TEMAN

Isnin, 11 Oktober 2010

PERKIM PUSRAWI AGIH SUMBANGAN






PERKIM PUSRAWI AGIH SUMBANGAN
Tarikh
Masa
Ringkasan




Oleh : MOHD. SYAHRIL ROSDI AHMAD ZAHUDI


“Dunia itu untuk 4 jenis hamba: Yang pertama, hamba yang diberikan rezeki oleh Allah serta kefahaman terhadap ilmu agama. Ia bertaqwa kepada Allah dalam menggunakan hartanya dan ia gunakan untuk menjalin silaturahim. Dan ia menyadari terdapat hak Allah pada hartanya. Maka inilah kedudukan hamba yang paling baik.” (Hadis Riwayat Tirmidzi)


Islam sering menganjurkan umatnya untuk lebih bersedekah di bulan Ramadan. Salah satu pintu yang dibuka oleh Allah untuk meraih keuntungan besar dari bulan Ramadan adalah melalui sedekah. Allah S.W.T. sangat memuliakan orang-orang yang bersedekah dan menjanjikan banyak keutamaan serta pahala bagi orang-orang yang gemar bersedekah.


Dengan itu, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kebangsaan mengadakan Majlis Sumbangan Aidilfitri dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Saudara Muslim serta Pemeriksaan Kesihatan dan Sumbangan Perubatan bertempat di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur baru-baru ini.


Majlis itu dianjurkan oleh dengan kerjasama Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MAIWP).


Menurut Penyelaras Program, Suariza Hidayah Muhammad, ianya bertujuan menghimpunkan saudara muslim yang terdiri daripada kaum Cina, India, Iban, Kadazan, Bidayuh, Filipina, Orang Asli, Indonesia, Ronghiya dan Afrika dalam usaha mengeratkan lagi tali persaudaraan dan memperkenalkan Perkim kepada masyarakat.


Selain itu, Perkim turut memberi wang zakat dan hamper makanan asasi kepada saudara muslim yang terdiri dari baru memeluk Islam, anak yatim, fakir miskin, ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU) bagi meraikan mereka pabila menjelangnya Aidilfitri.


Ia juga dapat merapatkan silaturrahim dan menanam sikap saling kenal-mengenali di antara satu sama lain tanpa mengira bangsa, kedudukan dan warna kulit.


“Sasaran kami untuk menaikkan nama Perkim sebagai organisasi Islam yang prihatin dan aktif serta bertanggungjawab dalam membantu saudara muslim golongan lemah,” jelas Suariza.


“Malah majlis ini sebahagian daripada rangsangan kepada saudara muslim supaya mereka dapat menghayati bantuan yang diagih Perkim sempena menyambut kedatangan Syawal,” kata Suariza yang juga Pegawai Kebajikan dan Hal Ehwal Sosial Perkim.


Selain itu, Perkim mengadakan program tazkirah, berbuka puasa, solat sunat Tarawih dan tadarus sepanjang bulan Ramadan bagi melatih saudara Muslim melakukan secara bersama dan berjemaah.


Pusrawi turut membantu dalam menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan percuma kepada saudara muslim merangkumi pemeriksaan tekanan darah, glukosa, kolestrol dan indeks jisim badan (BMI).


Bendahari Kehormat Perkim, Tan Sri Dato’ Dr. Muhammad Rais Abdul Karim menyampaikan zakat Perkim dan hamper berbentuk makanan kepada 350 saudara muslim manakala Pengerusi Pusrawi, Lt. Jen. Datuk Abdul Aziz Hassan menyampaikan kerusi roda, tongkat, walking frame dan peti pertolongan cemas kepada golongan lemah.


Majlis diserikan lagi dengan penyampaian sumbangan peribadi dari Datin Norsimah Abdul kepada Perkim.


Turut hadir ialah Penolong Setiausaha Agung Kehormat Perkim, Datuk Hj. Hasbullah L. Isa, Pengarah Dakwah Perkim, Hj. Abdul Hanif Harun, Pengarah Perubatan Hospital Pusrawi MAIWP, Dr. Hj. Salleh Mohd. Yatim dan Pengurus Besar Hospital Pusrawi, Mohd. Ali Mohd. Taib.


http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/485.JPG
Adam Corrie Lee Abdullah (kanan) antara saudara muslim sewaktu sesi pendaftaran.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/1155.JPG
Firdaus (kanan) salah seorang saudara muslim yang memeriksa tekanan darah.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/642.JPG
Salah seorang saudara muslimah memeriksa indeks jisim badan di Pemeriksaan Kesihatan Percuma Pusrawi.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/933.JPG
Doa sebelum memulakan majlis.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/2019.JPG
Saudara muslim menerima wang zakat dan hamper berbentuk makanan daripada Perkim dan Hospital Pusrawi.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/1156.JPG
Bendahari Kehormat, Tan Sri Dato' Dr. Muhammad Rais Abdul Karim (kanan) menyampaikan sumbangan wang zakat kepada saudara muslim.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/1332.JPG
Pengarah Perubatan Pusrawi, Dr. Hj. Salleh Mohd. Yatim (kanan) menyampaikan sumbangan tongkat kepada saudara muslim golongan lemah.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/1626.JPG
Penyampaian kerusi roda kepada saudara muslim oleh Hospital Pusrawi.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/1728.JPG
Pengerusi Hospital Pusrawi, Lt. Jen. Datuk Abdul Aziz Hassan (kanan) menyampaikan sumbangan peribadi kepada Bendahari Kehormat Perkim, Tan Sri Dato' Dr. Muhammad Rais Abdul Karim.
Photobucket

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

link

Related Posts with Thumbnails