TEMAN

Isnin, 31 Januari 2011

RANJAU KEHIDUPAN - RTM






Salam Semua,

Drama bersiri Ranjau Kehidupan yang setiap episodnya berlainan kisah.  Drama ini sedang ditayangkan di RTM2 pukul 3:30 petang  bermula awal bulan Januari 2011 pada hari selasa hingga khamis. Dalam episod yang saya lakonkan mengisahkan seorang lelaki berbangsa Cina yang mempunyai sebuah keluarga yang bahagia yang melakukan  rompakan kedai emas & bank tanpa pengetahuan keluarganya. Di mata keluarganya, saya seorang suami dan bapa yang amat dihormati dan penyayang. 


Kegiatannya sebagai perompak akhirnya tumpas apabila beliau ditangkap. Beliau dipenjarakan dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati kerana merompak menggunakan senjata api dan mengakibatkan kematian. 

Kehidupan di dalam penjara amat memeritkan. Beliau amat menyesali apa yang berlaku. Akhirnya beliau mati di tali gantung. 

Dari kisah ini, saya dapat rasakan keperitan di dalam penjara. Namun bagi saya mereka di dalam penjara amat bertuah sebenarnya kerana dapat tahu akan kematian mereka bila. Oleh itu mereka boleh bertaubat dengan sepenuh hati dan memperhambakan diri kepada Allah. Lain pula dengan kita, kita tak tahu bila tarikh kematian kita. Kita masih lagi bersenang lenang di atas muka bumi-Nya tanpa rasa serba salah sedikit pon. Entah esok lusa nyawa kita di ambil oleh Allah tanpa sempat kita bertaubat dan beribadat seperti yang kita janji dari sebelum roh kita di tiupkan ke rahim Ibu kita. 

Semoga drama Ranjau kehidupan ini memberi kesedaran dan mengingatkan tugas kita sebagai hamba-Nya. Sound track yang di pilih juga amat bersesuaian. Isteri saya amat tersentuh dengan lagi Rapuh ini. 
Syabas buat SAGA LINES serta ahli produksi Ranjau Kehidupan kerana menghasilkan sebuah drama yang penuh dengan mesej berguna.




SAGA LINES (M) SDN BHD mempersembahkan
DRAMA BERSIRI 13 EPISOD BERTAJUK RANJAU KEHIDUPAN
untuk RTM2


terbitan : SAGA LINES (M) SDN BHD

arahan : KYOLL HAMZAH
penerbit : SHAM SAGA
penerbit eksekutif : HAMZAH MOHD SAID
skrip : USU AZHA
pen. pengarah : NATASYA NASIR
editor : KAS ROSHAN
jurukamera : NAZIR
penata seni : BEBEN
jurusolek : SHERRY WARSITO



Lagu tema : OPICK : RAPUH




Opick - Rapuh 
detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan


seribu mimpi berjuta sepi

hadir bagai teman sejati

di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup



meski ku rapuh dalam langkah

kadang tak setia kepadaMu

namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu



maafkanlah bila hati

tak sempurna mencintaiMu

dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta



detik waktu terus berlalu

semua berakhir padaMu









Photobucket

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

link

Related Posts with Thumbnails