TEMAN

Jumaat, 23 September 2011

SERASI BERSAMA


belakang pentas. Sempat lagi snap gambar
pengacara kita, Amy Mastura


segak bergaya






----------------------------------------

Musim baru Serasi Bersama lebih meriah

Oleh Norhadiani Baharom
yanie@hmetro.com.my



PROGRAM Serasi Bersama (SB) yang diperkenalkan Astro Ria pada tahun lalu nyata begitu mudah mencuri tumpuan penonton. Konsep mahupun pengisiannya dengan barisan artis popular jelas satu formula yang menjadi.

Kehebatan dua pengacara lalu, Aznil Nawawi dan Sharifah Shahira, berjaya mengemudi program itu sehingga ia dilanjutkan lagi ke musim seterusnya.


Bagaimanapun untuk musim kedua, SB2 tidak lagi dikendalikan dua nama besar dalam bidang pengacaraan itu, sebaliknya bertukar tangan kepada selebriti yang tidak kurang hebatnya, Amy Mastura dan Adlin Aman Ramli.

Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad, menolak timbulnya sebarang isu menyebabkan posisi mereka digantikan.





“Kami di Astro Ria berterima kasih kepada Aznil dan Shira atas komitmen diberikan sepanjang mengendalikan program ini dulu. Jelas padanan mereka berjaya memberi warna dan melonjakkan program ini sebagai program yang diminati pelanggan kami.



“Bagi saya perubahan dilakukan sesuatu yang normal. Sebelum ini, banyak program kami mengalami perubahan pengacara misalnya Akademi Fantasia (AF).

“Apa yang kami cuba lakukan dalam setiap program diterbit�kan memberi kelainan dan nafas segar agar penonton sentiasa berminat menontonnya.

“Tambahan sebelum ini kita belum pernah melihat gandingan Amy Mastura dan Adlin justeru kami gembira kerana menjadi antara yang terawal menggandingkan mereka.

“Bagaikan satu padanan yang tepat apabila saya dimaklumkan antara mereka mudah serasi seawal rakaman,” jelasnya.

Menurut Raqim, SB2 kali ini hanya mengalami sedikit perubahan kerana pengisiannya masih mengekalkan konsep yang sama di mana soalan diajukan juga melingkari kisah kehidupan pasangan yang terbabit.

Setiap pasangan akan mewakili satu badan kebajikan dan wang kemenangan mereka akan disalurkan kepada badan kebajikan yang diwakili.

Katanya, pihak penerbitan tetap berhadapan dengan cabaran iaitu dalam memperoleh penyertaan dari pasangan artis yang sudi memeriahkan program sebanyak 12 episod ini.

“Ada sesetengah pasangan artis tidak ada kelapangan menjayakan rakaman program ini manakala bagi artis yang pasangan mereka orang biasa pula, tidak berminat untuk menonjolkan diri. Justeru, agak sukar untuk kami mencari penyertaan.

“Bagaimanapun kita berjaya mendapatkan selebriti yang baru berumahtangga seperti Shuib Sepah dan isterinya, Sarah, Raja Farah dan suami, Megat Bashirun serta Zed Zaidi dan isterinya, Nelly Natalia.

“Tambah menarik untuk musim terbaru ini, pereka fesyen terkenal Salikin Sidek dan model terkenal Amber Chia serta pasangan terbabit dalam satu episod,” katanya.

SB2 menjalani rakamandi Studio Finas, Hulu Klang, bakal menemui penonton pada 22 Oktober di Astro Ria setiap Sabtu dan Ahad, jam 10 malam.

Sementara itu, Adlin ditanya apa yang membuatkannya tertarik mengendalikan program SB2 yang dilihat bertentangan sifatnya yang tampak agresif dan lantang.

“Saya pernah mengendalikan program Jangan Tidur Lagi yang menampilkan konsep berbeza dan tawaran menjadi hos SB2 ini adalah kesempatan yang terbaik buat saya menimba pengalaman menjadi seorang pengacara versatil sekali gus memantapkan kedudukan dalam bidang pengacaraan.

“Saya sudah berkahwin dan program ini sangat dekat dengan saya dan rancangan hiburan menarik untuk ditonton seisi keluarga.

“Saya sukakan konsep kekeluargaan yang diketengahkan malah, melaluinya kita dapat melihat sejauh mana pengetahuan suami dan isteri itu mengenai pasangan masing-masing.

“Bahkan ini adalah satu-satunya program membabitkan artis dan pasangan mereka sama ada penyanyi, pelakon, model dan lain-lain. Objektif utamanya berhibur sambil melakukan kebajikan antara perkara paling menarik minat saya.

“Selain itu, tentunya saya amat berbesar hati digandingkan bersama Amy Mastura. Saya peminat Amy dan sukakan karakternya yang ceria. Keramahannya membuatkan sesiapapun senang dengannya.

“Sepanjang menjayakan rakaman ini, harus saya akur Amy seorang profesional dan pasangan pengacara yang pasti diinginkan setiap orang kerana dia sentiasa positif,” katanya.

Amy berkata, dia mulanya gementar apabila dimaklumkan akan bergandingan dengan pelakon dan pengarah itu.

“Karektor luarannya nampak garang dan serius tapi apabila bekerjasama dengannya, Adlin seorang yang baik dan sangat menghormati orang lain. Memang tiada masalah bekerjasama dengannya.

“Saya terharu dan gembira menerima tawaran ini dan diharap percubaan saya menjadi pengacara mendapat sambutan peminat industri seni tempatan. Cuma saya berharap, diterima dengan cara saya kerana kalau hendak dibandingkan dengan Shira memanglah saya masih banyak perlu belajar,” katanya.


36 pasangan selebriti SB2:

1. Faizal Hussein & Suhaila Sulaiman
2. Wardina Saffiyah & Ikhwan Johari
3. Harith Iskander & Jezamine Lim
4. Tam Spider & Aida
5. Man Kidal & Laila
6. Salikin Sidek & Anita
7. Nora J & Johan Nawawi
8. Amber Chia & Andrian Wong
9. Ezani Nizarrif & Lizda Nuryanti
10. Aswad AF3 & Nurilina
11. Aidil AF3 & Juniza Azizan
12. Nila Kurnia & Amir
13. Zack KOOL & Intan
14. Datuk Jalaludin Hassan & Datin Hasimah
15. Azlee Senario & Linda
16. Leina Hangat & Zaipul
17. Sharifah Sofia & Syed Ismail
18. Ifa Raziah & Mohd Yani
19. Zed Zaidi & Nelly Natalia
20. Raja Farah & Megat Bashirun
21. Mirnawan Nawawi & Noorah
22. Rama (Jangan Ketawa) & Kamala
23. Sazzy Falak & Nazril
24. Dang Suria & Ad Samad
25. Zila Bakarin & Azir Izhar
26. Man Raja Lawak & Azlina Awaludin
27. Sheeda & Sukri
28. Ropie Cecupak & Azuin
29. Shuib Sepah & Siti Sarah
30. Prof Razak Mohaideen & Nazeera
31. Diana Rafar & Zamarul Hisham
32. Adam Corrie Lee & Fazima
33. Ozlyn Watie & Johan Raja Lawak
34. Naz NTV7 & Sheahnee Lee
35. Lan Kristal & Sheila
36. Sharifah Aleya & Ashraf Aasimudin





Photobucket

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

link

Related Posts with Thumbnails