TEMAN

Ahad, 31 Oktober 2010

Selamat Maju Jaya Pasangan Shai - MINGGU KE-2 MARI MENARI










credit gambar to why yusof (perundingan pakaian)



Pasangan Shai adalah pasangan pertama yang tersingkir untuk rancangan Mari Menari untuk minggu Etnik - Vaganza. Saya doakan mereka maju jaya selepas keluar rancangan ini. Jadikan ia satu pengalaman yang berguna dan indah bersama ketika menyertai Mari Menari. 


bersama peguam Mari Menari 


Ketika sesi raptai. En Dollah Cantik dok sibuk memberi 
keterangan tentang show malam itu.



peneman sepanjang masa.







Kepada semua peserta, berlatih bersungguh-sungguh, fokus, jangan main-main bila saya tengah mengajar. Ingat bila saya kata stand by, semuanya dah ready di tempat masing-masing dengan energy dan tidak bersuara lagi. Apa-apa pun tenangkan fikiran dan enjoy bila buat persembahan. 

Good Luck untuk penentuan malam ini.



Photobucket
Anda mungkin juga meminati:


Rabu, 20 Oktober 2010

LAGU TEMA & LAGU MEDLEY P RAMLEE - MARI MENARI


Salam semua,
Sudah menyaksikan program Mari Menari di Astro Ria sabtu & ahad lepas.

Antara hasil kerja saya di program ini ialah lagu tema & lagu untuk penasihat.













Beri perhatian semua... 

jangan la monyok sangat, releks..



1, 2, 3, 4....... 


Penat berlatih ye, rehat dulu cepat lagi sambung balik. Lagu sekolah tak cantik lagi, kena polish lagi. 


Pose!!



inilah dia Why orang bertanggung jawab menyediakan pakaian untuk lagu tema setiap minggu. 
Semua baju-bajunya cantik-cantik.  





Photobucket

Sabtu, 16 Oktober 2010

Cabaran Mari Menari bermula

Cabaran Mari Menari bermula

Oleh Nor Akmar Samudin
akmar@hmetro.com.my



SELEPAS tiga musim bersiaran, kini Sehati Berdansa digantikan Mari Menari yang disertai orang biasa sama ada suami isteri, adik-beradik atau anak dan bapa berbeza Sehati Berdansa memaparkan pasangan selebriti.

Dua belas pasangan sudah bersedia untuk menyusun rentak di lantai tari Mari Menari sekali gus memeriahkan industri seni tari yang semakin rancak membangun. Mereka terdiri daripada 10 pasangan suami isteri iaitu pasangan Ariz, Dita, Fahmi, Masri, Razif, Rosdi, Shai, Yat, Zarin, Zul serta satu pasangan anak beranak (Jaya) dan satu pasangan adik- beradik (Nita).

Ia program realiti mencari pasangan berpotensi bagi diketengahkan dalam bidang seni tari. Kebolehan dan bakat seni tari yang terpendam dalam diri setiap peserta akan diuji dengan pelbagai cabaran yang disusun selama 10 minggu bersiaran.

Menariknya, setiap pasangan yang dipilih mempunyai pertalian darah ataupun mahram di antara satu sama lain. Pasangan juara juga akan menerima kondominium The Haven di Ipoh, Perak bernilai RM358,000.

Bagi merancakkan lagi kemeriahan program itu, 12 jurureka tari profesional dipilih berdasarkan pengalaman dan kecekapan

mereka menerusi sesi uji bakat tertutup. Mereka sudah bersedia untuk membimbing setiap pasangan sebelum mengadakan persembahan mingguan. Bekas jurureka tarian AF, Adam Corrie turut dilantik sebagai perunding tarian.

Selain itu, empat selebriti terkenal tanah air diberi amanah untuk memikul tanggungjawab sebagai tenaga penasihat apabila setiap selebriti akan menjadi penasihat untuk tiga pasangan di bawah pemerhatian mereka.

Kehadiran selebriti ini bukan sekadar untuk berkongsi nasihat dan memberikan galakkan motivasi serta tunjuk ajar kepada pasangan di bawah jagaan masing-masing, tetapi juga sebagai sumber inspirasi kepada mereka.

Empat selebriti itu - Fazira Wan Chik atau Erra Fazira, Lisdawati Nazaruddin, Ferhad Ibrahim dan Zulhuzaimy Marzuki. Barisan tenaga penasihat ini juga akan bertindak sebagai juri untuk mengadili di akhir persembahan setiap pasangan. Bagaimanapun, setiap penasihat tidak boleh menjadi juri untuk mana-mana pasangan yang berada di bawah jagaan mereka.

Zulhuzaimy mengakui terkejut apabila pihak produksi program itu menjemputnya menyertai barisan selebriti lain sebagai tenaga penasihat kerana dia seorang pelakon.

“Saya tanya mereka kenapa pilih saya antara tenaga pengajarnya kerana saya bukan penari. Menurut Khairul Mizan (Naib Presiden Unit Pembangunan Kandungan Astro Entertainment Sdn Bhd), mungkin ramai peminat di luar sana tidak tahu yang saya berbakat dalam pergerakan atas pentas muzikal dan saya layak sebagai tenaga pengajar.

“Tetapi bidang tugas saya bukan mengajar menari sebaliknya mengajar peserta mengenai pengurusan pentas dan ruang pentas. Ia amat penting kerana untuk membuat persembahan terbaik, mereka perlu tahu bagaimana hendak menguasai pentas dan saya juga memberi tip menghilangkan gementar membuat persembahan depan penonton.

“Ia bukan sekadar boleh menari, tetapi mereka perlu tahu mengawal diri apabila berada di pentas dan mengatasi perasaan malu. Samalah juga dengan pelakon yang terpaksa menghilangkan rasa malu dan gugup apabila kali pertama beraksi depan kamera.

“Untuk menjadi penari yang baik, mereka juga kena tahu sejarah pelbagai jenis tarian seperti tarian tradisional, moden dan pelbagai lagi tarian lain di dunia. Persiapan seorang peserta membabitkan semua aspek tarian, nyanyian dan lakonan.

“Saya menggunakan segala pengalaman yang ada dalam bidang seni untuk memberi panduan kepada peserta. Saya pernah menyertai pesta Tari 1998 dan cikgu saya pernah berpesan segala apa yang kita belajar jangan dibuang, tetapi simpan dan tambah lagi ilmu yang ada,” katanya.

Sementara itu Khairul Mizan berkata, Astro Ria amat teruja dan tidak sabar untuk membuka lantai tari Mari Menari yang dikendalikan dua pengacara, Awal Ashaari dan Lisa Surihani. Ia akan mula bersiaran pada malam ini dan esok, jam 9 malam.

Ia akan dipaparkan juga program mingguan seperti Langkah Mari Menari yang akan menyiarkan sorotan penting harian pasangan, sesi latihan dan rakaman di sebalik tabir selama 30 minit, malam persembahan Mari Menari dan Penentuan Mari Menari yang akan memaparkan keputusan secara langsung di televisyen.

“Persembahan setiap pasangan akan diadili dengan sistem pemarkahan 50 peratus juri dan 50 peratus lagi daripada undian penonton. Setiap minggu, empat juri yang terdiri daripada tiga penasihat selebriti dan seorang juri profesional yang tidak asing lagi iaitu Joseph Gonzalez akan memberikan markah persembahan berdasarkan mutu dan teknikaliti persembahan.

“Manakala kuasa penonton adalah melalui SMS dan pasangan yang mendapat markah paling rendah pada setiap minggu akan disingkirkan,” katanya.

Katanya, ketika pemilihan pasangan peserta dibuat, Astro Ria menyelidik dengan teliti hubungan mereka yang mesti mahram.

“Ada juga yang cuba menipu mengenai hubungan mereka. Kami terpaksa memastikan yang mereka benar-benar muhrim kerana tidak mahu timbul masalah pada kemudian hari,” katanya.





MARI MENARI SEDIA CIPTA FENOMENA BARU

Dihantar Oleh CERITERA
Publish Date : 7-Oct-2010

Oleh Penulis ERA: Syakireen Othman

Setelah melalui pelbagai saringan dan ujibakat bagi menentukan pasangan yang layak menyertai program realiti terbaru terbitan Astro iaitu Mari Menari, akhirnya 12 pasangan telah dipilih untuk bersaing bagi merebut gelaran juara program realiti ini.

Kesemua 12 pasangan ini telah bersedia untuk menyusun rentak serasi bagi menggegarkan lantai tari Mari Menari sekaligus memeriahkan industri seni tari yang semakin mendapat minat ramai penonton. Sesi pengenalan finalis Mari menari telah pun diadakan di Restoran 7atenine di The Ascott Kuala Lumpur baru-baru ini. Pengacara yang diberi mandat kepercayaan untuk menerajui program ini adalah Awal Ashaari dan juga Lisa Surihani sebagai pengacara bersama yang akan bergabung tenaga mewujudkan kemeriahan di dalam program ini.

Sekilas ulasan mengenai program ini, ianya diwujudkan untuk mencari pasangan yang berpotensi untuk diketengahkan dalam bidang seni tari dan ianya akan diuji dengan segala cabaran dan rintangan yang perlu dilalui sepanjang sepuluh minggu berada dalam program ini. Selain itu, ini adalah salah satu program yang menetapkan syarat utamanya supaya setiap pasangan yang ingin menyertai program ini haruslah mempunyai pertalian darah atau muhrim di antara satu sama lain dan pasangan yang berjaya ke kemuncak pastinya akan merebut hadiah utama iaitu kondominium ‘The Haven’ di Ipoh yang bernilai RM358, 000.

Menurut Naib Presiden Unit Pembangunan Kandungan Astro Entertainment Sdn.Bhd, Encik Khairul Mizan, segala perancangan mengenai program ini merupakan sebuah idea yang baru diwujudkan oleh pihak Astro untuk memberikan pembaharuan kepada setiap program baru yang bakal muncul dalam saluran ini. Setelah melalui tiga peringkat ujibakat yang begitu ketat, pihak Astro percaya bahawa setiap pasangan yang dipilih mampu memberikan komitmen yang tinggi sepanjang menyertai program ini.

Beliau juga meluahkan rasa teruja dengan kehadiran program ini yang mana mampu untuk mencetuskan fenomena terbaru dalam dunia seni tanah air kelak dan memikat lebih ramai penonton untuk memberikan sokongan yang padu terhadap program ini.

Selain sesi pengenalan finalis yang terdiri daripada sepuluh pasangan suami isteri dan juga pasangan anak beranak dan adik beradik, majlis ini turut dikejutkan dengan sesi pengenalan empat selebriti terkenal tanah air iaitu Ferhad, Zulhuzaimy, Lisdawati dan juga Erra Fazira yang telah diberi amanah untuk memikul tanggungjawab sebagai tenaga penasihat pasangan program Mari Menari. Setiap selebriti akan menjadi penasihat kepada tiga pasangan yang berada dibawah pemerhatian mereka.


Kehadiran mereka ini ditonjolkan untuk berkongsi nasihat dan juga memberi galakan motivasi serta tunjuk ajar kepada pasangan di bawah jagaan masing-masing serta menjadi sumber inspirasi kepada setiap pasangan dalam menempuhi segala kesulitan yang bakal dihadapi kelak. Selain menjadi penasihat, mereka juga akan bertindak sebagai juri untuk mengadili di akhir persembahan setiap pasangan namun setiap penasihat tidak boleh menjadi juri untuk mana-mana pasangan yang berada di bawah pengawasan mereka.

Bagi merancakkan lagi kemeriahan program ini, seramai 12 orang jurureka tari professional telah dipilih berdasarkan pengalaman dan kecekapan mereka utnuk membimbing setiap pasangan sebelum mereka mengadakan persembahan mingguan. Dan kebanyakan jurureka tari ini dipilih dari penyertaan mereka sebelum ini di Sehati Berdansa. Bagi penonton yang pastinya tidak sabar untuk melihat rentak program terbaru terbitan Astro ini, sebuah episod pengenalan iaitu ‘Mari Menari’ akan bersiaran buat kali pertama pada 16 dan 17 Oktober 2010 ini pada jam 9.00 malam.

Bagi melihat sorotan perjalanan setiap pasangan, ‘Langkah Mari Menari’ bakal memaparkan segala aktiviti yang dilalui oleh mereka. Manakala malam persembahan iaitu ‘Mari Menari’ akan memaparkan segala persembahan mereka dan ‘Penentuan Mari Menari’ bagi mengetahui keputusan yang bakal disirakan secara langsung di Astro Ria, saluran 104.

Jadi bagi setiap peminat yang cintakan dunia seni tari dan ingin melihat buah tangan terbaru daripada Astro ini, jangan lupa saksikan ianya di kaca televisyen nanti ya! Selamat menari bersama Mari Menari!

Jumaat, 15 Oktober 2010

APABILA MEREKA DAH DAPAT KAKI

Salam,

Coklat, Chip chip & Burberry dah 3 minggu usianya. Seronok tengok bila mereka dah pandai berjalan, berlari, dan bergurau sesama mereka.  Geram tengok kucing masa kecil-kecil macam ni. Macam nak gigit-gigit je ... Comel sangat. 





Habis la kasut dijadikan tempat bermain.... tak busuk ke hehe


Alahai comelnya dia


Alamak tergolek la plak. 
Photobucket

Isnin, 11 Oktober 2010

PERKIM PUSRAWI AGIH SUMBANGAN






PERKIM PUSRAWI AGIH SUMBANGAN
Tarikh
Masa
Ringkasan




Oleh : MOHD. SYAHRIL ROSDI AHMAD ZAHUDI


“Dunia itu untuk 4 jenis hamba: Yang pertama, hamba yang diberikan rezeki oleh Allah serta kefahaman terhadap ilmu agama. Ia bertaqwa kepada Allah dalam menggunakan hartanya dan ia gunakan untuk menjalin silaturahim. Dan ia menyadari terdapat hak Allah pada hartanya. Maka inilah kedudukan hamba yang paling baik.” (Hadis Riwayat Tirmidzi)


Islam sering menganjurkan umatnya untuk lebih bersedekah di bulan Ramadan. Salah satu pintu yang dibuka oleh Allah untuk meraih keuntungan besar dari bulan Ramadan adalah melalui sedekah. Allah S.W.T. sangat memuliakan orang-orang yang bersedekah dan menjanjikan banyak keutamaan serta pahala bagi orang-orang yang gemar bersedekah.


Dengan itu, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kebangsaan mengadakan Majlis Sumbangan Aidilfitri dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Saudara Muslim serta Pemeriksaan Kesihatan dan Sumbangan Perubatan bertempat di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur baru-baru ini.


Majlis itu dianjurkan oleh dengan kerjasama Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MAIWP).


Menurut Penyelaras Program, Suariza Hidayah Muhammad, ianya bertujuan menghimpunkan saudara muslim yang terdiri daripada kaum Cina, India, Iban, Kadazan, Bidayuh, Filipina, Orang Asli, Indonesia, Ronghiya dan Afrika dalam usaha mengeratkan lagi tali persaudaraan dan memperkenalkan Perkim kepada masyarakat.


Selain itu, Perkim turut memberi wang zakat dan hamper makanan asasi kepada saudara muslim yang terdiri dari baru memeluk Islam, anak yatim, fakir miskin, ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU) bagi meraikan mereka pabila menjelangnya Aidilfitri.


Ia juga dapat merapatkan silaturrahim dan menanam sikap saling kenal-mengenali di antara satu sama lain tanpa mengira bangsa, kedudukan dan warna kulit.


“Sasaran kami untuk menaikkan nama Perkim sebagai organisasi Islam yang prihatin dan aktif serta bertanggungjawab dalam membantu saudara muslim golongan lemah,” jelas Suariza.


“Malah majlis ini sebahagian daripada rangsangan kepada saudara muslim supaya mereka dapat menghayati bantuan yang diagih Perkim sempena menyambut kedatangan Syawal,” kata Suariza yang juga Pegawai Kebajikan dan Hal Ehwal Sosial Perkim.


Selain itu, Perkim mengadakan program tazkirah, berbuka puasa, solat sunat Tarawih dan tadarus sepanjang bulan Ramadan bagi melatih saudara Muslim melakukan secara bersama dan berjemaah.


Pusrawi turut membantu dalam menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan percuma kepada saudara muslim merangkumi pemeriksaan tekanan darah, glukosa, kolestrol dan indeks jisim badan (BMI).


Bendahari Kehormat Perkim, Tan Sri Dato’ Dr. Muhammad Rais Abdul Karim menyampaikan zakat Perkim dan hamper berbentuk makanan kepada 350 saudara muslim manakala Pengerusi Pusrawi, Lt. Jen. Datuk Abdul Aziz Hassan menyampaikan kerusi roda, tongkat, walking frame dan peti pertolongan cemas kepada golongan lemah.


Majlis diserikan lagi dengan penyampaian sumbangan peribadi dari Datin Norsimah Abdul kepada Perkim.


Turut hadir ialah Penolong Setiausaha Agung Kehormat Perkim, Datuk Hj. Hasbullah L. Isa, Pengarah Dakwah Perkim, Hj. Abdul Hanif Harun, Pengarah Perubatan Hospital Pusrawi MAIWP, Dr. Hj. Salleh Mohd. Yatim dan Pengurus Besar Hospital Pusrawi, Mohd. Ali Mohd. Taib.


http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/485.JPG
Adam Corrie Lee Abdullah (kanan) antara saudara muslim sewaktu sesi pendaftaran.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/1155.JPG
Firdaus (kanan) salah seorang saudara muslim yang memeriksa tekanan darah.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/642.JPG
Salah seorang saudara muslimah memeriksa indeks jisim badan di Pemeriksaan Kesihatan Percuma Pusrawi.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/933.JPG
Doa sebelum memulakan majlis.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/2019.JPG
Saudara muslim menerima wang zakat dan hamper berbentuk makanan daripada Perkim dan Hospital Pusrawi.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/1156.JPG
Bendahari Kehormat, Tan Sri Dato' Dr. Muhammad Rais Abdul Karim (kanan) menyampaikan sumbangan wang zakat kepada saudara muslim.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/1332.JPG
Pengarah Perubatan Pusrawi, Dr. Hj. Salleh Mohd. Yatim (kanan) menyampaikan sumbangan tongkat kepada saudara muslim golongan lemah.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/1626.JPG
Penyampaian kerusi roda kepada saudara muslim oleh Hospital Pusrawi.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/1728.JPG
Pengerusi Hospital Pusrawi, Lt. Jen. Datuk Abdul Aziz Hassan (kanan) menyampaikan sumbangan peribadi kepada Bendahari Kehormat Perkim, Tan Sri Dato' Dr. Muhammad Rais Abdul Karim.
Photobucket

Selasa, 5 Oktober 2010

PENAWAR DI TANAH SUCI - MAJALAH SERI DEWI & KELUARGA

Majalah Seri Dewi & Keluarga 
Keluaran: OKTOBER 2010
Harga RM6.00



Keluaran kali muka depannya ialah Dato Siti Nurhaliza yang berbaju warna ungu. Manis je wajahnya. 
Antara tajuk-tajuk utama di muka depan seperti 

"Siti tidak pernah behenti berusaha untuk dapatkan anak..."

"Hanya 30 peratus harapan anakku untuk hidup..."

Ketahui cara legakan sakit perut keronik

AWAS uri lekang ancam nyawa ibu

5 cara bantu ghairahkan pasangan


PENAWAR DI TANAH SUCI

  • Mimpi Ikan Putih di Madinah, Rupanya jodoh Corrie menanti di tanah air.

  • Eswati sujud di depan Kaabah, rindu dakap anak sendiri akhirnya jadi nyata









artikel mengenai kami di m/s 76






muka depan Siti Nurhaliza


Photobucket

SIDANG AKHBAR RANCANGAN MARI MENARI


Salam,

Sidang akhbar rancangan realiti 'Mari Menari' telah di lancaran semalam 4/10/10 di Hotel Ascot pada pukul 3.30 petang. Memperkenalkan pengacara, iaitu Awal & Lisa. Diikuti oleh 4 artis sebagai 'advisor' iaitu Zul Zuhaimi, Lisda, Ferhad & Erra Fazira. Manakala Adam Corrie sebagai Perunding Koreografer . Dan akhir sekali 12 pasangan  peserta yang masuk bertanding bersama 12 barisan koreografer yang terlibat. 



sempat ambil video beberapa saat melalui hp untuk dikongsikan bersama anda semua. 







Adam Corrie bersama 'advisor' di dalam rancangan ini Zul Zulhaimi & Lisda



antara peserta yang masuk bertanding ayah &; anak perempuan










Adam Corrie memperkenalkan diri sebagai Perunding Koreografer dengan menari sikit.











macam biasa, ke mana pergi mesti ada. 


Photobucket

link

Related Posts with Thumbnails