TEMAN

Isnin, 26 Disember 2011

FULLHOUSE :)







Hari-hari sibuk dengan kerja yang tak habis-habis. Masa untuk diri sendiri pon tak ada. Pada 24/12/11 kami meluangkan masa dengan pergi menonton wayang Mission Imposible 4 dan selepas tu makan. Teringin nak makan western, jadi kami pon pergi lah Restoren yang comel, cantik dekorasinya iaitu FULLHOUSE  di Wangsa Walk Mall.  Tapi malangnya makanan yang kami nak kan semua tak ada, waiter kat situ kata tempat grill rosak. Jadi semua makanan bergrill tak boleh masak. 




Kami order Oyster, Mee Kari, Pasta, dessert dan je la.... Lain yang nak, lain yang dapat makan. 
Tapi tak pe, perut dah lapar, order je la apa yang ada kan. Kebetulan malam tu malam krismas, ramai orang pakai topi santa. Rupa-rupanya setiap pelanggan yang datang ke Fullhouse pada malam tersebut dapat satu pek krismas. Di dalamnya ada topi santa dan party pek. Bagus juga... walaupun kami tak meraikannya. 


gift sempena christmas Eve










Resipi Bronwies 


Bahan-bahan
200 g mentega/majerin
200g dark choc
170 g tepung gandum
30 g serbuk koko
4 biji telur
170 g gula halus

Cara-cara
Cairkan mentega dan choc. secara double boil, kacau rata dan biarkan suam. Ketepikan.

Tepung dan koko diayak bersama.

Di dlm mixer, pukul telur dan gula hingga kembang.

Masukkan campuran tepung dan gaul rata dgn spatula.

Masukkan pula campuran choc. dan gaul lagi hingga rata.

Tuang adunan ke dlm loyang bergris dan kukus hingga masak selama 15 min.

Sejukkan brownies dan potong 2 inc. persegi.Lebih mudah lagi jika menggunakan cutter(seperti dlm gmbr) utk mendapatkan potongan size bownies yg sama.

Satu scoop ais krim diletakkan di tepi Brownies. Tadaaa dah siap.





Ramai yang suka makan Cream Brulee. Kami berdua memang suka sangat makan Cream Brulee. Kalau pergi mana-mana restoren atau cafe' yang ada Cream Brulee mesti kami order.  Kalau nak ikutkan Cream Brulee tak susah nak buat.  Bahan-bahannya pon sikit je diperlukan.  Kalau teringin nak buat, boleh cuba resipi ini.

Resipi Cream Brulee


Bahan-bahan
5 biji kuning telur
2 sudu gula
600ml whip cream
sedikit esen vanilla
45g gula perang (untuk ditabur dibahagian atas)

Cara-cara
Masukkan krim kedalam periuk dan kacau gunakan kaedah 'double boiler'. Gunakan api sederhana.

Pukul telur, gula & esen sehingga sebati dan masukkan kedalam larutan krim. Kacau sehingga sedikit pekat.

Tuangkan adunan kedalam mangkuk kecil. Kemudian bakar dalam oven dengan suhu 140°c selama 40 minit menggunakan kaedah 'bain marie'.

Setelah masak, sejukkan sebentar. Tabur gula perang dibahagian atas kemudian masukkan semula kedalam oven dan bakar guna api atas sehingga gula cair dan bertukar menjadi caramel.

Sejukkan dalam peti ais selama beberapa jam, dan sedia untuk di hidang.











Photobucket



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

link

Related Posts with Thumbnails