TEMAN

Khamis, 29 Disember 2011

YOU & ME = HAPPY



Salam sejahtera,


2011 semakin berakhir, 2012 sudah mula nampak bayangnya. Persiapan untuk 2012 sudah ada beberapa senarai plan. List 2011 pon banyak yang tak lengkap. Salah satu list yang selalu lengkap ialah tulis blog secara konsisten.  Bukan senang nak selalu tulis blog ni. Kadang-kadang tu naik sawang dah blog ni. 

Rabu, 28 Disember 2011

Dragon KL Gangster 2








Photobucket


33 TAHUN MEMATANGKAN DIRI






33 tahun! Wah macam tak percaya je dah 33 tahun. Alhamdulillah pada usia 33 tahun ini saya masih boleh menikmati kehidupan ini dengan tenang dan penuh kesyukuran. Dalam kehidupan seharian, apa yang kita inginkan adalah ketenangan, kebahagiaan, dan tujuan hidup. Tujuan hidup kita adalah perkara utama yang perlu diutamakan.

Usia sebenarnya memainkan peranan yang besar dalam hidup kita. Dari situ kita boleh mengukut pencapaian hidup kita. Apa sumbangan yang telah kita buah sepanjang usia kita. Adakah cukup untuk diri kita? Untuk keluarga kita ? atau janji kita pada yang Maha Pencipta.

Meraikan hari ulang tahun kelahiran kita mengingatkan kita dah berusia, kubur dah dekat dengan kita. Masih ingin berlengah-lengah lagi ke? Bila kita ingat kelahiran serta merta ingat kematian bagi diri saya.

Pada 19 November 2011 baru-baru ini, suami dan sahabat rapat meraikan ulang tahun kelahiran saya dengan meluangkan masa makan malam bersama-sama untuk mengeratkan hubungan kami semua.




Isnin, 26 Disember 2011

FULLHOUSE :)







Hari-hari sibuk dengan kerja yang tak habis-habis. Masa untuk diri sendiri pon tak ada. Pada 24/12/11 kami meluangkan masa dengan pergi menonton wayang Mission Imposible 4 dan selepas tu makan. Teringin nak makan western, jadi kami pon pergi lah Restoren yang comel, cantik dekorasinya iaitu FULLHOUSE  di Wangsa Walk Mall.  Tapi malangnya makanan yang kami nak kan semua tak ada, waiter kat situ kata tempat grill rosak. Jadi semua makanan bergrill tak boleh masak. 

BERET HIJAU







Photobucket

Sabtu, 24 Disember 2011

3 TAHUN? CEPATNYA MASA BERLALU

Macam semalam je baru akad nikah, rupa-rupanya dah 3 tahun dah rumah tangga kami terbina.  tersenyum sorang-sorang bila ingatkan baik bagaimana berkenalan, dilamar,  dirisik, bertunang, akad nikah dan bersanding. 




Panggil sayang selepas bernikah

Rabu, 14 Disember 2011

WEDD: AZAD & EIRA DI KL






SELAMAT PENGANTIN BARU AZAD JAZMIN & EIRA SYAZIRA
Majlis perkahiwnan pihak perempuan telah berlangsung pada 18 November 2011 di Cheras dengan meriahnya. 




OMBAK RINDU MELANDA JIWA

OMBAK RINDU




Wah.... nampak demam filem Ombak Rindu sedang melanda jiwa orang Malaysia terutama kaum wanita. Mesti isteri ajak suami tengok filem ini, yang teman wanita mengajak lelaki menontonnya. Mesti mereka agak berat nak menonton filem romantik ini. Saya mengajak suami saya menonton filem ini pada mula beliau agak keberatan sedikit kerana bukan jiwanya menonton filem romatik romantik katanya. Tapi sebab isterinya ajak juga tengok dan kebetulan kawan-kawannya yang berlakon, diikutkan juga menontonnya. 

Kami pergi menonton pada hari pertama Ombak Rindu ditayangkan. Untuk mendapatkan tiket rupanya susah. Dari pagi tiket sudah habis. Yang ada cuma midnight pukul 12:20mlm. Alamak penangan Ombak Rindu sampai merindu rindu tiket nak dapat rupanya. 

Bagi saya flem ini mempunyai banyak elemen yang kuat membuatkan filem ini menarik. Dari segi pelakon semua mantap-mantap. Lakonan Aaron Aziz memang ditungu-tunggukan oleh semua orang. Dalam filem ini Aaron banyak mengeluarkan air mata tak seperti filem lain yang beliau terlibat.  Lakonan yang paling berkesan bagi saya ialah Maya Karin. Tahniah Maya Karin kerana membuat saya dan suami saya terkejut dengan lakonannya yang memerlukan lakonan dari dalamannya. Dari riak air mukanya, pandangannya, bahasa tubuhnya dan tutur kata yang dilontarkan adalah gabungan yang amat berkesan. 

Soundtrack filem ini juga memainkan peranan yang kuat kerana alunan lagu keluar kena pada situasinya. Itu yang menyebakkan hati ini sampai bergelang air mata dibuatnya. 

Babak ranjang yang dibuat mungkin bagi saya tak perlu. Kalau pengarah Malaysia kita kreatif boleh simbolikkan benda lain. Supaya tiada timbul kontraversi dan dapat menjaga maruah Insan yang bernama pelakon dan penonton yang menontonnya. Saya dan suami dapat sikit saham di bahu kiri.


Siapa yang belum tengok pergilah tengok tapi tang mana yang tak perlu ditonton pejamkan mata kurang saham bahu kiri. 

      Bintang 



Sinopsis
Filem yang diadaptasikan daripada novel Ombak Rindu ini mengisahkan tentang perjalanan cinta dua insan, Izzah dan Hariz dari dua dunia yang berbezadan mereka terpaksa menempuh pelbagai rintangan sebelum menemui kebahagiaan. Izzah adalah gadis kampung yang telah dijual oleh bapa saudaranya kepada sebuah kelab hiburan di K.L untuk dijadikan pelacur. Seorang pemuda, Hariz anak Datuk Sufiah, pemilik empayar perniagaan SUFIAH CEMERLANG telah mermbeli Izzah dari pemilik kelab tersebut untuk dijadikan perempuan simpanan, namun Izzah telah merayu Hariz supaya menikahinya untuk menghalalkan hubungan mereka.

Hariz setuju dengan syarat Izzah tidak menuntut sebarang hak sebagai isteri. namun selepas itu, hariz yang kasar dan panas baran telah jatuh cinta dengan Izzah yang penuh dengan kelembutan. hariz kemudian terpaksa menikahi Mila, kawan zaman persekolahannya setelah didesak oleh Datuk Sufiah dan Mila yang amat mencintainya. Semasa Hariz koma dihospital akibat kemalangan jalan raya, Datuk Sufiah telah menghalau Izzah keluar dari bungalow Hariz dan merampas telefon bimbit Izzah.

Setelah keluar dari hospital, Datuk Sufiah memberitahu Hariz yang Izzah telah menjalani hubungan dengan lelaki lain. Hariz yang marah telah memberitahu Izzah bahawa dia akan digantung tidak bertali semasa terserempak dengan Izzah di rumah pak Dollah, pemandu keluarga Datuk Sufiah. Izzah kemudian kembali ke kampungnya. Pak Dollah yang marah dengan Datuk Sufiah telah memecahkan rahsia bahawa hariz adalah anaknya yang telah diserahkan kepada suami Datuk Sufiah untuk dijadikan anak angkat serta memberitahu Hariz bahawa Izzah tidak bersalah. Hariz yang menyesal dan amat rindukan Izzah telah pergi ke kampung Izzah untuk memujuk supaya kembali kepangkuannya. Mila datang ke kampung Izzah dan menuntut cerai dari Hariz. Filem ini berakhir dengan Izzah dan Hariz menjalani hidup bahagia tanpa rahsia lagi.

Aaron Aziz 

Maya Karin 

Lisa Surihani 

Bront Palarae 

Azizah Mahzan 
Zaidi Omar 
Normah Damanhuri 



Photobucket









Selasa, 13 Disember 2011

Isnin, 12 Disember 2011

DRAGON DALAM KL GANGSTER 2 : PREKUAL







Dragon & Fadhil


Selasa, 29 November 2011

TINTIN








Tintin, seorang wartawan muda, dan anjing Snowy melayari dalam pasaran luar disebuah bandar Eropah. Tintin membeli model kapal tiga masted pelayaran, yangUnicorn, yang murah, tetapi kemudian dengan serta-merta accosted oleh Ivan jahat Ivanovitch Sakharine, dan angka misteri Barnaby, yang kedua-duanya cubauntuk membeli model dari Tintin, tanpa kejayaan . Tintin mengambil rumah kapaltetapi ia rosak semasa pergaduhan yang berlaku antara Snowy dan kucing jiran.Kerana ia memecahkan, skrol kertas kulit slip keluar dari tiang kapal. Tempat-tempat bersalji tetapi tidak mampu untuk memberi amaran Tintin. Sementara itu,tidak cekap detektif Thomson dan Thompson di laluan maut, Aristides Sutera.Tintin melawat Sakharine dalam Marlinspike Hall, di mana beliau mendapati bahawa terdapat sekurang-kurangnya dua kapal model.

Ahad, 20 November 2011

MISTERI JALAN LAMA



Sebuah kisah yang menakjubkan tentang dua dunia berbeza, namun berlandaskan kasih sayang. Dua beradik, Indra dan Ilya dalam perjalanan pulang ke kampung halaman mereka untuk urusan pengebumian ayah mereka, Iskandar. Indra adalah anak kandung Iskandar yang menjadi pelumba kereta profesional, tetapi kuat berjudi dan seringkali meminjam daripada ah long. Hidupnya kini diburu gangster. Manakala Ilya pula adalah anak angkat Iskandar yang diberikan oleh ‘seseorang’ ketika Iskandar melalui sebatang jalan lama 25 tahun dahulu. Ilya seorang anak yang baik, yang banyak membantu Iskandar membina kerjayanya. Iskandar juga sangat sayangkan Ilya. Ini jugalah yang menjadi punca ketidakpuasan hati Indra, lalu membawa diri jauh daripada keluarga.

Sabtu, 19 November 2011

MOVIE: REAL STEEL - TONTON BANYAK KALI PON TAK BOSAN

Steel Tanah 2011 fiksyen sains Amerika filem dibintangi Hugh Jackman dandiarahkan oleh Shawn Levy. Filem ini adalah berdasarkan dalam bahagian padatahun 1956 kisah "Steel" singkat oleh Richard Matheson, walaupun Levimeletakkan filem dalam pameran negeri Amerika Syarikat dan lain-lain "lama"Americana tetapan. Steel sebenar dalam pembangunan selama beberapa tahunsebelum pengeluaran bermula pada 11 Jun 2010. Penggambaran Filem berlakuterutamanya di negeri Amerika Syarikat Michigan. Robot Animatronic dibina untukfilem, dan teknologi menangkap gerakan telah digunakan untuk menggambarkanbrawling robot dan animatronik komputer. Steel Tanah awam telah ditayangkan di Australia pada 6 Oktober 2011 dan di Amerika Syarikat dan Kanada pada 7 Oktober 2011. Ia telah dikeluarkan dalam kedua-dua teater konvensional dan IMAX.

Ahad, 13 November 2011

PINK & WHITE














Photobucket

Rabu, 19 Oktober 2011

Khamis, 6 Oktober 2011

MEY MEOW

BADAN MEY  YANG KENA MINYA / AIR PANAS

MENAHAN KESAKITAN. DI MANA MEY KENA TIDAK DIKETAHUI

Selasa, 27 September 2011

JOHNNY ENGLISH REBORN ... PECAH PERUT DIBUATNYA




Rowan Atkinson kembali ke peranan ejen sengaja rahsia yang tidak tahu takut dan bahaya dalam komedi perisik-thriller Johnny Bahasa Inggeris Reborn. Dalam pengembaraan terbaru beliau, pegawai perisikan yang paling tidak mungkin dalam Perkhidmatan Rahsia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri beliau mesti menghentikan sekumpulan pembunuh antarabangsa sebelum mereka menghapuskan seorang pemimpin dunia dan menyebabkan huru-haraglobal.

Pada tahun-tahun pengintip sejak MI-7 hilang dari grid, dia telahmengasah kemahiran unik di rantau Asia jauh.Tetapi apabila ketua agensibeliau belajar usaha terhadap kehidupan Perdana Menteri China, mereka mestimemburu ejen yang sangat tidak ortodoks. Sekarang bahawa dunia perlu diasekali lagi, Johnny Bahasa Inggeris kembali beraksi. Dengan satu pukulan padapenebusan, dia mesti menggunakan terkini dalam alat berteknologi tinggi untuk membongkar web konspirasi yang berjalan di seluruh KGB, CIA dan MI-7.Dengan hari semata-mata sehingga kepala persidangan negeri, seorang lelakimesti menggunakan helah setiap playbook beliau untuk melindungi kita semua.Bagi Johnny Bahasa Inggeris, bencana mungkin menjadi pilihan, tetapikegagalan tidak pernah.







Credited cast:
Rowan AtkinsonRowan Atkinson...
Dominic WestDominic West...
Simon Ambrose
Gillian AndersonGillian Anderson...
MI7 Agent Pamela Thornton
Rosamund PikeRosamund Pike...
Kate Sumner
Daniel KaluuyaDaniel Kaluuya...
Agent Tucker
Richard SchiffRichard Schiff...
Agent Fisher
Ben MillerBen Miller...
Rest of cast listed alphabetically:
Stephen Campbell MooreStephen Campbell Moore...
The Prime Minister
Christina ChongChristina Chong...
Barbara
Joséphine de La BaumeJoséphine de La Baume...
Madeleine
Tasha de VasconcelosTasha de Vasconcelos...
Burn GormanBurn Gorman...
Slater
Seelan GunaseelanSeelan Gunaseelan...
Tech Agent
Togo IgawaTogo Igawa...
Ting Wang
Mark IvanirMark Ivanir...
Karlenko






Ulasan ADAMFAZI : 


Memang berbaloi, kena tonton. Lawak yang bersahaja. Jalan cerita yang tersusun.  




Bintang : 4.5 /5 




Photobucket

Jumaat, 23 September 2011

SERASI BERSAMA


belakang pentas. Sempat lagi snap gambar
pengacara kita, Amy Mastura

Ahad, 18 September 2011

OPEN HOUSE!

Selamat Hari Raya

Open house atau rumah terbuka masih lagi berlangsung di sana sini walaupun sudah beradadi minggu syawal yang ke 3.

Kami mendapat jemputan rumah terbuka Datuk Yussof Haslam sekeluarga pada 17September 2011.




antara yang hadir Tuan Kamal dan Zack Taipan

Sabtu, 17 September 2011

SAH... SAH .. SAH DAH JADI SUAMI ISTERI AZAD JAZMIN DAN EIRA SYAZIIRA

SELAMAT PENGANTIN BARU WAHAI SAHABAT






Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Hari Raya

Rasanya lama sangat tak update blog ni. Masa tak mengizinkan duduk depan Mac lama-lama. Sekarang baru ada kesempatan.  Semalam adalah hari bersejarah untuk sahabat kita Azad Jazmin dan Eira Syazira sah menjadi suami isteri dengan satu lafaz akad nikah. Dalam perasaan gelabah pengantin lelaki tu rupanya hebat dan lancar je satu lafaz tu. 

Jumaat, 9 September 2011

Kecekalan Adam Corrie Lee

Senyum? Tak sempat nak senyum dah kena snap :P




Jumaat 9 September 2011


http://www.sinarharian.com.my/SH/com/content/story9508754.asp

Tahun ini, adalah tahun keempat bagi pelakon, Adam Corrie Lee, 43, menyambut Aidilfitri sebagai seorang Muslim bersama isterinya, Fazima Fuad, 34.

Tidak pernah ada keluhan di hati Adam untuk menunaikan tanggungjawab sebagai Muslim sejak dirinya menganut Islam pada 13 Julai 2008.

Menurut Adam, Islam banyak mengajarnya erti kesabaran dan keyakinan dalam menghadapi hari-hari sebagai seorang manusia beriman.

Selasa, 6 September 2011

KUCING PON MAKHLUK ALLAH, JANGAN DIDERA BEGITU.


Selamat Hari Raya Aidilfitri 

Terbaca suratkhabar semalam di harian metro tentang kejadian 16 kucing mati ditinggal di pusat jagaan sempena Aidilfitri tidak diberi makan. Sebuah syarikat yang menjalankan servis hotel untuk haiwan peliharaan seperti kucing terbongkar apabila 300 kucing dipercayai telah dikurung tanpa diberi makanan & minuman di premis mereka yang terletak di Damansara Damai, Selangor.

Kegiatan mereka terbongkar apabila sekumpulan pemilik kucing dengan pemerhatian pihak polis telah menyerbu masuk ke premis mereka untuk operasi menyelamat. Difahamkan, sebelum ini pihak syarikat tidak membenarkan pemilik kucing untuk melihat kondisi pusat hotel atas alasan sempit untuk laluan manusia, walaupun mendapat permintaan daripada pemilik kucing.

Pemilik kucing terkejut apabila melihat kondisi kucing yang kelaparan, kehausan & ketakutan ekoran daripada tindakan pihak syarikat yang mengabaikan kebajikan kucing pemilik. Menurut sumber, terdapat beberapa ekor kucing termasuklah 2 ekor kucing ibu & anak yang mati bersama-sama ketika serbuan dibuat.

Berhubung daripada itu, sebuah sidang media berkaitan dengan kontroversi Petknode yang berlangsung di Armada Hotel anjuran SPCA Selangor sekitar pukul 5 petang hari ini telah diadakan dengan dihadiri ramai pihak media, aktivis haiwan & pemilik kucing.


Kami adalah pencinta kucing. Kami juga ada membela kucing sebanyak 20 ekor.  Bila mendengar kejadian, terfikir mereka ini tak perasaan ke terhadap makhluk Allah yang comel ini.  Jom kita tonton video ini, berita tentang kejadian tersebut.


Sedih tengok berita ni pasal kucing-kucing yang dibiarkan begitu.





Rabu, 31 Ogos 2011

SALAM LEBARAN




SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Ahad, 21 Ogos 2011

HIDANGAN DI HARI RAYA NAK HIDANG CUPCAKES

Salam Ramadhan,



Di bulan ramadhan yang mulia kali ini banyak betul dugaan. Peluang untuk Fazi & Adam berterawih di masjid tak kesampaian lagi. Cuma dapat berjemaah solat terawih di rumah berdua sahaja. Itulah kan. Dugaan kali ini

Khamis, 18 Ogos 2011

KAHWIN CAMPUR BANGSA









"Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan- perempuan lain dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil( di antara isteri-isteri kamu) maka berkahwinlah dengan seorang sahaja". ( Surah An - Nisaa’ - Ayat 3 )

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :



"Wahai pemuda-pemuda, sesiapa yang mampu di antara kamu (mempunyai belanja serta keinginan) hendak berkahwin, hendaklah ia kahwin, kerana sesungguhnya perkahwinan itu akan memejamkan matanya (terhadap orang yang tidak halal dilihatnya) dan terkawal kehormatannya dan sesiapa yang tidak mampu berkahwin hendaklah ia berpuasa, bahawa puasa itu menjadi benteng". ( Riwayat Muslim)

Menerusi dalil- dalil tersebut dapat kita rumuskan bahawa Allah SWT telah mengsyariatkan
ibadat perkahwinan atau munakahat kepada umat Islam.



Ahad, 14 Ogos 2011

Corrie berpuasa sebelum masuk Islam



TANGGAL 13 Julai 2007 adalah tarikh keramat buat Adam Corrie Lee. Itu adalah tarikh dia memeluk agama Islam. Mulai saat itu, bermulalah kehidupan baharunya sebagai umat Islam.

Pelakon dan koreografer itu sama seperti umat Islam lain yang turut memikul tanggungjawab sebagai seorang Muslim termasuklah berpuasa setiap kali tibanya bulan Ramadan.

Sungguhpun baru empat tahun memeluk Islam tetapi bagi Corrie, 43, ibadat puasa bukan asing bagi anak kelahiran Pulau Pinang yang dibesarkan di Port Dickson, Negeri Sembilan ini.

Ahad, 7 Ogos 2011

15 SAAT KITA LIHAT






SALAM SAHABAT

Menjadi seorang pelakon bukanlah senang seperti orang lain sangkakan. Seperti saya,  watak yang selalu diberikan kebanyakannya ada lasak lasak dan aksi pergaduhan. Setiap babak sekurang-kurangnya perlu diulangi 6 kali untuk berlainan shot. Kalau satu shot perlu diambil berkali kali take ia amat memenatkan dan kadang kala aksi tersebut saya terkena tendangan yang kuat dan cedera. 

Untuk beberapa saat babak tapi memakan masa 1 ke 3 jam dan kadang kala memakan masa satu suntuk bergantung pada panjang sesebuah babak, kelancaran kerjasama sesama pelakon, teknikal dan permintaan pengarah. 

p/s : ingin jadi seorang insan yang bahagia dunia & akhirat



Photobucket

SALAM RAMADHAN BUAT MUSLIMIN DAN MUSLIMAT










Photobucket

Rabu, 3 Ogos 2011

KAMI PON PUASA!



Penat la kami semua hehehe.... 
Kena puasa ye wahai kucing kucing bucuk ku.


SI kecik merajuk sebab tak dapat makan di siang lagi. Sahur tadi dah makan banyak dah. 
Dia merajuk sampai masuk dalam kasut. Dia tak bagi orang pakai kasut tu. Mogok ye!



Selamat menyambut Ramadhan dengan penuh kesyukuran dan tawadduk!

Photobucket

link

Related Posts with Thumbnails