TEMAN

Ahad, 21 Ogos 2011

HIDANGAN DI HARI RAYA NAK HIDANG CUPCAKES

Salam Ramadhan,



Di bulan ramadhan yang mulia kali ini banyak betul dugaan. Peluang untuk Fazi & Adam berterawih di masjid tak kesampaian lagi. Cuma dapat berjemaah solat terawih di rumah berdua sahaja. Itulah kan. Dugaan kali ini



Puasa bukanlah masalah bagi kami berdua. Dugaan menahan rasa kemarahan, kesabaran dan pelbagai perasaan itu yang amat mencabar. Melihat orang-orang yang tidak berpuasa dengan tiada rasa bersalah di hadapan kita menguji perasaan marah & sedih melihatnya. Nak dimarah tak boleh kerana mereka dah besar dan tahu membezakan halal dan haram serta dosa dan pahala.

Syawal kali ini kami berdua tak sempat buat persiapan Syawal lebih awal. Persiapan raya tahun lepas lima bulan sebelum raya dah beli kain raya dan hantar tempah baju raya. Tapi baju tak siap-siap juga.  Tahun ini kita beli baju ready made je lagi senang. Sediakan duit je kan....



Kuih raya tahun ini pon tak buat. Cuma beli 2 jenis je untuk syarat kan. Kalau ada sahabat handai datang ada juga untuk dihidangkan. Tahun ini kami plan nak buat cupcakes untuk hidangan Hari Raya dan insya'allah kalau ada rezeki lebih untuk Open House nanti.

Baju raya belum beli lagi.  Kami plan nak pakai baju warna Pink & Oren la tahun ini. Cukup la kan 2 pasang bajukan.

Nanti kita sambung bersembang lagi ye dari saya Fazi & Adam.
Wassalam




Nak buat Ketupat Cupcakes untuk Hari Raya tahun ini.









untuk tempahan boleh layari www.fazicakes.com atau pergi terus ke kedai 
Just Muffins di G-15A, Wangsa Walk Mall, Wangsa Maju.


Photobucket

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

link

Related Posts with Thumbnails