TEMAN

Rabu, 29 Disember 2010

ANUGERAH UNTUK INSAN SENI


Salam semua,

Anugerah telah pon disampaikan kepada mereka yang layak menerimanya. Tahniah kepada semua yang berjaya pada malam tersebut. Menghadirkan di majlis anugerah yang berprestij begini amat dinantikan oleh semua semua para artis & krew produksi yang terlibat di dalam bidang seni tanah air. Penghargaan & anugerah adalah satu bonus pada seorang insan seni tahah air.


Kami menghadiri majlis ini sebagai memberi penghormatkan  dan sokongan terhadap industri hiburan tanah  air kita. Yang positif kita ambilkan dan yang negitif kita jadi sempadan dalam hidup kita sehari-harian. 

Bagi Fazi mengharapkan industri hiburan kita lebih banyak menghasilkan karya-karya yang bermutu dan memberi mesej yang baik dengan cara yang tidak bertentangan budaya & agama kita.  Bak kata pepatah, niat  yang baik tak menghalalkan cara. Walaupun niat kita ingin menyampaikan mesej yang baik dalam sesebuah karya, tak semestinya perlu memaparkan 'aurat', atau 'bersentuhan' antara lelaki dengan wanita yang bukan muhrim. 

Itni hanyalah pandangan seorang pemerhati di dalam dunia seni & nyata. Sebagai seorang isteri seorang pelakon, saya juga mengerti masalah suami saya apabila berlakon yang perlu bersentuhan. Apa yang boleh saya katakan ada banyak lagi cara untuk menyampaikan mesej lakonan selain dari bersentuhan. Sebagai seorang pelakon anda perlu kreatif untuk menyampaikan watak dan mesejnya dengan cara yang lain. Yang penting mesej cerita sampai ke penonton. 

Orang kata, nak seribu daya, tak nak seribu dalih. 




Tahniah kepada Syamsul Yusof kerana berjaya
dalam kategori Lakon Layar Terbaik Filem:  (Evolusi KL Drift 2)


Pelakon Wanita Terbaik Filem: Sharifah Amani (Muallaf)






p/s: sentiasa menyokong dan memantau  keadaan suami dalam apa saja situasi. Melindunginya dari terleka. Insya'allah. itulah amanah yang Allah berikan kepada seorang insan bernama isteri

Photobucket

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

link

Related Posts with Thumbnails