TEMAN

Rabu, 14 Disember 2011

OMBAK RINDU MELANDA JIWA

OMBAK RINDU




Wah.... nampak demam filem Ombak Rindu sedang melanda jiwa orang Malaysia terutama kaum wanita. Mesti isteri ajak suami tengok filem ini, yang teman wanita mengajak lelaki menontonnya. Mesti mereka agak berat nak menonton filem romantik ini. Saya mengajak suami saya menonton filem ini pada mula beliau agak keberatan sedikit kerana bukan jiwanya menonton filem romatik romantik katanya. Tapi sebab isterinya ajak juga tengok dan kebetulan kawan-kawannya yang berlakon, diikutkan juga menontonnya. 

Kami pergi menonton pada hari pertama Ombak Rindu ditayangkan. Untuk mendapatkan tiket rupanya susah. Dari pagi tiket sudah habis. Yang ada cuma midnight pukul 12:20mlm. Alamak penangan Ombak Rindu sampai merindu rindu tiket nak dapat rupanya. 

Bagi saya flem ini mempunyai banyak elemen yang kuat membuatkan filem ini menarik. Dari segi pelakon semua mantap-mantap. Lakonan Aaron Aziz memang ditungu-tunggukan oleh semua orang. Dalam filem ini Aaron banyak mengeluarkan air mata tak seperti filem lain yang beliau terlibat.  Lakonan yang paling berkesan bagi saya ialah Maya Karin. Tahniah Maya Karin kerana membuat saya dan suami saya terkejut dengan lakonannya yang memerlukan lakonan dari dalamannya. Dari riak air mukanya, pandangannya, bahasa tubuhnya dan tutur kata yang dilontarkan adalah gabungan yang amat berkesan. 

Soundtrack filem ini juga memainkan peranan yang kuat kerana alunan lagu keluar kena pada situasinya. Itu yang menyebakkan hati ini sampai bergelang air mata dibuatnya. 

Babak ranjang yang dibuat mungkin bagi saya tak perlu. Kalau pengarah Malaysia kita kreatif boleh simbolikkan benda lain. Supaya tiada timbul kontraversi dan dapat menjaga maruah Insan yang bernama pelakon dan penonton yang menontonnya. Saya dan suami dapat sikit saham di bahu kiri.


Siapa yang belum tengok pergilah tengok tapi tang mana yang tak perlu ditonton pejamkan mata kurang saham bahu kiri. 

      Bintang 



Sinopsis
Filem yang diadaptasikan daripada novel Ombak Rindu ini mengisahkan tentang perjalanan cinta dua insan, Izzah dan Hariz dari dua dunia yang berbezadan mereka terpaksa menempuh pelbagai rintangan sebelum menemui kebahagiaan. Izzah adalah gadis kampung yang telah dijual oleh bapa saudaranya kepada sebuah kelab hiburan di K.L untuk dijadikan pelacur. Seorang pemuda, Hariz anak Datuk Sufiah, pemilik empayar perniagaan SUFIAH CEMERLANG telah mermbeli Izzah dari pemilik kelab tersebut untuk dijadikan perempuan simpanan, namun Izzah telah merayu Hariz supaya menikahinya untuk menghalalkan hubungan mereka.

Hariz setuju dengan syarat Izzah tidak menuntut sebarang hak sebagai isteri. namun selepas itu, hariz yang kasar dan panas baran telah jatuh cinta dengan Izzah yang penuh dengan kelembutan. hariz kemudian terpaksa menikahi Mila, kawan zaman persekolahannya setelah didesak oleh Datuk Sufiah dan Mila yang amat mencintainya. Semasa Hariz koma dihospital akibat kemalangan jalan raya, Datuk Sufiah telah menghalau Izzah keluar dari bungalow Hariz dan merampas telefon bimbit Izzah.

Setelah keluar dari hospital, Datuk Sufiah memberitahu Hariz yang Izzah telah menjalani hubungan dengan lelaki lain. Hariz yang marah telah memberitahu Izzah bahawa dia akan digantung tidak bertali semasa terserempak dengan Izzah di rumah pak Dollah, pemandu keluarga Datuk Sufiah. Izzah kemudian kembali ke kampungnya. Pak Dollah yang marah dengan Datuk Sufiah telah memecahkan rahsia bahawa hariz adalah anaknya yang telah diserahkan kepada suami Datuk Sufiah untuk dijadikan anak angkat serta memberitahu Hariz bahawa Izzah tidak bersalah. Hariz yang menyesal dan amat rindukan Izzah telah pergi ke kampung Izzah untuk memujuk supaya kembali kepangkuannya. Mila datang ke kampung Izzah dan menuntut cerai dari Hariz. Filem ini berakhir dengan Izzah dan Hariz menjalani hidup bahagia tanpa rahsia lagi.

Aaron Aziz 

Maya Karin 

Lisa Surihani 

Bront Palarae 

Azizah Mahzan 
Zaidi Omar 
Normah Damanhuri 



Photobucket









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

link

Related Posts with Thumbnails