksi pergaduhan itu, tidak perlu upah orang lain. Sepatutnya saya boleh minta bayaran berasingan untuk khidmat itu tetapi sayang sekali produser dan pengarah tidak pernah memikirkannya.

"Saya pun hendak hidup senang juga. Ada kereta mewah, rumah besar dan boleh bawa isteri mengerjakan umrah dua kali setahun. Saya teringin hendak jadi macam Rosyam Nor yang sudah kaya raya sekarang.

"Sudah berlakon berpuluh filem dan beratus drama tetapi bayaran jarang bertambah. Pelik kenapa produser terlalu berkira dengan saya.

"Stesen televisyen pun tidak ambil saya koreograf lagi dengan alasan mahal, sedangkan mereka tidak bertanya kepada saya pun berapa bayarannya. Hanya dengar cakap orang atau membuat andian sendiri. Apabila mereka dengar mahal, terus ambil orang baru," katanya.

Meskipun dihimpit duka dan kecewa tidak pernah mematahkan semangatnya kerana sayangkan kerjaya seninya itu. Apa yang dia mahukan timbang rasa dan sedikit penghargaan daripada produser serta pengarah.







Photobucket

Isnin, 14 September 2009

JIN NOTTI BEBAS RAYA PERTAMA NI..


SALAM RAMADHAN SEMUA,
FILEM TERBARU SAYA JIN NOTTI AKAN DI TAYANGKAN DI PAWAGAM PADA RAYA PERTAMA INI. IA ADALAH SEBUAH FILEM YANG MENARIK DI TONTON OLEH SEMUA GOLONGAN SEISI KELUARGA. SETELAH SEBULAN KITA BERPUASA, DI PAG RAYA KITA PERGI SOLAT AIDIL FITRI, BERMAAF-MAAFAN, MAKAN KUIH RAYA DAN JGN LUPA YE DATANG KE PAWAGAM FILEM INI.

SELAMAT MENONTON DAN SELAMAT HARI RAYA


Jin Notti
Pengarah : Azhari Mohd Zain
Syarikat Penerbit : KRU Studios Sdn. Bhd.
Bahasa : Bahasa Melayu
Klasifikasi : PG-13 - Bimbingan ibubapa atau orang dewasa disyorkan untuk kanak-kanak di bawah umur 13 tahun
Tarikh Tayangan : 20 September 2009
Durasi : 94 min
Audio : Stereo
Format : 35mm


Pengarah

Penulis:
:
(Scriptwriter)
:
(Lakon layar)
Lakonan:
:
Notti / Ruby / Eyyonne/ Shahrifah Qistina / Mimi (Pelakon Utama)
:
Aziz (Pelakon Utama)
:
Jinbara (Pelakon Utama)
:
Jin Samsu (Pelakon Utama)
:
Sofea Jin (Pelakon Utama)
:
VT JINGGAM (Pelakon Utama)
:
Nesti (Pelakon Pembantu)
:
Hisyam / Razlan (Pelakon Pembantu)
:
Boboy Gengster (Pelakon Pembantu)
:
Zulu (Pelakon Pembantu)
:
Pembantu Taiko (Pelakon Pembantu)
:
Pusher (Pelakon Pembantu)
:
Hakim (Pelakon Pembantu)
:
Pendakwaraya (Pelakon Pembantu)
:
Pemandu Teksi (Pelakon Pembantu)
:
Taiko (Pelakon Pembantu)
Krew:
:
(Pengarah Fotografi)
:
(Pereka Produksi)
:
(Pengarah Seni)
:
(Kesan Bunyi)
:
(Lagak Ngeri)
:
(Animasi 3D)
:
(Pereka Kostum)
:
(Kesan Khas)
Penerbit:
:
(Penerbit Eksekutif)
:
(Penerbit)
:
(Penerbit)
:
(Penyelaras Penerbitan)
:
(Penerbit)

Khamis, 10 September 2009

Raya nak dekat... Lagu Raya yang mana best?


Antara lagu-lagu raya...

  1. 2 By 2 & Haliza – Hari Raya
  2. Ahmad Jais – Selamat Hari Raya
  3. A Ramlie & Maria Bachok – Malam Tujuh Likur
  4. A. Ramlie – Suara Takbir
  5. Aishah – Pulanglah
  6. Aishah – Senandung Lebaran
  7. Aishah – Setitis Cahaya Di Aidilfitri
  8. Aman Shah – Kepulangan Anakmu
  9. Ajai (Maafkan) – Rindu Di Aidilfitri
  10. Al Jawaher – Selamat Hari Raya
  11. Al Mizan – Selamat Berhari Raya
  12. Ally Noor & Mastura – Jangan Main Mercun
  13. Amy Mastura – Bersama Di Hari Raya
  14. Anuar & Elina – Suasana Di Hari Raya
  15. Apek – Selamat Hari Raya
  16. Aqasha – Musafir Di Aidilfitri
  17. Artis Suria Records – Selamat Adilfitri
  18. Asha Malik – Pulang Di Hari Raya
  19. Awie – Musafir Di Aidilfitri
  20. Awie – Raya Yang Sempurna
  21. Black Dog Bone – Cahaya Aidilfitri
  22. Cenderawasih – Bersama Di Hari Raya
  23. D.J Dave – Menjelang Hari Raya
  24. Eddynor Ali – Manusia Miskin Kaya
  25. Efa Rizan – Lebaran
  26. Fazidah Joned – Selamat Hari Raya
  27. Ideal Sisters – Hari Raya Hari Bahagia
  28. Indra Shahrir – Selamat Hari Raya
  29. Jalil Hamid – Raya
  30. Jamal Abdillah – Maafkan Segala Keterlanjuran
  31. Jamal Abdillah – Salam Aidilfitri
  32. Jay Jay – Hari Raya Bahagia
  33. Jeffrydin – Musafir Di Aidilfitri
  34. Junainah – Suasana Riang ( Di Hari Raya)
  35. Khairil Johari Johar – Sepasang Kurung Biru
  36. Krisya – Suatu Hari Di Hari Raya
  37. Lagu Raya – Dari Jauh Ku Pohonkan (Sudirman)
  38. Lagu Raya – Lebaran Ini
  39. Lagu Raya – Selamat Hari Raya (Saloma)
  40. Lagu Raya – Selamat Hari Raya
  41. Lagu Raya – Suatu Hari Di hari Raya (M Nasir)
  42. Liza Hanim – Salam Kejauhan
  43. M Nasir – Satu Hari Di Hari Raya
  44. M. Shariff & Zalifah Ibrahim – Hari Raya
  45. Mamat – Ku Pohon Restu Ayah Bonda
  46. Maz – Suasana Di Hari Raya
  47. Noorkumalasari – Pulang Di Hari Raya
  48. Nakkal – Aku Cinta Aku Rindu
  49. Nakkal – Hari Raya Di Lebuhraya
  50. Nakkal – Isa Tak Balik Raya 99
  51. Nakkal – Iyoko Beraya
  52. Nakkal – Ku Cuba Puasa Feat. Yasin
  53. Nakkal – Satu Malam Di Malam Raya
  54. Nakkal – Sepakat Beraya
  55. Nakkal – Tanggal 1 Syawal
  56. Nakkal – Trektettet
  57. Nakkal – Warisan Lebaran
  58. Othman Hamzah – Gembira Bersama Di Hari Raya
  59. P. Ramlee – Dendang Perantau
  60. Rabbani – Di Ambang Syawal
  61. Rafeah Buang – Bila Takbir Bergema
  62. Rafeah Buang – Selamat Hari Raya
  63. Rahimah Rahim – Selamat Berhari Raya
  64. REM (Maafkan) – Mulianya Ramadhan
  65. S Jibeng – Menjelang Hari Raya
  66. S Jibeng – Musafir Di Hari Raya
  67. Saloma – Manusia Miskin Kaya
  68. Saloma – Selamat Hari Raya
  69. Sanisah Huri – Aidilfitri
  70. Sanisah Huri – Bersabarlah Sayang
  71. Senario – Puasa & Raya
  72. Senario – Seminggu Berhari Raya
  73. Sharifah Aini – Hai Selamat Hari Raya
  74. Sharifah Aini – Suasana Hari Raya
  75. Sheila Majid – Hari Mulia
  76. Siti Nurhaliza – Aidilfitri Di Alaf Baru
  77. Siti Nurhaliza – Bila Raya Menjelma
  78. Siti Nurhaliza – Sesuci Lebaran
  79. siti nurhaliza – Suara Takbir
  80. Spider – Rindu Raya
  81. Sudirman – Balik Kampung
  82. Sudirman – Dari Jauh Ku Pohon Maaf
  83. Sudirman – Selamat Hari Raya
  84. Sudirman & Zaleha Hamid – Inang Di Aidilfitr
  85. SURIA Record – Nikmat Hari Raya
  86. Takbir
  87. Uji Rashid & Hail Amir – Seloka Hari Raya
  88. Uji Rashid – Dengan Bismillah
  89. Various Artist – Salam Aidilfitri


Lagu kegemaran saya M Nasir – Satu Hari Di Hari Raya
manakala isteri saya ialah Sudirman – Dari Jauh Ku Pohon Maaf
anda semua punya bagaimana?
Photobucket

Ahad, 6 September 2009

Nuzul Al-Quran





Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)
Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran
Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.
Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT
Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)
Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.
Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Panduan

Dari maklumat serba sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah seperti:
1. Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran
2. Ayat pertama diturunkan ialah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan Pena dan Tulisan.
3. Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan.
Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ‘ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.
Manakala penurunan al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah ‘iqra’’ iaitu ‘baca’ di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”.

Perkara ketiga ialah hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah.

Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Dengan beribadah di sepuluh malam terakhir itu, mudah-mudahan akan dapat menemuinya sebagai bekalan kehidupan akhirat.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah. Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan. Umat Islam juga perlu mempertingkatkan amal ibadah terutamanya mengejar anugerah Tuhan yang tidak terhingga kepada umat Islam akhir zaman. Beribadah di 10 akhir Ramadhan memberikan kita peluang keemasan ganjaran pahala seolah-olah beribadah sepanjang hidup kita iaitu 1000 bulan (sekitar 83 tahun).


Photobucket
p/s: 17 ramadhan adalah tarikh yg penuh dgn keberkatan, dan saya telah mengambil keberkatan tarikh Nuzul al-Quran untuk bertunang thn lepas dgn isteri saya sekrang.

Rabu, 2 September 2009

Happy Birthday Mawaddah




Photobucket
Posted by Picasa

link

Related Posts with Thumbnails