TEMAN

Jumaat, 17 Februari 2012

SAYA JADI PANGSIT DALAM FILEM TYICKOOUNS



Salam ceria,
Saya terlibat dalam filem yang bertajuk Tyickoouns yang diterbitkan oleh Worldwide Far East Berhad, Dato' Noor Ismahanum Hj. Mohd. Ismail pada bulan Disember 2011 hingga tertengahan bulan Januari 2012. 

Insya'allah filem ini akan ditayangkan pada tahun depan.








Rentetan TYICKOOUNS bermula di kampung Ciem Pang yang merupakan sebuah kampung terpencil diduduki golongan yang dibuang negeri dan dipulaukan oleh masyarakat. Gelaran kampung ini, ‘Ciem Pang’, diperoleh daripada nama seorang bekas gerila yang melarikan diri dari tahanan dan bersembunyi di kampung tersebut.



Senario di Ciem Pang termasuk anak-anak kecil semakin terbiar tidak bersekolah, remaja yang bebas tanpa kepercayaan, ibu dan bapa pula tidak diketahui kesahihan perkahwinan mereka, golongan muda yang semakin kurang ajar dan aktif dengan kumpulan-kumpulan samseng berterusan sehinggalah Tycoon Baha datang bersama angkatannya dari Bandar Besar Pongga termasuk Cikgu Gadak dan Kang Derry ingin mengubah nasib penduduk kampung ini.

Perubahan yang dibawa Tycoon Baha ini tidak disenangi beberapa pihak yang akhirnya membawa kepada pembunuhan beliau.

Bagaimanakah kesudahan kisah di kampung Ciem Pang?.

Apakah ada suatu perubahan demi mengekalkan suasana harmoni yang dibawa oleh Tycoon Baha?.
Barisan Pelakon
Remy Ishak, Bront Palarae, Aaron Aziz, Syed 'Usop Wilcha', Wan Hanafi Su, AdamCorrie, Derry Drajat, Temon Templer, Jaim Al Rashid, Yank Kassim, Hilal Azman, Aman Graseka, Datuk Malek Noor, Anzalna, Aziz M. Osman, Aida Aris, Watie Elite, Fauzi Nawawi
Pengarah : Izan Hailmey Mokhtar
Penerbit :  Worldwide Far East Berhad, Dato' Noor Ismahanum Hj. Mohd. Ismail







Photobucket

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

link

Related Posts with Thumbnails