TEMAN

Sabtu, 23 Januari 2010

HAPPY BIRTHDAY ZAFIRAH


Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan Zafirah Fuad
Allah selamatkan kamu....

Selamat Hari Jadi yang ke 26 tahun.
Pada 20 Januari 2010
Semoga kehidupan Firah lebih diberkati Allah dan bahagia serta berjaya apa yang Firah ceburi.










Photobucket

Sabtu, 16 Januari 2010

ORIX DAN ONCALL DALAM KENANGAN


Orix kena gigit kat perut petang tu, satu malam dia menanggis tahan sakit. Dah letak ubat. Keesokkan harinya baru dia mati.

Oncall teruk kena gigit. Di tengkuk dan perut dan mati pada masa itu juga.




Salam sejahtera semua. Minggu lepas kucing kami telah melahrikan 4 ekor anak yang comel dan sihat-sihat. Tapi nampaknya jodoh 2 ekor dari 4 nya dengan kami tak lama. Hanya bertahan 1 minggu sahaja. ONcall dan Orix telah diserang oleh kucing atau tikus pon kami tak pasti. Sempatlah menjaga mereka sehingga mereka buka mata. Insya'allah Topaz & Tonic akan kami jaga dengan penuh kasih sayang. Kesian Oren iaitu ibu kepada anak-anak kucing ni, mencari 2 ekor yang dah mati.

Jangan risau ye Oren.... kami dah pon kebumikan anak-anak Oren tu. Kita sama-sama jaga Oren, Mey dan anak-anak Oren Ok.... :)


Photobucket

Rabu, 13 Januari 2010

BERGUMBIRA DI HUJUNG TAHUN









Salam bahagia semua. Pada 31 Disember 2009, kami bersama adik beradik kami meluangkan masa bersama di beriadah di Sunway Lagoon. Rasanya dah lama tak ke sana. Banyak perubahan di sana. Tahun 2009 sudah berakhir manakala 2010 pula menjelma. Tahun ni Insya'allah ingin kembali beriadah ke Sunway Lagoon lagi. Tak sempat nak main semua permainan.





Photobucket

Sabtu, 9 Januari 2010

OREN LAHIRKAN 4 EKOR ANAK YG COMEL

Alhamdulillah, Oren dah melahirkan 4 ekor anak-anak yang comel dan sihat pada 4 Januari 2010.Wah, 4 ekor untuk 4 haribulan. Lega melihat dan teruja melihat anak-anaknya. Ketika Oren bersalin, saya seram sejuk dibuatnya. Kesian dan takot melihatnya. Seekor demi seekor anaknya keluar. Memakan masa setengah hari juga untuk melahirkan keempat-empat ekor anaknya.

Setelah berhari-hari memikirkan nama yang sesuai untuk anak-anak Oren. Jadi saya dan suami telah membuat keputusan untuk memberikan nama yang pertama Orix, nama yang dicadangkan oleh adik ku Ummu Nurfarahin. Yang kedua pula, Oncall. Kenapa Oncall? pelik je kan bunyinya. Nama ini adik ku Nor Manfuzah yang beri. Dia kata comel dan senang ingat. Oklah Oncall pon Oncall laa... Manakala nama yang ketiga, suami tercinta pula yang beri iaitu TONIK. Hahaha... nak tergelak pada mulanya dengar nama itu. Dan yang terakhir sekali, TOPAZ! Nama yang ini saya yang pilih. Jangan tanya dari mana datang nama ini. Ia secara tiba-tiba je terfikir dan sebut nama TOPAZ.

Harap-harap lepas ini, anak-anak Oren akan menyahut bila kami panggil nama dia.








Ini kucing yang selalu datang ke rumah minta makan. Bagi je makan. Kesian tengok akan keadaannya.




Ini Mey, kucing kesayangan yang selalu membawa balik buah tangan seperti tikus, burung, dan ular ke rumah.









Keluarga kami makin meriah dengan kehadiran mereka ini dalam rumah kami. Oren, jangan bunting dalam waktu terdekat ini lagi ye. hehe....

Salam ceria dari saya Fazi, untuk entry kali ini.



Photobucket

link

Related Posts with Thumbnails