TEMAN

Khamis, 13 Januari 2011

MUG TAHUN BARU CINA MONYET & KUDA



Salam semua, 

Tahun Baru Cina dah nak dekat, persiapan sikit pon tak buat lagi.  Ingat nak beli decoration gantung-gantung kat rumah minggu lepas. Tapi rasa terlalu awal pulak. Kami pergi ke Ikea minggu lepas jalan-jalan cuci mata dulu sebelum beli persiapan Tahun Baru Cina tahun Arnab kali ini. Ramainya orang kat Ikea. Rasa nak pengsan pon ada sebab terlampau ramai orang. 

Dalam mencuci mata, kami ternampak sebiji Mug yang cantik dan cute. Mug ataupun Kole itu bergambar haiwan mengukit kalender Cina. Jadi kami beli 2 biji kole. Satu gambar Monyet dan Kuda. Adam lahir pada monyet dan Fazi pula lahir tahun kuda. Harganya murah hanya RM4.90 sebiji. Kami beli di Tesco. 

Oleh kerana tahun ini tahun arnab, mari kita selidik tahun ini. ( Hanya untuk bacaan & pengetahuan sahaja bukan untuk dipercayai, kerana ia bertentangan dengan ajaran Islam)

Arnab ( 兔 ) ialah bintang haiwan yang keempat dalam kitaran 12 haiwan zodiak Cina. Bintang arnab dilambangkan oleh dahan duniawi 卯 . Dalam versi Vietnam bagi zodiak ini, bintang arnab diganti oleh bintang kucing.


Sifat
Kedudukan zodiak:  ke-4
Waktu naungan : 5 - 7 pagi
Mata angin :Timur
Musim dan bulan : Musim bunga, Mac
Bulan qamari: 6 Mac hingga 4 April
Zodiak Barat yang bersamaan :Pisces
Polariti :Yin


Sifat positif 
Peka, bijaksana, berkelakuan baik, senang menerima tetamu, sopan, diplomatik, berjiwa seni
Sifat negatif 
Tidak tegas, suka berahsia, mudah tersinggung, kompleks, suka menyendiri, suka mengumpat, hipokondria, naif, pengecut, mudah terpedaya
Paling serasi  Khinzir, Kambing
Sederhana serasi  Anjing, Arnab, Ular, Kuda
Tidak serasi Naga, Tikus, Ayam, Lembu, Kera, Harimau






Photobucket

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

link

Related Posts with Thumbnails