TEMAN

Khamis, 28 April 2011

SAMOSA DI MEKAH SEDAP!

Salam sahabat-sahabat semua,

Kami berdua tiba-tina rindu dengan Samosa, Nasi Briyani Ikan, Jus Mangga dan Briyani Ayam di Mekah. Ketika Mekah, dalam perjalanan pulang dari Masjidil Haram ke Hotel, kami sempat singgah di kedai yang menjual Samosa ( kesukaan Fazi) , Jus Mangga dan Briyani Ayam.



Sedapnya.... sukar hendak digambarkan. Nak juga makan hidangan tersebut di Malaysia, tapi samosa di sini kecil, keras dan inti sedikit. Kalau di sana, masya'allah dengan besarnya, intinya banyak dan murah. 10 biji baru 5 riyal.

Dalam perjalanan dari Madinah ke Mekah, bas kami sempat behenti di sebuah restoren di tengah-tengah padang pasir. Di situ kami singgah pergi ke tandas dan juga mengisi perut yang sudah mula berdendang. Kami berdua berkongsi makan dengan memesan Nasi Ikan... Tapi peniaga Arab di sana katakan pada kami ianya "Nasi Ike". Wah orang arab panggil kechek klate la.

Nasi Ikan nya sedap.... sedap ... sedap..... Simple je hidangannya. Nasi Briyani dengan Ikan Kerapu goreng garing. Harga 20 riyal. Memang berbaloi. Nasinya banyak .....

Lapar la pula cerita pasal makan ni. Emmm... kami berhenti di sini dulu..... nak makan. Nanti kita sambung lagi kisah kami berdua di sana... Selamat Malam semoga kita semua dirahmati Allah.

Wassalam


Photobucket

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

link

Related Posts with Thumbnails