TEMAN

Khamis, 4 November 2010

NAK HAMIL TAPI SUKAR.... BAGAIMANA YA?


Salam wahai blogger-blogger semua. 

Dalam kehidupan berumahtangga kita ingin penyeri dalam rumah tangga kita iaitu zuriat. Sebagai pasangan suami isteri yang sudah mencecah 2 tahun usia perkahwinan. Kehadiran zuriat amat dinanti-nantikan sejak sah kami diijab kabulkan. Tapi tak semua nasib pasangan suami isteri  sama. Ada yang rezekinya cepat dapat bunting pelamin dan ada juga yang telah berkahwin berpuluh-puluh tahun masih tiada tanda walaupun sudah disahkan oleh doktor tiada sebarang masalah. 

Sebenarnya kami tidak berusaha bersungguh-sungguh lagi dalam usaha untuk mendapatkan anak sebelum ini. Hanya akhir tahun lepas saya telah makan pill subur dari doktor. Akibat dari pengambilan pill tersebut, berat barat saya naik mendadak sebanyak 16 kg. Selepas peningkatkan berat badan yang menakutkan, saya berhenti pengambilan pill tersebut. Lagipun usia perkahwinan kami ketika itu masih muda. Baru mencecah setahun. Doktor menyarankan supaya kami memberi masa selama 2 tahun untuk dapat zuriat. Jadi kami mengambil keputusan untuk 'enjoy' hidup berdua dulu. Insya'allah ada rezeki ada la.. 

Oleh kerana bulan ini genap 2 tahun perkahwinan kami, usaha untuk mendapat zuriat perlu bersungguh-sungguh. Masing-masing usia bukannya muda. 

Pada Isnin baru ini, kami telah membuat langkah pertama dengan membeli produk 'Biodex'. Ada setengah pasangan yang mencuba produk ini menjadi dan ada juga tak menjadi. Bagi saya itu semua rezeki masing-masing yang penting kita usaha dahulu. Jadi tak jadi lain cerita. Setelah mendengar penerangan dari pihak Biodex di Sri Rampai, macam-macam ilmu baru yang kami dapat. 

Salah satu sebab kita sukar hamil kerana faktor usia, persekitaran, life style dan pemakanan kita sendiri. 

Kalau mak dan nenek moyang kita boleh lahirkan anak sehingga 15 orang anak tanpa sebarang masalah kenapa kita susah. Itulah namanya peredaran masa / zaman. Pemakanan kita tak segar seperti dulu. Makanan kita sekarang banyak toksik tanpa kita sedari. Apabila banyak toksik, kesukaran untuk hamil terjadi. Bagi yang merokok dan minum minuman keras lagi la. Tapi ada juga yang kata, kami pon merokok dan minum tapi dapat anak berduyun-duyun tak jadi masalah pon. 

Bagi saya itu rezeki masing-masing. Kalau seseorang itu merokok ke, minum arak ke, hisap dadah ke tapi kalau Allah nak bagi zuriat kat seseorang itu Allah berikan sahaja. Kalau itu kehendak-Nya. 

Bagi kami suami isteri yang tak dapat zuriat lagi ni, kami fikir positif... Allah nak kami berkenal-kenalan dahulu, bercinta-cinta dulu dan mengenal hati budi masing-masing. Ye la kan kami tak pernah bercinta sebelum kahwin. Baru kenal 3 hari, suami saya dah melamar. Hari ke 14 pula kami bertunang. Selang sebulan pula kami di ijab kabulkan sebagai suami isteri. Pada hari pertama kami menjadi suami isteri adalah hari kami bercinta. 

Berbalik kepada untuk hamil. Antara pantang larang yang diberitahu oleh pekerja Biodex tersebut. 

Untuk mereka yang sukar hamil hendaklah elakkan dari mengambil/ memakan;

  • Makanan yang masam seperti segala Jeruk seperti asam boi dan jeruk basah seperti jeruk mangga dan ceremai, Air Limau Nipis, Air Teh Ais Limau & lain-lain
  • Makanan yang tajam & panas seperti nenas, tapai, tembikai, air tebu, air kelapa, rebung, keledek, ubi kayu. & lain-lain lagi
  • Minuman bergas &  beralkohol
  • Makanan fast food juga no no no no. ( ala.... itu yang sedap tu) 
  • Makanan yang berangin juga cuba elakkan. 
  • Makanan laut yang berkulit kerang seperti kerang, lala, kepah dan juga udang ( makanan berkerang ini mengandungi kandungan toksik yang tinggi). Jika ingin makan udang hendaklah dibuang toksik di belakang badannya yang berwarna hitam tersebut. 
  • Yang paling penting jangan stress. Stress... stresss... itulah yang paling sukar rasanya. Stress boleh datang bila-bila masa sekiranya kita sendiri tak mampu nak tepis.
  • Kami disarankan perbanyakkan memakan makanan yang mengandungi kadar protein yang tinggi seperti telor, ikan, soya, susu, taugeh & lain-lain lagi. 
  • Selain senarai pantang larang yang diberi. Kami juga perlu mengambil makanan tambahan untuk menguatkan peratus untuk memudahkan kami mendapat anak. 
  • Setiap yang kita lakukan hendaklah berterusan. Kena terus berusaha.. kalau tak boleh cara ini, kita boleh cuba cara lain. Tak salah mencuba bagi kami yang sukar mendapatkan zuriat. Pada mereka yang senang dapat zuriat, syukur alhamdulillah itu rezeki masing-masing. 


Amalan yang boleh kita amalakan untuk memperoleh zuriat;


Amalan pertama.

Selepas Fajar ataupun Solat Subuh
  • Baca Bismillah 1 kali
  • Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
  • Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
  • Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
  • Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.
  • Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.


Amalan kedua.
  • Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
  • Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
  • Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
  • Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.
  • Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.
  • Suami berpuasa 3 hari dan baca 21 kali Ya Mushowwir sewaktu berbuka puasa  manakala Isteri berpuasa 7 hari dan berzikir Ya Mushowwir ketika berpuasa. Insya'allah keluarga yang belum memiliki anak akan dikurniakan anak. Insya'allah.


Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Kami selalu berpendapat, Allah sedang mencari roh-roh sesuai lagi soleh dan solehah dari syurga untuk diberikan  & sebelum ditiupkan ke rahim saya sebagai anak kami berdua. Itulah yang kami berdua doa setiap hari ingin kan zuriat yang soleh dan solehah yang akan lahir menjadi seorang pejuang agama Allah di atas muka bumi-Nya dengan taat. Tapi kami akan tetap terima dengan redha jika tiada zuriat dan mungkin kami akan dapat ganjarannya  akhirat dengan berkat kesabaran menghadapi ujian-Nya. Semoga dengan entry kali ini kita semua dapat manfaatnya. 




Photobucket

37 ulasan:

  1. Salam....

    Puan Fazi,saya juga merasai ape yg puan rase,saye lagi dh 4 tahun kawin,tapi masih belum di beri rezeki anak...dan skrg sye menjalani terapi di DEMC Shah Alam...aper kata Puan ke sane, biodex pun sye pernah mkn,tapi tidak berhasil...tryla g DEMC,jumpe dgn pakar O & G,Dr.Zamri...buat appoinment n good luck,,,,

    fahani,
    sekadar berkongsi.....

    BalasPadam
  2. Sy doakan anda berdua cepat menimang cahaya mata...teruskan berusaha, InsyaAllah, Amin.

    BalasPadam
  3. Puan Fahani
    Wa'salam.... Terima ksih Puan Honey sudi berkongsi cerita & pengalaman. Insya'allah saya akan cuba dengan doktor pakar. Terima ksih sekali lagi kerana memahami hati seorang wanita yang bergelar isteri.

    BalasPadam
  4. Iman's Umi
    Syukur alhamdulillah dan terima kasih Puan Iman's Umi sudi mendoakan kesejahteraan kami suami isteri segera dapat baby. Itulah impian kami suami isteri.

    Terima kasih sekali lagi

    BalasPadam
  5. salam fazi n adam..
    bersabar,berdoa,enjoy life berdua,jgn stress,jgn dgr ckp2 org....
    pengalaman sy 10 tahun nak dpt cahayamata dgn 1 kali gugur,1 kali d&C sbb jantung baby x de...lali dgn kutukan ,sindiran org keliling,kwn2 hubby,org kg,sedara mara...pernah ke dktr pakar dan hasilnya 2,2 normal...lalu kami redha:kalau ade rezeki,adelah...kalau tak,kami ambik anak angkat...alhamdulillah selepas 10 tahun dpt...Allah itu maha tahu bila Dia nak bg kat kita....sentiasa sangka baik dgn keadaan ini...:)

    BalasPadam
  6. Salam,

    Terima kasih kepada Honey, Iman's Mom dan Tanpa Nama kerana mendoakan kesejahteraan kami.

    Yang penting usaha, usaha, usaha, usaha, tawakal , berdoa dan serahkan kepada Allah.

    Insya'allah semuanya ok.

    Kami terima seadaanya kalau ada atau tidak ada anak :)

    wassalam

    BalasPadam
  7. salam fazi..

    sama seperti honey dan tanpa nama kata... bersangka baik selalu dan sabar.. :) biarlah apa org nak kata.. mulut org..memang mcm tu.. kalau mulut tempayan..senang lagi nak tutup.. heheh.. sy penah berjumpa seorang Dr. dan dia telah bg sy nasihat yg sgt bagus.. " kalau Allah SWT kata..belum rezeki awak.. maka.. belumlah.. andai tiba masa.. adalah.. "kun fayakun..." pedulikanlah kata org.. sebab..jika kita susah.. diorg ni akan keji.. n ckp mcm2.. n kalau kita senang.. diorg akan ckp mcm2 juga.. pakai kabel la.. bg rasuah la.. etc.. kesimpulannya.. mulut2 org yg terlupa bahawa Allah SWT tu pemberi rezeki.. dan segala yg berlaku adalah dengan Izin-Nya.. ambillah masa yg ada ini utk saling mengenali dan bercinta2 dulu... :)

    neo

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum...
    Kena baik sangka pad ALlah kerana setiap kejadian atau ujian tu ada hikmah..hanya DIA yang tahu..
    Pengalamanan saya selama 17thn berkawin tanpa merujuk mana2 pihak utk rawatan mengandung kecuali solat sunat n berdoa pada ALlah... alhamdulillah diberi izin ALlah untuk mgandung walaupun 3xkeguguran dan 1x baby meninggal dunia ketika bersalin...memang perit jiwa utk menerimanya tetapi hanya sokongan dari org tertentu menbuat sy bangun lagi menghadapi kerenah orang disekeliling kita yang hanya tahu berkata2 tapi yang menanggungnya kita...jatuh bangun dalam kehidupan itu hanya ALlah sahaja yang tahu...yang penting berbanyak bersabar dan berbaik sangka pada ALlah...Allah sayang kita sebab tu diberi kita ujian sebegini rupa...ada sebab2 mengapa seseorg tu diberi ujian sebegini rupa..muhasabah diri dan jgn cepat patah semangat... berusaha dan membaca blog2 yang berkenaan..insyallah jiwa kita mampu mengatasinya...

    BalasPadam
  9. assalamualaikum.
    bersabarlah puan.kerana bersabar itu kunci keimanan.situasi kita berdua adalah sama.mungkin pada waktu dan ketika ini puan sudah dikurniakan rezeki mengandung.jika ya, Alhamdulillah.jika belum tidak mengapa.pengalaman gugur setelah bunting pelamin yg lalu cukup memberi kesan pada saya yg sememangnya inginkan anak.ditambah pula kata2 org sekeliling yg sering membuat hati ni bertambah sedih.saya juga sudah byk kali berjumpa doktor pakar.tetapi menurut mereka tiada sebarang masalah, mungkin belum rezeki.saya mengamalkan sikap bersabar dan redha.berkat kesabaran itu, rezeki saya dimurahkan dari aspek yg lain.saya bersyukur.sesungguhnya setiap satu yg Allah tentukan, ada hikmahnya.kita sebagai hamba tidak layak menyoal akan rasionalnya.redha dan terusla redha.ada anak bukan penyelesaian utk semua masalah.mungkin Allah mahukan saya dan suami untuk membantu mereka2 yg mempunyai anak tetapi tidak mampu dari segi kewangan.saya doakan puan dan suami akan mendapat anak yg soleh/solehah.amin.

    BalasPadam
  10. bagi pasangan yg inginkan zuriat, tapi belum ada rezeki. mungkin info kat blog ni dpt membantu:

    http://waneyzainuddin.blogspot.com/2011/11/trying-to-conceive-with-pb.html

    BalasPadam
  11. Salam..saya Juga punya pengalaman Sama..dah 8thn kawin pun xde anak..3thn m'bazir masa&Wang jmpa pkar kat putrajya smpi overdose ambik injection ubtksbrn..last kita plak d salahkn Ada kencing manisla..xdietla..slps 3thn..last2 abik kptsn stop je buat treatment kt hsptl gov tu..dlm pd tu Ada gak ambik biodex tp xserasi kot..so skrg buat treatment kat Demc..doc dah buangkn sis..now tgh proside buat iui x ke2..pun xde rezeki lg da..xlekat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya baru mula jumpa doktor awal thn ni.
      Alhamdulillah peringkat awal pemeriksaan kami suami isteri tiada masalah.
      Mungkin belum ada rezeki. Allah lebih tahu bila masa yang sesuai untuk kami berdua ada zuriat :)
      Insya'allah

      Padam
  12. salam, saya ada baca orang cakap minum air kelapa muda selepas period hingga waktu subur bagus utk cepat mengandung, tapi kenapa info biodex yang diceritakan dekat atas ni suruh elakkan minum air kelapa ye? mohon penjelasan..terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya kurang pasti air kelapa kenapa tak boleh minum.
      itu kena tanya pihak biodex

      Padam
    2. Sebab fungsi air kelapa meneutralkan balik segala ubat2 y anda makan. Air kelapa bagus kalau xconsume apa2 ubat.

      Padam
  13. salam smua...sedih dan terharu dengar citer korang,rupenya rmai lg yg senasib dengan sy,sama-samalah kita doakan,moga dlm bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini membawa sinar kebahagiaan kpd kita smua,insyaAllah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Saya selalu berpendapat, Allah sedang mencari roh-roh sesuai lagi soleh dan solehah dari syurga untuk diberikan & sebelum ditiupkan ke rahim saya sebagai anak kami berdua. Itulah yang kami berdua doa setiap hari ingin kan zuriat yang soleh dan solehah yang akan lahir menjadi seorang pejuang agama Allah di atas muka bumi-Nya dengan taat. Tapi kami akan tetap terima dengan redha jika tiada zuriat dan mungkin kami akan dapat ganjarannya akhirat dengan berkat kesabaran menghadapi ujian-Nya.

      Padam
  14. Salam... Sedih rasa bila belum dikurniakan zuriat. Tp Allah maha mengetahui segala2nya. Sy bru nk mencuba produk lumiglow harapan adalah rezeki dgn izin Allah..

    BalasPadam
  15. Ya Allah..
    Kita senasib..
    Saya berkahwin muda dan saya mengalami kitaran haid yang tidak teratur.. Saya dah beberapa kali jumpa pakar puan dan yg terbaru jumpa pakar hospital PUSRAWI.. Dah banyak duit saya habiskan semata-mata mahukan zuriat.. Doktor kata, maybe rahim saya lemah.. Tapi saya redha, suami saya dan saya sendiri pun mahukan zuriat.. Pelbagai cara telah saya lakukan.. Pelbagai ubat telah saya ambil, apa lagi yang saya perlu buat, setiap kali bca kes orang yang tidak dikurniakan cahaya mata sehingga puluhan tahun kahwin, air mata saya akan menitis.. Ini kerana, saya tidak mahu perkara seperti itu berlaku terhadap saya.. Ya Allah, Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat), dan Engkau jua sebaik yang mewarisi. Amiin..

    BalasPadam
  16. Salam. Ramai yang mengalami nasib yang sama. Ini semua adalah ujian dan dugaan dari Allah. Saya juga mengalaminya. Sudah hampir 7tahun, tp masih belum ada zuriat. Hanya Allah yang mengetahui setiap perjalanan hidup kita. Kita hanya perlu berusaha, selebihnya kita berserah pada Allah. Insyaallah, satu hari nanti pasti ada rezeki untuk kita semua. Amin. Jangan la bersedih. Pasti ada hikmah disebalik semua ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam,
      saya doakan semoga semua yang senasib ini akan dikurniakan Allah rezeki anak yang tidk disangka..
      klu ada duit dan kelapangan puan suami isteri mungkin boleh merancang untuk menunaikan umrah..berdoalah di sana..insya Allah
      sekiranya masih ada ibu bapa. mertua..mohon maaf selalu daripada mereka..jgn segan untuk minta ,mereka mendoakan supaya rezeki puan suami isteri untuk mendapat anak..

      Padam
  17. Salam,
    saya juga senasib kalian... umur saya hampir mencecah 29tahun... sudah 4 tahun kami berkahwin tapi masih gagal untuk dapat zuriat. saya pernah mengalami keguguran pada awal perkahwinan dan sekali lagi keguguran tahun 2011.. emosi saya sendiri saya mampu mengatasinya tapi emosi suami saya tak mampu tanggani... pelbagai usaha dan cara saya lakukan tapi masih tidak berhasil... setiap tahun azam saya tetap sama iaitu "wish to get baby this year" tapi sentiasa hampa...
    Sebagai wanita yang senasib, same2 la kite berdoa berusaha dan bertawakal... Saya percaya, rezeki kita semua ada cuma cepat dan lambat je...

    BalasPadam
  18. Assalammualaikum dan slm sejahtera. Menjemput anda singgah ke blogshop saya: http://kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com . Kami ada menjual: UPT (Test Kehamilan) hanya RM1/piece, OPK(Test Kesuburan) hanya RM1.20/piece dan Termometer Digital BBT (include postage) RM26(Semenanjung) dan RM29(Sabah & Sarawak) . Hubungi kami: sms:0122429082 (puan nor) ATAU email: lovidoobidoo@gmail.com ATAU LIKE kami di fb http://www.facebook.com/Rm1UptPregnancyTestAndOpkOvulationTest?ref=hl

    BalasPadam
  19. Salam saya pn mgalami nasib seperti kalian....5tahun saye mnantikan cahaya mata ...bile dgr je owg mgandung sye trus mgalirkn air mate...sdih sgt rase hati ni...brbgai cara syelakukn brubt cne cni...mgkin Allah ingin mguji saye dgn cara mcm ni...sye cube sabar dan tabah melalui sume ni..mmg la blik je kg owg tnye..kdg kdg smpai pns rase nye telinga ni...tpi mk wat mcm mane mulut owg kn....Allah tu maha adil setiap ujian yg diberikn pasti ade hikmah nye...saye tringin sgt rase mcm mane mgndungkn seorang bayi..insyaallah satu hari nanti pasti Allah akn makbulkn permintaan saye ni..saye hnye mampu berdoa dan berusaha...saye percaya pada rezeki Allah...

    BalasPadam
  20. Slm..nk ajak join ttc whstsapp group. Do contact me. 0122193870 . imani.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kak,kadang2 tgk muka suami mcm takut ja d tgl kn sbb x dgt mgandung.. Tp syukur la suami faham dan xmendesak.. I2 la smangat yg buat sya jd kuat nak mrasa jd ibu.. Allah akan beri kn tp lambt lg kn, sya ttp tgu dan brusaha.. Doakan kak..

      Padam
  21. Salam semua,sy nk mnta simpati kt semua tlg doakn agar sy n istri dpt menimang cahaya mata yg soleh n solehah...sy d sni doakan agar semua kita di kurniakn tuhan cahaya mata .amin.

    BalasPadam
  22. sy berkahwin dah 11 thn..2x gugur..pertama thn 2003,kedua thn 2010..skrg sdg berusaha tuk hamil dgn mencuba pelbagai suplement tuk kesuburan..skrg sy amalkan kurma,acid folic,susu kambing,vit e dan pati delima...sy ada senggugut..tp alhamdullillah sjk sy amal semua ni senggugut dah beransur pulih...sy amat berharap dikurniakan zuriat walaupun cuma seorg...

    BalasPadam
  23. salam semua... boleh cuba rawatan tradisional dengan jsd... untuk rundingan dan rawatan boleh email saya....cahayajsd@yahoo.com..
    tq

    BalasPadam
  24. Salam,

    Buah Zuriat Adam Hawa ini datangnya dari tanah arab terutama dari mekah, ia sebagai petua iktiar untuk hamil,sebagai ubat untuk merawat kesuburan. bukan sebagai penentu untuk dapat anak atau tidak, namun tidak salah mencuba, dan ramai juga yang telah berjaya hamil dengan usaha kecil ini dan dengan izin Allah, Allah nak beri itu dengan bermacam cara. selain utk kehamilan, ia juga bagus merawat piriod yang tak teratur, melawaskan ovum dan membantu kesuburan lelaki juga. kaedah penggunaannya berbeza2 namun semuanya boleh digunapakai

    bagi sesiapa yang mencari buah zuriat adam hawa ini, tidak perlu lagi susah hati, kerana saya juga ada memasarkan dari tanah arab, ada berbagai jenis, ada yang dah siap kapsulkan, ada yang sudah dijadikan pati jus, ada yang sudah dihancurkan dan masih belum proses pun ada.

    bagi semua yang sedang mengusahakan mendapatkan zuriat, saya sarankan sangat untuk mengamalkan bersama2 debunga kurma, debunga kurma ini adalah debu dari pohon kurma, bagus utk menguatkan rahim, mengurangkan risioko keguguran, merawat sperma yang rosak dan memekatkan air mani

    cara penggunaan setiap produk akan diberikan bersama barangan

    anda boleh SMS 0194344930 untuk mendapatkan harga, juga boleh click link dibawah ini utk testimoni

    https://www.facebook.com/photo.php?fbid=204053036393923&set=a.204052783060615.53496.145535915578969&type=3&theater

    BalasPadam
  25. Rupanya byk yg senasib dgn sy...kami dh kwen masuk 2thn.. :( b'mcm2 usaha dh cuba utk hamil,PKB,JAD,JPD,air buah zuriat,ubt ksuburan dr hsptal,jus perawan dherb,zureat atika beuty,pati gulsan,air rebusan kacang hijau,air jamu,pil herba kesuburan mujarab,siap scan..result kami suami isteri dsahkn normal,namun shgga skrg rezeki anak blm bpihak pd kami,hanya mampu bersabar dan bdoa agar Allah mndengar doa kami dan yg senasib dgn sy...sesungguhnya setiap rezeki yg Allah beri adalah dgn izinNya..terdetik dhati ingin menjejakkn kaki dbumi Allah mekah dan memohon kpd Nya agar d kurniakn zuriat..hanya Allah yg maha mengetahui sgala isi hati ini.. :( stiap hari bangun pagi,pasti akan bselawat dan mohon d kurniakn zuriat..

    BalasPadam
  26. Rupanya ramai lg pasangan yg bertahun2 kawin tp masih tidak dkurniakan zuriat....sama mcm sy...tp setiap kali sy period sy jd stress n bl dgr org lain pregnant sy jd sedih....tp bila bc mcm2 pngalaman org lain....sy sedar sy kn byk bersabar atas ujian allah

    BalasPadam
    Balasan
    1. sy pun dah 7 thun kawin.bru2 ni ngandung luar rahim..skrg tgh cuba biodex..harap2 ada rezeki..sy doakn semua akak mendpt berita gembira..jgn berhenti berdoa..Allah bersama kita

      Padam
  27. UPT tester murah(rm1.00) dan OPK tester murah(rm1.20/pc), boleh pm atau layari blog saya kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com/
    (cara penggunaan pun diberi sekali), produk sy ini menguji adakah anda hamil-(upt) dan mengetahui masa subur anda dalam usaha mendapat zuriat(opk) secara amnya,
    SMS/WASSUP 0148004302

    BalasPadam
  28. UPT tester murah(rm1.00) dan OPK tester murah(rm1.20/pc), boleh pm atau layari blog saya kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com/
    (cara penggunaan pun diberi sekali), produk sy ini menguji adakah anda hamil-(upt) dan mengetahui masa subur anda dalam usaha mendapat zuriat(opk) secara amnya, wassup /sms 0148004302

    BalasPadam
  29. saya 15 tahun baru nk lekat.alhamdullilah ni baru 5 bulan seminggu.skrg umur pon dh masok 33 tahun.sabar yer.insyallah ade.cuma lmbt ngan cpt je.mula2 dlu mcm 2 bt..mkn ubt subur g berurut mkn jamu g jmpe pakar.bt iui..tp ttp xde..dh bertahun terima keadaan .bila x fikir dan x bt pape..tuhan nk bagi.Ya Allah syukur sgt2.so pd sume byk kn bersabar dan sentiasa percaya

    BalasPadam

link

Related Posts with Thumbnails