TEMAN

Isnin, 1 November 2010

Sitcom Skru


Dalam kesibukan dengan Rancangan Mari Menari, saya masih lagi sibuk dengan berlakon juga. Kali ini saya berlakon sitcom terbitan RTM bersama RTB (Brunei) yang bertajuk Skru. Rakaman dilakukan di Studio RTM Seremban. Sebuah cerita yang ringkas dan menarik untuk ditonton oleh semua lapisan masyarakat. Ceritanya kalau ditonton setnya ada sikit-sikit macam cerita Spanar Jaya, ada bengkel, ada restoren dan ruang tamu rumah. Jadi kalau nak tahu lebih lanjut kenalah tunggu sitcom ini ditayangkan di tv.

Antara pelakon yang terlibat dalam sitcom Skru ialah Zaibo, Abon, Angeline Tan, Maya dan pelakon dari Brunei. Seronok dapat berlakon bersama pelakon-pelakon hebat seperti mereka. Saya tak sempat snap banyak gambar. Di sini ada sekeping dua untuk dikongsikan bersama.








Sebelum rakaman dilakukan, mereka berpoco-poco dulu.. wah bagus untuk kesegaran dan kecergasan kata team iniPhotobucket

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

link

Related Posts with Thumbnails