TEMAN

Selasa, 31 Ogos 2010

RANJAU KEHIDUPAN






Pantai Klebang

Banda Hilir


bulan puasa ni suami makin kurus, isteri makin bulat macam ni.



babak terakhir dalam drama bersiri : Ranjau Kehidupan




Photobucket

Jumaat, 27 Ogos 2010

“Puasa bukan beban” - Sinar Harian


Sinar Harian, 25 Ogos 2010

Ibadah puasa bukanlah satu bebanan bagi mualaf seperti Adam Corrie Lee Abdullah yang sudah memeluk Islam sejak tiga tahun lalu. 

Tanpa berselindung, pelakon dan pereka tari yang mesra dengan panggilan Adam Corrie ini memberitahu, banyak perbezaan nikmat dan rasa berkat yang dirasainya selepas memeluk Islam. 

Adam Corrie mengaku, Ramadan sememangnya sangat dinanti-nantikan kerana bulan yang suci ini penuh dengan fadilat dan keberkatan Allah SWT. 

“Saya telah mula belajar berpuasa ketika kecil lagi kerana mempunyai ramai rakan Muslim. 

“Tapi, ketika itu, saya tidak dapat merasakan nikmat sebenar dan betapa berkatnya menunaikan rukun Islam ketiga ini. Pernah saya berputus asa, kerana tidak sanggup menahan lapar hingga ke petang. 

“Namun, pengalaman mendewasakan kita, bila hati saya semakin dekat dengan Islam, saya sendiri begitu teruja untuk meraikan ketibaan Ramadan dan mahu memperbanyakkan ibadat kerana fadhilat-fadhilat yang dijanjikan pada bulan Ramadan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian. 

Adam Corrie, dia juga berusaha untuk memenuhi solat tarawih yang sudah menjadi kelaziman seluruh umat Islam sepanjang bulan mulia ini. 

Namun, sebagai manusia biasa, dia ada kalanya tidak mempunyai kesempatan untuk menunaikan ibadah sunat itu kerana terikat dengan komitmen lain. 

“Tahun ini, baru tiga kali saya tertinggal solat tarawih kerana komitmen dengan penggambaran. Insya-Allah saya akan cuba melengkapkan solat tarawih hingga hujung Ramadan ini,” katanya. 

Lebih bermakna, ini adalah kali kedua Adam menyambut bulan mulia ini dengan kehadiran isteri tercinta, Fazima Fuad yang menjadi pelengkap sisi kehidupannya. 

Malah, wanita itu jugalah yang banyak memberikan sokongan untuknya terus mendalami Islam dan menjadi mukmin yang sejati. 

“Seronok dapat sambut puasa dengan isteri, kerana segalanya sudah uruskan. Soal juadah berbuka dan bersahur, saya memang tidak cerewet dan makan apa sahaja yang ada di depan mata. 

“Isteri memang suka memasak, tapi bulan puasa ni tak sempat sangat nak memasak. Jadi kami lebih senang berbuka di luar atau beli di bazar Ramadan. Lagipun kami hanya berdua sahaja,” katanya yang turut mengidam cahaya mata. 

Sementara itu, ketika ditanya mengenai persiapan menyambut Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi, Adam berkata dia dan isteri telah membuat persiapan awal agar tidak terkejar-kejar nanti. 

“Sebelum puasa lagi kami dah beli baju raya. Pada raya pertama tahun ini, kami memilih warna biru sedondon, dan ada beberapa pasang lagi baju untuk dipakai ketika menziarahi rumah saudara mara dan ke majlis rumah terbuka,” katanya yang akan beraya di kampung isterinya di Alor Star, Kedah. 

Menyentuh mengenai juadah hari raya,  Adam 
Corrie berkata, dia amat menggemari lemang dan rendang. Malah, ia sudah menjadi juadah kemestiannya di pagi raya.

Photobucket




Isnin, 23 Ogos 2010

DOA UTAMA BULAN RAMADHAN DAN DIMALAM LAILATULQADAR

Salam Ramadhan semua, entry kali adalah entry yang pernah saya post pada  AHAD, 2009 OGOS 23.  Semoga kita boleh manfaatkannya



DOA UTAMA BULAN RAMADHAN DAN dimalam lailatulqadar





"Allah humma innaka 'afuu' un karimun tuhib bul 'af wa fa' fu 'anni"

Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang amat suka mengampunkan, maka ampunkanlah dosa-dosa saya 

LAA ILAAHA ILLALLAH






ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu .. merayu. .. Kepada-NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu
solat yang dikerjakan .. . Sungguh khusyuk lagi tawadhu '
tubuh dan qalbu ... bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil ... menangisi kecurangan janji
"Innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku ...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang ... bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih .. . Berqiamullail. .. Bertahajjud. ..
mengadu ... merintih. .. Meminta belas kasih
"Sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi ... aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU "

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru ... kita cari ... suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri ... rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di sebelah kiri dan kanan ... lorong-lorong redha Ar-Rahman

Duhai Ilahi ....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti ... paling berseri ...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman ...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha ... bersedia ... meminta belas-NYA


wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ... namun tak pula aku sanggup ke Nerakamu ... kami lah hamba yang mengharap belas darimu "ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa .. ampunkan dosa2 kami kedua ibubapa kami. dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia" Amin .....

andai benar ini Ramadhan terakhir buat saya
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH SAYA LAKUKAN 





Photobucket

Khamis, 19 Ogos 2010

MAKAN DI LITTLE WOK, WANGSA WALK MALL

Salam sejahtera dan salam Ramadhan semua.


Bulan lepas sebelum Ramadhan datang, sempat juga makan di Little Wok. Sebelum pergi gym elok makan dulu (boleh pakai ke petua ni). Boleh tahan sedap juga la. Sambil-sambil tu, buat kejutan kat isteri masa dia tengah makan. Bagi dia teddy bear & jambangan bunga ros sempena anniversary setiap bulan. Orang sambut setahun sekali. Kami pula tiap-tiap bulan. Untuk mengeratkan lagi kasih sayang antara suami isteri.

Sesiapa yang nak cari-cari makan boleh pergi ke Restoren Little Wok kat Wangsa Walk Mall.


Isteri saya, kalau datang sini inilah makanan yang dia order. Dia suka makanan western


Ini dia makanan saya, Beef Fried Rice.







Restoren : Little Wok, Wangsa Walk Mall.
Rating : 4 bintang
Harga: Berpatutan
Makanan yang patut dicuba : Beef Fried Rice (dikegemaran saya)

Photobucket

Selasa, 10 Ogos 2010

SALAM RAMADHAN BUAT UMAT ISLAM.







Salam ramadhan dari kami suami isteri. 
Semoga ramadhan kali ini lebih bererti dalam hidup kita.
Hayati dan jalankanlah tangungjawab kita sebagai umat islam. Jangan lepaskan ganjaran yang besar dalam bulan yang mulia ini. Mungkin ramadhan in adalah Ramadhan terakhir untuk kita.


Maaf zahir batin dari KAMI. 
Selamat berpuasa







Photobucket

link

Related Posts with Thumbnails