TEMAN

Khamis, 16 Februari 2012

HARI TERAKHIR DRAGON DI LOKASI KL GANGSTER 2



Dragon ( Adam Corrie)  bersama Tailong ( Rosyam Nor)




Salam ceria, Alhamdulillah selesai sudah semua scene saya dalam KL Gangster 2 : PREKUL.  Penggambaran filem KL Gangster 2 mengambil masa yang lama bermula pada awal bulan Disember 2011 hingga Februari 2012. Mereka masih ada 2 hari untuk menghabiskan penggambaran.

Pada 15 Februari 2012, pukul 12.40pagi PM (Project Manager) sudah telefon suruh datang ke lokasi sejam kemudian. Jangan terkejut, kami pelakon kerja tak tentu masa. Kalau produksi kata kena datang pukul 2 pagi kena la datang 2 pagi.  Saya bertolak dari rumah ke lokasi pukul 1.40 pagi dan tiba di lokasi pukul 2.00 pagi di Petaling Street. 


Krew produksi sudah sampai di lokasi, dengar khabarnya mereka dari Klang baru selesai shoot di sana. Habis sahaja shoot di Petaling Street, mereka akan bergegas semula ke Klang tengahrinya pula. 

Begitulah betapa sibuk, penat, berdedikasi mereka cuba mengahsilkan sebuah filem yang dinanti-nantikan semua peminat filem KL Gangster. 


Saya ada 2 babak yang perlu dilakonkan pada hari tersebut. Babak pertama melibatkan ramai pelakon tambahan dalam anggaran 100 orang. Manakala pelakon yang terlibat untuk babak ini ialah Tailong (Rosyam Nor), King (Ridzwan Hashim),  Ajib (Sofi Jikan) dan Dragon ( saya la Adam Corrie). 

Dragon bersama kuncu-kuncunya dia Petaling Street
Babak terakhir saya bermula pada pukul 6:30 pagi, Alhamdulillah dengan 3 kali take semuanya selesai. Dan habis penggambaran untuk pagi tersebut. Tetapi mereka sambung shoot pada tengaharinya pula di Klang. 

Syukur, semoga filem ini mendapat sambutan yang menggalakkan. Kita ambil pengajaran dari filem ini bahawa hidup kita kena sentiasa berlandaskan agama. Jangan terlalu mengikut hati panas kita snediri. Berfikirlah dengan waras sebelum membuat sebanrang keputusan yang melibatkan diri sendiri, keluarga, masyarakat dan agama kita. 




Photobucket

2 ulasan:

  1. x sabar nak tgk drogon...msti lg gempak kan...

    BalasPadam
  2. Can't wait to see u Bang.. and Ajib sengat hehe..

    BalasPadam

link

Related Posts with Thumbnails