TEMAN

Jumaat, 9 September 2011

Kecekalan Adam Corrie Lee

Senyum? Tak sempat nak senyum dah kena snap :P




Jumaat 9 September 2011


http://www.sinarharian.com.my/SH/com/content/story9508754.asp

Tahun ini, adalah tahun keempat bagi pelakon, Adam Corrie Lee, 43, menyambut Aidilfitri sebagai seorang Muslim bersama isterinya, Fazima Fuad, 34.

Tidak pernah ada keluhan di hati Adam untuk menunaikan tanggungjawab sebagai Muslim sejak dirinya menganut Islam pada 13 Julai 2008.

Menurut Adam, Islam banyak mengajarnya erti kesabaran dan keyakinan dalam menghadapi hari-hari sebagai seorang manusia beriman.



“Selama empat tahun bergelar Islam, banyak saya pelajari untuk mendalami ilmu agama mengenai keindahan Islam dan ajarannya. Tahun ini, adalah tahun ketiga saya berjaya menunaikan ibadat puasa dengan sempurna.

“Pada tahun pertama, saya sememangnya mahu menyempurnakan ibadat puasa selama sebulan, namun saya tidak dapat meneruskannya kerana demam dan hanya berpuasa 26 hari sahaja.

“Pada tahun ini pula, saya berjaya menyempurnakannya, walaupun pelbagai halangan seperti demam dan terlibat dengan penggambaran untuk drama aksi,” katanya yang bakal muncul dalam drama 26 episod, Metro Skuad, pada bulan November ini.

Menurut Adam, sejak tahun 2009, dia mula mengamalkan bacaan Yasin berjemaah dengan isterinya setiap malam Jumaat dan berjaya mengimamkan solat. Kini dia sedang mencari masa sesuai untuk memasuki kelas agama untuk mendalami bacaan al-Quran dengan betul.


Petunjuk untuk memeluk Islam

Mengimbau tentang detik Adam mengambil keputusan memilih Islam, Adam berkata, dia pernah bermimpi didatangi seorang lelaki berjubah putih dan berserban.

Sejak itu, terdetik niat di hatinya untuk mengenali Islam dengan lebih dalam lagi dan keputusan itu disokong oleh ahli keluarganya.

“Saya memang minat mendalami Islam dan tahu serba sedikit mengenai Islam sejak kecil lagi kerana kebanyakan rakan beragama Islam. Tiada masalah untuk saya mematuhi hukum-hukum Islam kerana itu adalah jalan yang saya pilih.

“Saya bersyukur kerana keluarga menerima saya sebagai Adam. Hubungan kekeluargaan juga masih seperti dulu dan saya akan membawa pulang isteri ke rumah ketika sambutan Tahun Baru Cina,” katanya.

Tambahnya lagi, hubungan dengan isteri juga sentiasa mekar dan dia mengharapkan agar kebahagiaan terus bersama mereka sepanjang hayat.

Tatkala ditanya soal cahaya mata, Adam tergelak kecil dan terus mengatakan dia sememangnya teringin untuk bergelar bapa seperti rakan-rakan lain.

“Rezeki untuk menimang cahaya mata, masih belum berpihak kepada kami dan kami akan terus berdoa kepada ALLAH SWT agar menunaikan hasrat kami ini,” katanya. 






Selamat Hari Raya Aidilfitri

Photobucket

4 ulasan:

  1. Assalamualaikum Adam dan Fazima,

    Semoga dikau berdua di anugerahi Allahu Ta'ala dengan segala kebaikan dunia dan akhirat serta zuriat tak lama lagi.

    Salam mesra dari Mahaguru58!

    BalasPadam
  2. Eh, Mahaguru58 pun ada..
    alhamdulilah..semoga kita yang menumpang dibumi bertuah ini tidak pernah leka dari memanjatkan syukur kepadaNYA..

    Islam itu Perpaduan.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah.. Abg Adam beruntung beristerikan Kak Fazi... Alhamdulillah... Abg Adam merupakan di antara yang terpilih sebagai saudara baru kami... semoga Abg Adam dilimpahi rahmat oleh Allah selalu dan berbahagia bersama Kak Fazi.. mmg Abg Adam cekal !! Saya kagum !!

    BalasPadam
    Balasan
    1. trimakasih azilahasryza. semoga kita semua dirahmati-Nya

      Padam

link

Related Posts with Thumbnails