TEMAN

Rabu, 24 Mac 2010

SAMBUTAN HARI HUTAN SEDUNIA 2010







cute kan botol drinking water KL Tower ni.













ACARA : SAMBUTAN HARI SEDUNIA 2010
TARIKH :21/3/2010
TEMPAT: HUTAN BUKIT NENAS, KL TOWER

Photobucket

Isnin, 22 Mac 2010

KL Drift di Dataran Merdeka














Fazi yang bertudung biru

Promosi Filem evolusi KL Drift 2
Tempat : Dataran Merdeka
Tarikh : 20/3/2010
Official Photographer :
Thephotographers Kuala Lumpur & fotografia De Lyzard





--------------------------------------




Evolusi KL Drift 2
Pengarah : Syamsul Yusof
Syarikat Penerbit : Skop Production Sdn. Bhd.
Bahasa : Bahasa Melayu
Klasifikasi : U - Untuk tontonan umum
Tarikh Tayangan : 25 Mac 2010
Durasi : 100 min
Audio : Dolby
Format : 35mm


  • Info Film
Pengarah

Penulis:
:
(Cerita Asal)
:
(Cerita Asal)
:
(Lakon layar)
Lakonan:
:
Zack (Pelakon Utama)
:
Sham (Pelakon Utama)
:
Aleeya (Pelakon Utama)
:
Joe (Pelakon Utama)
:
Ery (Pelakon Utama)
:
Inspektor Kamal (Pelakon Utama)
:
Vee (Pelakon Utama)
:
Muz (Pelakon Utama)
:
Alex (Pelakon Pembantu)
Krew:
:
(Penyunting)
:
(Pengarah Fotografi)
:
(Pengarah Fotografi)
:
(Pembantu Pengarah)
:
(Pengurus Produksi)
:
(Pengurus Produksi)
:
(Pengurus Pemasaran)
:
(Pengurus Pemasaran)
:
(Pengurus Pemasaran)
Penerbit:
:
(Penerbit)
:
(Penerbit Eksekutif)
Sinopsis:

Perlumbaan kehidupan Zack dan Sham masih belum berakhir. Zack bukan lagi pelumba haram seperti dulu. Kini dia seorang “Drifter” profesional. Dalam pada itu selepas kemalangan yang di alami, Sham bukan lagi drifter kerana kakinya tempang dan berjalan dengan bantuan tongkat. Peristiwa lampau dan keadaan dirinya yang cacat menghantui diri Sham. Dalam kekalutan ini muncul seorang wanita bername Aleeya yang juga seorang drifter profesional. Aleeya mencemburui kehebatan Zack di litar lumba. Joe yang terlepas dari kemalangan maut masih lagi menaruh dendam keatas Zack. Wajahnya yang berparut menguatkan lagi keazamannya untuk menghapuskan Zack dan orang-orangnya. Ery sebagai orang kanan Joe juga menaruh dendam pada Zack kerana kawan baiknya Karl dipenjarakan. Selain dari memburu Zack, Joe ingin menguasai seluruh perniagaan dadah di KL. Inspektor Kamal mengesyaki beberapa siri kematian penjenayah dilakukan oleh Joe. Bagaimanakah kesudahan perlumbaan pada litar kehidupan mereka kali ini? Adakah mereka mampu mencecah garisan penamat tanpa sebarang komplikasi? Sama-sama kita saksikan!














Photobucket

Ahad, 21 Mac 2010

SELAMAT PENGANTIN BARU ZIZAN & HANI.








Malam ini sebuah lagi masjid dibina oleh Saudara Zizan Nin & isterinya Hani.
Semoga dengan perkahwinan ini memberi satu kehidupan yang lebih baik dan lebih dekat dengan MahaPencipta.

Semoga cinta suci ini berkekalan hingga ke syurga.
Amin
Photobucket

Khamis, 18 Mac 2010

Skuad elit takraw tumpu Piala Malaysia, Raja Thai

18 mac 2010

Oleh FERZALFIE FAUZI


Azlan Ghazali (tiga dari kanan) dan pelakon yang membintangi filem 'Libas' menunjukkan trofi kejohanan Piala Raja Libas di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR - Sasaran besar skuad elit sepak takraw ialah meraih sekurang-kurangnya satu pingat emas pada Sukan Asia Guangzhou November depan, tetapi mereka perlu menyelesaikan tugas penting dalam saingan Piala Malaysia dan Raja Thai terlebih dahulu.

Presiden Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Ahmad Ismail, berkata, melihat kepada latihan dan semangat baru pemain kebangsaan yang disenaraikan ia bukan sesuatu yang mustahil untuk pemainnya menyerlah di kedua-dua kejohanan tersebut.

"Walaupun kita tewas kepada Laos pada Sukan SEA tahun lepas, orang lain perlu sedar bahawa kita masih lagi kuasa No. 2 sukan ini.

''Saya yakin banyak perubahan yang dilakukan oleh skuad kebangsaan sekarang ini untuk kembali beraksi mantap," katanya ketika ditemui media selepas Majlis Pelancaran Kejohanan Piala Raja Libas semalam.

Jelasnya, pemain yang sedang menjalani latihan sekarang mempunyai cita-cita yang tinggi dan sudah pasti akan memberi tamparan hebat buat musuh tradisi, Thailand yang akan menggandakan usaha mereka.

"Saya lihat persediaan mereka (pemain kebangsaan) kali ini jauh lebih baik, berbanding sebelum ini, mereka sentiasa berusaha keras.

"Saya puas hati dengan komitmen yang diberikan mereka sekarang, ini kerana mereka sedar sasaran utama selepas dua kejohanan tersebut ialah Sukan Asia, di mana kita telah mensasarkan untuk memenangi sekurang-kurangnya satu pingat emas," katanya.

Kata Ahmad, sebelum beraksi cemerlang di Sukan Asia, pemain perlu bersedia dan dua kejohanan tersebut menjadi medan penting buat mereka dalam masa yang sama melihat persediaan pasukan lawan.

"Selepas Piala Malaysia pada bulan Jun ini di Terengganu, pemain akan beraksi di Korea Selatan terlebih dahulu sebelum kembali beraksi di Piala Raja Thai, kalau boleh saya hendak mereka cemerlang di Piala Malaysia.

"Mungkin kita akan memberi laluan kepada Thailand di Piala Raja Thai dan kembali berada di puncak dalam Sukan Asia pula, tetapi semua perancangan ini masih belum disahkan lagi, kami masih lagi di peringkat perbincangan," katanya.

Ditanya mengenai gabungan pemain baru dan lama mampu untuk mengembalikan kembali kegemilangan sepak takraw Malaysia, Ahmad berkata, beliau tidak risau tentang kemahiran pemain tetapi kekuatan mental yang sering menjadi penghalang utama di kejohanan besar.

"Daya kekuatan mental mereka agak lemah jika beraksi di kejohanan besar, tetapi saya yakin dengan kerjasama yang diberikan oleh pihak Majlis Sukan Negara (MSN) dalam persiapan kali ini, pemain mampu mengetepikan masalah tersebut.

"Seperti yang saya katakan tadi kita memang amat memerlukan pendedahan perlawanan, jadi dua kejohanan tersebut adalah medan terbaik untuk mempersiapkan pasukan kebangsaan yang kuat," katanya.

------------------------------------

Piala Raja Libas cungkil bakat baru sukan takraw

KUALA LUMPUR - Sukan sepak takraw bakal dimeriahkan lagi dengan kemunculan kejohanan baru, Piala Raja Libas 2010 yang bakal diadakan Mei depan.

Kejohanan antara regu itu bakal dianjurkan oleh MDAG Marketing Sdn. Bhd. dengan objektif mencungkil bakat baru dan menyemarakkan sukan tersebut ke peringkat akar umbi.

Menurut Pengarah Urusan MDAG Marketing Sdn. Bhd., Azlan Ghazali, kejohanan tersebut dianjurkan sempena tayangan filem Libas (terbitan MDAG).

"Saya berharap kejohanan ini akan menjadi platform untuk menggalakkan golongan muda bermain sepak takraw dan mengembalikan semula kegemilangan sukan ini," katanya dalam sidang media selepas pelancaran kejohanan itu, semalam.

Jelasnya, dengan tawaran hadiah wang tunai berjumlah RM35,000 kejohanan itu sudah tentu dapat menarik penyertaan regu besar dari seluruh negara.

"Saya berharap kejohanan ini akan terus kekal di masa akan datang dan bukan sekadar dianjurkan sempena tayangan filem Libas," katanya.

Sementara itu, Presiden Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Ahmad Ismail berkata, penganjuran kejohanan tersebut disifatkan sebagai tanggungjawab sosial masyarakat bagi memajukan sukan Sepak Takraw.

"Bukan PSM sahaja yang perlu mengangkat martabat sukan ini tetapi orang ramai juga perlu melibatkan diri bersama-sama.

"PSM berjanji akan memberi sokongan penuh kepada kejohanan ini dan biarlah ia diadakan setiap tahun," katanya.

Kejohanan itu bakal bermula dari Mei hingga Disember depan dengan pusingan awal dipecahkan kepada lima zon.

Johan dan naib johan zon timur, utara, tengah, selatan dan Sabah/Sarawak bakal berentap di grand final yang akan diadakan di Kuala Lumpur.

Ia terbuka kepada pemain yang bermastautin dan bekerja di zon berkenaan sahaja.

sumber dari : utusan malaysia
Photobucket

Rabu, 17 Mac 2010

KEJOHANAN PIALA RAJA LIBAS 2010



POSTER LIBAS






bersama lagenda pemain sepaktakraw Adnan Saidin






bersama pelakon filem LIBAS, sebagai Jurulatih pemain Thailand Yank Kasim


wah dapat pegang PIALA RAJA LIBAS, best tu





MAJLIS PELANCARAN KEJOHANAN RAJA LIBAS 2010
17 MAC 2010
DEWAN DATO MOKHTAR DAHARI, WISMA MOM


Pengenalan:
Sepaktakraw merupakan antara sukan nasional yg dekat di hati rakyat Malaysia. Di pentas sepaktakraw dunia, Malaysia amat digeruni biarkpun senario itu agak berubah ketika ini. Lantaran itu, usaha mengambalikan kegemilangan sepaktakraw negara perlu dipergiatkan, terutama di peringkat akar umbi. Justeru penganjuran Kejohanan Piala Raja LIbas 2010 menjadi platform untuk usaha ke arah itu.

MDAG Sdn Bhd cuba melakar suatu denomena dengan terciptanya sebuah filem yang memaparkan kehebatan sepaktakraw sebagai sukan yang dimainkan oleh anak muda masa kini.

Dengan kerjasama Kementerian Belia & Sukan, Persatuan Sepaktakraw Malaysia dan penaja-penaja kejohanan maka, kami bawakan Kejohanan Piala Raja LIbas 2010.

Objektif PIALA RAJA LIBAS

  • Mencungkil bakat-bakat baru dalam arena sukan sepaktakraw melalui PSM disamping mempromosikan filem LIBAS.
  • Salah satu landasan untuk mengembangkan semula tradisi agar tidak lekang dek panas dan tidak lapuk dek hujan.
  • Memperbanyakkan program kepada pendedahan kualiti kemahiran dan pencapaian dalam kemahiran permainan sepaktakraw teruama kepada golongan belia.
  • Salah satu langkah membantu kerajaan menyebarkan kepada masyarakt bahawa sepaktakraw adalah permainan tradisi dan perlu dikembangkan.


Zon Kejohan :

  • Utara : Perlis, Kedah, Perak dan Pulau Pinang
  • Pantai Timur : Kelantan , Terengganu dan Pahang
  • Tengah :Selangor, Kuala Lumpur, MASUM, Polis dan Tentera.
  • Selatan : Melaka, Negeri Sembilan dan Johor
  • Borneo : Sabah dan Sarawak

TERMA &SYARAT PERTANDINGAN

  1. Penyertaan terbuka kepada semua warganegara Malaysia di Zon yang ditetapkan kecuali pemain & bekas pemain negara.
  2. Penyertaan adalah terhad, bagi pasukan yang mendaftar awal.
  3. Setiap pemain hanya boleh daftar untuk satu regu sahaja. Setiap regu mempunyai 5 orang pemain dan 1 orang pengurus. (Pengurus boleh juga terdiri daripada pemain).
  4. Regu-regu dan pemain hanya boleh mewakili 1 zon sahaja.
  5. Johan dan Naib Johan setiap Zon LAYAK menyerai Pusingan Akhir bagi merebut Piala Raja Libas.
  6. Hanya pemain-pemain yang berdaftar dalam borang penyertaan sahaja yang layak menyertai pertandingan ini.
  7. Segala keputusan AJK Teknikal & Pertandingan adalah MUKTAMAD.


JADUAL KEJOHANAN PIALA RAJA LIBAS 2010

1 & 2 MEI : KUALA TERENGGANU, TERENGANU (ZON TIMUR)
31 JUL & 1 OGOS : PASIR GUDANG, JOHOR , JOHOR ( ZON SELATAN)
2 & 3 OKT : ALOR SETAR, KEDAH (ZON UTARA)
16 & 17 OKT : KUALA LUMPUR ( ZON TENGAH)
13 & 14 NOV : KOTA KINABALU (ZON SABAH / SARAWAK)
4 & 5 DIS : GRAND FINAL KUALA LUMPUR


NOTA: TARIKH DAN TEMPAT KEJOHANAN MUNGKIN BERUBAH DAN TERTAKLUK KEPADA PINDAAN DI SAAT AKHIR.


UNTUK PERTANYAAN YANG LANJUT SILA LAYARI :

www. libasthemovie.com.my
+603 7842 9954


Jumlah hadiah keseluruhan ;

RM35,000.00



Mini Karnival Raja Libas:
  • Aktiviti pameran rakan promosi
  • sesi artis bertemu peminat
  • pertandingan menimbang bola
  • pertandingan mewarna kanak-kanak dan lain-lain
Photobucket

AKI NABALU





Photobucket

Selasa, 16 Mac 2010

Bravo Lima bukan sekadar filem


Oleh Rozdan Mazalan
rozdan@bharian.com.my
2010/03/15

Usaha untuk dokumentasi perjuangan anggota tentera

KALI terakhir filem yang mengangkat kisah angkatan tentera pada tahun 2000 iaitu Leftenan Adnan arahan Aziz M Osman, pahlawan Melayu yang bermati-matian mengekang kemaraan tentera Jepun pada era Perang Dunia Kedua.
Manakala filem Bukit Kepong arahan Tan Sri Jins Shamsudin pada tahun 1981 pula memaparkan keberanian pasukan polis mempertahankan balai mereka daripada ditawan komunis ketika zaman darurat. Menyedari sudah lama tidak ada lagi filem seumpamanya dihasilkan, Karya Prima Production Sdn Bhd dengan sokongan padu daripada Kementerian Pertahanan dan Tentera Darat Malaysia menerbitkan berlatar belakang kehidupan sebenar insan yang menjadi benteng keselamatan negara berjudul Bravo Lima.

Filem itu diarahkan oleh Fauzi Nawawi. Antara barisan pelakon yang membintangi filem Bravo Lima itu nanti ialah Hattan, Fizz Fairuz, Zul Huzaimi, Shashi Tharam, Adam Corrie, Frenkey, Fran Peterson, Kamal Adli dan Lisdawati serta Azee Yahaya.

Memahami filem ini memerlukan stamina yang tinggi kerana bakal melakukan aksi lasak dan pantas, lima pelakon diarahkan menjalani latihan intensif sebagai mana latihan sebenar komando selama dua minggu di Kem Sungai Udang, Melaka.

Ia sebagai langkah persediaan awal sebelum menjalani penggambaran filem ketenteraan Bravo Lima. Selepas itu, filem ini akan mula menjalani penggambaran bermula pada 10 April di Melaka, Tapah, Perak dan Mersing, Johor.
Pengerusi Eksekutif, Karya Prima Production, Tan Sri Dr Salleh Mohd Nor berkata, penerbitan Bravo Lima bukan sekadar filem semata-mata tetapi ia juga adalah usaha untuk mendokumentasikan kisah perjuangan anggota tentera dalam menentang pengganas komunis yang jarang mendapat perhatian penerbit filem tempatan.

“Tidak ramai yang menyedari pengorbanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berjuang selama ini menentang komunis semata untuk mencapai kemerdekaan negara. Penerbitan filem ini juga menjadi cabaran kepada kami untuk menunjukkan bukti latar belakang sejarah negara ke layar perak.

“Sebagai langkah awal, lima pelakon utama yang memegang watak sebagai komando akan diberi latihan intensif sebagai komando untuk menguji ketahanan mental dan fizikal sebelum penggambaran sebenar berjalan.

“Namun latihan yang diberikan itu bukanlah latihan yang 100 peratus seperti komando sebenar tetapi asas utama saja. Sebagai pelakon mereka mempunyai tanggungjawab untuk menggambarkan keadaan sebenar sejarah untuk mencapai kemerdekaan,” katanya pada sidang media pelancaran filem Bravo Lima.

120 anggota tentera terbabit

Sementara itu, Fauzi berkata, kekuatan filem Bravo Lima bergantung kepada gabungan pelakon dan aksi daripada 12 pelakon lagak ngeri yang di bawa daripada Singapura dan China.

“Ini adalah filem pertama arahan saya dan memang sangat teruja untuk membawa filem ini bertaraf antarabangsa. Sebanyak 65 hingga 70 peratus adalah aksi yang akan menggunakan khidmat 120 anggota tentera dari ATM sendiri untuk menjayakan filem ini.

“Selain itu elemen dramatik, percintaan, kasih sayang, komedi, pengorbanan tidak lari diselitkan di dalamnya.

“Kita juga akan memaparkan pelbagai senjata tentera yang tidak pernah ditunjukkan yang sebelum ini pernah menjadi rahsia kerajaan kerana keselamatan negara. Namun kini kerajaan sudah meluluskan dan kita boleh menunjukkan senjata itu di dalam filem ini.

“Kita turut mendapat khidmat nasihat dan panduan sepenuhnya daripada ATM untuk menggunakan apa saja jenis kenderaan tentera untuk merealisasikan filem ini demi mencapai setaraf Hollywood,” katanya yang akan menggunakan berpuluh kenderaan tentera termasuk sebuah kereta api yang akan diletupkan.

Penulis skripnya Bravo Lima, Mejar Zainal Hayat berkata, sebelum dibawa ke lokasi untuk memulakan penggambaran, skrip ini sudah dirombak sebanyak 26 kali bagi mendapatkan kualiti dan keaslian cerita yang ingin disampaikan.
“Saya mengambil masa agak lama untuk menyiapkan skrip ini. Draf pertama saja mengambil masa tiga minggu untuk disiapkan iaitu sejak Jun 2007.

“Draf ini kemudiannya diserahkan kepada Finas untuk mendapatkan pandangan dan beberapa cadangan. Saya juga mendapatkan khidmat nasihat daripada sahabat saya dari Hollywood dan struktur penceritaannya tidak jauh daripada filem terbitan Hollywood.

“Kami juga berbangga apabila penerbitan filem ini mendapat kepercayaan sepenuhnya daripada ATM, Finas dan sebagainya bagi memperbanyakkan lagi filem berunsur kenegaraan diterbitkan,” katanya.

Filem yang menelan belanja sebanyak RM4.5 juta termasuk kos promosi dan penjelajahan ke seluruh negara turut melancarkan sekali soundtrack Bravo Lima yang akan dinyanyikan oleh Hattan dan komposernya Edry Hasyim.






Photobucket

Khamis, 11 Mac 2010

V3 Samseng Jalanan



V3 Samseng Jalanan
Pengarah :Farid Kamil
Syarikat Penerbit :MIG Production Sdn. Bhd.
Bahasa :Bahasa Melayu
Klasifikasi :U - Untuk tontonan umum
Tarikh Tayangan :11 Mac 2010
Format :35mm


Info Film
Pengarah


Penulis:
:
(Cerita Asal)
:
(Cerita Asal)
:
(Lakon layar)
Lakonan:
:
Rudy (Pelakon Utama)
:
Brett (Pelakon Utama)
:
Garing (Pelakon Utama)
:
Lan Ribut (Pelakon Pembantu)
:
Lisa (Pelakon Pembantu)
:
Kamsah (Pelakon Pembantu)
:
Ramlee (Pelakon Pembantu)
:
Rosnah (Pelakon Pembantu)
:
Sam Seng (Pelakon Pembantu)
:
Yeop (Pelakon Pembantu)
:
Shah (Pelakon Pembantu)
Krew:
:
(Pengarah Fotografi)
:
(Gaffer)
:
(Pembantu Pengarah)
:
(Pembantu Pengarah)
:
(Penjaga Sambungan)
:
(Pengurus Produksi)
:
(Pengarah Seni)
:
(Penyelaras Lagak Ngeri)
:
(Jurusolek Artis)
Penerbit:
:
(Penerbit)






Sinopsis:

V3 Samseng Jalanan memaparkan kisah Rudy dan sahabatnya Brett yang terjerumus dalam satu masalah besar apabila dia dan kawan-kawannya berlumba sehingga Shah dan Liza yang juga pasangan kekasih maut dalam satu kemalangan. Lebih memburukkan keadaan di tangan Shah terdapat dadah yang baru diambil. Rudy, Brett dan kawan-kawannya menjadi buruan polis, sehingga Rudy dan Brett mengambil keputusan melarikan diri ke Kuala Lumpur.

Di Kuala Lumpur, Rudy berazam mengubah kehidupannya menjadi ‘manusia’. Brett yang ingin membantu telah menemukan Rudy dengan Lan Ribut lalu dibawa ke kedai Sam Seng Motor yang sebenarnya dikawal oleh Ah Long yang bernama Wan Blost, ‘taikoon’ pertaruhan lumba haram. Di dalam satu perlumbaan yang diaturkan, Rudy telah tewas kerana Garing, ‘main kotor’ dan membuatnya berhutang RM10,000 dengan Sam Seng dan tercedera. Rudy telah berkenalan dengan Lisa, seorang gadis manis yang merupakan akauntan di sebuah firma swasta. Rumah Lisa menjadi tempat mereka bersembunyi sementara Rudy sembuh. Sepanjang tempoh itu telah membibitkan perasaan sayang antara mereka.

Garing masih mencari Rudy untuk menagih hutang dan mengatur satu lagi perlumbaan maut kerana populariti yang diraih Rudy di laman web apabila semua rakaman perlumbaan yang disertai Rudy dipaparkan. Rudy berkeras untuk tidak berlumba lagi tetapi Garing sentiasa mencari jalan untuk membuatkan Rudy setuju. Sehingga Garing telah menculik Lisa dan mengugut untuk merogolnya jika Rudy masih enggan berlumba. Setelah didesak, Rudy bersetuju. Berjayakah Rudy menumpaskan Garing dan menyelamatkan Lisa.

Perlumbaan bukan sembarangan. Diberi gelaran Perlumbaan Maut. Tanpa undang-undang dan tanpa batasan. Nyawa jadi pertaruhan. Sewaktu perlumbaan sebenar ramai yang terkorban kerana taktik kotor Garing. Walaupun Garing berjaya menjatuhkan Rudy di garis penamat, Rudy masih berjaya memenangi perlumbaan. Tapi Garing tidak semudah itu menyerahkan takhta. Lisa masih dalam genggaman, maka nyawanya dijadikan pertaruhan. Saksikan V3 Samseng Jalanan yang akan memanaskan pawagam tahun 11/3/2010 ini


dari sumber : http://www.sinemamalaysia.com.my
Photobucket

link

Related Posts with Thumbnails