TEMAN

Jumaat, 3 September 2010

MENJADI YANG ISTIMEWA?

sekadar gambar hiasan



SALAM RAMADHAN

Hari ini sudah 24 Ramadhan. Tinggal beberapa lagi saja lagi bulan Syawal menyusul datang. Perasaan gembira dan hiba pon ada mengenangkan Ramadhan kali akan sampai ke penghujungnya beberapa hari lagi. Minggu lepas saya sakit tekak, batuk dan selsema. Kalau dah sakit mestilah jumpa doktor takut-takut melarat lagi susah.

Ketika dalam klinik menerima rawatan doktor sarankan saya makan ubat waktu sahur dan berbuka. Saya ingat doktor suruh berbuka puasa sebab kena makan ubat. Tapi Doktor Asma menasihatkan saya supaya teruskan berpuasa kerana saya masih kuat untuk berpuasa. Rugi tak puasa bulan Ramadhan. Memang la boleh qada' puasa tetapi ganjaran berpuasa di bulan Ramadhan besar fadhilatnya. Lagi selagi termampu dan tak memudaratkan kita untuk puasa di bulan Ramadhan boleh teruskanlah. Bukan setakat puasa di bulan Ramadhan sahaja ganjarannya besar. Semua amal ibadah kita di bulan Ramadhan juga ganjarannya berbeza dengan bulan-bulan yang lain. Lagi rugilah kalau kita tak rebut peluang sekali ini dalam setahun. Solat terawih jangan ditinggalkan kerana hanya ada di bulan Ramadhan sahaja. Itulah kata-kata Doktor memberi menasihat. Isteri saya tersenyum di sisi melihat saya apabila doktor menerangkan semuanya.

Terima kasih Doktor Asma. Selain dapat menerima rawatan sebagai pesakit fizikal, saya dapat ilmu yang berguna dan memberi semangat sebagai seorang saudara baru yang masih banyak kekurangan dalam diri ini.

Alhamdulillah, Ramadhan kali ini banyak pengajaran yang saya perolehi. Ujian juga banyak saya tempuhi. Dengan dugaan-dugaan yang datang saya terima sebagai ujian dari Allah untuk menguji kesabaran, keimanan saya dan mendekatkan diri saya sebagai hamba-Nya.



Photobucket

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

link

Related Posts with Thumbnails