TEMAN

Ahad, 29 Mei 2011

Corrie wajah gengster terbaik



Corrie wajah gengster terbaik

kosmo.com.my
ahad- 29/5/11

DIA sering memegang watak antagonis. Selama 12 tahun berkecimpung dalam dunia lakonan, itulah label yang paling sesuai diberikan kepada pemilik nama Adam Corrie Lee, 43.

Terbaru, Corrie masih lagi muncul dengan watak jahat menerusi filem arahan Syamsul Yusuf berjudul KL Gangster.
Tidak pernah mengeluh setiap rezeki yang diterima, sebaliknya Corrie berasa wataknya menggambarkan bahawa dia cukup serasi beraksi sebagai gengster.
Bagaimanapun, secara jujur Corrie sentiasa menantikan tuah namanya itu terpilih melakonkan karakter lelaki budiman.

MABUK KE HARAM?



Salam sejahtera sahabat semua,

Fazi ingin kongsikan satu video ceramah dari Ustaz Kazim. Mengenai Arak & Dadah. Memang sengaja Fazi buat entry seperti ini kali ini selepas melihat cara hidup orang sekeliling Fazi yang masih mengamalkan cara hidup tidak sihat dan haram  dari segi hukum agama Islam.

Arak bagi sesetengah orang itu adalah normal. Gaya hidup yang cool. Begitu juga dengan ganja yang selalu diambil dikalangan orang kita orang melayu. Bagi mereka ganja tak pe, ia bukannya arak yang diharamkan dalam agama kita.

Sekarang saya sudah dapat keterangan yang meyakinkan tentang arak dan dadah melalui ceramah Ustaz Kazim. Mari kita dengar, faham dan cuba elakkan perkara yang disampaikan.

Wassalam dari kami.

Photobucket

Sabtu, 28 Mei 2011

BAIK BAIK JE


Salam sahabat-sahabat semua,

Alhamdulillah dugaan demi dugaan dapat ditempuhi dengan tenang walaupun ada rintangan yang kadang kala perit juga untuk ditelan. Kita hidup atas muka bumi ini kalau tak diuji oleh-Nya maka tak lengkaplah iman kita. Apabila kita diuji maknanya Allah sayang akan kita. Bila kita diuji dengan kesusahan dan rintangan kita akan lebih dekat dengan-Nya kerana pada ketika itu kita akan mengadu, merayu pada-Nya. Dan apabila kita senang juga ia bermakna kita di uji. Allah uji kita dengan kesenangan untuk melihat yang kita semakin bersyukur dan makin dekat pada-Nya atau sebalik-Nya. Ujian dilimpah dengan kesenangan sebenarnya lagi susah. Kerana ketika itu kita kurang merayu dan mengadu pada-Nya. 

Jadi kami selalu takut dengan kesenangan. Takut makin jauh dari-Nya. Allah  berikan pelbagai ujian dan dugaan pada hamba-Nya dengan kemampuan mereka. Itu kami percaya. Mesti ada hikmah yang kita tak tahu. 


Belajar menerima keadaan dengan hati yang redha itu adalah lebih baik dari kita menyalahkan takdir dan orang sekeliling. Kami selalu bersangka baik dengan apa yang terjadi baik perkara itu baik atau sebaliknya. 

Sebagai seorang saudara baru, mungkin Allah ingin melihat sejauh mana iman di dada setelah memeluk Islam. Ujian-ujiannya adalah hadiah yang tak ternilai bagi seorang saudara seperti Adam yang masih banyak perkara yang perlu belajar. Manakala sebagai seorang isteri kepada saudara baru, ia adalah hadiah dan amanah yang besar dan berat untuk menjadi contoh terbaik di mata suami seorang saudara baru buat Fazi. Bagaimana nak membantu dan membimbing suami dalam hal ehwal agama, dunia dan akhirat. Dalam masa yang sama, Fazi dapat meningkatkan ilmu agama untuk diri sendiri dan membimbing suami dengan penuh rasa tanggungjawab.  


Insya'allah semuanya akan berjalan dengan baik sekiranya ingin menjadi orang yang baik, dengan memulakan berfikir perkara yang baik-baik, pertuturan yang baik, dan perbuatan kita juga perlu baik. 

Wassalam dari kami 









Photobucket

Jumaat, 27 Mei 2011

SEKITAR PREVIEW KLG

Datang bagi support












Photobucket

Khamis, 26 Mei 2011

AKAN BERADA DI PAWAGAM JUN 2011



Semakin matang
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin
serima@bharian.com.my
2011/05/25





Banyak tampilkan pelakon lelaki, KL Gangster tetap meyakinkan

KEMATANGAN Syamsul Yusof sebagai pengarah berkaliber kian terserlah melalui buah tangan terbarunya, KL Gangster, yang dipersembahkan kepada wakil media Isnin lalu.
Kelegaan begitu jelas terpancar pada wajahnya apabila rata-rata mereka yang menonton memberikan komen positif. Ucapan tahniah bertali arus sebaik selesai sesi pratonton, cukup tidak dijangka anak muda ini kerana projek filem ini hampir terbatal berikutan beberapa masalah yang timbul.



Filem yang menjalani penggambaran selama 38 hari dengan kos pembikinan sebanyak RM2.1 juta itu dibintangi Syamsul sendiri dan diperkuatkan lagi dengan kehadiran Aaron Aziz, Ady Putra, Zizan Raja Lawak, Shoffi Jikan, Adam Corrie, Ku Faridah, Riduan Hashim dan Sheera Iskandar.

Biarpun sarat dengan aksi pergaduhan, Syamsul bijak mengadun filem itu. Jalan ceritanya tersusun cantik tanpa membuatkan penonton keliru. Selain itu, Syamsul turut menyuntik elemen komedi dan kekeluargaan di dalam filem berkenaan, untuk menjadikannya lebih berwarna-warni.

Anak muda berusia 27 tahun ini juga ternyata berani apabila memaparkan pelakon lelaki sebagai tunjang utama sementara pelakon wanita hanya ditampilkan memegang watak tambahan. Tanpa kehadiran pelakon wanita popular sekalipun, eksperimen Syamsul nyata berjaya.

“Sebelum tayangan filem ini, saya tidak senang hati, bimbang penonton tidak boleh fokus dengan apa yang cuba saya sampaikan. Formula saya setiap kali menghasilkan filem perlu ada elemen emosi. Mungkin kelihatan agak tipikal apabila saya menyelitkan elemen kekeluargaan, tetapi saya cuba mempersembahkan dalam cara berbeza. 
“Ketika menghasilkan filem ini, saya luangkan masa menonton filem The Godfather dan Young & Dangerous untuk dijadikan inspirasi. Saya tidak meniru, sebaliknya saya cuba meneroka apa yang boleh saya lakukan untuk filem KL Gangster.

“Saya juga bertemu dengan samseng untuk mengetahui bagaimana gaya hidup serta cara pertuturan mereka. Malah saya meniru gaya pertuturan kumpulan berkenaan untuk filem ini. Bagaimanapun skrip yang saya hasilkan bersama Rizal Ashref hanyalah draf. Selebihnya diolah oleh pelakon ketika di set. 

"Saya juga seronok dapat bekerjasama dengan pelakon yang membintangi filem ini kerana mereka profesional malah filem ini berjaya disiapkan dalam tempoh agak singkat,” kata Syamsul.

Tertekan harapan peminat

MENGULAS mengenai projek filem terbabit yang hampir dibatalkan, Syamsul menjelaskan, perkara itu timbul kerana kesukaran untuk menyatukan kesemua artis. 

Kesukaran mendapatkan ke semua pelakon secara tidak langsung turut menjejaskan sesi latihan. Syamsul bagaimanapun bersyukur apabila setiap pelakon yang menjayakan filem berkenaan memberikan sepenuh komitmen.

Sesi latihan untuk aksi berlawan dijalankan dalam masa sebulan. Walaupun sudah menjalani latihan, namun masih berlaku kemalangan kecil yang tidak dapat dielakkan. 

Buat kali pertamanya juga, idea membikin filem ini dihasilkan Syamsul tanpa campur tangan bapanya. Memang Datuk Yusof Haslam ada memberikan beberapa saranan, tetapi Syamsul enggan mengikut cadangan bapanya kerana lebih mengetahui keinginan penonton berjiwa muda.

Pemenang Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) ke-23 ini mengakui, trofi diraih sedikit sebanyak membuatkan dia tertekan kerana penonton pasti meletakkan harapan tinggi.

“Saya mengaku memang ada rasa tertekan kerana memikirkan sambutan daripada penonton selepas menonton KL Gangster dan juga tekanan akibat anugerah yang pernah saya menang sebelum ini," ujarnya sambil memberitahu, elemen komedi dan samseng di dalam KL Gangster secara kebetulan mempunyai sedikit persamaan dengan Kongsi terbitan MIG Production, tetapi jalan ceritanya nyata berbeza.

Pemuda itu juga mendedahkan, dia tidak kisah sekali pun penjualan tiket untuk filem terbarunya tidak seberapa. "Malah, saya tak berani nak mensasarkan berapa yang mampu dikutip oleh filem ini. Tetapi saya lebih memerlukan maklum balas baik daripada media dan penonton. Itu sebenarnya lebih bermakna kerana saya mahu perbaiki lagi mutu pengarahan,” katanya yang banyak berkhayal ketika menghasilkan skrip filem ke-27 terbitan Skop Production itu.

Ketika menghasilkan skrip, katanya, tiada pelakon yang dirasakan layak melainkan semua nama yang disebutkan tadi. 

Sementara itu menyentuh mengenai dirinya yang turut terbabit dalam filem itu, Syamsul yang akan menghasilkan prekuel filem itu sedikit masa lagi berkata, dia turut berlakon dalam sesebuah filem jika berasakan watak itu sesuai. Lagipun hanya dengan terus berlakon dia dapat memperbaiki lagi mutu lakonan.

Dalam majlis yang sama, Syamsul turut menafikan dia menggunakan Zizan kerana populariti Artis Komedi Lelaki Popular itu untuk menarik penonton ke panggung. Sebaliknya dia meletakkan watak yang sempoi untuk menceriakan penonton, supaya tidak tertekan dengan aksi lawan.

Sinopsis

KL GANGSTER yang menemui penonton mulai 9 Jun ini mengisahkan dua beradik yang terjebak dalam dunia samseng iaitu Malek dan Jai. Si abang, Malek, merengkuk selama lima tahun dalam penjara kerana dikhianati kumpulannya sendiri.

Setelah dibebaskan, Malek ingin mengubah persepsi masyarakat dan menjauhkan diri daripada kehidupan hitam sebagai anggota kongsi gelap. Menjalani rutin kehidupan biasa sambil menjaga ibunya yang sudah tua, tetapi sebagai bekas banduan, dia sering dipandang serong oleh masyarakat. Dalam masa sama, dia berdepan masalah moral adik perempuannya, Zati. 





Photobucket

Rabu, 25 Mei 2011

SEHARIAN DI POS MALAYSIA SHAH ALAM









Photobucket

Selasa, 24 Mei 2011

FILEM YANG PENUH DENGAN AKSI

Syamsul Yusof Buat Diri Tertekan Kerana 'KL Gangster'

Shamsul, Adi dan Aaron merupakan tunggak utama filem KL Gangster yang akan ditayangkan di pawagam pada 9 Jun ini. - Foto HASRUL HASHIM

PETALING JAYA: Pelakon dan pengarah Syamsul Yusof sengaja membuatkan dirinya sentiasa tertekan bagi mendalami watak Shark dalam filem KL Gangster.

Filem tersebut bakal ditayangkan di 90 buah pawagam di seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura mulai 9 Jun ini.

Shark merupakan seorang gangster yang kejam, tamak dan sentiasa mengkhianati Malek (Aaron Aziz) kerana ingin menjadi ‘raja’ gangster di Kuala Lumpur (KL).

Dia merupakan anak tiri kepada King (Ridzuan Hashim), iaitu ketua kongsi gelap yang paling berpengaruh di KL. Shark sanggup melakukan apa sahaja demi wang dan kuasa. Kerana tamakkan kuasa Shark mula berdendam dengan ayahnya dan Malek.

“Sepanjang memegang watak Shark, saya sengaja membuatkan diri menjadi tidak mood dan tertekan kerana watak itu memerlukan seorang itu menjadi agresif dan panas baran.

Para pelakon filem KL Gangster.

“Saya terpaksa melakukan uji bakat kepada diri-sendiri dan mengambil masa berminggu-minggu untuk mendalami watak tersebut,” katanya kepada pemberita selepas tayangan media filem KL Gangster di Cathay Cineleisure, e@curve, di sini, Isnin.

Selain bergelar pelakon utama dalam filem itu, Syamsul turut mengarah dan menulis skrip KL Gangster di samping sepupunya, Mohd Rizal Ashraff.

Ramai penonton yang berpuas hati dan memuji filem kelima arahan anak penerbit Datuk Yusof Haslam itu. Bagaimanapun, penonton kanak-kanak di bawah 13 tahun perlu mendapatkan pengawasan penonton dewasa.

Belum pun ditayangkan di pawagam, pengarah filem Evolusi KL Drift, Bohsia…Jangan Pilih Jalan Hitam, Evolusi KL Drift 2 dan Khurafat ini menjangkakan sekuel filem KL Gangster akan dilakukan nanti.

Shamsul menyambut ulang tahun ke-27 pada 21 Mei lalu.

“Saya sentiasa menonton filem aksi dari dalam dan luar negara untuk mempelbagaikan elemen tersebut serta meminta pandangan daripada gangster dan pihak polis.

“Apabila melakukan kerja, saya cuba untuk mengikut selera penonton dan membuatkan mereka berpuas hati dengan elemen aksi yang dipaparkan dalam filem saya. Bagaimanapun, saya sengaja menyuntik sedikit elemen drama dan komedi untuk menjadikan cerita ini lebih menarik,” ujarnya lagi.

Filem tersebut turut dilakonkan oleh Adi Putra, Zizan Raja Lawak, Shoffi Jikan, Adam Corrie dan Sheera Iskandar.





Photobucket

Isnin, 23 Mei 2011

FILEM KL GANGSTER PENUH DENGAN DEBARAN AKSI








KL GANGSTER mengisahkan cerita hitam dua beradik. Malik dan Jai yang telah terjebak dalam dunia gangsterisme. Malik (abang Jai) telah dipenjarakan selama 5 tahun akibat dikhianati oleh kumpulannya sendiri yang didalangi oleh Shark,anak tiri King iaitu ketua kongsi gelap yang paling berpengaruh di KL.Setelah dibebaskan, Malik bertekad ingin berubah serta menjauhkan diri dari kehidupan hitam sebagai ahli kongsi gelap.

Malik menjalani rutin kehidupan seperti orang biasa yang lain sambil menjaga ibunya yang sudah tua tapi sebagai bekas banduan yang dipandang serong oleh masyarakat adalah agak sukar dia menjalani kehidupan seperti biasa. Beliau sering diganggu oleh gangster-gangster lain yang masih berdendam dengannya sehingga King tampil menghulurkan bantuan untuk Malik memulakan kehidupan baru

Khamis, 19 Mei 2011

KAMI BERDARAH O



Salam semua, 

Hari ini kami nak bercerita mengenai darah jenis O. Kebetulan kami berdua mempunyai jenis darah yang sama. Sesiapa yang berdarah O  boleh baca artikel yang kami dapat dari web. 

Orang yang golongan darah O memiliki ciri-ciri yang berbeza daripada orang-orang yang Jenis B atau Jenis A - mereka terdedah kepada penyakit yang berbeza, mereka harus makan makanan yang berbeza dan sukan dengan cara yang sama sekali berbeza. Beberapa percaya keperibadian yang dipengaruhi oleh jenis darah! Dr D'Adamo, penulis buku laris Makan Tepat untuk anda Hak Jenis dan Live untuk Jenis anda, antara lain, memberikan kita cetak biru untuk hidup dalam buku-bukunya. Baca terus untuk mengetahui lebih lanjut mengenai masing-masing Jenis O. 

Rabu, 18 Mei 2011

The Lost Bladesman







The Lost Bladesman adalah Hong Kong 2011 sejarah seni mempertahanakan diri filem yangdiadaptasi dari kisah Guan Yu persimpangan lima berlalu dan membunuh enamjeneral dalam novel sejarah Romance Luo Guanzhong tentang Tiga Kerajaan. Ini bintang Donnie Yen sebagai Guan, yang juga menjabat sebagai pengarah aksi filem.Ditulis dan diarahkan oleh Alan Mak dan Felix Chong. Filem bermula pada Mac 2010 dan selesai pada tarikh 30 Jun 2010.




Sinopsis




Pembuka tirai filem ini dimulaikan dengan adegan Cao Cao menghadiri pengebumian Guan Yu - Guan dipenggal kepala adalah dikuburkan dengan sebuah patung kayu tempat tubuhnya.Adegan lalu kilas balik ke 20 tahun yang lalu: Guan Yu telah dipisahkan dari sumpah saudara Liu Bei nya, dan ia sementara berkhidmat Cao Cao sambil menunggu kabar tentang kewujudan Liu. Pada Pertempuran Baima antara Cao Cao dan musuhnya, Yuan Shao, Guan Yu membunuh umum Yuan Yan Liang dan mengangkat pengepungan di Baima. Sebagai hadiah, Cao Cao mengesyorkan bahawa maharaja memberikan Guan Yu gelaran "Marquis of Hanshou" (汉寿 亭侯) dan mempromosikan dia untuk pangkat seorang jeneral leftenan (偏将军).
keluarga Liu Bei dan gundik nya, Qilan, tinggal di kawasan-kawasan Cao Cao bersama-sama dengan Guan Yu. Cao Cao selalu disajikan Guan Yu dengan hadiah berharga, berharap bahawa umum akan tersentuh dan memutuskan untuk tetap berada di sisinya, tetapi Guan menolak untuk meninggalkan kesetiaannya kepada Liu Bei. Ketika ada kabar bahwa Liu Bei berlindung dibawah Yuan Shao, Guan Yu dirundingkan dengan Cao Cao untuk melepaskan keluarga Liu Bei, dan Cao setuju, sedangkan Qilan tetap di belakang dengan Guan. Ketika Cao Cao menyedari bahawa Guan Yu diam-diam jatuh cinta dengan Qilan, ia menipu Guan menjadi wain dibubuhi pengambilan afrodisiak, dengan harapan bahawa Guan akan mendedahkan perasaannya ke Qilan. Namun, Guan Yu berhasil untuk tetap rasional dan tidak mengambil selir saudaranya sumpah nya untuk dirinya sendiri. Dia dan Qilan membuat persiapan untuk meninggalkan Cao Cao setelah itu.

Jumaat, 6 Mei 2011

SELAMAT HARI IBU



Salam sejahtera dan salam jumaat sahabat semua. Semoga hari ini lebih berkat, tenang dan lebih baik dari semalam. Hari ibu atau Mother's Day makin hampir. Kami berdua mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua wanita yang bergelar Ibu. 


Ini gambar ketika kami berdua menyambut Tahun Baru Cina bersama Ibu Adam (Mak Mertua Fazi). Kami tetap menyambut bersama walaupun kami berlainan agama.  Kasih ibu dan anak tak dapat dipisahkan.   Hormatilah Ibu Sekalipun Berlainan Agama     



Dari Asma’ binti Abu Bakar r.a katanya:

”Ketika terjadi genjatan senjata dengan kaum Quraisy, ibuku yang ketika itu masih musyrik datang kepadaku. Lalu aku meminta izin Rasulullah SAW dengan berkata:”Ya Rasulullah! Ibuku datang kerana beliau rindu padaku. Bolehkah aku menemuinya?”Jawab Rasulullah SAW,”Ya boleh! Berjumpalah dengan ibumu.”
(Muslim)



Huraian
1. Di dalam Islam SUAMI dan IBU mempunyai kuasa yang besar. Kuasa suami ke atas isteri dan kuasa ibu ke atas anak-anak. Seseorang itu akan dimurkai Allah sekiranya dia menyakiti hati dua golongan tadi.
2. Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya: "Syurga itu di bawah tapak kaki ibu". Oleh itu anak-anak harus menumpahkan kasih sayang kepada orang tua mereka sekalipun mereka kafir dan ingkar terhadap Allah. Hal ini disebabkan ibu bapa adalah berhak mendapat penghormatan daripada anak-anak.
3. Anak-anak harus mentaati ibu bapa mereka yang beragama Islam dalam urusan hidup yang tidak bertentangan dengan Islam. Islam melarang keras anak-anak mencela atau memarahi ibu bapa dengan bahasa yang kasar tetapi haruslah menasihati mereka dengan baik dan sopan.



Adam dengan Mak (Ibu Mertua) ketika ini tengah sibuk menyiapkan tugasan 'game' pada Hari Raya Aidil Fitri 2010. Adam ketika ini kumpulan dengan mak. Mak melayan Adam seperti anaknya sendiri. Adam amat bertuah beribu mertuakan Mak atau dikenali sebagai Kamariah. Kalau ada sebarang masalah Adam selesa bercerita dengan Mak. Begitu juga dengan Fazi, Fazi teramat rapat dengan Mak. 

Semoga Mak berdua sentiasa dilindungi Allah, sentiasa sihat, gembira selalu tak nak susah-susah hati dan yang paling ingin kami berdua kata pada Mak berdua. 

KAMI SANGAT SAYANG DENGAN MAK

SELAMAT HARI IBU.... 

mmmm lebih tetap 

SELAMAT HARI MAK














You taught me everything
And everything you’ve given me
I always keep it inside
You’re the driving force in my life, yeah
There isn’t anything
Or anyone I can be
And it just wouldn’t feel right
If I didn’t have you by my side
You were there for me to love and care for me
When skies were grey
Whenever I was down
You were always there to comfort me
And no one else can be what you have been to me
You’ll always be you always will be the girl
In my life for all times

Chorus:
Mama, mama you know I love you
Oh you know I love you
Mama, mama you’re the queen of my heart
Your love is like
Tears from the stars
Mama, I just want you to know
Lovin’ you is like food to my soul
You’re always down for me
Have always been around for me even when I was bad
You showed me right from my wrong
Yes you did
And you took up for me
When everyone was downin’ me
You always did understand
You gave me strength to go on
There was so many times
Looking back when I was so afraid
And then you come to me
And say to me I can face anything
And no one else can do
What you have done for me
You’ll always be
You will always be the girl in my life
Chorus 

Photobucket

link

Related Posts with Thumbnails