TEMAN

Khamis, 6 Januari 2011

Tahniah untuk stesen TV AlHijrah




Salam sahabat-sahabat semua,

Saya terbaca satu artikel yang amat menarik di kosmo.com.my. Secara jujurnya saya tidak tahu langsung mengenai wujubnya stesen baru TV AlHijrah. Setelah membaca aritkel yang bertajuk 'Dilarang bersentuhan' ia adalah satu pertama yang positif yang dilakukan untuk perkembangan dunia seni Malaysia. 

Antara syarat yang titetapkan oleh pihak stesen TV AlHijrah ialah, setiap pelakon wanita yang pelu memakai tudung tak mengira watak. Tidak boleh bersentuhan antara lelaki perempuan walaupun dalam drama tersebut pelakon melakonkan watak suami isteri. 

Masya'allah, bagusnya syarat-syarat yang ditetapkan. Diharap selepas ini, penerbit drama, filem dan stesen tv di Malaysia akan mengikut jejak dan langkah yang baik ini. 




-----------------------------


Jom kita baca artikel  ini.

 dari sumber :    http://kosmo.com.my

Dilarang bersentuhan







KEKOK. Itu satu patah perkataan yang diluahkan oleh dramatis berpengalaman, Ezany Nizariff bagi menggambarkan betapa hebatnya impak daripada cabaran yang dihadapinya sepanjang berlakon drama terbaru terbitan stesen TV AlHijrah, Pak Su Man yang mula disiarkan pada pukul 8.30 malam ini.
Sebagai sebuah saluran TV yang berciri Islamik, mungkin ramai yang masih belum mengetahui bahawa TV AlHijrah sebenarnya mempunyai garis panduan yang agak ketat dan harus dipatuhi oleh syarikat penerbitan drama sebelum menghasilkan sesebuah drama untuk siaran saluran TV yang mula ke udara pada 7 Disember tahun lepas itu.
Antaranya, setiap pelakon wanita diwajibkan untuk memakai tudung tidak kira untuk sebarang watak yang dilakonkan.
Pelakon lelaki dan wanita pula tidak boleh bersentuhan meskipun berlakon sebagai pasangan suami isteri.
Dalam pada itu, drama Pak Su Man yang turut menampilkan beberapa pelakon baru seperti Fazren Rafi dan Ika Zulkifli itu menyaksikan Ezany bergandingan dengan Yatt Hamzah sebagai suami isteri.
"Sememangnya saya berasa agak kekok apabila berlakon di samping Yatt sebagai suami isteri tetapi pada masa yang sama kami langsung tidak dibenarkan untuk saling bersentuhan antara satu sama lain," akuinya.
Justeru, bagaimana caranya untuk Ezany menghidupkan karakter kemesraan antara pasangan suami isteri jika untuk saling bersentuhan tidak dibenarkan sama sekali?
Menurutnya, biarpun dia kekok pada awalnya, namun lama-kelamaan dia merasakan garis panduan TV AlHijrah itu sebenarnya adalah satu pendekatan yang cukup menarik.
"Tidak dinafikan garis panduan yang ditetapkan TV Al Hijrah itu agak berat tetapi untuk melihat drama ini berjalan dengan baik, maka ia semua bergantung kepada kreativiti pengarah tentang bagaimana dia akan mencorakkan drama ini supaya kelihatan lebih menarik.
"Biarpun berasa sedikit kekok, tetapi saya tidak kisah dan tetap memberikan yang terbaik untuk drama Pak Su Man kerana saya sedar ia juga boleh menyampaikan mesej dakwah kepada penonton," ujarnya.
Tambahnya, selepas ini juga dia tidak akan menolak sebarang tawaran berlakon sebarang drama yang akan disiarkan melalui saluran AlHijrah, meskipun terikat dengan garis panduan tersebut.

EZANY dan Yatt menerima secara positif garis panduan yang telah ditetap oleh TV AlHijrah.



Imam solat jenazah
Garis panduan TV AlHijrah itu sebenarnya cabaran awal buat Ezany kerana dia menghadapi cabaran yang lebih hebat untuk menghidupkan karakter Reizman atau Pak Su Man menerusi drama tersebut.
Membaca talkin, menjadi imam solat jenazah, mengajar al-Quran dan memberi tazkirah - itu yang perlu dilakukan oleh Ezany dengan penuh berhemah dan meyakinkan umum, khusus untuk karakter Pak Su Man.
Biarpun pernah melakonkan watak lelaki alim sebelum ini, tetapi menurut Ezany wataknya dalam Pak Su Man boleh dikatakan agak berlainan dan cukup istimewa, di samping jalan ceritanya yang cukup menarik.
Bercerita tentang karakter Riezman atau Pak Su Man, beritahu Ezany, dia perlu menjelmakan dirinya sebagai seorang lelaki berkelulusan tinggi dalam bidang keagamaan.
Namun, dia tiba-tiba perlu menjalankan tanggungjawab yang diwasiatkan oleh arwah abangnya, Razlan untuk menjaga empat orang anak abangnya itu selepas Razlan dan isterinya, Ayati meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya.
"Biarpun Riezman mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam bidang agama, namun ia agak berbeza dengan keluarga Razlan yang langsung tidak tahu apa-apa pasal agama dan lebih terpengaruh kehidupan cara kehidupan barat.
"Maka, bermulalah daripada situ tanggungjawab saya untuk memberikan pendidikan agama kepada anak-anak buah saya di samping terpaksa menguruskan syarikat yang telah diamanahkan.
"Bagaimanapun, kehadiran saya dalam keluarga tersebut kurang disenangi oleh salah seorang anak Razlan iaitu Ashraf," ujarnya.
Namun, bagaimanakah Ezany mampu menyediakan dirinya untuk benar-benar berjaya menghidupkan karakter Pak Su Man itu?
Menurut pelakon yang sudah sembilan tahun berkecimpung dalam dunia lakonan itu, dia sangat bersyukur kerana salah seorang kru produksi drama berkenaan merupakan anak tokoh agama terkenal, Tan Sri Hassan Azhari.
"Kru produksi tersebut yang bernama Amin itu juga adalah adik kepada pelakon Datuk Jalaludin Hassan.
"Daripada dialah saya banyak merujuk mengenai perkara tentang keagamaan dan dia sememangnya telah banyak membantu saya," ujarnya yang hadir bersama Yatt, Fazren dan Ika untuk sesi fotografi bersama Kosmo! baru-baru ini.

WATAK hitam dan putih, jahat dan baik dilakonkan dengan sepenuh penghayatan jiwa oleh empat pelakon profesional ini menerusi drama Pak Su Man.



Tertarik nama Sumayyah
Yatt Hamzah pula menjelaskan antara sebab dia bersetuju menerima tawaran berlakon menerusi Pak Su Man ialah kerana dia sangat tertarik dengan nama watak Sumayyah yang dilakonkannya itu.
Ujar Yatt, beberapa hari sebelum menerima panggilan telefon daripada penerbit drama berkenaan, dia ada terbaca buku mengenai kisah sejarah para nabi termasuklah kisah Sumayyah yang merupakan wanita pertama yang mati syahid ketika zaman junjungan besar Rasulullah s.a.w.
"Lantas, saya terus tertarik dengan nama Sumayyah kerana merasakan ia satu nama yang cukup indah dan saya juga ada beritahu kepada suami bahawa sekiranya ditakdirkan memiliki anak perempuan selepas ini, saya akan meletakkan nama tersebut kepada anak saya itu nanti.
"Kemudian semasa saya pergi berkaraoke dengan rakan-rakan, mereka menyuruh saya menyanyikan lagu nasyid yang berjudul Sumayyah juga.
"Tidak lama selepas itu, saya telah dihubungi dan diberi watak Sumayyah dalam drama Pak Su Man dan saya terus menerima tawaran tersebut," bicaranya.
Menurut Yatt lagi, watak Sumayyah sangat menarik dan agak berbeza berbanding watak-watak lakonannya sebelum ini.
Sumayyah jelas Yatt, merupakan seorang wanita yang berpendidikan tinggi, lemah lembut dan sentiasa tabah dalam mengharungi cabaran untuk membesarkan keempat-empat anak saudaranya itu.

MEMILIKI wajah yang kelihatan seperti orang baik-baik, masing-masing tidak menghalang Fazren dan Ika daripada melakonkan karakter jahat menerusi drama Pak Su Man.



Sementara itu, mengulas mengenai gandingannya bersama Ezany dalam drama tersebut, Yatt menjelaskan dia sangat gembira dapat bekerjasama dengan pelakon berkenaan dan menyifatkan gandingan mereka berdua sememangnya memiliki keserasian biarpun baru kali pertama berlakon bersama Ezany sebagai pasangan suami isteri.
"Pada mulanya memang rasa berdebar juga bila bergandingan dengan pelakon yang lebih senior.
"Lagipun saya sudah melihat drama lakonannya semenjak saya masih di bangku sekolah lagi dan tak sangka pula kali ini saya dapat berlakon bersama-sama dengannya," ungkapnya lagi.
Transformasi dunia hiburan
Memberi sokongan 100 peratus terhadap garis panduan TV AlHijrah tersebut, Yatt menyifatkan kemunculan saluran TV tersebut sebagai satu transformasi dalam dunia hiburan tanah air.
"Memang ada segelintir pihak yang mungkin sukar untuk menerima garis panduan berkenaan. Namun bagi saya, bila difikirkan semula apa yang telah ditetapkan, itu lebih banyak kebaikan sebenarnya dan saya juga sangat menghormatinya.
"Malah, selepas ini saya memang sangat berharap akan menerima lebih banyak lagi tawaran berlakon dalam drama-drama yang akan disiarkan menerusi saluran TV AlHijrah," tuturnya yang turut mengakui semakin banyak mendapat tawaran yang memerlukan dirinya memakai tudung.

---------------------------------------------------

Pengenalan TV Alhijrah

TV AlHijrah stesen televisyen siaran percuma (FTA) terbaru yang berkonsepkan Islam telah dirasmikan oleh YAB Dato' Sri Najib Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia di dalam majlis yang penuh gilang gemilang serta diiringi dengan laungan merdu selawat ke atas junjungan Nabi S.A.W dan limpahan cahaya warna warni seumpama sambutan Maal Hijrah.

TV AlHijrah kini bersiaran melalui 6 pemancar termasuk di Lembah Klang, Terengganu, Johor Tenggara, Sabah dan Sarawak serta terbaru dari Bukit Pelindung, Pahang. Siaran ini telah mencakupi 60% daripada penonton televisyen di negara ini.

TV AlHijrah mengutamakan kandungan yang memberi manfaat kepada penonton dan pada waktu yang sama menarik minat golongan sasarnya. Walaupun baru mula bersiaran, 60% daripada kandungannya adalah terbitan tempatan manakala 40% adalah kandungan asing. 30% daripada keseluruhan kandungan diterbitan sendiri oleh TV AlHijrah.

Majlis Pelancaran TV AlHijrah merupakan satu detik bersejarah untuk negara kerana kelahiran sebuah lagi stesen milik kerajaan selepas penubuhan Radia Televisyen Malaysia (RTM) lebih 60 tahun lalu. TV AlHijrah hasil inisiatif YAB Perdana Menteri diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri – dibawah tanggungjawab Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Mejar General Dato Seri Jamil Khir bin Baharom (B).

Detik bersejarah acara pelancaran yang bertempat di Pusat Penyiaran Digital TV AlHijrah disaksikan oleh ratusan dif-dif kehormat, termasuk wakil Negara OIC, Mufti-Mufti Malaysia, Ketua-Ketua Agama Islam Seluruh Malaysia, Wakil Pertubuhan Penyiaran & Media, Badan-Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Penggiat Industri Penyiaran dan lain-lain.

Pemilihan tarikh perasmian TV AlHijrah ini amat bermakna kerana ia jatuh pada sambutan Maal Hijrah, yang mempunyai kaitan dengan nama TV AlHijrah itu sendiri.

"Penubuhan TV AlHijrah yang kerajaan laksanakan ini memang tepat pada waktunya. Kita yakin kita boleh berjaya mencapai objektifnya InsyaAllah. TV AlHijrah akan memain peranan untuk memperkenalkan ajaran Islam sebenar. Pemahaman ajaran Islam sebenar akan dapat mengeratkan hubungan persaudaraan sesama Islam dan pada masa yang sama mesyarakat bukan Islam akan dapat membuang perasaan prejudis dan buruk sangka terhadap Islam. Mereka tidak lagi fobia apabila disebut perkataan Islam. Mereka akan yakini bahawa masyarakat Islam tidak bertindak jika tidak diganggu dan pada masa yang sama mereka adalah rakan yang sangat setia," kata Perdana Menteri Malaysia YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak ketika berucap sempena Majlis Pelancaran Rasmi TV AlHijrah.

Katanya lagi, "Saya harap TV AlHijrah menjadi wahana perpaduan ummah negara. Bagi seluruh umat Islam negara ini terimalah stesen ini sebagai media pendidikan tidak formal untuk mereka. Dan bagi masyarakat bukan Islam, stesen ini diharap akan memperkenalkan kepada mereka ajaran Islam yang betul, harmoni dan membawa kepada kesejahteraan.

Dalam majlis pelancaran ini, Perdana Menteri melakukan perasmian dengan melakukan "PANAHAN PERDANA" dengan melepaskan sebilah anak panah daripada busar kepada sasaran logo besar TV AlHijrah. Logo ini kira-kira 2 meter tinggi yang terletak di puncak bangunan Pusat Penyiaran Digital TV AlHijrah.

Panahan ini secara serentak akan menerangkan logo besar TV AlHijrah buat pertama kalinya di mana logo ini akan dapat dilihat dari jarak yang jauh. Ini kerana Pusat Penyiaran Digital TV AlHijrah terletak di dalam kawasan Pusat Islam yang berada di atas kawasan tinggi yang juga menempatkan Masjid Negara dan Muzium Kesenian Islam sebagai jiran.

Perasmian dengan cara memanah ke arah logo TV AlHijrah ini adalah mengambil iktibar daripada hadis yang berbunyi "Ajarlah anak-anak kamu berenang, memanah dan menunggang kuda" Hadis Rasulullah.

Baginda bersabda: "Berlatihlah memanah dan berkuda. Dan jika kalian memilih memanah maka hal itu lebih baik daripada berkuda." (AHMAD - 16699).

Rasional pembentukan Logo TV AlHijrah berdasarkan latar belakang warna hitam manakala perkataan "ALHIJRAH" berwarna keemasan adalah menyerupai Kisawah Kaabah yang bertulisan emas dengan latar belakang hitam. Kaabah adalah kiblat semua umat Islam dan juga merupakan simbol perpaduan ummah.

Sementara itu, tulisan khat Dewani dipilih kerana ia memberi bentuk yang menarik dan nampak dinamik daripada segi grafik. Warna tersebut kemudiannya diberikan kilauan dan akan bersinar dan bercahaya serta kelihatan amat cantik di kaca televisyen.

Peristiwa Hijrah Rasullullah dan sahabat-sahabat seperjuangan ini menjadi asas yang kuat kepada terbentuknya sebuah negara Islam di mana pemerintahannya dilaksanakan Baginda Rasulullah S.A.W. dengan bimbingan wahyu dari Allah S.W.T. Peristiwa tersebut juga menjadi titik tolak terbentuklah sebuah kerajaan yang unggul di dalam sejarah. Manusia dikeluarkan daripada gelita kejahilan kepada cahaya Iman dan Taqwa.

Aspirasi daripada pengajaran inilah yang menjadi dasar penubuhan TV AlHijrah untuk mengajak ummat Islam terus melakukan perubahan yang berterusan untuk membangunkan ummah. - dari sumber http://tvalhijrah.com







Photobucket

1 ulasan:

  1. terima kasih atas perkongsian ni kakak! b4 this ros pernah uruskan proses umrah untuk akk n suami~ akk ni mang santek la~:) hehe~ hurm, actually info sal tv alhijrah ni mang bagus...tapi ros cari care nak ke sane..huwaaa~ :'( esok nak kesane niiii~ cmne niiii? doakan ros smpi stesen TV ni dengn selamat ye kak?:)

    BalasPadam

link

Related Posts with Thumbnails