TEMAN

Khamis, 21 April 2011

BUKIT KASIH SAYANG


Salam sahabat-sabahat semua, 

Menyambung kisah di Tanah Suci. Perjalanan di Jabal Rahmah iaitu tempat bertemunya Nabi Adam as dan Hawa setelah keduanya terpisah saat turun dari syurga. Peristiwa pentingnya adalah tempat turunnya wahyu yang terakhir pada Nabi Muhammad saw, yaitu surah Al-Maidah ayat 3.


Gunung Arafat atau Gunung Arafah (Bahasa Arab: جبل عرفات; diterjemahkan Jabal'Arafat) adalah sebuah bukit granit timur Mekah. Hal ini juga dikenali sebagaiGunung Mercy (Jabal ar-Rahmah). bukit adalah tempat Muslim percaya bahawanabi Islam Muhammad berdiri dan menyampaikan Khotbah Perpisahan untukkaum muslim yang menemaninya untuk haji menjelang akhir hidupnya. Mencapai sekitar 70 m tingginya.

Menurut tradisi Islam, itu di Gunung Arafah bahawa Adam dan Hawa, dipisahkan selama 200 tahun selepas pengusiran mereka dari Taman Eden, bertemu dandiakui satu sama lain dan disatukan kembali. 

Orang kata, kalau nak jodoh pergilah ke Bukit 'Kasih Sayang' dan doalah semoga diberikan jodoh bagi mereka yang tiada jodoh lagi. Tapi bagi kami, kami berdoa semoga kami jodoh kami kekal hingga ke syurga. Semoga kasih sayang kami berdua tidak pudar, semakin erat dan saling hormat menghormati. 

Hendak naik atas ke Jabal Ramah, kawasannya agak sesak dan sempit dengan manusia yang ingin naik dan turun dari Jabal Rahmah . 

Dari tepi kaki bukit, lereng-lereng bukit dan sepanjang jalan naik ramai penjual dan peminta sedekah yang tangan nya kudung. Macam-macam ragam yang kami dapat lihat. Semuanya membuatkan kami rasa bersyukur kerana Allah berikan kehidupan yang selesa. Rasa ingin membantu hanya dengan memberi sedikit wang, membeli jualan mereka sekadar yang mampu dan mendoakan kesejahteraan mereka semua. 

ok sampai sini dulu... nanti kita sambung lagi... 




Photobucket

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

link

Related Posts with Thumbnails