TEMAN

Selasa, 6 September 2011

KUCING PON MAKHLUK ALLAH, JANGAN DIDERA BEGITU.


Selamat Hari Raya Aidilfitri 

Terbaca suratkhabar semalam di harian metro tentang kejadian 16 kucing mati ditinggal di pusat jagaan sempena Aidilfitri tidak diberi makan. Sebuah syarikat yang menjalankan servis hotel untuk haiwan peliharaan seperti kucing terbongkar apabila 300 kucing dipercayai telah dikurung tanpa diberi makanan & minuman di premis mereka yang terletak di Damansara Damai, Selangor.

Kegiatan mereka terbongkar apabila sekumpulan pemilik kucing dengan pemerhatian pihak polis telah menyerbu masuk ke premis mereka untuk operasi menyelamat. Difahamkan, sebelum ini pihak syarikat tidak membenarkan pemilik kucing untuk melihat kondisi pusat hotel atas alasan sempit untuk laluan manusia, walaupun mendapat permintaan daripada pemilik kucing.

Pemilik kucing terkejut apabila melihat kondisi kucing yang kelaparan, kehausan & ketakutan ekoran daripada tindakan pihak syarikat yang mengabaikan kebajikan kucing pemilik. Menurut sumber, terdapat beberapa ekor kucing termasuklah 2 ekor kucing ibu & anak yang mati bersama-sama ketika serbuan dibuat.

Berhubung daripada itu, sebuah sidang media berkaitan dengan kontroversi Petknode yang berlangsung di Armada Hotel anjuran SPCA Selangor sekitar pukul 5 petang hari ini telah diadakan dengan dihadiri ramai pihak media, aktivis haiwan & pemilik kucing.


Kami adalah pencinta kucing. Kami juga ada membela kucing sebanyak 20 ekor.  Bila mendengar kejadian, terfikir mereka ini tak perasaan ke terhadap makhluk Allah yang comel ini.  Jom kita tonton video ini, berita tentang kejadian tersebut.


Sedih tengok berita ni pasal kucing-kucing yang dibiarkan begitu.








Sumber dari soaljawab 
Tidak ada nas yang sarih mengenai kucing binatang kesayangan baginda S.A.W.

tetapi banyak hadith sahih dlm bukhari dan muslim menceritakan amaran baginda S.A.W dlm hal manusia memperlakukan binatang dgn kejam. Seorang wanita dimasukkan ke dlm neraka kerana mengurung kucing dan tidak memberi makanan & minuman kpd kucing tersebut lalu kucing itu mati kelaparan. (Sahih Bukhari dan Muslim)

Dlm Sunan Abu Dawud menceritakan perihal kucing;
Dawud Ibn Salih Ibn Dinar At-Tammar berkata bahawa ibunya telah melihat seorang perempuan menghantar harisah kepada Aisyah yg tengah mendirikan solat. Dia mengisyaratkan menyuruh meletakkan ke bawah. Kmdn seekor kucing datang dan makan sedikit darinya, tetapi setelah Aishah selesai bersolat dan makan pada tempat yg diminum oleh kucing itu...(dan seterusnya).

Kisah Abu Hurairah
Nabi memberi kunyah (gelaran) kpd sahabat beliau kerana mengasihi kucing. Namun demikian, bukanlah itu menunjukkan bahawa kucing satu2nya binatang yg wajar diperlaku dgn baik.

Dalam suatu peristiwa, tatkala seorang sahabat nabi bernama Abdul Rahman bin Sakhr menemui seekor anak kucing yang sedang mengiau kerana kehilangan ibunya. Beliau yang dalam perjalanannya menuju Masjid Nabawi, berasa kasihan kepada anak kucing itu, lalu mengambil dan meletaknya dalam baju besar beliau.
Si Manis tak sihat, tapi notti tidur atas tudung saji.
Sesampainya di masjid, baginda bertanya Abdul Rahman, apa dalam bajunya? Ia menjawab anak kucing yang kehilangan ibu, aku mengambilnya kerana kasihan padanya. Lalu baginda menggelarkan Abdul Rahman dengan Abu Hurairah (bapa kucing).

Gelaran bapa kucing tidak sedikitpun menjejaskan maruah dan reputasi Abdul Rahman, malah inilah gelaran yang paling disukai tatkala namanya disebut, kerana nabi sendiri yang memberi gelaran itu. Selain itu juga, gelaran Abu Hurairah mengingatkan beliau kepada suatu amal soleh yang pernah dilakukannya menerusi pembelaan seekor anak kucing.


Pendapat yg rajih ialah RasuluLlah saw mengasihi semua binatang dan jika kita ingin menyembelihnya disyaratkan dgn senjata tajam, disebut asma' Allah atasnya dan dilakukan dgn pantas. Ini sesuai dgn kedudukan baginda sebagai rahmatan lil 'alamin (rahmat atas alam buana)

Dalil:

a. perihal unta
HR Abu Daud, dari Suhail alHandhalah ra, perihal Nabi saw menasihati seseorang supaya menjaga untanya dgn baik

b. burung
HR Imam Ahmad dari Abdullah, nabi menegur seorang yg mengganggu burung dan anak-anaknya

c. semut
dari Imam Ahmad juga, perihal nabi mencegah membakar semut

d.kucing
HR atTabarani, bahawa Nabi saw pernah memberi minum kucing dan berwudhu' dari sisa lebihan minum kucing
Sumber: Syaikh Muhammad Jamil Zainu, Qutufun minas Syamail

dari kitab2 seerah, nabi saw memiliki haiwan berikut:

1. kuda
menurut riwayat yg sahih: 7 ekor kuda

2. unta
sekitar 27 ekor unta, yg paling disukai oelh alQusywa' (hadiah dari Abu Bakar digunakan semasa hijrah), asAdba' dan asySyaqra'

3. Baghal (crossbred kuda dgn himar)6 atau 7 ekor, yg paling disukai ialah Duldul
4. keldai (ada 3)
5. kambing (sekitar 100 ekor) dan ada 7 ekor yg disayanginya kerana susunya. (KH Moenawar Chalil, tarikh Lengkap Nabi Muhammad saw, Gema Insani: 3/344) WA

------


Hari ini bawa Kuyu, Manis dan Kecik pergi vet. Bagi vaksin kat Kuyu, Kecik dan Manis. Tapi yang boleh vaksin tadi hanya Kuyu je. Sebab dia sihat, Kecik dan Manis ada selsema, kena sihat dulu baru boleh cucuk vaksin. Semua kena kasi ubat cacing tadi, Manis dan Kecik dapat ubat antibiotik dan selsema. Lagi 3 minggu Kuyu kena 2nd cucuk, Manis dan Kecik kena cucuk vaksin kali pertama nanti. 


Kuyu sihat, berat dia tadi 1kg

Kuyu nak gi mana

Kecik sakit mata, kurus, timbang tadi cuma 500gram je.



Kat rumah..... 



1st tima gi Klinik 3 beradik ni bulan lepas. 

Saya suka lepak dalam kasut tuan saya



Sayangilah diri anda dan semua makhluk Allah.




Photobucket

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

link

Related Posts with Thumbnails