TEMAN

Khamis, 9 September 2010

myMetro | Cabaran hebat Corrie berpuasa






myMetro | Cabaran hebat Corrie berpuasa



Cabaran hebat Corrie berpuasa

Oleh Nor Akmar Samudin





MELAKONKAN babak pergaduhan bagi telefilem Tujuh Lagu pada bulan puasa sangat mencabar ketahanan saudara baru, Adam Corrie Lee Abdullah, 40(*42). Wataknya sebagai gangster bernama Dagu dalam telefilem itu sangat menguji kesabarannya menjalani ibadah itu.

Cerita Corrie, selepas dia selesai melakonkan aksi pergaduhan itu, waktu menunjukkan jam 3.30 petang dan dia sangat kehausan.




"Nasib baik isteri (Fazima Daud, 32) (*Fazima Fuad) yang selalu menemani saya di lokasi minta saya bersabar lagi kerana katanya sayang sangat, hanya beberapa jam saja lagi waktu berbuka. Bila fikir balik betul juga, memang rugi. "Fazima ingatkan saya, kalau kita sengaja berbuka puasa, kita wajib menggantikannya. Alhamdulillah, kata-kata semangat isteri saya itu membuatkan saya nekad teruskan berpuasa pada hari itu. "Syukurlah, hingga sekarang, saya belum lagi meninggalkan puasa walaupun sehari. Untung juga ada isteri yang sudi membimbing saya walau di mana pun berada," katanya kepada Rap, baru-baru ini.





Corrie berkata, drama arahan Kabir Bhatia itu berdasarkan kisah benar mengenai seorang penulis skrip. Dia anak yatim tetapi ada masalah jiwa. Turut sama berlakon Farid Kamil.





Selain itu, Corrie juga berlakon dalam telefilem Subaha, Baju Baru Untuk Raya, Pak Nil Ibu Kirim Salam serta drama Ranjau Kehidupan sebanyak 13 episod. Corrie terharu kerana tawaran berlakon untuknya selalu ada. Namun pada awal perkahwinannya dulu, Corrie pernah susah apabila kurang menerima tawaran berlakon sedangkan ketika itu dia hendak memulakan kehidupan baru bersama isteri yang dikahwininya. Corrie bernasib baik kerana Fazima sedia menerima dia seadanya dan melalui susah payah bersama.





Baru-baru ini Corrie diuji sekali lagi apabila pembikinan filem Bravo 5, terbantut begitu saja. "Saya tak dibenarkan mengambil tawaran lain kerana mahu menjayakan Bravo 5. Tunggu punya tunggu, tak jadi juga. Hampir empat bulan masa saya terbuang begitu saja. Akhirnya timbul masalah untuk membayar duit rumah dan kereta.





"Hanya Allah yang tahu keadaan kami suami isteri ketika itu. Saya juga belajar banyak perkara. Satu daripadanya, kalau Allah tak izinkan, benda itu tidak akan jadi. Allah mahu menguji saya kerana Dia kasihkan saya.





"Selepas sah filem Bravo 5 tidak dapat diteruskan, barulah saya berani ambil tawaran berlakon lain. Tidak lama lagi saya akan terbabit sebagai koreografer untuk program realiti TV terbaru Astro, Mari Menari. Ia akan mula ke udara Oktober nanti," katanya yang berhasrat mengerjakan umrah Mac depan.


Photobucket

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

link

Related Posts with Thumbnails