TEMAN

Isnin, 19 Julai 2010

BOLEH... SIAPA KATA TAK BOLEH.


BISNES? OH BISNES!!


Salam sejahtera semua dari saya Fazi. Lama sungguh tak update blog ni. Suami saya lagi la, lagi lama tak update blog ini. Suami bz dgn shooting dan saya al maklum lah bz bz dgn bisnes (macam la bisnes juta-juta hahaha). Apa-apa pon ia tetap bisneskan. Walau kecil atau besar sesuatu bisnes itu yang penting ianya halal dan  kita enjoy dgn bisnes kita tu. Betul tak? Sudah semestinyakan. 

Nak dapat duit, kita kenalah usaha lebih-lebih ... bukannya ala setakat ala kadar je. Macamana nak dapat hasilnya kalau hangat-hangat tahi ayam.  

Tadaaaa ini dia bisnes saya   FAZI FUZZY CAKES . Baru nak masuk 3 bulan bisnes ini usianya. Pada awalnya ia hanyalah hobi dan minat ( hobi & minat sama kan, apa-apa saja la) menjamu pada  kawan-kawan dan keluarga. Mereka makan kata sedap & cantik. Mereka pon minta saya buatkan untuk mereka.  Ayo yo...  saya buat hanya suka-suka aje. Bila didesak saya ok lah.  Kata ok la tu, mereka minta buat 100 biji pula. Amboi....  Pelanggan pertama terus tempah  100 biji. Mmmm...   Macam nak dera. Saya sahut cabaran kawan-kawan dan keluarga. 

Saya diberi masa 2 minggu  untuk memikirkan bagaimana design yang perlu dibuat  cantik dan sedap.  Wah susah juga nak buat cupcakes dalam kuantiti yang banyak tapi yang paling susah ialah keyakinan diri sendiri. Takut tak sempat, takut tak jadi dan macam-macam takut. Akhirnya, alhamdulillah semua ok. 

Selepas dari hari tu, bermulalah minat bertukar bisnes. Macam tak percaya saja :) 

Kalau-kalau kawan-kawan internet ingin mencuba membeli hasil kerja saya singgah-singgah la ke blog bisnes ala hobi ini. 

Salam ceria dari saya Fazi :P









Photobucket

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

link

Related Posts with Thumbnails