TEMAN

Sabtu, 13 Februari 2010

Yee Sang berusia 1,500 tahun atau Yee Sang Makanan Malaysia?

Selamat Tahun Baru Cina.

Saya sebenarnya keliru dengan dua artikel ini. walaupun saya berbangsa cina. Mari kita baca 2 artikel ini.

Nikmati makanan berusia 1,500 tahun


LAZIMNYA Yee Sang akan disajikan dengan sos, serbuk cili serta keropok rangup yang akan digaul bersama.


SETIAP kali tibanya Tahun Baru Cina, Yee Sang merupakan makanan tradisi yang pastinya menjadi hidangan utama ketika makan besar pada malam sebelum sambutan perayaan itu.

Di kalangan masyarakat Cina, mereka begitu menekankan hidangan ini kerana dengan menjamah Yee Sang, mereka percaya hidup seseorang akan diberkati dengan kesejahteraan serta dipanjangkan umur.

Hidangan Yee Sang dipercayai dicipta kira-kira 1,500 tahun lampau di kawasan pantai selatan China terutamanya di wilayah Chaozhou dan Shantou semasa pemerintahan Dinasti Song.

Dahulu, hidangan Yee Sang hanya dihidangkan semasa Tahun Baru Cina namun seiring dengan trend semasa dan peredaran masa, Yee Sang mula dijual di restoran-restoran Cina, hotel-hotel dan gedung membeli-belah kira-kira sebulan sebelum tibanya hari perayaan.

Sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina pada 14 dan 15 Februari ini, restoran Zuan Yuan, Hotel One World, Bandar Utama, tidak ketinggalan mengadakan promosi lima jenis hidangan Yee Sang istimewa untuk dinikmati sepanjang Februari ini.

Lima hidangan tersebut ialah sayuran, tempura cendawan, hirisan salmon dan manisan, hirisan abalon bersama buah pir serta agar-agar laut.

Kesemua hidangan tersebut boleh didapati untuk sajian separuh atau penuh pada harga bermula daripada RM50 hingga RM180.

Kali ini, hidangan yang disediakan kelihatan unik kerana bagi mereka yang mengamalkan memakan sayur pastinya dapat menikmati Yee Sang sayuran selain Yee Sang tempura cendawan yang julung kali disediakan.

Bagi mereka yang ingin 'makan besar' bersama ahli keluarga, selain memilih hidangan Yee Sang, restoran Zuan Yuan turut menyediakan promosi set hidangan menarik untuk dinikmati pada harga RM988++ semeja untuk 10 orang.

Antara menu istimewa yang pastinya membuka selera anda ialah Yee Sang sayuran serta buah-buahan, sup sirip ikan yu bersama isi ketam, ayam rangup bersama sos kacang, ikan kerapu kukus, udang harimau goreng bersama oat serta tiram rebus bersama gamat dan cendawan.

Terdapat juga teratai kukus bersama pulut dan keladi, hirisan daging itik panggang bersama sosej ayam, biji teratai rebus, kurma merah dan buah pir serta kuih bulan goreng bersama kentang manis.

Menurut Chef Micheal Chew, hidangan tersebut boleh dinikmati untuk makan tengah hari atau malam.

Bagaimanapun tambah beliau, tahun ini kelainan diberikan kepada hidangan Yee Sang di samping menampilkan idea-idea baru.

''Umum ketahui Yee Sang merupakan hidangan 'wajib' yang dinikmati bersama ahli keluarga pada malam sebelum Tahun Baru Cina.

''Dalam memberikan kelainan serta idea-idea baru setiap tahun, untuk tahun ini penggunaan tepung tempura untuk cendawan merupakan satu kelainan yang diberikan pada hidangan Yee Sang.

''Pada asasnya bahan untuk Yee Sang adalah sama tetapi yang membezakannya adalah sos yang digunakan serta ramuan tambahan yang digunakan seperti cendawan, hirisan ikan salmon dan buah-buahan yang menjadikan lebih menarik,'' ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Selain Yee Sang, para pelanggan juga boleh memesan pelbagai menu lain yang turut disediakan khusus untuk Tahun Baru Cina seperti hidangan ikan kerapu yang dikukus bersama cili merah dan bawang putih serta kuih bulan goreng bersama kentang manis yang rangup.

Yang pasti kuih bulan goreng bersama kentang manis yang rangup tidak boleh didapati di tempat lain kerana ia merupakan resipi tersendiri.



Yee Sang makanan Malaysia


ORANG Cina percaya menikmati Yee Sang membawa kesejahteraan dan kemakmuran pada tahun tersebut.


MUNGKIN ramai menyangka tradisi menikmati Yee Sang diwarisi masyarakat Cina di negara ini dari Tanah Besar China. Pandangan itu tidak benar!

Sebenarnya Yee Sang 'lahir' di Malaysia. Hidangan itu hanya dinikmati oleh masyarakat Cina Malaysia dan Singapura pada hari ke tujuh Tahun Baru Cina.

Menurut sejarahnya, idea menghasilkan hidangan ini muncul kerana terdapat lebihan makanan seperti keropok, lobak merah, lobak putih, limau bali, halia dan sebagainya selepas merayakan Tahun Baru Cina.

Disebabkan tidak mahu membazir, mereka mencampur saki baki makanan itu dan ditambah dengan perasa seperti sos pelam, lada hitam dan putih serta minyak untuk membangkitkan rasa. Dengan itu terhasillah hidangan unik yang dipercayai membawa kemakmuran, kemewahan dan tuah dalam masyarakat tersebut.

Dari generasi ke generasi, ia ditokok tambah dengan isi ikan salmon segar dan beberapa bahan lain hingga menjadikan Yee Sang hidangan digemari oleh semua masyarakat Malaysia tidak kira bangsa.

Photobucket

1 ulasan:

  1. Now you can find Raya Yee Sang online! Check this out
    http://shop.springtoss.com/webshaper/store/viewProd.asp?pkProductItem=14&pkProduct=14

    BalasPadam

link

Related Posts with Thumbnails