TEMAN

Rabu, 28 Disember 2011

33 TAHUN MEMATANGKAN DIRI






33 tahun! Wah macam tak percaya je dah 33 tahun. Alhamdulillah pada usia 33 tahun ini saya masih boleh menikmati kehidupan ini dengan tenang dan penuh kesyukuran. Dalam kehidupan seharian, apa yang kita inginkan adalah ketenangan, kebahagiaan, dan tujuan hidup. Tujuan hidup kita adalah perkara utama yang perlu diutamakan.

Usia sebenarnya memainkan peranan yang besar dalam hidup kita. Dari situ kita boleh mengukut pencapaian hidup kita. Apa sumbangan yang telah kita buah sepanjang usia kita. Adakah cukup untuk diri kita? Untuk keluarga kita ? atau janji kita pada yang Maha Pencipta.

Meraikan hari ulang tahun kelahiran kita mengingatkan kita dah berusia, kubur dah dekat dengan kita. Masih ingin berlengah-lengah lagi ke? Bila kita ingat kelahiran serta merta ingat kematian bagi diri saya.

Pada 19 November 2011 baru-baru ini, suami dan sahabat rapat meraikan ulang tahun kelahiran saya dengan meluangkan masa makan malam bersama-sama untuk mengeratkan hubungan kami semua.







Apabila dah lama tak jumpa. macam-macam perkara yang dibualkan. Saya telah buat satu kuiz untuk sahabat yang hadir  mengenai diri saya. Adakah mereka dan suami saya mengenali diri saya...  Yang dapat menjawab dengan betul dapat coklat.


Yang menarik,sahabat semua berebut-rebut nak jawab kuiz. Ada yang betul, ada yang salah. Yang paling banyak dapat coklat ialah Sheila. Hehehe malam yang tak dilupakan. Gelak tawa bersama orang tersayang seperti sahabat -sahabat dan suami tercinta.

Terima kasih cinta dari fazi buat sahabat -sahabat dan suami tercinta Adam :)











Photobucket

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

link

Related Posts with Thumbnails