TEMAN

Rabu, 29 Februari 2012

MARRIED LIFE ADAM FAZI



Salam awal pagi. ....

Hampir 2 minggu tak update blog ni. Kami pergi bercuti. Lama juga tak pergi bercuti. Jadi kami nak kongsikan sedikit kenangan kami ketika percutian minggu lepas. Nanti ada kelapangan kami update gambar - gambar yang lain di Pulau Langkawi.

Wassalam.


Photobucket

Ahad, 19 Februari 2012

MENGATASI MASALAH KETIDAKSUBURAN






Salam ceria,

Dalam entry lepas saya ada berkongsi artikel mengenai menambah kuantiti sperma. Kali ini saya ingin berkongsi artikel yang menarik bagi mereka yang inginkan zuriat. Mari kita kenali masalah ketidaksuburan. Aritkel ini saya ambil  dari http://www.myecpi.com/ untuk rujukan saya sekarang dan masa akan datang. Senang untuk saya rujuk bila masa saya perlukan. 

Dianggarkan 30% daripada masalah kesuburan berpunca daripada pihak suami manakala 30% lagi dari isteri.

Apabila janin seseorang berjantina perempuan terbentuk dalam rahim ibunya, ia dibekalkan hampir 2,000,000 bakal benih tersimpan di dalam sepasang kilang telur atau ovari.

Kedua-dua belah ovari yang terbentuk di bawah kedua-dua buah pinggang akan turun perlahan-lahan ke arah pinggang dan terletak di kedua-dua belah rahim.

MENAMBAH BILANGAN SPERMA?




Selamat awal pagi. 

Kami suami isteri tengah merancang untuk mendapatkan anak.  Kami telah pun pergi berjumpa doktor pakar sakit puan baru-baru ini.  Alhamdulillah kami berdua tiada masalah. Cuma kena 'bersama' waktu subur. Itu yang kami selalu terlepas.

Di sini kami ingin kongsikan aktikel mengenai; 6 Cara Menambah Bilangan Sperma. dari http://kursusperkahwinan.com/6-cara-menambah-bilangan-sperma/

Kesuburan seseorang lelaki itu dipengaruhi oleh kuantiti dan kualiti sel sperma yang dihasilkan di testis.

Satu petanda yang mudah untuk kita lihat jika sepasang suami-isteri itu mengalami masalah kesuburan ialah dengan melihat kemampuan mereka untuk menimang cahaya mata. Bayangkan setelah setahun lebih anda berkahwin tapi anda masih gagal hamil (bagi isteri). Adakah ianya disebabkan oleh si isteri?

Jumaat, 17 Februari 2012

SAYA JADI PANGSIT DALAM FILEM TYICKOOUNS



Salam ceria,
Saya terlibat dalam filem yang bertajuk Tyickoouns yang diterbitkan oleh Worldwide Far East Berhad, Dato' Noor Ismahanum Hj. Mohd. Ismail pada bulan Disember 2011 hingga tertengahan bulan Januari 2012. 

Insya'allah filem ini akan ditayangkan pada tahun depan.








Rentetan TYICKOOUNS bermula di kampung Ciem Pang yang merupakan sebuah kampung terpencil diduduki golongan yang dibuang negeri dan dipulaukan oleh masyarakat. Gelaran kampung ini, ‘Ciem Pang’, diperoleh daripada nama seorang bekas gerila yang melarikan diri dari tahanan dan bersembunyi di kampung tersebut.

Khamis, 16 Februari 2012

HARI TERAKHIR DRAGON DI LOKASI KL GANGSTER 2



Dragon ( Adam Corrie)  bersama Tailong ( Rosyam Nor)




Salam ceria, Alhamdulillah selesai sudah semua scene saya dalam KL Gangster 2 : PREKUL.  Penggambaran filem KL Gangster 2 mengambil masa yang lama bermula pada awal bulan Disember 2011 hingga Februari 2012. Mereka masih ada 2 hari untuk menghabiskan penggambaran.

Pada 15 Februari 2012, pukul 12.40pagi PM (Project Manager) sudah telefon suruh datang ke lokasi sejam kemudian. Jangan terkejut, kami pelakon kerja tak tentu masa. Kalau produksi kata kena datang pukul 2 pagi kena la datang 2 pagi.  Saya bertolak dari rumah ke lokasi pukul 1.40 pagi dan tiba di lokasi pukul 2.00 pagi di Petaling Street. 

Rabu, 15 Februari 2012

BULAN MADU KALI KE-2???




Kami sedang mood nak pergi bercuti. Kami dah beli tiket kapal terbang. Tapi tak tahu nak tinggal di mana lagi.  Kami google mengenai bulan madu kali ke-2. Harap esok kami dapat buat keputusan nak tinggal di mana nanti :)

Sabtu, 11 Februari 2012

MOEW MEOW ME


Kami pecinta kucing..... Ini semua meow meow kami. 
DALAM KENANGAN

DALAM KENANGAN

Jumaat, 10 Februari 2012

TIDUR LEWAT HANYA KERANA THE BIG C




Salam ceria selalu,

Sejak seminggu yang lepas, saya tertonton sebuah rancangan drama bersiri iaitu THE BIG C. Secara tak sengaja tonton drama ini. Amat mengejutkan drama ini telah menarik perhatian saya untuk menontonnya. kisah seorang wanita yang menghidapi penyakit barah. Bagaimana ia menempuh dan menghadapi dengan caranya yang membuatkan saya rasa kagum dengan semangatnya walaupun kadang kala caranya salah.

Saya agak terlewat mengikuti drama bersiri komedi santai ini. Suami saya kata nanti pergi cari dvdnya. Jadi kena beli dvd siri 1,2 dan 3 mungkin.

SAYA FOLLOW SAHABAT FB DI BLOG MEREKA




Salam Tengah Malam, 

Tengah Malam je yang boleh saya blogging. Itu pon kebetulan malam ni tak ada shooting filem/drama. Semalam saya ada post status di Facebook seperti

ADAM CORRIE
Siapa di sini blogger? Apa yg selalu diceritakan dlm blog sahabat semua. Share link blog, nanti saya baca dan follow blog sahabat.

Khamis, 9 Februari 2012

MANIS MAKIN MANIS










Salam tengah malam,

Manis teman kami tengok tv malam ni. 
Tunggu Mey tak balik rumah malam ni, mana dia pergi jalan malam-malam ni. Mungkin dia ada temujanji dengan mata ayer dia kan. 

Manis sangat manja malam ni. Mungkin kerana dia sedang berbadan dua mungkin berbadan tiga atau lebih.. Minggu lepas bawa pergi vet, doktor kata Manis mungkin bulan depan bersalin. Kita tunggu dan lihat berada ekor yang akan keluar nanti. 

Setakat sini saja, esok pagi ada shooting KL Gangster 2 di West Port. 
Selamat Malam semua... 

Photobucket

Ahad, 5 Februari 2012

Khamis, 2 Februari 2012

TENGOK THE ROCK BERLAKON - Journey 2: The Mysterious Island


Tengok wayang lagi..... penuh dengan cabaran. Memang best...  Dah ada masa lapang, gi dating tengok wayang.
 

Sebuah filem sekual pada tahun 2008 yang hit iaitu"Journey to the Center of the Earth," keluarga pengembaraan 3D baru "Journey 2: The Mysterious Island " bermula apabila muda Sean Anderson (Josh Hutcherson, peranan dari filem yang pertama) menerima isyarat kecemasan berkod dari sebuah pulau misteri dimana pulau tidak pernah wujud. Ia adalah tempat hidupan pelik, gunung emas,gunung berapi maut, dan lebih daripada satu rahsia yang menakjubkan.


Tidak dapat menghalangnya daripada pergi, bapa tiri baru Sean, Hank (Dwayne Johnson), menyertai usaha. Bersama-sama dengan juruterbang helikopter (LuisGuzman) dan yang indah, kuat semangat anak perempuan (Vanessa Hudgens),mereka yang dinyatakan untuk mencari pulau ini, menyelamatkan penghunitunggal dan melarikan diri sebelum Lagu seismik memaksa pulau di bawah lautdan mengebumikan khazanah yang selama-lamanya .

"Journey 2: The Mysterious Island" diarahkan oleh Brad Peyton ("Cats & Dogs:Revenge Galore Kitty"). Ia juga bintang Michael Caine sebagai datuk, Sean,Alexander Anderson, dan Kristin Davis sebagai ibu, Sean, Liz Anderson.

Filem ini dihasilkan oleh Beau Flynn & Tripp Vinson, dan Charlotte Huggins darilayar oleh Brian Gunn & Mark Gunn, skrin cerita oleh Richard Outten. Menjadipengeluar eksekutif Michael Bostick, Evan Turner, Marcus Viscidi, RichardBrener, Samuel J. Brown dan Michael Disco. David Tattersall ("Travels Gulliver.")Adalah pengarah fotografi; Rang Undang-undang Boes ("Fantastic Four"), yangpereka pengeluaran; Denise Wingate ("Crashers Wedding"), yang perekakostum; dan Anugerah Akademi © penama Boyd Shermis ("Poseidon "), penyeliakesan visual.

Pembukaan di dalam teater di 10 Februari, 2012, "Perjalanan 2: PulauMysterious" New Line Cinema persembahan, Walden Media dan pengeluaranContrafilm dan akan diedarkan oleh Warner Bros Pictures, Warner BrosEntertainment Syarikat.




Photobucket

Rabu, 1 Februari 2012

DATING HUJUNG MINGGU



link

Related Posts with Thumbnails