Setelah berhari-hari memikirkan nama yang sesuai untuk anak-anak Oren. Jadi saya dan suami telah membuat keputusan untuk memberikan nama yang pertama Orix, nama yang dicadangkan oleh adik ku Ummu Nurfarahin. Yang kedua pula, Oncall. Kenapa Oncall? pelik je kan bunyinya. Nama ini adik ku Nor Manfuzah yang beri. Dia kata comel dan senang ingat. Oklah Oncall pon Oncall laa... Manakala nama yang ketiga, suami tercinta pula yang beri iaitu TONIK. Hahaha... nak tergelak pada mulanya dengar nama itu. Dan yang terakhir sekali, TOPAZ! Nama yang ini saya yang pilih. Jangan tanya dari mana datang nama ini. Ia secara tiba-tiba je terfikir dan sebut nama TOPAZ.
Harap-harap lepas ini, anak-anak Oren akan menyahut bila kami panggil nama dia.



Ini Mey, kucing kesayangan yang selalu membawa balik buah tangan seperti tikus, burung, dan ular ke rumah.


comel sggh anak bulu oren tue... hehehe.. singgah lah blog sayer...
BalasPadamcomel kan... tapi mereka semua dah mati selepas 3 minggu di lahirkan. kena serang dgn kucing besar :(
BalasPadam