TEMAN

Isnin, 31 Januari 2011

GELAGAT MEREKA MENCUIT HATI


Salam sahabat-sahabat,

Hari ini kami rakam gambar 5 ekor anak kucing kami yang nakal-nakal. Geram tengok gelagat mereka. Vivi, Manis & Kuchi Kuchi yang baru berusia sebulan kena duduk dalam sangkar tak boleh keluar lagi. Masih kecil untuk bergaul dengan makcik choclate, makcik chip chips, pakcik Manja, dan Nenek mereka Oren. 

RANJAU KEHIDUPAN - RTM






Salam Semua,

Drama bersiri Ranjau Kehidupan yang setiap episodnya berlainan kisah.  Drama ini sedang ditayangkan di RTM2 pukul 3:30 petang  bermula awal bulan Januari 2011 pada hari selasa hingga khamis. Dalam episod yang saya lakonkan mengisahkan seorang lelaki berbangsa Cina yang mempunyai sebuah keluarga yang bahagia yang melakukan  rompakan kedai emas & bank tanpa pengetahuan keluarganya. Di mata keluarganya, saya seorang suami dan bapa yang amat dihormati dan penyayang. 

Ahad, 30 Januari 2011

7 LAGU

Salam Semua


Telemovie 7 Lagu akan datang di Astro pada 27hb Jan 2011 di saluran 131(Astro Citra). 7 Lagu ni dilakonkan oleh Farid Kamil dan Tiz Zaqyah. Sedikit sinopsis yang Nuriz jumpa ni, 7 lagu mengisahkan Farhan lakonan Farid Kamil, seorang komposer muzik, telah disabitkan kesalahan oleh mahkamah kerana membunuh bekas kekasihnya, seorang penyanyi bernama Tania dan tunangnya, tetapi mengaku tidak bersalah. Sekarang Farhan memerlukan Sabrina(lakonan Emelda Rosmila), peguam belanya, untuk membuktikan dia tidak bersalah atau dia akan dihukum gantung sampai mati. Melalui 7 lagu, Sabrina mengenali Farhan. Lagu lagu dalam telemovie ni adalah lagu yang menceritakan kisah kisah hidup Farhan (Farid Kamil) dari zaman kecil hinggalah ke fasa dewasa, dari kecik si Farhan ni dah jatuh cinta dengan seorang budak perempuan ( Tiz Zaqyah).

Jangna lupa saksikan Telemovie arahan Khabir Bhatia , 7 Lagu -- 30 Jan 2011, 10 malam -- Astro Citra (131). Barisan pelakon dalam 7 Lagu :Emelda Rosmila, Sofi Jikan, Adam Corrie, Fimie Don, Azhan Rani, Fazley, Kuza, Mahmud Ali Bashah dan Sherie Merlis.













Photobucket

DARI 'MENCARI AL-FALAH' KE 'TASBIH MUALLAF'




TASBIH MUALLAF
ASTRO PRIMA 
30 JANUARI 2011
10 PAGI

Selasa, 25 Januari 2011

MAKAN, KENYANG, SEDAP

HAPPY BIRTHDAY IRAH!




Happy birthday Irah 

buat adik tersayang dari  Yang & Che Yang.

Semoga dimurahkan rezeki, sentiasa gembira dalam setiap langkah yang dibuat, semoga sentiasa mendapat rahmat dan perlindungan dari Allah dan menjadi seorang hamba-Nya yang taat dan dekat dengan-Nya.






Photobucket

Ahad, 16 Januari 2011

3 EKOR LAGI


Salam bahagia semua,


Power, kucing kami yang berusia 6 bulan telah selamat melahirkan 3 ekor anak yang cute cute pada 25 Disember 2010. Kecil je, tapi garang. Sebenarnya kami tak menyangka yang Power bunting, sebab dia masih kategori anak kucing lagi. Kami telah bertanyakan doktor, setahu kami kucing boleh mengawan ketika berusia 6 bulan tetapi Power sebaliknya. Ketika Power berusia 6 bulan telah pon melahirkan 3 ekor anak. Doktor kata, mungkin Power sudah subur, itu yang beliau boleh bunting awal. 

BERSALJI DI HANGZHOU




Salam hujung minggu semua,

Petang semalm, keluarga saya terdiri dari Mak serta adik-adik perempuan saya Irah, Fuzah, Ummu , Baby dan ibu mertua dengan Adik Ipar Fuzah telah selamat pergi bercuti di Hangzhou, China. 

Seronoknya, pada plan asalnya kami join trip mereka tetapi oleh kerana jadual kami agak ketat tak dapatlah mengikut bercuti ke sana. 

Hangzhou sekarang sedang musim salji. Best tu....  jom kita kenali Hangzhou serba sedikit. 

Khamis, 13 Januari 2011

MUG TAHUN BARU CINA MONYET & KUDA



Salam semua, 

Tahun Baru Cina dah nak dekat, persiapan sikit pon tak buat lagi.  Ingat nak beli decoration gantung-gantung kat rumah minggu lepas. Tapi rasa terlalu awal pulak. Kami pergi ke Ikea minggu lepas jalan-jalan cuci mata dulu sebelum beli persiapan Tahun Baru Cina tahun Arnab kali ini. Ramainya orang kat Ikea. Rasa nak pengsan pon ada sebab terlampau ramai orang. 

Dalam mencuci mata, kami ternampak sebiji Mug yang cantik dan cute. Mug ataupun Kole itu bergambar haiwan mengukit kalender Cina. Jadi kami beli 2 biji kole. Satu gambar Monyet dan Kuda. Adam lahir pada monyet dan Fazi pula lahir tahun kuda. Harganya murah hanya RM4.90 sebiji. Kami beli di Tesco. 

Ahad, 9 Januari 2011

MERLIN SEASON 3 KE UDARA. TERPACAK KAMI DEPAN TV MENONTONNYA







Salam berhujung minggu semua,




Kami peminat Drama bersiri Merlin. Fantasi dan magik magik kembali! Kami mengikuti Merlin dari season 1 lagi. Teruja kami apabila dapat tahu season ke-3 akan keudara dan ia sudah pon ke udara pada Jumaat, 8hb Januari 2011 pukul 10 malam di TV3. Episod pertama ditayangkan selama 2 jam. Ia adalah pembukaan season ke-3 yang amat menyeronokkan apabila menontonnya.





Episod pertama untuk season ke 3 ini menceritakan setelah setahun sejak Morgana hilang. Setelah lama mencari, ia akhirnya menemukan mengembara di hutan, dan tak seorang pun melainkan

Khamis, 6 Januari 2011

Tahniah untuk stesen TV AlHijrah




Salam sahabat-sahabat semua,

Saya terbaca satu artikel yang amat menarik di kosmo.com.my. Secara jujurnya saya tidak tahu langsung mengenai wujubnya stesen baru TV AlHijrah. Setelah membaca aritkel yang bertajuk 'Dilarang bersentuhan' ia adalah satu pertama yang positif yang dilakukan untuk perkembangan dunia seni Malaysia. 

Antara syarat yang titetapkan oleh pihak stesen TV AlHijrah ialah, setiap pelakon wanita yang pelu memakai tudung tak mengira watak. Tidak boleh bersentuhan antara lelaki perempuan walaupun dalam drama tersebut pelakon melakonkan watak suami isteri. 

Masya'allah, bagusnya syarat-syarat yang ditetapkan. Diharap selepas ini, penerbit drama, filem dan stesen tv di Malaysia akan mengikut jejak dan langkah yang baik ini. 


Sabtu, 1 Januari 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2011



SELAMAT TAHUN BARU 2011
dari kami
ADAM CORRIE & FAZI

Semoga tahun ini lebih bermakna dan menjadikan kita semua lebih produktif dan lebih baik dalam kehidupan kita di dunia & akhirat.






Photobucket

link

Related Posts with Thumbnails