TEMAN

Jumaat, 19 Februari 2010

BESARNYA TAHI LALAT SAYA

Salam sejahtera semua.
Watak dlm cerita bersiri Kapoww... sebuah Cerita komedi.
Photobucket

Ahad, 14 Februari 2010

Gong Xi Fa Cai bersama keluarga




Jom Yee Sang.

Ini adalah keluarga bahagia suami saya.



Siap-siap buat pesiapan sebelum makan besar.




Ibu Mertua ku yang penyayang.. Suap Yee Sang lagi tu. Sayang mak.


Bersama keluarga kakak, Fazlina Fuad . Abang ipar saya seorang Melayu + Cina. Bapanya Melayu dan ibunya seorang Cina. Tengok tu hasilnya anak pon macam Cina.


Dalam budaya Cina ada 12 zodiak yang sentiasa menjadi panduan hidup bagi orang Cina.Namun dalam perkembangannya kedua belas shio ini telah menjadi panduan hidup bagi seluruh bangsa termasuk Indonesia. Kedua belas zodiak itu adalah tikus, kerbau, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam, anjing dan babi. Menurut perhitungan kalendar Cina, tahun 2010 adalah tahunnya shio harimau. Berikut ini adalah peruntungan shio anda di tahun ini. Ramalan ini berlaku pada tarikh 1 bulan 1 dalam kalendar tahun baru Cina yang jatuh pada 14 Februari 2010.

Shio Harimau
Tahun Kelahiran
1938 1950
1962 1974
1986 1998

Buat anda yang memiliki shio macan, akan banyak mengalami perubahan. Di bidang kerjaya harus bersatu hati dan kompak dengan atasan dan bawahan untuk melewati rintangan yang sukar. Berhati-hatilah dalam berbicara kerana akan banyak khabar angin yang menerpa anda pada tahun ini. Akan banyak orang iri kepada anda jadi kendalikan emosi dan menjauhkan dendam.

Dengarkanlah pendapat sahabat dan orang terdekat. Jaga kesihatan anda sebaik-baiknya kerana penyakit mengintai. Jika anda menggunakan kenderaan, berhati-hatilah semasa memandu di jalanan. Dalam asmara tingkatkan komunikasi dengan pasangan anda untuk terhindar daripada campur tangan orang ketiga.

Kewangan tidak lancar. Kalau melabur atau berspekulasi berisiko terhadap kegagalan. Banyak orang yang ingin menjebak kerana itu anda harus super hati-hati. Elakkan berkaitan dadah kerana sekali anda jatuh, tidak akan bisa kembali lagi.


Shio Tikus
Tahun Kelahiran
1936 1948
1960 1972
1984 1996

Jika anda mempunyai shio tikus, banyaklah bersabar kerana dijangka halangan dan rintangan akan mewarnai hidup anda tahun ini. Kebanyakan usaha anda akan sia-sia tak perduli seberapapun giatnya anda. Tapi jangan pernah berpikir untuk menggunakan jalan pintas untuk maju.

Akan berlaku perubahan seperti pindah rumah, pindah kerja serta berwisata ke tempat-tempat jauh. Namun dalam kesibukan itu sisakan waktu untuk berehat kerana kesihatan anda di tahun harimau kurang baik. Berhati-hatilah dengan makanan dan lakukan sesering mungkin medical cek up. Bagi yang telah berkeluarga, jagalah komunikasi kerana anda kan sering berpisah dengan isteri ataupun suami. Hindari perselingkuhan kerana akan berdampak buruk dengan perkahwinan ataupun hubungan anda.

Dalam berinvestasi, orang orang shio tikus harus tenang dalam mengambil keputusan. Lihatlah keadaan pasaran. Jika ragu, tabungkan sahaja wang anda. Jalinlah dengan baik hubungan antar teman ataupun sahabat. Kerana jika anda terkena masalah kewangan, teman dan sahabat-sahabat anda yang akan membantu.

Shio Kerbau / Lembu
Tahun Kelahiran
1937 1949
1961 1973
1985 1997

Nasib anda akan berubah menjadi baik. Yang berstatus pekerja kerjayanya akan semakin maju dan mendapat penghargaan daripada penyelia. Namun sebaiknya tetap tampil rendah diri.Berhati-hatilah dengan orang yang iri dengan perkembangan anda. Jika berminat mengganti pekerjaan, pikirlah dengan matang. Cek berulang-ulang dokumen yang akan anda tanda tangani untuk mengelak terlibat dalam pelanggaran undang-undang.

Perhatikan makanan dan minuman anda serta hindari kegiatan yang bersinggungan dengtan air.Seperti berenang, diving, arung jeram dan sebagainya. Hubungan suami isteri mahupun pasangan akan sangat rukun. Kemungkinan ahli keluarga akan bertambah satu.

Dalam hal kewangan, ada kemungkinana anda akan mendapat wang sampingan tetapi uruslah sendiri masalah kewangan anda. Jangan libatkan orang lain. Apalagi orang yang kejujurannya masih diragukan. Dalam hal pelaburan, akan banyak bintang keberuntunga yang membantu.Tetapi hati-hati dengan perkembangan pasaran.

Shio Arnab

Tahun Kelahiran
1939 1951
1963 1975
1987 1999

Angin keberuntungan menaungin orang-orang shio kelinci di tahun ini. Tahun ini merupakan tahun kebangkitan. Baik dalam kerjaya, asmara mahupun kewangan. Tetapi hindari sifat terus terang yang anda miliki. Tahun ini adalah tahun sepak terjang anda. tapi jangan sampai lupa daratan.

Elakkan berkumpul dengan orang-orang picik atau berpandangan sempit. Kalau ada usaha baru, buatlah perencanaan yang matang sehingga automatik akan berjaya dengan baik.Penghasilan tetap lancar namun banyak orang iri dengan kejayaan anda sehingga berusaha menjebak.

Kesihatan kurang begitu baik. Tubuh rentan terkena demam. Elakkan minuman keras, banyak bersenam serta kurangkan makanan berminyak. Perhatikan keselamatan dalam rumah anda khususnya terhadap anak-anak. Yang sudah berkahwin mahupun yang berpacaran, hubungan anda akan sangat harmoni. Yang penting harus selalu ada perhatian.

Dalam berspekulasi mahupun melabur, perhatikan keadaan pasaran. Jangan sampai terjadi seperti pepatah China "Kapal Tenggelam Dalam Parit" yang bererti kerugian besar kerana salah memilih jalan. Perbaiki hubungan dengan rakan untuk menjaga nama baik.

Shio Naga
Tahun Kelahiran
1940 1952
1964 1976
1988 2000

Buat anda yang memiliki shio naga, tahun ini harus banyak berhati-hati. Banyak bintang jahat yang mengintai. Tapi jangan takut kerana anda mempunyai bintang keberuntungan yang dapat menangkalnya. Seringlah beramal hingga bisa melewati rintangan-rintangan yang berbahaya.Waspadalah dengan teman baru kerana diprediksi banyak diantaranya hanya akan mendatangkan kerugian bagi anda.

Bagi yang berstatus pekerja, kontrollah sifat anda. Jangan melawan atasan ataupun berselisih dengan rakan kerja kerana akhirnya anda yang akan rugi sendiri.

Kesihatan kurang baik. Harus ekstra hati-hati dalam mengkonsumsi makanan dan minuman.Elakkan temapt-tempat makan yang kurang higenis. Dalam biduk rumah tangga, jangan melampiaskan masalah diluar kepada pasangan anda. Kerana kesudahannya perceraian akan mengancam. Bagi yang masih sendiri, robahlah sifat anda kerana akan memancing lawan jenis.Inilah kesempatan anda mencari jodoh.

Kewangan anda akan memburuk. Walaupun pendapatan tetap tapi pengeluaran akan meletup.Jangan mudah mengagak dan gampang percaya dengan orang. Apalagi kalau sampai melanggar undang-undang. Jangan mengharapkan wang sampingan.


Shio Ular
Tahun Kelahiran
1941 1953
1965 1977
1989 2001

Di tahun ini semuanya baik mahupun jahat menaungin shio ular. Namun yang jelas nasib anda akan lebih baik daripada tahun sebelumnya. Wajah akan berseri dan penuh semangat.

Banyak usaha yang ditekuni akan berjaya. Yang berstatus pekerja jangan tergoda untuk pindah kerja sebelum mempelajari situasi. Penghasilan akan lancar tapi jangan tergoda untuk berspekulasi. Jangan cuba jalan pintas untuk meraih keuntungan.

Kesihatan kurang memuaskan kerana pertahanan tubuh lemah. Penyakit kecil harus segera ditangani sebelum berbahaya. Banyak penyakit berasal dari mulut, kerana itu berhati-hatilah dengan makanan. Hubungan asmara lancar tetapi hati-hati terjebak perselingkuhan dalam dunia kerja. Bagi yang telah berkeluarga, asmara dalam rumah tangga membara. Kemungkinan besar akan mendapat anak.

Kewangan maju dan anda akan menemukan banyak cara untuk menghasilkan wang. Namun sekali lagi, jangan berspekulasi dan berfoya-foya serta mudah percaya dengan orang.


Shio Kuda
Tahun Kelahiran
1942 1954
1966 1978
1990 2002

Banyak bintang jahat yang mendampingi hidup anda pada tahun ini. Anda akan merasa seperti memandu kereta di gang sempit dan berliku. Namun jika anda mampu meredam keinginan dan dengan tenang menerima cubaan, maka semuanya akan berlalu. Bijaksanalah dalam mengambil langkah maju. Perbanyak beramal dan bergaul agar tidak terkucil. Berusahalah untuk tetap menikmati hidup.

Untuk mengelakkan bintang jahat, hindari kegiatan yang berkaitan air. Mujurlah orang shio kuda akan mendapat bantuan daripada sahabat ataupun orang bijak.Yang berstatus pekerja kerjayanya akan terpuji. Atasan akan menyayanginya dan akan ada kesempatan untuk promosi jawatan. Kesihatan sangat baik tapi jangan terlalu banyak pikiran agar kondisi tubuh tidak lemah.

Kewangan makmur bak bunga yang merekah. Pelaburan dengan pikiran jernih akan mendapatkan keputusan. Cermatilah peluang dalam perniagaan property. Penghasilan tetap lancar. Ada peluang untuk penghasilan tambahan. Khusus yang lahir pada tahun 1954 (57 tahun), kewangan akan lebih baik lagi. Namun jangan dihambur-hamburkan.


Shio Kambing
Tahun Kelahiran
1931 1943
1955 1967
1979 1991

Jika anda bershio kambing, nasib anda akan lebih baik daripada tahun kemarin. Namun banyak bintang-bintang jahat akan mengintai. Beruntung, bintang kebaikan akan menolong. Gejolak perubahan akan mewarnai hari-hari anda. Kurangkan taktik yang cermat dan jangan ceroboh agar keadaan tidak bertambah buruk.

Bagi pekerja, pujian akan datang dari atasan dan rakan sejawat. Ada kemungkinan kenaikan pangkat akan menyapa. Bagi yang berbisnis, sokongan daripada pelanggan dan orang bijak akan anda dapatkan.

Kesihatan kurang baik jadi lihatlah makanan dan minuman anda. Jauhi rokok dan minuman keras. Buang jauh perasaan was-was atau panik kerana akan mengganggu tidur anda.Lapangkan dada dalam menghadapi persoalan. Bagi muda-mudi yang belum berkahwin, kemungkinan akan bertemu jodoh. Tapi hati-hatilah supaya tidak terlibat cinta segitiga yang merugikan.

Kewangan cukup baik tetapi kerana bintang jahat mengintai, kemungkinan tabungan anda akan mengalami kebocoran. Kurangkan pengeluaran yang tak perlu dan uruskan sendiri kewangan anda. Waspadalah dengan persoalan hukum dan saat berkenderaan kerana kemalangan mengintai.



Shio Monyet
Tahun Kelahiran
1932 1944
1956 1968
1980 1992

Anda akan dilindungi oleh bintang kebaikan tapi bintang jahat akan menyerang bertubi-tubi hingga nasib anda pada tahun ini akan turun naik. Berbuatlah sesuai aturan yang ada.Mengalah pada persoalan kecil agar dapat memenangi persoalan-persoalan yang besar. Bagi yang bekerja, berkonsentrasilah dengan pekerjaan anda. Ada kemungkinan berlaku pemindahan kerja.

Banyak penyakit yang mengintai. Elakkan berada di tempat-tempat yang tinggi kerana berisiko jatuh. Jangan membawa kenderaan sehabis meminum minuman keras. Bagi wanita yang berpacaran, hati-hati dengan pihak ketiga.

Akan banyak kebocoran dalam hal kewangan. Tingkatkan semangat dan kewaspadaan.Cermatlah berhitung kerana bintang kewangan anda gelap. Pastikan pengeluaran sesuai dengan pemasukan kerana tak ada wang sampingan. Jangan berspekulasi dengan menjadi penjamin bagi orang lain.


Shio Ayam
Tahun Kelahiran
1933 1945
1957 1969
1981 1993

Bintang Jahat menaungi anda. Walaupun bintang baik menolong namun tetap banyak rintangan dan cubaan. Mujurlah tahun ini sifat anda akan sedikit santai sehingga anda akan menghadapi masalah dengan senyuman.

Jika berminat mengembangkan usaha jangan menyerah dengan nasib yang kurang baik ini.Galilah bakat dan kreatifitas agar dapat menentang nasib buruk di tahun harimau ini. Kesihatan kadang naik kadang juga turun. Seringlah berehat dan bersenam. Bagi kaum lelaki, hindari minuman keras mahupun seks bebas. Perhatikan kesihatan dan keselamatan orang tua.Hubungan suami isteri akan semakin romantis. Akan ada kabar gembira di rumah anda.Bagi kaum muda, perkahwinan sudah didepan mata.

Dalam hal kewangan, cerdiklah melabur kerana keuntungan akan anda raih. Hati-hati dengan perangkap orang lain. Ada kemungkinan pendapatan sampingan tapi jangan terlalu berharap.Jangan berjudi dan ikut kegiatan melanggar undang-undang.


Shio Anjing
Tahun Kelahiran
1934 1946
1958 1970
1982 1994

Tahun ini anda akan diserang bertubi-tubi oleh bintang jahat. Nasib anda bagaikan melawan arus. Namun bintang penolong akan membantu anda keluar dari berbagai permasalahan. Hati-hati jebakan hukum dalam berbisnis. Bijaklah dalam berbicara kerana ada serangan dari luar dan dalam. Cuba sumbangkan darah anda secara cuma-cuma untuk menghindar bahaya kemalangan yang mengintai.

Kesihatan memburuk jadi jangan paksakan diri dalam bekerja. Jika bahagian pernafasan dan dada kurang baik, segera periksakan ke dokter. Bagi wanita, anda akan terkena penyakit yang proses penyembuhan memakan waktu cukup lama. Gosip-sosip akan menerpa biduk rumah tangga tapi sebaiknya anda tetap tenang agar perceraian tidak berlaku.

Penghasilan tetap namun tidak seperti yang diharapkan. Jangan berharap datang wang sampingan. Kurangkan pengeluaran yang tak perlu. Jangan meminjam wang dengan bunga.Jangan menjadi penjamin bagi orang lain serta cubalah melabur kecil-kecilan.



Shio Babi
Tahun Kelahiran
1935 1947
1959 1971
1983 1995

Bintang keberuntungan menerangi kehidupan anda di tahun harimau. Nasib anda bagaikan matahari yang bersinar terang di atas langit yang biru. Semua yang anda lakukan akan menghasilkan keuntungan dan kegembiraan. Kerjaya anda bak kapal yang belayar tanpa rintangan. Akan ada orang yang menyokong anda hingga anda ibarat seekor harimau yang bersayap.

Spekulasi dalam berusaha yang membuahkan hasil. Wang sampingan akan berdatangan menghampiri anda. Bagi pekerja, peluang naik pangkat dan gaji akan menyapa. Namun jangan sombong serta kontrolah sifat negatif dalam diri agar tidak menjejaskan keberuntunga anda.

Prestasi anda akan diperhatikan atasan. Bagi kaum lelaki hindari minuman keras dan seks bebas. Bintang kekayaan akan mengikuti anda. Penghasilan tetap akan berlimpah demikian juga dengan wang sampingan. Syukuri apa yang anda terima dan investasikan dengan benar.Kewangan yang baik akan mengundang jenayah, untuk itu hindari berpakaina mewah dan menggunakan perhiasan yang berlebihan. Urus perakaunan anda sendiri tanpa melibatkan orang lain. Kerana risiko jebakan dalam perniagaan tetap mengintai anda.
Photobucket

Sabtu, 13 Februari 2010

Yee Sang berusia 1,500 tahun atau Yee Sang Makanan Malaysia?

Selamat Tahun Baru Cina.

Saya sebenarnya keliru dengan dua artikel ini. walaupun saya berbangsa cina. Mari kita baca 2 artikel ini.

Nikmati makanan berusia 1,500 tahun


LAZIMNYA Yee Sang akan disajikan dengan sos, serbuk cili serta keropok rangup yang akan digaul bersama.


SETIAP kali tibanya Tahun Baru Cina, Yee Sang merupakan makanan tradisi yang pastinya menjadi hidangan utama ketika makan besar pada malam sebelum sambutan perayaan itu.

Di kalangan masyarakat Cina, mereka begitu menekankan hidangan ini kerana dengan menjamah Yee Sang, mereka percaya hidup seseorang akan diberkati dengan kesejahteraan serta dipanjangkan umur.

Hidangan Yee Sang dipercayai dicipta kira-kira 1,500 tahun lampau di kawasan pantai selatan China terutamanya di wilayah Chaozhou dan Shantou semasa pemerintahan Dinasti Song.

Dahulu, hidangan Yee Sang hanya dihidangkan semasa Tahun Baru Cina namun seiring dengan trend semasa dan peredaran masa, Yee Sang mula dijual di restoran-restoran Cina, hotel-hotel dan gedung membeli-belah kira-kira sebulan sebelum tibanya hari perayaan.

Sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina pada 14 dan 15 Februari ini, restoran Zuan Yuan, Hotel One World, Bandar Utama, tidak ketinggalan mengadakan promosi lima jenis hidangan Yee Sang istimewa untuk dinikmati sepanjang Februari ini.

Lima hidangan tersebut ialah sayuran, tempura cendawan, hirisan salmon dan manisan, hirisan abalon bersama buah pir serta agar-agar laut.

Kesemua hidangan tersebut boleh didapati untuk sajian separuh atau penuh pada harga bermula daripada RM50 hingga RM180.

Kali ini, hidangan yang disediakan kelihatan unik kerana bagi mereka yang mengamalkan memakan sayur pastinya dapat menikmati Yee Sang sayuran selain Yee Sang tempura cendawan yang julung kali disediakan.

Bagi mereka yang ingin 'makan besar' bersama ahli keluarga, selain memilih hidangan Yee Sang, restoran Zuan Yuan turut menyediakan promosi set hidangan menarik untuk dinikmati pada harga RM988++ semeja untuk 10 orang.

Antara menu istimewa yang pastinya membuka selera anda ialah Yee Sang sayuran serta buah-buahan, sup sirip ikan yu bersama isi ketam, ayam rangup bersama sos kacang, ikan kerapu kukus, udang harimau goreng bersama oat serta tiram rebus bersama gamat dan cendawan.

Terdapat juga teratai kukus bersama pulut dan keladi, hirisan daging itik panggang bersama sosej ayam, biji teratai rebus, kurma merah dan buah pir serta kuih bulan goreng bersama kentang manis.

Menurut Chef Micheal Chew, hidangan tersebut boleh dinikmati untuk makan tengah hari atau malam.

Bagaimanapun tambah beliau, tahun ini kelainan diberikan kepada hidangan Yee Sang di samping menampilkan idea-idea baru.

''Umum ketahui Yee Sang merupakan hidangan 'wajib' yang dinikmati bersama ahli keluarga pada malam sebelum Tahun Baru Cina.

''Dalam memberikan kelainan serta idea-idea baru setiap tahun, untuk tahun ini penggunaan tepung tempura untuk cendawan merupakan satu kelainan yang diberikan pada hidangan Yee Sang.

''Pada asasnya bahan untuk Yee Sang adalah sama tetapi yang membezakannya adalah sos yang digunakan serta ramuan tambahan yang digunakan seperti cendawan, hirisan ikan salmon dan buah-buahan yang menjadikan lebih menarik,'' ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Selain Yee Sang, para pelanggan juga boleh memesan pelbagai menu lain yang turut disediakan khusus untuk Tahun Baru Cina seperti hidangan ikan kerapu yang dikukus bersama cili merah dan bawang putih serta kuih bulan goreng bersama kentang manis yang rangup.

Yang pasti kuih bulan goreng bersama kentang manis yang rangup tidak boleh didapati di tempat lain kerana ia merupakan resipi tersendiri.



Yee Sang makanan Malaysia


ORANG Cina percaya menikmati Yee Sang membawa kesejahteraan dan kemakmuran pada tahun tersebut.


MUNGKIN ramai menyangka tradisi menikmati Yee Sang diwarisi masyarakat Cina di negara ini dari Tanah Besar China. Pandangan itu tidak benar!

Sebenarnya Yee Sang 'lahir' di Malaysia. Hidangan itu hanya dinikmati oleh masyarakat Cina Malaysia dan Singapura pada hari ke tujuh Tahun Baru Cina.

Menurut sejarahnya, idea menghasilkan hidangan ini muncul kerana terdapat lebihan makanan seperti keropok, lobak merah, lobak putih, limau bali, halia dan sebagainya selepas merayakan Tahun Baru Cina.

Disebabkan tidak mahu membazir, mereka mencampur saki baki makanan itu dan ditambah dengan perasa seperti sos pelam, lada hitam dan putih serta minyak untuk membangkitkan rasa. Dengan itu terhasillah hidangan unik yang dipercayai membawa kemakmuran, kemewahan dan tuah dalam masyarakat tersebut.

Dari generasi ke generasi, ia ditokok tambah dengan isi ikan salmon segar dan beberapa bahan lain hingga menjadikan Yee Sang hidangan digemari oleh semua masyarakat Malaysia tidak kira bangsa.

Photobucket

Selasa, 9 Februari 2010

SELAMAT TAHUN HARIMAU




Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan. Tahun ini tahun Harimau. Saya Adam, lahir pada tahun monyet. Untuk kepercayaan kaum cina, sesiapa yang lahir pada tahun monyet tahun ini tidak beberapa bagus. Kerana Harimau makan monyet. Tapi ini hanyalah kepercayaan bangsa cina. Bagi saya yang telah beragama Islam tidak boleh mempercayainya kerana syirik.

Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang.

Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau. Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang.



Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei. Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao (Hmong China) yang dipengaruhi oleh China dari segi kebudayaan dan keagamaan, maka turut memakai kalendar qamari Cina.

Cukup untuk pengenalan apa itu Tahun Baru Cina. Insya'allah saya akan pulang menyambut Tahun Baru Cina jika tiada aral melintang. Walaupun saya bukannya lagi agama yang sama dengan kelaurga saya tetapi ia bukanlah penghalang untuk merayakannya bersama keluarga selagi kita tidak melanggar dan melakukan perkara yang bertentangan dengan agama Islam.

Agama bukanlah halangan untuk kita mengeratkan siratulrahim antara keluarga.

Selamat Tahun Baru Cina kepada mereka yang menyambutnya. :)






Photobucket

Ahad, 7 Februari 2010

KASIH SAYANG ANTARA KITA SEMUA



.




Permulaan untuk tahun ini penuh dengan suka dan duka. Kelahiran Orix, Oncall, Topaz dan Tonic pada 4hb Januari ni. Beberapa hari kemudian ... Oncall mati di bunuh oleh bapanya. Keesokan harinya Orix menyusul akibat cengkaman kuku bapanya.

Tinggallah Tonic dan Topaz mengubat rindu kami. Mereka sudah mula pandai merangkak, mata sudah buka. Tapi sangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari. Selepas 3 minggu mereka dilahirkan. Giliran Topaz dan Tonic pula di serang oleh bapanya. Tonic matanya hilang sebelah dan telinga berlubang besar. Tonic mati di situ juga. Topaz cedera parah. Kami bawa Topaz ke klinik haiwan. Tiba di sana doktor memeriksa Topaz, rupa-rupanya penuh seluruh badan Topaz di cakar. Dua hari berturut-turut Topaz di bawa ke klinik. Kaki Topaz cacat. Dua malam jaga Topaz, kesian dengar suara Topaz menanggis. Hari ke tiga Topaz dah mula nampak sihat dan mula mahu minum susu. Tapi matanya bertakung dengan air mata. Rupa-rupanya, esok pagi dia dah tak bernyawa.. Sayu hati ini, tapi kami berasa puas kerana kami dah berusaha untuk menyelamatkan dia. Mungkin ini yang terbaik untuk Topaz dari dia hidup merana.


Pada masa yang sama, Abah masuk hospital kerana jatuh tangga dahi kena jahit sebab cedera. Malah jantung Abah juga lemah dan bengkak. Harap-harap Abah cepat-cepat sihat. Jaga makan minum. Makan ubat yang doktor bagi.

Adik ipar Fazi iaitu Dinah pula selamat melahirkan anak perempuan pada 26 Januari di hospital yang sama Abah di wadkan. Abah di tingkat 7 manakala Dinah di tingkat 2.

Tahniah buat suami isteri Kasturi dan Nordinah kerana dapat anak perempuan yang comel dan sihat yang diberi nama Qaisara Raudah.


Beginilah kehidupan kita. Allah berikan nyawa, pada makhluknya.... Allah juga memberi penyakit dan kesakitan pada kita. Dan Allah juga akan mengambil nyawa kita yang dipinjamkan-Nya bila tiba masa.




Photobucket



link

Related Posts with Thumbnails