TEMAN

Rabu, 29 September 2010

1 HARI







Salam sejahtera dan selamat hari raya aidil fitri....

Masih dalam mood raya lagi... 

Apa kata kita dengar lagu 
M. Nasir 
Satu Hari Di Hari Raya 


Selasa, 28 September 2010

TAHNIAH KEPADA NYAH DENGAN PUSAT JAGAAN TRANSIT MAMA ANIS

Alhamdulillah,  ahli keluarga Nyah ( Fazlina) telah berjaya membuka bisnes idamannya iaitu

PUSAT JAGAAN TRANSIT MAMA ANIS





TRANSIT akan memulakan pendaftaran kemasukan mulai Oktober 2010 ini!!!

Waktu Operasi 
6.30 pagi - 6.30 petang (Isnin - Jumaat)
6.30 pagi - 2 petang (Sabtu ke-2 & ke-4)





Untuk pertanyaan
sila telefon atau SMS ke 016-243 5697
atau e-mail
transit.mama_anis@yahoo.com



Semoga maju jaya dengan bisnes yang diceburi..... Kami semua bangga dan akan memberi sokongan kepada Nyah. 

JAMU KAWAN-KAWAN MAKAN

Salam,

Masih lagi dalam mood raya. Mesti la kan. Pergi beraya rumah kawan berapa kerat je yang pergi beraya. Jadi rasanya kena buat jamuan kecil untuk kawan-kawan. Buat dari pukul 4 hingga pukul 11mlm.  Akibat dari tak jangka  jemputan yang ramai datang, Tak sempat nak snap gambar. Gambar-gambar di bawah ini dari kamera kawan-kawan.

Selamat Hari Raya dan terima kasih yang datang beraya ke rumah. Semoga persahabatan kita semua berpajangan hingga ke syurga.

Maaf zahir batin






Photobucket

Sabtu, 25 September 2010

MAGIKA

Filem terbaru terbitan KRU Studio telah berada di pawagam iaitu filem muzikal  MAGIKA.
Filem MAGIKA saya terlibat di sebalik tabir sebagai Koreografer Seni Tari dan Lagak Ngeri selama sebulan.  Suatu pengamalan yang menarik dan berharga dapat bekerja adik beradik  iaitu KRU.

Saksikanlah sebuah filem yang ditunggu-tunggu selama ini

MAGIKA 




Sumber dari http://www.sinemamalaysia.com.my


Magika
Pengarah :Edry (KRU)
Syarikat Penerbit :KRU Studios Sdn. Bhd.
Bahasa :Bahasa Melayu
kategori :Filem Cereka
Klasifikasi :U - Untuk tontonan umum
Tarikh Tayangan :23 September 2010
Durasi :94 min
Audio :Stereo
Format :35mm





Pengarah
 
Penulis:
:
(Scriptwriter)
:
(Lakon layar)
Lakonan:
:
Ayu (Pelakon Utama)
:
Bad (Pelakon Utama)
:
Malik (Pelakon Utama)
:
Nenek Kebayan (Pelakon Utama)
:
Puteri Gunung Ledang (Pelakon Utama)
:
Bunian (Pelakon Utama)
:
Penunggu Gua (Pelakon Pembantu)
:
Mak Andeh (Pelakon Utama)
:
Pokok Bersaudara (Pelakon Utama)
:
Pokok Bersaudara (Pelakon Utama)
:
Pokok Bersaudara (Pelakon Utama)
:
Pak Pandir (Pelakon Pembantu)
:
Murad (Pelakon Pembantu)
:
Ija (Pelakon Pembantu)
:
Bawang Putih (Pelakon Pembantu)
:
Bawang Merah (Pelakon Pembantu)
:
Makcik Halia (Pelakon Pembantu)
:
Tok Wan (Pelakon Pembantu)
:
Bendahara (Pelakon Pembantu)
:
Hang Tuah (Pelakon Pembantu)
:
Hang Jebat (Pelakon Pembantu)
:
Hang Kasturi (Pelakon Pembantu)
:
Hang Lekir (Pelakon Pembantu)
:
Hang Lekiu (Pelakon Pembantu)
:
Mahsuri (Pelakon Pembantu)
:
Lembing Awang Pulang Ke Dayang (Pelakon Pembantu)
:
Orang Minyak (Pelakon Pembantu)
:
Nujum Pak Belalang (Pelakon Pembantu)
:
Belalang (Pelakon Pembantu)
:
Puteri Santubong (Pelakon Pembantu)
:
Doktor (Pelakon Pembantu)
Krew:
:
(Pengarah Fotografi)
:
(Pengarah Seni)
:
(Pembantu Pengarah)
:
(Pembantu Pengarah)
:
(Pengarah Seni)
:
(Pembantu Jurukamera)
:
(Jurusolek Artis)
:
(Koreografer)
:
(Kesan Khas)
:
(Lagu Tema)
:
(Pengarah Audio)
:
(Muzik)
Penerbit:
:
(Penerbit)
:
(Penerbit)
:
(Penerbit)
Anugerah (Pencalonan):
:
Filem Terbaik








Ayu dan Malik, dua sadik-beradik akan melalui saat tergelap mereka hidup ketika ibu tercinta mereka saja meninggal. Malik merasa begitu tertekan percaya ia adalah punca utama kematian ibunya. Dalam salah satu malam hari selepas bertengkar dengan adiknya, Malik pergi untuk berjalan-jalan di hutan. Pada dan dia pergi sampai dia menyedari bahawa dia tersesat dan saat berikutnya, ia muncul di dimensi lain yang disebut Magika.

Bukan saja ia mendapatkan dirinya kalah, ia ditangkap oleh Nenek Kebayan dan pengikut-nya, Awang Kenit. Dia sekarang dikenakan untuk digunakan sebagai sebuah percubaan oleh Nenek Kebayan untuk menghasilkan Essence of Youth terbuat dari air mata anak manusia. Setelah mendengar Malik teriakan minta tolong, Ayu bergegas untuk membantu kakaknya dan dia juga tersedot di tanah Magika mistik.

Ayu harus menanggung pelbagai jenis cabaran dan halangan dalam mencari dan untuk menyelamatkan kakaknya dalam perjalanan di dunia Magika. Dan begitu memulakan pertemuan kedua-dua saudara kandung dengan pahlawan Melayu yang terkenal dan mitos seperti Badang, Naga dari Tasik chini, Nenek Kebayan, Puteri Bunian, Pak Pandir, Hang Tuah dan Laskar Melaka, Puteri Gunung Ledang, Bawang Putih dan banyak lagi aksara. Ironi itu, semua watak ini benar-benar bernyanyi dalam perbualan mereka dengan satu sama lain!

Akankah Ayu mampu menyelamatkan Malik dan meninggalkan tanah mistik Magika?Apa yang terjadi pada Badang, Nenek Kebayan dan watak lain di Magika? Malik akan mampu mengatasi dilema di atas kematian ibunya? Datang dan Magika menonton filem yang ditakdirkan untuk menjadi sebuah fenomenal dalam industri filem tempatan sementara sudah menetapkan nota menjadi filem muzikal pertama tempatan dan itu akan mencapai pawagam kita pada tahun 2010.












Photobucket

Selasa, 21 September 2010

Nikmat Syawal cukup dirasai




Nikmat Syawal cukup dirasaiOleh Hanisah Selamat
nisa@bharian.com.my
2010/09/12


ADAM Corrie bahagia bersama Fazima yang banyak memberi semangat dan sokongan dalam menjalani ibadat puasa.


Corrie akui betapa Aidilfitri saat menyeronokkan selepas tabah harungi ibadat puasa

DALAM segala hal, Adam Corrie Lee Abdullah, 42, lebih suka bersederhana. Begitu juga dengan sambutan Aidilfitri yang disifatkan sebagai hari kemenangan selepas sebulan berpuasa bukannya waktu untuk membazir atau berlebih-lebih. Bagi mualaf yang sudah tiga kali menyambut hari raya itu, saat paling ditunggu-tunggu pastinya Ramadan apabila berpeluang menyempurnakan ibadah puasa selain mengambil keberkatan bersahur dan berbuka ditemani isteri, Fazima Mohamad Fuad, 32. Biarpun jadual penggambaran bersusun sepanjang bulan puasa ini tanpa mengira lokasi dan waktu, pelakon yang juga koreografer mengakui masih mampu meneruskan puasanya di atas galakan isteri selain yakin ganjaran besar menanti insan yang sabar. 

“Syukur sepanjang sebulan ini rezeki saya dipermudahkanNya. Tawaran tidak putus malah seakan mengikut turutan membuatkan saya merebut peluang yang datang. Walau memenatkan terutama apabila menjayakan aksi lasak, sehingga kini puasa saya belum ‘kantoi’. 

“Cuma nyaris ketika penggambaran telefilem Tujuh Lagu membabitkan babak aksi bermula jam 10 pagi hingga 3 petang, saya hampir menyerah kalah kerana tekak cukup kering tetapi kehadiran isteri yang menasihatkan supaya bersabar menahan dahaga hanya dalam tiga jam lagi membatalkan niat awal,” katanya sambil melirik Fazima. 

Selain Tujuh Lagu arahan Khabir Bhatia, kelibat Adam sepanjang musim Syawal ini juga dapat diikuti di kaca televisyen menerusi drama berjudul Subahas, Baju Baru Untuk Raya selain telefilem terbitan Mawi World Entertainment, Paknil, Mak Kirim Salam. 
Sekali lagi anak jati Taiping, Perak itu memanjatkan syukur apabila dapat meraih semula kepercayaan penerbit selepas berdepan isu menarik diri daripada membintangi penerbitan sebuah produksi akhir tahun lalu. Ada riak lega pada wajahnya. 

Menyingkap insiden berkenaan, akuinya tanpa berselindung, dia terpaksa menarik diri dan mengemukakan saman terhadap syarikat terbabit berikutan penangguhan jadual penggambaran membuatkannya terlepas banyak tawaran lain sekali gus menyekat mata pencariannya. 

“Jika dulu masih solo mungkin tidak menjadi hal. Kini saya sudah berkeluarga dan jika saya tidak bekerja, siapa mahu menanggung makan minum kami. Malah empat bulan tidak bekerja membuatkan hidup saya kacau bilau, kereta juga nyaris ditarik bank. 

“Namun saya redha kerana mungkin itu cuma secebis ujian Allah buat diri saya. Apa pun ketika itu saya tidak berdiam diri sebaliknya terus berusaha dan kini satu demi satu tawaran diterima termasuk menjayakan sebuah program realiti berunsur pertandingan tarian,” katanya yang pernah menjadi kareografer Akademi Fantasia (AF). 

Walau terharu masih mendapat kepercayaan, jauh di sudut hatinya masih terselit rasa terkilan apabila tenaga kerja sepertinya yang mempunyai kelebihan seperti menari dan pereka aksi lasak masih dianaktirikan malah menerima bayaran rendah, langsung tidak setimpal dengan hasil kerja mereka. 

Katanya lagi, bukan semua syarikat atau produser mengamalkan sikap sedemikian namun jika masih ada pihak tidak mahu ambil peduli membiarkan isu sama berlanjutan tanpa sebarang tindakan, industri dan penggiat seni tentu kekal ditakuk lama tanpa sebarang pembelaan. 

Enggan membiarkan emosi Adam ditenggelami kekecewaan, cerita beralih semula kepada pengalaman menyambut Aidilfitri apatah lagi pernah pada tahun pertama meraikan kedatangan 1 Syawal selepas memeluk Islam, air matanya tumpah sebaik mendengar takbir disebabkan hanya berhari raya seorang diri. 

Kini kesepian sudah lama ditinggal jauh apabila punya peneman di kala susah dan senang yang dinikahi pada 21 November 2008, setahun selepas memeluk Islam malah baginya hari lebaran lebih bererti apabila dapat berhimpun dengan seisi keluarga. 

“Seperti biasa tahun ini kami akan berhari raya dengan keluarga sebelah isteri saya di Alor Star, Kedah. Kami mungkin menghabiskan cuti hingga lima hari di sana sebelum kembali semula ke Kuala Lumpur untuk memenuhi tugas yang sudah menanti,” katanya lagi yang menggemari rendang ayam masakan si isteri.





Photobucket

Rabu, 15 September 2010

POWER & MANJA


Mey (hitam) & Oren  sedapnya tido. 




Ini anak Oren yang beranak kali ke-3 selepas Tonic, Orix, Topaz & Oncall lahir. 
Boleh rujuk kat entry OREN LAHIRKAN 4 EKOR ANAK YG COMEL

Nama mereka Manja (warna oren & jantan), sebiji macam Oren dan seekor lagi nama Power (betina)yang berwarna sebiji macam Mey.



Ini Power tengah tunjuk perasaan ketika dia berusia seminggu. Habis semua dia nak gigit.
Power & Manja lahir pada 17 Mei 2010


Mey kena jadi guard kat luar cage. Menjaga keselamatan mereka. Supaya tidak berulang lagi kehabisan bunuh-bunuh seperti Tonic, Topaz, Oncall dan Orix.

Rujuk pada entry kematian mereka  ORIX DAN ONCALL DALAM KENANGAN




Kenapa la Manja duduk atas pasir tu. Itu bukannya tempat landing, itu tempat tot tot.. 

Sekarang Oren tengah bunting lagi. Rasanya bulan depan bersalin la Oren. Kali ini berapa ekor tak tahu la. Harap-harap Oren lahirkan 2 ekor anak kucing yang comel dan sihat. 


Tanda-Tanda Kucing Hamil


Kehamilan kucing mungkin merupakan salah satu hal yang ditunggu-tunggu pemilik kucing. Lalu bagaimana cara mengetahui seekor kucing hamil atau tidak? berikut ini penjelasan mengenai beberapa ciri kucing yang hamil.


Penting sekali untuk selalu mencatat tarikh kucing kesayangan anda kawin. Dari tarikh kawin ini kita dapat menganggarkan waktu kelahiran kucing, sehingga kita dapat mempersiapkan diri mendapat tambahan kucing baru.
lihat juga: kalkulator kelahiran, untuk menghitung / menganggarkan waktu kelahiran kucing

Kucing yang hamil boleh mengalami perubahan fizikal dan tingkah laku.

PERUBAHAN FISIK

Bagian perut mulai membesar
Perut Kucing yang hamil mulai terlihat membesar pada umur kehamilan 5 minggu.Bagian perut ini akan terus membesar hingga mendekati saat melahirkan.

Puting susu memerah dan membesar (pink)
Salah satu tanda yang cukup signifikan adalah berubahnya puting susu. Pada kucing hamil, puting susu sedikit membengkak dan warnanya berubah kemerahan (pink)

Keluar susu
Air susu mula dihasilkan dan boleh dikeluarkan sekitar 3-2 minggu akhir masa kehamilan. Jadi bila puting susu dipicit dengan lembut dan kelihatan ada cecair susu, kelahiran akan berlaku sekitar 2-3 minggu lagi.

Bulu sekitar puting susu menipis

PERUBAHAN TINGKAH LAKU


Muntah-muntah
Pada beberapa kejadian (jarang) kucing hamil juga muntah-muntah, seperti manusia pada awal kehamilan. Segera hubungi dan konsultasikan hal ini dengan doktor haiwan

Berhentinya siklus birahi secara tiba-tiba
Kitaran berahi (kitaran estrus) kucing bergantung berbagai hal, salah satunya adalah musim.  Rata-rata panjang satu kitaran estrus kucing sekitar 1-1.2 bulan. Waktu birahi (estrus) berlangsung sekitar 7 hari. Bila selepas dikahwinkan, birahi kucing berhenti secara tiba-tiba dan tidak meminta kawin lagi, kemungkinan besar kehamilan berlaku.

Peningkatan nafsu makan
Kucing yang hamil menunjukkan peningkatan nafsu makan. Tentunya peningkatan nafsu makan ini bertujuan memberikan nutrisi yang cukup bagi perkembangan ibu dan janinnya.

Lebih lembut & mencari perhatian
Sebahagian kucing yang hamil mengalami perubahan tingkah laku seperti lebih tenang dan lembut. Selain itu mereka juga berusaha mencari perhatian lebih terhadap pemiliknya. Pada akhir masa kehamilan terlihat beberapa tingkah laku seperti gelisah dan lebih suka berada di tempat hangat dan tertutup

MEMASTIKAN Kehamilan KUCING

Doktor haiwan boleh membantu memastikan kehamilan kucing. Orang yang berpengalaman dapat memastikan kehamilan dengan palpasi (perabaan) pada umur kehamilah 3-4 minggu.

Alat-alat seperti USG (ultrasonografi) dan Rontgen (X ray) boleh dipergunakan untuk memastikan kehamilan. USG dapat memastikan kehamilan selepas kandungan berumur minimal minggu. Detak jantung janin kucing baru boleh dikesan selepas berumur 3 minggu





Photobucket

Selasa, 14 September 2010

SOLAT AIDIL FITRI PENUH MAKNA TAHUN INI









Isnin, 13 September 2010

SELAMAT BERTUNANG UMMU NURFARAHIN & ASYRAF

SELAMAT BERTUNANG UMMU NURFARAHIN & ASYRAF

Pada 11 September 2010 pada pukul 5.00petang telah selamat disunting sebagai tunangan orang Asyraf. Mudah-mudahan jodoh mereka ke jinjang pelamin di permudahkan.

Amin


Bunga  di taman sudah disunting menjadi tunangan orang



Alhamdulillah ikatan pertunangan sudah terpatri.




Dedaran menjadi ketika dipinang.




bersama abah tersayang




mendapat restu dari bakal ibu mertua. Insya'allah semua ok.




sebahagian hantaran dari pihak perampuan dan lelaki.



Ahad, 12 September 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI






SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI


Raya pertama bergambar bersama keluarga.
 Alhamdulillah semua ada berkumpul pada hari yang mulia ini.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 
 Maaf Zahir & Batin 

dari kami sekeluarga 




Photobucket

Khamis, 9 September 2010

SELAMAT HARI RAYA





myMetro | Cabaran hebat Corrie berpuasa






myMetro | Cabaran hebat Corrie berpuasa



Cabaran hebat Corrie berpuasa

Oleh Nor Akmar Samudin





MELAKONKAN babak pergaduhan bagi telefilem Tujuh Lagu pada bulan puasa sangat mencabar ketahanan saudara baru, Adam Corrie Lee Abdullah, 40(*42). Wataknya sebagai gangster bernama Dagu dalam telefilem itu sangat menguji kesabarannya menjalani ibadah itu.

Cerita Corrie, selepas dia selesai melakonkan aksi pergaduhan itu, waktu menunjukkan jam 3.30 petang dan dia sangat kehausan.




"Nasib baik isteri (Fazima Daud, 32) (*Fazima Fuad) yang selalu menemani saya di lokasi minta saya bersabar lagi kerana katanya sayang sangat, hanya beberapa jam saja lagi waktu berbuka. Bila fikir balik betul juga, memang rugi. "Fazima ingatkan saya, kalau kita sengaja berbuka puasa, kita wajib menggantikannya. Alhamdulillah, kata-kata semangat isteri saya itu membuatkan saya nekad teruskan berpuasa pada hari itu. "Syukurlah, hingga sekarang, saya belum lagi meninggalkan puasa walaupun sehari. Untung juga ada isteri yang sudi membimbing saya walau di mana pun berada," katanya kepada Rap, baru-baru ini.





Corrie berkata, drama arahan Kabir Bhatia itu berdasarkan kisah benar mengenai seorang penulis skrip. Dia anak yatim tetapi ada masalah jiwa. Turut sama berlakon Farid Kamil.





Selain itu, Corrie juga berlakon dalam telefilem Subaha, Baju Baru Untuk Raya, Pak Nil Ibu Kirim Salam serta drama Ranjau Kehidupan sebanyak 13 episod. Corrie terharu kerana tawaran berlakon untuknya selalu ada. Namun pada awal perkahwinannya dulu, Corrie pernah susah apabila kurang menerima tawaran berlakon sedangkan ketika itu dia hendak memulakan kehidupan baru bersama isteri yang dikahwininya. Corrie bernasib baik kerana Fazima sedia menerima dia seadanya dan melalui susah payah bersama.





Baru-baru ini Corrie diuji sekali lagi apabila pembikinan filem Bravo 5, terbantut begitu saja. "Saya tak dibenarkan mengambil tawaran lain kerana mahu menjayakan Bravo 5. Tunggu punya tunggu, tak jadi juga. Hampir empat bulan masa saya terbuang begitu saja. Akhirnya timbul masalah untuk membayar duit rumah dan kereta.





"Hanya Allah yang tahu keadaan kami suami isteri ketika itu. Saya juga belajar banyak perkara. Satu daripadanya, kalau Allah tak izinkan, benda itu tidak akan jadi. Allah mahu menguji saya kerana Dia kasihkan saya.





"Selepas sah filem Bravo 5 tidak dapat diteruskan, barulah saya berani ambil tawaran berlakon lain. Tidak lama lagi saya akan terbabit sebagai koreografer untuk program realiti TV terbaru Astro, Mari Menari. Ia akan mula ke udara Oktober nanti," katanya yang berhasrat mengerjakan umrah Mac depan.


Photobucket

Jumaat, 3 September 2010

MENJADI YANG ISTIMEWA?

sekadar gambar hiasan



SALAM RAMADHAN

Hari ini sudah 24 Ramadhan. Tinggal beberapa lagi saja lagi bulan Syawal menyusul datang. Perasaan gembira dan hiba pon ada mengenangkan Ramadhan kali akan sampai ke penghujungnya beberapa hari lagi. Minggu lepas saya sakit tekak, batuk dan selsema. Kalau dah sakit mestilah jumpa doktor takut-takut melarat lagi susah.

Ketika dalam klinik menerima rawatan doktor sarankan saya makan ubat waktu sahur dan berbuka. Saya ingat doktor suruh berbuka puasa sebab kena makan ubat. Tapi Doktor Asma menasihatkan saya supaya teruskan berpuasa kerana saya masih kuat untuk berpuasa. Rugi tak puasa bulan Ramadhan. Memang la boleh qada' puasa tetapi ganjaran berpuasa di bulan Ramadhan besar fadhilatnya. Lagi selagi termampu dan tak memudaratkan kita untuk puasa di bulan Ramadhan boleh teruskanlah. Bukan setakat puasa di bulan Ramadhan sahaja ganjarannya besar. Semua amal ibadah kita di bulan Ramadhan juga ganjarannya berbeza dengan bulan-bulan yang lain. Lagi rugilah kalau kita tak rebut peluang sekali ini dalam setahun. Solat terawih jangan ditinggalkan kerana hanya ada di bulan Ramadhan sahaja. Itulah kata-kata Doktor memberi menasihat. Isteri saya tersenyum di sisi melihat saya apabila doktor menerangkan semuanya.

Terima kasih Doktor Asma. Selain dapat menerima rawatan sebagai pesakit fizikal, saya dapat ilmu yang berguna dan memberi semangat sebagai seorang saudara baru yang masih banyak kekurangan dalam diri ini.

Alhamdulillah, Ramadhan kali ini banyak pengajaran yang saya perolehi. Ujian juga banyak saya tempuhi. Dengan dugaan-dugaan yang datang saya terima sebagai ujian dari Allah untuk menguji kesabaran, keimanan saya dan mendekatkan diri saya sebagai hamba-Nya.



Photobucket

link

Related Posts with Thumbnails