TEMAN

Ahad, 7 Februari 2010

KASIH SAYANG ANTARA KITA SEMUA



.




Permulaan untuk tahun ini penuh dengan suka dan duka. Kelahiran Orix, Oncall, Topaz dan Tonic pada 4hb Januari ni. Beberapa hari kemudian ... Oncall mati di bunuh oleh bapanya. Keesokan harinya Orix menyusul akibat cengkaman kuku bapanya.

Tinggallah Tonic dan Topaz mengubat rindu kami. Mereka sudah mula pandai merangkak, mata sudah buka. Tapi sangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari. Selepas 3 minggu mereka dilahirkan. Giliran Topaz dan Tonic pula di serang oleh bapanya. Tonic matanya hilang sebelah dan telinga berlubang besar. Tonic mati di situ juga. Topaz cedera parah. Kami bawa Topaz ke klinik haiwan. Tiba di sana doktor memeriksa Topaz, rupa-rupanya penuh seluruh badan Topaz di cakar. Dua hari berturut-turut Topaz di bawa ke klinik. Kaki Topaz cacat. Dua malam jaga Topaz, kesian dengar suara Topaz menanggis. Hari ke tiga Topaz dah mula nampak sihat dan mula mahu minum susu. Tapi matanya bertakung dengan air mata. Rupa-rupanya, esok pagi dia dah tak bernyawa.. Sayu hati ini, tapi kami berasa puas kerana kami dah berusaha untuk menyelamatkan dia. Mungkin ini yang terbaik untuk Topaz dari dia hidup merana.


Pada masa yang sama, Abah masuk hospital kerana jatuh tangga dahi kena jahit sebab cedera. Malah jantung Abah juga lemah dan bengkak. Harap-harap Abah cepat-cepat sihat. Jaga makan minum. Makan ubat yang doktor bagi.

Adik ipar Fazi iaitu Dinah pula selamat melahirkan anak perempuan pada 26 Januari di hospital yang sama Abah di wadkan. Abah di tingkat 7 manakala Dinah di tingkat 2.

Tahniah buat suami isteri Kasturi dan Nordinah kerana dapat anak perempuan yang comel dan sihat yang diberi nama Qaisara Raudah.


Beginilah kehidupan kita. Allah berikan nyawa, pada makhluknya.... Allah juga memberi penyakit dan kesakitan pada kita. Dan Allah juga akan mengambil nyawa kita yang dipinjamkan-Nya bila tiba masa.




Photobucket



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

link

Related Posts with Thumbnails