TEMAN

Rabu, 17 Mac 2010

KEJOHANAN PIALA RAJA LIBAS 2010



POSTER LIBAS






bersama lagenda pemain sepaktakraw Adnan Saidin






bersama pelakon filem LIBAS, sebagai Jurulatih pemain Thailand Yank Kasim


wah dapat pegang PIALA RAJA LIBAS, best tu





MAJLIS PELANCARAN KEJOHANAN RAJA LIBAS 2010
17 MAC 2010
DEWAN DATO MOKHTAR DAHARI, WISMA MOM


Pengenalan:
Sepaktakraw merupakan antara sukan nasional yg dekat di hati rakyat Malaysia. Di pentas sepaktakraw dunia, Malaysia amat digeruni biarkpun senario itu agak berubah ketika ini. Lantaran itu, usaha mengambalikan kegemilangan sepaktakraw negara perlu dipergiatkan, terutama di peringkat akar umbi. Justeru penganjuran Kejohanan Piala Raja LIbas 2010 menjadi platform untuk usaha ke arah itu.

MDAG Sdn Bhd cuba melakar suatu denomena dengan terciptanya sebuah filem yang memaparkan kehebatan sepaktakraw sebagai sukan yang dimainkan oleh anak muda masa kini.

Dengan kerjasama Kementerian Belia & Sukan, Persatuan Sepaktakraw Malaysia dan penaja-penaja kejohanan maka, kami bawakan Kejohanan Piala Raja LIbas 2010.

Objektif PIALA RAJA LIBAS

  • Mencungkil bakat-bakat baru dalam arena sukan sepaktakraw melalui PSM disamping mempromosikan filem LIBAS.
  • Salah satu landasan untuk mengembangkan semula tradisi agar tidak lekang dek panas dan tidak lapuk dek hujan.
  • Memperbanyakkan program kepada pendedahan kualiti kemahiran dan pencapaian dalam kemahiran permainan sepaktakraw teruama kepada golongan belia.
  • Salah satu langkah membantu kerajaan menyebarkan kepada masyarakt bahawa sepaktakraw adalah permainan tradisi dan perlu dikembangkan.


Zon Kejohan :

  • Utara : Perlis, Kedah, Perak dan Pulau Pinang
  • Pantai Timur : Kelantan , Terengganu dan Pahang
  • Tengah :Selangor, Kuala Lumpur, MASUM, Polis dan Tentera.
  • Selatan : Melaka, Negeri Sembilan dan Johor
  • Borneo : Sabah dan Sarawak

TERMA &SYARAT PERTANDINGAN

  1. Penyertaan terbuka kepada semua warganegara Malaysia di Zon yang ditetapkan kecuali pemain & bekas pemain negara.
  2. Penyertaan adalah terhad, bagi pasukan yang mendaftar awal.
  3. Setiap pemain hanya boleh daftar untuk satu regu sahaja. Setiap regu mempunyai 5 orang pemain dan 1 orang pengurus. (Pengurus boleh juga terdiri daripada pemain).
  4. Regu-regu dan pemain hanya boleh mewakili 1 zon sahaja.
  5. Johan dan Naib Johan setiap Zon LAYAK menyerai Pusingan Akhir bagi merebut Piala Raja Libas.
  6. Hanya pemain-pemain yang berdaftar dalam borang penyertaan sahaja yang layak menyertai pertandingan ini.
  7. Segala keputusan AJK Teknikal & Pertandingan adalah MUKTAMAD.


JADUAL KEJOHANAN PIALA RAJA LIBAS 2010

1 & 2 MEI : KUALA TERENGGANU, TERENGANU (ZON TIMUR)
31 JUL & 1 OGOS : PASIR GUDANG, JOHOR , JOHOR ( ZON SELATAN)
2 & 3 OKT : ALOR SETAR, KEDAH (ZON UTARA)
16 & 17 OKT : KUALA LUMPUR ( ZON TENGAH)
13 & 14 NOV : KOTA KINABALU (ZON SABAH / SARAWAK)
4 & 5 DIS : GRAND FINAL KUALA LUMPUR


NOTA: TARIKH DAN TEMPAT KEJOHANAN MUNGKIN BERUBAH DAN TERTAKLUK KEPADA PINDAAN DI SAAT AKHIR.


UNTUK PERTANYAAN YANG LANJUT SILA LAYARI :

www. libasthemovie.com.my
+603 7842 9954


Jumlah hadiah keseluruhan ;

RM35,000.00



Mini Karnival Raja Libas:
  • Aktiviti pameran rakan promosi
  • sesi artis bertemu peminat
  • pertandingan menimbang bola
  • pertandingan mewarna kanak-kanak dan lain-lain
Photobucket

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

link

Related Posts with Thumbnails