TEMAN

Sabtu, 21 Januari 2012

IUI atau IVF?



Umur perkahwinan kami sudah 3 tahun. Impian untuk mendapatkan zuriat masih tiada rezeki lagi untuk ketika ini. Kami belum lagi berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan zuriat seperti berjumpa doktor pakar, makan ubat dan sebagainya. Masih lagi mencuba secara semulajadi. Mungkin sudah masanya untuk memerlukan khidmat pakar. 

Insya'allah kami akan pergi jumpa pakar untuk mendapatkan nasihat dan mungkin buat rawatan sekiranya diperlukan. Doa-doakan kami semoga ada roh-roh dari syurga  yang soleh dan solehah sudi masuk ke rahim Fazi untuk menjadi zuriat kami kelak. Insya'allah.


Sambil-sambil itu, kami ada buat research sedikit tentang IUI dan IVF di internet dari rujukan http://portal.alamhamil.com/
Apa itu IUI?

Seperti juga persenyawaan melalui tabung uji, beberapa kitaran IUI diperlukan sebelum anda berjaya hamil. Ada doktor yang menyarankan dua kali IUI dalam satu kitaran untuk meninggikan peluang hamil. Sekiranya kehamilan tidak berjaya selepas beberapa kali mencuba, mungkin doktor akan menyarankan IVF atau Persenyawaan melalui Tabung Uji.


Bagaimana dengan kadar kejayaan IUI?

IUI secara semulajadi iaitu tanpa pengunaan ubat selalu mempunyai kadar kejayaan yang kecil iaitu 6%. Tetapi sekiranya mengunakan ubat dan injeksi ditambah dengan kehadiran folikel yang berganda, kadar kejayaan boleh mencapai 30%. Jumlah sperma juga boleh menjadi penentu. Sperma yang kurang kualiti memberikan kadar kehamilan yang lebih rendah.Secara keseluruhan, kadar kejayaan untuk satu kali cuba adalah diantara 15-20%.
IUI bermaksud ‘Intra Uterine Insemination', satu prosedur di mana sperma suami dimasukkan terus ke dalam rahim isteri dengan harapan terjadi persenyawaan dan seterusnya kehamilan



Bagaimana IUI dibuat?
IUI sebenarnya adalah prosedur yang ringkas dan mengambil masa yang sekejap untuk di buat. Semasa IUI, satu kateter (tiub) berupa alat plastik kecil yang mengandungi sperma akan dimasukkan kedalam rahim melalui serviks. Ia selalunya mengambil masa kurang dari 3 minit.
Bila dan dimana sperma akan di kumpul?

Sperma boleh dikumpulkan dirumah sekiranya rumah anda dekat dengan klinik anda. Botol steril akan diberikan dimana air mani akan dikumpulkan selepas ejakulasi. Untuk sampel air mani yang segar, ia hendaklah sampai ke klinik dalam masa 1/2 jam selepas ejakulasi. Sekiranya rumah anda jauh dari klinik anda, koleksi air mani akan dibuat diklinik.


Adakah sperma perlu di ‘cuci’ sebelum IUI?
Ya! “Sperm Washing’ perlu dibuat sebelum IUI. Ia mengambil masa lebih kurang 1-2 jam. Sebaik sehaja ia dicuci, IUI akan dilakukan.

Adakah IUI dibuat sebelum atau selepas saya bertelur (ovulasi)
Selalunya doktor akan membuat IUI disaat-saat ovulasi akan berlaku iaitu 24-36 jam selepas injeksi HCG, iaitu ubat yang bertanggung jawap untuk ovulasi berlaku. Jadi secara umumnya, IUI dibuat 6 jam sebelum ovulasi kerana sperma sebenarnya tidak tahan lama.

Ada juga doktor yang memilih untuk membuat 2 IUI dalam satu kitaran, dalam kes ini, IUI selalunya akan dibuat 12-48 jam selepas injeksi HCG dengan IUI sekurang-kurangnya 12 jam diantaranya.


Adakah jumlah sperma penting IUI?

Sekurang-kurangnya 5 juta sperma diperlukan untuk IUI. Sekiranya jumlahnya lebih rendah, peluang kejayaan juga rendah. Secara umumnya, 20 juta keatas adalah ideal untuk IUI.


Adakah IUI menyakitkan?
Ia tidaklah menyakitkan tetapi anda mungkin merasa sedikit rasa tidak selesa semasa kateter dimasukkan kedalam rahim dan ketidak-selesaan ini lebih kurang sama dengan ketidak-selesaan semasa menjalani ujian PAP.

Adakah saya akan hamil selepas IUI pertama kali?
Berapa cepat selepas IUI saya boleh mengambil ujian untuk kehamilan?
Disarankan untuk anda menunggu satu minggu selepas anda ‘missed period’ sebelum membuat ujian kehamilan.

Adakah sebarang risiko berkaitan dengan IUI?
IUI adalah prosedur fertiliti yang kurang memberikan tekanan kepada wanita kerana ia agak ringkas. Walabagaimanapun, ia juga mempunyai beberapa risiko termasuk sakit perut, pendarahan dan ‘spotting’, semasa atau selepas prosedur. Terdapat juga risiko untuk mendapat penyakit kelamin sekiranya suami ada adalah pembawa kuman tersebut. Penggunaan ubatan IUI juga boleh membawa risiko seperti kehamilan kembar, triplets, atau ovarian hyperstimulation syndrome, tetapi dengan pantauan doktor yang rapi,risiko sebegini kurang terjadi.

Apakah kos untuk setiap ujian IUI?
Kos IUI adalah berbeza dari klinik ke klinik dan ia juga bergantung kepada jenis ubatan yang diberikan sebelum IUI dibuat. Tetapi umumnya ia adalah diantara RM 550-800 tidak termasuk kos ubatan.




Apa itu IVF ?
IVF adalah satu kaedah reproduksi kompleks dimana persenyawaan telur dan sperma dibuat diluar rahim dan kemudiannya dimasukkan kedalam rahim. Ia selalunya disarankan untuk wanita yang mengalami salur fallopian tersumbat. Prosesnya begini, wanita akan diberikan ubat untuk mengeluarkan telur dengan banyak dan kemudian telur ini akan dikutip dari ovari dan seterusnya diletakkan didalam piring makmal untuk disenyawakan. Telur telur yang disenyawakan kemudiannya akan di letakkan dalam incubator. Selepas 2 hari, 3-4 biji telur yang sudah menjadi Embryo ini akan dimasukkan dalam rahim dengan harapan terjadi kehamilan.



Photobucket 

10 ulasan:

  1. Assalamualaikum Adam & FAzi,

    Saya baru melintas masuk blog anda berdua. Saya nak kongsi bersama, Mungkin Adam & Fazi boleh cuba dengan cara Perubatan ISlam juga sebgai alternativ. Ada tempat rawatan Islam bernama "(Syifa) Al-Hidayah' di Gombak Setia. Saya pernah baca dan tonton di interview mereka seperti di rancangan pagi Nasi Lemak Kopi-0 TV 9, mereka buat rawatan untuk wanita yang ingin hamil.
    Tempat rawatan Syifa Al-Hidayah ni kepunyaan bapa mertua ashraf Muslim, Tuan Haji Lokman.
    Cuba google dan tengok di FB page mereka.
    Selamat mencuba Adam & Fazi,,Semoga Allah merahmati!

    Nurin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'salam Nurin :)

      Terima kasih atas perkongsian maklumat yang bermakna. Kami berdua baru sahaja memulakan langkah pertama dengan berjumpa doktor pakar. Insya'allah dalam masa yang sama kami akan mencuba rawatan alternatif Islam :)

      Insya'allah dan terima kasih sekali lagi :)

      Padam
  2. Assalammualaikum.. Adam dan fazi.. saya berkahwin hampir 6 tahun baru dikurniakan zuriat.. bermacam2 cara saya cuba.. antaranya mengurut dan membuat angin medu dalam badan.. alhamdulillah menjadi.. td saya tgk melodi dan Adam ada menyata kan tengah berusaha untuk mendapatkan zuriat.. Insyaallah bersabarla.. nanti adala rezeki untuk kamu.. satu lagi pesan saya.. banyakkan bersedekah dan rajinla menunaikan ibadah korban...:)

    BalasPadam
  3. asslamualaikum mr adamfazi...saya juga dah masuk 3 tahun kawin tapi masih belum dikurniakan zuriat...tahun saya sudah mula mencuba prosedur perubatan moden...dan proses iui telah saya jalani untuk kali pertama tapi tidak berjaya..sekrang proses untuk kali kedua....harap2 berjaya,inshaallah..saya juga mendoakan semoga mr adamfazi dan pasangan akan mendapat zuriat tidak lama lagi..amin...kita hanya mampu merancang,ALLAH yang tentukan...inshaallah...

    BalasPadam
  4. Salam. Semasa google ttg IUI tak sangka blog ni ialah adam (corrie) dan isteri. Wish both of you kejayaan, rezeki dan berkat dari Allah. Saya sudah menunggu 10 years...dan baru nk mula rawatan IUI. Sama2lah kita berdoa semoga dikurniakan dengan rezeki zuriat.

    BalasPadam
  5. Salam Brother Adam dan isteri,

    Semoga mendapat zuriat seperti yang diharapkan. Apayang penting serahkan diri sepenuhnya kepada Allah. Walau sehebat mana kita berusaha, tawakallah kepada Allah dihujungnya. Lain orang lain jalan ceritanya. Saya ada 3 kenalan. Masing2 sudah lama berkahwin dan diuji dengan lambat dapat zuriat. Ada yang dekat 10 tahun berusaha baru dikurniakan cahaya mata. Tapi usaha mereka berbeza...ada yang pergi umrah/haji lepas tu baru dapat. Ada yang ambil anak angkat baru dapat anak sendiri...yang ketiga menceritakan sampai satu tahap beliau seperti menyerahkan diri kepada Allah dan redha jika suaminya berkahwin lain untuk dapat zuriat...

    Walau apapon usaha kita, yang penting sabar dan berserah pada Allah.

    BalasPadam
  6. Anggaplah setiap usaha itu sebagai ibadah. walau tak dapat/belum dapat, semoga usaha yang dibuat dan kecekalan dan kesabaran itu mendapat ganjaran di sisi Allah dan menaikkan martabat saudara suami isteri di mata Nya. Amin...

    BalasPadam
  7. Hi I nak tante yea kalau buat iui mesti jadi untuk hamil ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye la..nak hamil la..tu la tujuan diepun

      Padam
  8. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Tanda anda hamil.

    BalasPadam

link

Related Posts with Thumbnails