TEMAN

Isnin, 28 Februari 2011

JOM MAKAN STEAM BOAT



As'salam...

Teringin nak makan steam boat. Kami makan di Thai Steam Boat di Taman Dagang. Harganya pon berpatutan dalam anggaran RM65 untuk dua orang.

Macam-macam makanan yang disediakan, ada steam dan grill. Pencuci mulut juga disediakan seperti ais kream dan rojak. 

 Lain kali boleh datang makan lagi kat sini.
Photobucket

Khamis, 24 Februari 2011

SI COMEL


As'salam, 


Si comel ini ialah Kuchi Kuchi... 
Mengantuk sangat la tu sampai terlena 



Power, Si Ibu muda. Umur 6 bulan dah melahirkan 3 ekor anak kucing yang comel 
iaitu Fifi,Manis & Kuchi kuchi. 


Ini dia hero dalam rumah. Nama saya Manja.



Photobucket

Selasa, 15 Februari 2011

SALAM MAULIDUR RASUL


Salam maulidur rasul,

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.






Photobucket

Isnin, 7 Februari 2011

SUKA BERGAMBAR? CAMERA INI AMAT SESUAI!


Salam semua 

Kami suka bergambar, tapi malangnya untuk bergambar berdua kena ambil sendiri. Bulan lepas kami telah pon membeli sebuah kamera yang murah dan mempunyai fungsi yang sesuai untuk kami berdua Iaitu kamera yang mempunyai LCD di hadapan kamera untuk memudahkan kami melihat gambar di dalam frame ke tidak? 

Kami suka sangat... lepas ini banyak la ambil gambar sendiri tanpa perlu meminta pertolongan orang lain ambil gambar kami. :)

Kamera PL151/PL101  (2View) 
Mengambil gambar besar dengan rakan-rakan dan keluarga mudah dengan 12.4MP PL151 dan 12.2MP PL101, kerana kedua-dua kamera kompak termasuk LCD depan 1.5 inci, yang membolehkan pengguna untuk frame gambar terbaik. Pasangan Ditembak mod foto secara automatik terkunci apabila subjek memiringkan kepala mereka terhadap satu sama lain, sedangkan mod Anak memainkan lagu muzik yang akan segera menangkap perhatian anak untuk foto ekspresif yang sempurna. Dengan PL151, pengguna juga dapat menikmati merakam video HD 720p, bersama-sama dengan warna artistik dan kesan kanta dengan ciri-ciri Samsung Smart Filter. Adaptor HDMI pilihan juga sedia untuk PL151, sehingga pengguna dapat menonton mereka video HD pada setiap HDTV atau monitor HD. Para PL151 dan PL101 runcit di RM899 dan RM749, masing-masing.




Photobucket

Ahad, 6 Februari 2011

JALAN-JALAN DI PANTAI CENANG

Sabtu, 5 Februari 2011

SELAMAT TAHUN BARU CINA

Khamis, 3 Februari 2011

CANTIKNYA TANJUNG SANCTUARY LANGKAWI





link

Related Posts with Thumbnails